Pages

Race Report - King Of Sungai Lembing 2017



So banyak dramakan? Macam tu lah untuk edisi "call-off" kita kali ni. Anyway, apa yang aku tulis dalam ni tidak mewakili Team Pacat. Ramai yang selalu salah anggap. Apa yng aku tulis dkt personal blog aku dan personal FB/IG wall aku, itu adalah pandangan aku, pandangan peribadi. Kalau datang dari page Pacat atau game Pacat maka itu adalah kenyataan rasmi. Tapi yer la, aku kan suka merapu dan korang pon suka baca aku merapu. So elok sangat lah tu. Lepas tu gosiiippp..

So rasa ramai dah tau apa yang berlaku di Sungai Lembing. Last year rasa aku tulis sikit je kot sebab xda drama. So kali ni aku cuba untuk bersurah sehabis baik. As usual aku tak suka nak citer yang best2 je. Some people suka cerita yang sedap, yang best, yang always memihak pada dia je. Jenis ni selalu masuk neraka punya sebab suka bangga diri. Aku suka citer masalah yang ada sebabnya dari situ aku boleh berfikit camna nak selesaikan masalah. Baru aku belajar.  Aku cuba xnak jadi hipokrit sgt dalam dunia yang sedia ada hipokrit. 

Ok udah le tu merapu. Back to the report, so this year kita ada dalam 850 orang peserta serata alam. Aku tgk penyertaan lebih ramai dari edisi pertama dan kedua. Naik setiap edisi 35% dari tahun sebelumnya. Tahun ni kita ada new kategory 5KM fun run. Tak ramai but ok lah as a start. Kita ada dekat 200 orang yang berlari 50KM. Nampaknya depa ni suka cari penyakit. Untuk kategori lain pon sama. Untuk tahun ke-3 ni kita tak da ubah apa2 route but insyallah next year we will revise all the route just to make sure at least dapat la bukit panorama tu dulu kan. 

So aku terus la lompat ke kisah2 drama yang berlaku.

Untuk acara 5KM, 10KM, 21KM as usual tak ada drama sangat. Cuma aku nampak yang enroll kali ni laju2 belaka. Yang 21KM ramai yang buat good timing walau pon kita kasi banyak climb. So aku rasa tak cukup kot, so insyallah next year kita masukkan bukit panorama for 21KM. Kita tgk ada tak yang buat sub 2.

Yang banyak kisah sebenarnya untuk 50KM. Actually pada aku normal je kot masalah ni smua. Game mana yang tak pernah ada masalah. Cuma besar kecik dan how we can minimize the issue je la. Actually untuk tahun ni kita dapatkan lebih ramai local crew. Selalunya Pacat V-Army kita bawak dari KL but this round ada banyak redundant and some arrangement yang membuatkan kita go for local support. Issue with local support is knowledge, so there is a gap untuk crew yang hadir kali ni. We admit kes simpang di 1st bridge disebabkan hal ni. So aku akan amek 30 push up untuk ni. Denda biasa untuk rugby player (my team) as part of their dignity. Sebenarnya patut ada badan beruniform kat main junction ni but again, bila game start cuma ada sorg crew je situ. Silap kita sebab percayakan sangat. 

Tahun ni sebenarnya kita tukar a bit some method kita dalam management. With more then 100 crew and few pillar with few team lead so we go with macro management. Sebelum ni mmg aku sendiri akan duduk kat simpang2 ni as part of micro management but aku and team kne mula ltk trust pada team. So mende nak jadi jugak runner boleh terlepas simpang ni. Best part semua pulak tu. Pelik gak aku yang senior2 or yg dah buat few time game ni. Kita dah bagi gpx pon boleh sesat. Kalau kita ada bagitau route tukar, maybe ok la kot. So korang nak admit tak yg korang pon mamai pagi tu?

So, cuaca pon cantik je sepanjang hari masa game ni. Nak jadi seronok aku tgk awan gelap datang + dengan angin. Aku terus PM Zul bagitau monitor keadaan cuaca. Sebabnya, ada possibility dalam hutan dah hujan dan luar belum. Actually sangkaan aku tepat sebab bila aku nampak kenderaan yang keluar dari track kampung orang asli kenderaan depa basah. So confirm dalam dah hujan. So terus aku alert base hal ni. Zul assign Azfar terus ke kaki bukit panorama, incase hujan he will stop all runner.

Dia datang sekejap je. Hujan turun mencurah2. Dengan ribut, dengan angin. Anyway, Zul is KOSL RD this year so final decision selalu RD yang akan buat. So we discuss on next action, for now we decide to stop the runner at each CP. Berteduh  sampai next arahan and Zul akan broadcast untuk dptkan CP condition. Kami bernasib baik tahun ni sebab kami pakai radio amatur. So kami boleh bercakap dengan semua CP hatta dekat Lubuk Beruk sekali pon. Lubuk Beruk ni line phone takda sbnrnya , so another improvement kita buat tahun ni. So dari maklumat CP's

1. Air sungai naik. 
2. Ada segerombolan runner dan crew masih di xcape resort. Actually masa untuk COT di Deer Farm masih berbaki 30 minit masa ni kalau tak silap. Masih panjang.
3. Pokok ada tumbang.
4. Hujan lebat dan pandangan tak jelas. 
5. Ada CP tak dapat nak tampung runner.
6. Runner kesejukan, angin kuat (so hypothermia issue will be high)
7. Atas jalan ada ramai runner yang tidak ada shelter dan masih berlari
8. Kita ada more then 80 crew everywhere including simpang jalan yang tidak bershelter.
9. Finishing line dah jadi sawah padi, ada khemah terbang.
10. Kilat kuat kawasan ni sebab tarikan dari bijih besi

So we get into another call to decide next action lepas dari input yang kita dapat tadi. So decision dia we call off the game. Action

1. Get timing system to stop their system. 
2. Stop all runner at CP and truck will come and pickup and bawak balik base. 
3. Bila hujan berhenti, yang berada di town atau berhampiran town kalau dpa nak lari, kita allow sebab some of this runner dpa nakkan mileage tu. 
3. Kita akan bagi medal dan finisher t pada semua yang kita paksa untuk berhenti.
4. Sweeper and system will be our benchmark untuk semua yang dah keluar. So no more people in the track.
5. Special team deploy untuk cek sepanjang laluan tak ada runner dan crew yang tinggal. 

So aku sendiri masuk dan buat clearance disepanjang laluan town dan berhampiran town. Untuk dalam hutan Zul dah broadcast pada team pickup dan all team lead. Aku collect sapa yang aku jumpa dan inform. By 5pm we manage to get everybody to be at the base, crew and runner. Alhamdulillah semua selamat. Tiada casualty dan big issue. 


So decision yang kita buat berlandaskan keadaan semasa. Actually masa hujan berhenti dekat pekan, track dalam masih hujan dan kalau diperhatikan air sungai naik mendadak. So risk will always be there. Satu lagi perkara yang maybe ramai tak tahu, kita ada ramai resident animal dalam track. Ada gajah, rimau etc. Semua akan active selepas jam 4pm. So another perkara yang kita duk fikir, kalau kita bagi depa continue, jahanam lah. 

Keputusan kita buat tak mudah. Ada lebih 1000 nyawa kita nak jaga tau (runner dan crew). Ada berpuluh ribu logistic yang kita kene dan dah bayar. Berpuluh ribu minit kita bekerja untuk game ni termasuk tak tido 3 hari just to make sure all in place. Berkorban anak bini datang teman dan bantu. So again it not an easy decision. But there is still a complain.

1. Makan dan minum tak ikut nutrisi 
>> Ada request CP each 2KM dan perlu ada makanan sihat. Hermmm. Aku rasa ada kot yg stalk and maki runner yang komen ni. Sampai dia remove komen dia. Korang jangan jahat sangat lah. Dari komen dia kita dah tau dia baru lagi dalam scene ni. Naive. Aku dah explain kat dia dalam satu group whatapp tu. Kita pon jangan la hentam dia sangat. Korang pon macam tu jugak dulu complain je tak habis2, ada tu sampai today pon macam tu kan. Kita bagi la dia ilmu supaya dia paham. Itu yg selalu aku buat dan aku yakin this person will learn from here. Remember dik, aku yakin kau ada baca blog aku, jangan samakan game ultra dgn acara larian lain. It come with heart dik dan walaupon kita ada sijil, ada ilmu hatta pernah jadi national coach sekali pon semua tu tak bernilai jika kita tiada adab. Noktah.

2. Route tak da marker
>> Actually laluan yang ada ni big single track. Kalau simpang mmg kita ada org (pandai tak pandai jadi kisah lain). Kalau dalam hutan memang takda simpang unless kau gatal la nak masuk semak tengok gajah. Lagi satu kita ada bagi gpx file kan.

3. Kenapa stop the game walupon hujan cuma 1 jam je.
>> Aku dah explain kat atas.  Hujan berhenti di town, dalam kampung and town masih hujan. Effect after hujan pon tak kelakar, air naik, tanah runtuh, kilat. So kita buat keputusan diatas 400 nyawa yang masih dalam track dan bukan untuk sorang dua.

4. Kenapa tak declare podium untuk group yang dah ada ditown bila game dah di call off
>> Kalau la kita allow yg batch depan teruskan larian lepas hujan berhenti ditown, rasa2 yang kene sweep dkt dalam hutan akan cakap apa? Yang dalam hutan dan kampung yang kene stop sebab masih hujan camna? Kalau ada yg mati kene sambar petir masa lari camna? Kalau ada yg lumpuh sebab kene hempap pokok macam mana? Kalau ada yg patah kaki sebab jatuh macammana? Kita jugak yang nak menjawab. Lepas tu panggil paper kata kita tak firm la, tak ikut sop la. Come on lah, nyawa kita ada satu je kot. Jangan kita selfish sangat nakkan voucher kasut tu sampai tak fikir pasal nyawa sndiri dan orng lain. 

5. Kenapa tak refund duit sebab call off the game
>> Adeh, kita bukan nak call off saja2. Bukan kuasa kita nak tahan hujan ribut. Kau pon bukan ada ilmu kebal atau boleh terbang. Lepas tu mana ada orang dah makan separuh or berak separuh lepas tu mintak refund dekat counter. kalau sebelum game ok lah nak buat kelakar seram macam ni. 


So itu lah drama2 bersiri yang kita dapat last weekend. Ada few kes salah paham masa RPC pasal size t, pasal tukar nama, pasal suruh orang amek bib etc. Aku tak nak komen hal ni sebab ada kes sebab salah paham, ada kes sebab keras kepala, ada kes sebab tak boleh sabar, ada kes sebab rasa macam kau bayar then kau boleh cakap apa kau punya suka. Remember, kalau kita cuba jadi kaki buli or cuba jadi hantu, u will get the same treatment.  

Secara jujur kes ni bagi kami pelajaran dan pengalaman amat berguna. 1st time kot kami kene mcm ni. Kalau kene kat organizer lain agak2? Percayalah, organizer mana yang nak ada masalah. They all will do their best to make sure tak da masalah dan casualty.

So 2018 camna? 

So far KOSL masih dalam 2018 plan, probably kita akan change the format supaya lebih senang untuk dihandle kalau ada masalah macam ni lagi. Maybe strech dalam hutan tu kita buang and add more climb disekitar pekan or ke gua charas. Let see.

So many thanks to all sponsors
1. Merrell
2. Redbull
3. Mammot

Partners
1. Majlis Perbandaran Kuantan
2. Tourism Pahang

Official
1. Ultron - Attire
2. Transpay - Registration and RPC System
3. Checkpoint - Timing System
4. Medal Depot - Medal
5. Jul Design - Concept and Design


Tak lupa jugak
1. Abang Rizal dan Team Pacat V-Army Sungai Lembing
2. Team Pacat V-Army dari KL dan segala merata dunia
3. Donni and Bee always be there for us
4. Fadil and Team Pixio yang amek gambo cantik2
5. Azfar yang sentiasa bersama kami dikala susah dan senang
6. Alam Khan from PKRunningClub Pakistan.. being around as observer 
7. Apeng, Abe Yim yang mai awal bantu pre game activity
8. Geng2 Pengurusan di Sungai Lembing
   - Yg berhormat ADUN yang mencemar duli mai dalam selut
   - Penghulu
   - Ketua2 Kampung
9. Semua penduduk Sungai Lembing yang always cool dan memberi kerjasama
10. Pada anda semua yang enroll, enjoy the game, complain, marah, puji, keji etc. 
11. Pada Suzi dan anak2 yang sentiasa dibelakang aku dalam setiap kegilaan yang aku buat dengan all my brothers in TEAM PACAT. 

Sebak pulak masa nulis ni sebab when this things happen, ramai PM aku personally. Bagi kata2 semangat, talk and give me a good vibes supaya stay cool. TQ guys. 

So this week lets have fun dekat PINK Ultra plak. 


Ole. 

Pic Credit to Azfar

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

Lawrence Gan said...

Bro , appreciate this write-up, having a clearer picture of what's going on behind the scene. It seems many still needs the education when it comes to running an ultra or trails, its never easy to call off a game, but well done anyway. Do keep up the good work and game.

Syahmi Mohamad said...

hmm..still waiting for KOKK report