Pages

Race Report - The Most Magnificent Trail 2017


Actually this is my 1st ultra distance race this year (jangan gelak okay). Plan asal pon mustahil aku dapat lari game ni disebabkan beberapa issue berbangkit dengan Running Project few year back. Lepas aku resign dari Cultra in Feb, terserempak dengan Bukh from 10 sense (men behind Running Project). Duduk semeja, berbincang. So from there baru la semua issue berbangkit kita dapat clearkan. Duduk semeja, mata ke mata, hati ke hati, baru kita dapat tau mana punca issue dan apa yang berlaku. Some didalam kawalan orang lain, some dari sikap. Bottom line, smuanya kehendak ALLAH. so Alhamdulillah, banyak perkara terungkai.

So dari situ, aku pon "dienroll" untuk TMMT ni. Secara jujur dan rasa rendah diri aku rasa aku tak patut buat report ni. Sebabnya aku mungkin akan memberikan wrong impression pada yang membaca. But let see how we look into it. Sebenarnya aku memang tak ready langsung untuk game ni. Few citer tak enak yang aku boleh share seperti dibawah. So chances aku sampai 50KM pon amat mustahil. Hanya magic je boleh bawak aku ke finishing line (unless naik moto or ambulan).

1. Aku pitam dekat gym 14 days from game day. Actually fitness level memang macam haram. Nothing bad but aku tau i am in high stress level dan terlalu letih dengan jadual kerja aku.
2. Aku demam 7 hari sebelum game ni. Down with high fever for 3 days. Total out, tido je.
3. Lepas kebah, aku pi Ipoh main rugby plak dengan team VIOB Legend. I am survive with minor injury. But recovery tuk TMMT mmg jahanam, it just 5 days away.
4. Zero mileage for past 30 days. Sepatutnya aku kne buat satu LSD at least 50KM but haram. To much office work.

Secara jujur, start dari aku pitam dekat gym Suzi dah hari2 mintak aku reconsider all plan aku in next 2 week (Rugby game and TMMT). Dia tau aku takda mileage dan dia tau aku tak ready for any game dan dia tau aku mmg in stress mood with my working schedule. So few days before TMMT aku tak pack pon barang lagi. Sebab aku saja ikut flow, kalau mmg aku rasa tak perlu turun aku takkan turun. Till one day before pergi aku inform Suzi i will go and probably not to run.


Dalam otak aku..

1st, aku tak leh hampakan Bukh, aku kene tunjuk muka. Tak lari pon aku kene ada sana, else aku boleh bantu apa patut. 2nd aku dah janji dengan abe Yim and Apeng nak pi sekali. 3rd, dah setahun tak lari, rindu jugak nak jumpa kawan2 dan haters.

Pre Game
So aku pack apa patut and gerak ke Putrajaya Central. Aku amek all package. Bus pergi balik, dorm and 100KM. Dkat sini a lot of people start tanya apa aku buat sini. Actually memang rasa pelik sebab aku dah lama tak masuk game. Aku just stick dengan Abe Yim, Apeng, Zara abang misai kolek. Kami naik satu van terus ke Merapoh. Aku rasa pakej agak menarik sebab kita just duduk ja and sampai terus dapat bilik asrama. Balik dengan van yang sama. So banyak rilex la dari drive sendiri.

Game start Jumaat malam so pagi Jumaat kami just leasure, amek race pack, makan2. Pagi tu aku sempat visit Prof Zulu, kawan satu team rugby VIOBA Legend. Dia naik Mt Tahan pagi tu. So sempat la layan kupi dulu dengan dia sebelum dia pi declare barang di Sg Relau. Overall on Friday mood aku biasa ja. Takda la beria sangat sebabnya aku tau aku akan koyak rabak nanti. Aku habiskan masa melepak je. Malam tu at starting line kepala aku ligat fikir how should i handle the game properly. Plan aku at least 50KM la so tak da la rasa ralat sangatkan datang jauh2.

After sometimes saka mari berbisik, "Kau jalan je all the way macam kau buat dekat Lantau tahun lepas".

Hati pon kata "Ok jugak tu, takda la suffer sangat, penat berhenti".

So aku decide to WALK ALL THE WAY THE ROUTE.



Masa flag aku ada la lari sikit. Nak kasi peluh and semangat naik sikit. Mood aku at par je malam tu. Tak excited sangat. So aku just follow the crowd and planned pace. Laluan banyak disekitar ladang kelapa sawit dan ladang getah. Untuk 1st streach till CP3 laluan masih terkawal dan disekitar perkampungan dan kebun. Mood aku masih ok till CP3. Penat aku berhenti, lapar aku makan, haus aku minum. Aku boleh kata the real syokness only happen after CP4. Lepas je stesyen keretapi Merapoh masa ni baru ada mende nak citer.

1. Ada banyak river crossing even kene lalu dalam sungai.
2. Ada waterfall climb
3. Ada gua
4. Ada banyak pokok durian yang sedang berbuah
5. Banyak pemandangan yang cantik dari gua2 batu kapur yang nampak sepanjang laluan.

Actually aku tak face any issue at all. Bila aku declare aku stop at 80KM ramai pm. Terima kasih atas concern kawan2. Secara jujur aku tak face any issue. Aku rasa 80KM dengan sandal with minimum preparation and walk all teh way, itu adalah KELAKAR. Aku tau aku boleh teruskan sebab ada banyak masa lagi but i just want to stop. Maybe aku lapar sangat kot. lol. No other reason.

Bila aku bagitau Suzi aku sampai 80KM and ada banyak masa lagi dia gelak and ask kalau aku nak stop. Yes, i stop. Nothing to prove.

Overall aku boleh kata it a good game and package. Nice view, good organizer.



Post Game
Aku tak face any issue at all. Lepas game ada la sengal sikit and kaki keras but lepas sampai rumah all back to normal even today aku dah start with my easy run. Untuk mood, i feel much more better. Maybe sebab aku dapat muncul dekat event kot. Hilang stress.

Important Learning Process
1. You know your body, so listen to it.
2. Training, that is the most mandatory item that we should carry (mileage)
3. Plan our move properly so we can move as far as we can. I get good sleep and good foot 1 week before the game. Walaupon penat dan badan masih sakit2.
4. Surprise aku boleh sustain all the mud, torn, rock/stone etc dengan sandal je. Aku aspect aku akan face banyak issue with sandal but i am wrong. The longer we wear it, the better we can handle it.
5. Stop complaint, plan.

Findings and Improvement
Masa balik aku dengar macam2 bebelan kawan2 dekat dorm. Biasa la, mana ada game yg sempurna. Some of it maybe organizing team boleh try to look at it if it genuine issue. Else abaikan.

1. Solid food, some kata ada apple je and some kata mee segera tak cukup and some aspect some heavy foot after 50KM.
2. Tak da air panas, some nak bancuh air and makanan sendiri.
3. Overall distance short
4. Some distance between CP not accurate, rasa ramai bercakap pasal CP Masjid ke CP Rumah Seni.
5. RPC and penyampaian hadiah slightly late from the time given.
6. Medal for some category tak cukup.
7. Some concern on tapak rimau yang people jumpa. Kata depa kalau depa kne ngap masa lari sorang2 dah jadi sejarah.
8. Pagar letrik yang agak menjengkel kan. Ada yang kene short.

Ni yang aku dengar la, untuk aku, all ok je sebab i come very minimalist and i want maximum pain. Lagi pon aku memang prepare untuk DNF je but tak tau CP berapa. Lol.

1. Aku nak puji team dari merapoh, dalam hutan gelap2 tu ada je orang duk tunggu simpang.
2. Dpa amat rajin di CP. Meriah.
3. Dpa ada knowledge. Kalau tanya berapa jauh depa tau berapa jauh dan always give positive words.
4. Marker and blinker everywhere, kalau ada gak yg sesat sure penat sangat tu.

Gear and Refueling
Alas kaki: Luna Sandal
Attire: Cotton T-Shirt cap ayam, cheap old Mizuno short
Hydration: 5L hydration beg cap Alibaba to carry all the mandatory item
Food: 1 pack pisai salai, 1 pack kurma, epal at all CP, sikit mee segera at CP4
Air: Refuel air kosong at each CP and some from the river.
Sleep: None
GPS Watch: Bulan dan Bintang


TQ Note
Bukh, Ajis, Deo, 10 Sense and Running Project
Abe Yim, Apeng yang sudi pergi sesama
Ajib, Mie and King yang layan berlabun and kopi
Zara and abang misai kolek
Adik Manis, Wani, Elle, Mino, Wan Panjang (sweeper team)
Peter for the tape at Rumah Seni
Mie yang carpool balik KL malam yang sama
Team Pacat for all those support
Suzi and the Kids untuk terus memahami

Picture credit to KakiRonda, Norhana, Ajib, 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :