Pages

Pre Review - Pasir Salak Half Marathon 2018



Alhamdulillah finally this game akan menjadi reality. Macam biasa for any new game yang kita buat aku akan review kisah dan lagunya supaya kita menghargai perjalanan sejarah game tu.

Macam biasa game Pacat selalunya hadir dengan format dan konsep. Each of the game ada concept and it not straight forward game. Ada sejarah, cabaran, beauty yang kita ketengahkan dan yang paling penting kita nak orang happy dengan minimum payment and maximum fun (kita cuba yang terbaek).

Pasir Salak ni sebenarnya kawasan dalam jajahan kampung nenek/opah aku sebelah ayah. Dari kecik aku memang dimanjakan dikampung ni dengan semangat kejor yop kejor. Walaupon aku anak jadi Selangor (lahir, besar) tapi arwah ayah aku lebih suka aku membesar dengan semangat kampung. So dari kecik aku ditarbiah, dimomokkan dengan kisah, sejarah dinegeri Perak ni especially tentang Pasir Salak dan JWW Birch. 

Mungkin ada yang tak sedar sejarah moden Malaysia bermula di Perak dan lebih detail Pasir Salak. Jom kita rungkai sikit supaya kita lebih menghargai game ni.

Sejarah
Sejarah mengatakan British masuk secara total melalui Perjanjian Pangkor (yup mula di Perak) dimana bermulalah siri penjajahan secara total di Malaya. Jadi banyak perubahan cuba dibuat oleh JWW Birch di Perak ketika itu hingga menggangu perjalanan kuasa Raja2 Melayu, so beliau ditikam di Pasir Salak oleh pahlawan2 tempatan. Disini bermula gerakan bawah tanah untuk menghalau penjajah keluar dari Tanah Melayu ketika itu. Arwah Birch ditikam di Pasir Salak (near to our race site) dan dijumpai betul2 dihadapan rumah opah aku dan arwah ditanam di seberang Sungai Perak (berhampiran CP5 masa game Patriot). 

Kisah tak habis disitu. Kalau sapa2 pernah baca buku sejarah Perak, akan ada satu bab mengatakan bagaimana Sultan pertama Perak datang dari Melaka melalui Beting Beras Basah di muara Sungai Perak (Teluk Intan) dan berlabuh diTanah Abang. Tanah Abang dinyatakan sebagai Kampung Ayer Mati. Yup, ni kampung aku dan runner akan lalu sepanjang tebing Sungai Perak melalui kampung ni. So disini la bermula Kerajaan Perak awal. Banyak makam2 raja2 lama sepanjang tebing Sungai Perak. So itu kisah yang kedua dari sejarah yang perlu kita tahu. 

So apa pulak sejarah game ni untuk aku?

Sebenarnya idea asal nak buat game ni datang dari Pak Abu pakcik aku. Lepas dia terlibat dengan King Of Kampung kemensah (dia penghulu Kemensah High) dia bagi cadangan why not ketengahkan Pasir Salak. Kita dah bercakap pasal game ni 2-3 tahun lepas. Paper dah masuk tapi kita plan to go with Larian Ultra Bendang. 160KM dikawasan kampung dan bendang. But tahun tu Raja Perak Mangkat. Jadi semua game digantung. 

So after sometimes ADUN Kampung Gajah mintak kita teruskan balik idea kita ni. So kita plan nak cuba distance bawah 50KM untuk game ni. So lepas long discussion kita decide go for 21KM and below dulu. Maybe kalau tak ada masalah kita akan cuba buat 42KM in next next year. Aku boleh kata kalau buat 42KM almost 80% akan berlari dalam kawasan sawah padi. 


Objective PSHM
So main objective kita lebih kepada nak hidupkan balik Pasir Salak ni. Ada satu Komplek Sejarah Pasir Salak dekat sini yang menyatakan dan menterjemahkan sejarah yang ada disini. Makin ramai lupa dan maybe tak menghargai apa yang kita ada. 

Objetive lain, kita nak bantu ekonomi kawasan setempat. Sama macam game2 lain kita buat. Kita bukak and allow local vendor untuk supply almost 90% logistik kita, bantu kita dalam game etc. Selain tu kita promote homestay, hotel etc.

Game Info
Kita ada 3 category. 

5KM Fun Run
10KM 
21KM

So kita akan melalui jalan kampung, ladang sawit, sawah padi, tebing sungai perak. Maybe ramai tak tau Kg Gajah ada banyak makanan sedap2. Antaranya Putu Perak yg amat rare selain makanan rare lain berkaedah kepada cara masakan orang Perak. Buah pon banyak terutama Durian, manggis, rambutan dan duku. Kalau kene pada musim, sampai terlalu byk and tengok je. Tak termakan yop.

Perkara lain, area kampung ni banyak udang galah sepit biru. Mmg rare dan amat sedap. Buaya pon ada. Actually pada yang tak tau Sungai Perak adalah Sungai terlebar yang kita ada di Malaysia. Nampak tenang dari atas tapi deras di bawah. So jangan memandai nak terjun mandi. Kalau xtau berenang sungai (xsama dgn laut/kolam/tasik) silap2 kita kutip dekat Teluk Intan je. Ikan temelian pon banyak dikawasan ni which ikan ni antara ikan sungai termahal yang ada dalam market. Ada orang kampung ni pakai Bubu Gajah (besar kereta) untuk tangkap ikan ni. 

Expectation
So kita amat berharap kita akan dapat deliver dengan baik game ni. Sebabnya nak melayan participant bawah ultra distance ni lain sikit. "Bunyi" dia banyak sikit terutama yang baru2 ni kalau nak compare yg buat ultra selalu "bunyi" dia slow sikit. But kita positive. Kalau xnak dengar "bunyi" better main chess kan. 




So let have fun at Pasir Salak.

Ole

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :