Pages

Exploration - Genting Bidai Trail



Fuhhhh, bersawang blog aku ni. Anyway, aku dah bukak new page for this blog in FB. Just a backup plan in case personal account aku akan ditutup dalam masa terdekat. so maybe i can just do my writing and stick with Kuchalana in FB rather then be Arman Arshad. 



Orait, all along banyak perkara berlaku. Secara jujur, aku rasa agak tidak selesa dengan beberapa perkara. Looks like i am getting more attention dari golongan yang suka melihat kepada perpecahan dan permusuhan. Ada golongan yang bergerak diatas paksi kapitalis yang maybe akan membunuh orang2 sekeliling. Fakta ini akan berlaku tidak lama lagi dan aku dapat rasakan tidak ada yang akan kekal selagi kita tidak dapat membezakan NIAT dan OBJEKTIF kita dari awal. Semua boleh berubah.
  

Jadi baru2 ni aku telah diberikan peluang untuk merasai track Genting Bidai. Pada yang follow blog aku ni, aku ada sebut pasal hal ni few times. Sampai la terbukaknya track dalam game King of Kampung Kemensah. Sebenarnya masih banyak puzzle dalam hutan kemensah ni. Antara yang aku boleh share

1. Normal track dari Kemensah ke Bukit Roket (Section 1)
2. Dari Bukit Roket ke Sungai Pusu (Section 2)
3. Dari Bukit Roket ke Pondok Repin aka Genting Bidai (Section 3)
4. Dari Janda Baik ke Lubuk Tedung aka Genting Bidai (Section 4)
5. Dari Lubuk Tedung ke Cenuang ke Lopo (Section 5)
6. Dari Lubuk Tedung ke Cenuang ke Sungai Congkak (Section 6)
7. Dari Janda Baik ke Repin (Section 7)
8. Dari Nuang ke Lentang Ke Repin (Section 8)
9. Dari Janda Baik ke Chemperoh ke Repin (Section 9)




So puzzle ni smua masih tidak dapat disambung secara total. Aku boleh kata 50% dari puzzle ni aku dah ada so masih da 50% lagi nak disambung supaya lengkap semuanya. Sebenarnya aku share same interest dengan bro Gaz. Dari dlu kami plan few trip untuk explore semua ni. Dia start 10 years back, aku start few years back. Aku pernah lalu dari Sg Congkak ke Cenuang Lubuk Tedung in 2000. So last week aku dapat peluang dengan Gaz untuk explore track untuk section 4. Actually ini adalah original track untuk epic trail yang orang dulu2 guna untuk move dari Selangor ke Pahang.

Trip ni organize by Lan yang memang maintain track ni. So aku tak boleh nak expose banyak sangat sebab ada akta hasutan yang aku kne jaga. So let have a review on this track berdasarkan pengalaman aku ikut trip Lan ni.



Kami mula dari sebuah resort di Janda Baik. Ni tanah persendirian dan aku yakin Lan memang dah kenal depa so we get an access untuk masuk ke trailhead dari resort ni. Anyway, dalam trip ni ada 9 orang termasuk 2 guide. So kami melalui denai dan hutan sekunder for around 3KM till masuk ke primary forest. Sepanjang jalan ni kami melalui anak sungai dan kawasan kebun. Till kami jumpa track balak. Dari sini kami mula melalui kawasan hutan yang agak tebal. Less climb but hutan dia agak bersemak. Best part aku cuma bersandal and seluar 3 suku je. Syok wo kaki penuh pacat and luka2 sebab duri. Surrrrr rasa dia.

All the way track ni aku boleh kata ada berlambak2 anak sungai, waterfall dan pokok balak gadang2 size dia. Secara jujur track di untouchable. All the way boleh dengan bunyi rusa mengekek, jumpa tapak tapir gadang2 size dia. PAcat jangan kata la, besau2. So we have our lunch ditepi sungai. It a leisure trip pada aku and no pressure.



Lepas lunch kami terukan perjalanan till aku realise kami masuk balik ke track motor hampir dengan Lubuk Tedung. So overall kami dapat +- 13 KM dari Janda Baik ke Lubuk Tedung, ke Kemsah add another 10KM. Elevation xberapa tinggi sebab kita ikut kawasan rendah sepanjang anak sungai. Track dia raw dan tak ada marker. Kami sampai Lubuk tedung awal around 3pm. So aku rasa kalau nak buat daypack tak ada masalah untuk cover remaining 10KM dari Lubuk tedung ke trail head di Kemensah. So maximum dengan leisure pace yang kami buat aku rasa kami boleh buat 8jam for this distance.

Actually kami bermalam di Lubuk Tedung and have a good sessi pembersihan jiwa bersama otai2 dalam group ni. At the same time aku terserempak dengan Pak Rahim, Penghulu Repin. Dia yang bina pondok dalam hutan tu. Dia complain pasal runners yang naik and buat pondok tu macam pondok sendiri. Buat sampah, guna barang tak letak balik etc. So aku harap, kalau ada kawan2 yang baca entry ni, please behave bila kita masuk tempat orang. Kalau boleh jaga kebersihan dan adab.



So another successful trip pada aku. So soon insyallah aku akan masuk lagi dengan Lan untuk explore ada few more section. So far aku tak terfikir nak sambung track KOKK dari exploration ni. This is more on my self satisfaction. Kalau ikutkan dari topo, we can get at least 160KM in this track with more then 3K elevation gain. Prediction aku can get more kalau masukkan Repin, Cenuang dan Nuang. Lentang it self can give at least 1K, nuang 1.6k, cenuang dalam 1K, repin 1k.

It will be 100% trail with such elevation. Fuhhhhh... So let see how.

Ole.

* Picture credit to Mak Nani and Gaz
** I am using Luna Sandal for this trip, looks like it work really well now in muddy track.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

Shazniza Zainal said...

people need more attention nowadays. being silent dari dunia FB ni adalah jalan penyelamat daripada kita terus hanyut dengan drama2 yang ada. back to basic bro. what ever u do, u have my supports. nasi lemak sotong aajomm!

azrul said...

Tahniah bro. Teringin nk ikut la nanti. Ni boleh kira area kampung kita la ni :)
Btw nk tnya yg - > dari Bukit Roket ke Sungai Pusu (Section 2), ni route utk kemensah krazy 2015 tuh ke ?
Seingat aku route tuh belok ke kiri sblom smpai ke lubuk tedung, ikut track moto-cross.
Teringin nk lari situ balik smpai ke UIA. And mmg bnyk lintas sungai.

Aku borak dgn org2 lama kg klang gate ni, track kemensah ni boleh lajak smpai bentong dgn raub. **pengsan**