Pages

Race Report - Standard Chartered KL Marathon 2017




After 4 years finally aku dapat lari game ni. Yup, aku enroll almost tiap2 tahun but for past 4 years aku tak dapat nak lari. Almost semua diatas kekangan kerja. Actually tahun ni pon sepatutnya aku tak lari SCKLM ni. Aku dah enroll satu game di Indonesia same date. Another adventure with new type of game. Things happen, ada kes kematian dalam family Suzi minggu lepas. So aku tak dapat nak ke Indon. Burn semua logistic. But nasib aku baik sebab aku dah enroll SCKLM awal2. 

Dan nasib aku agak jugak baik sebab aku dah terlepas few game rugby yg ada dalam jadual aku tahun ni. So datang la hantu2 raya ajak aku main game Sabtu sehari sebelum SCKLM. Actually aku bla blir nak main sebab takut injured. After sometimes aku decide tuk main jugak. So there is a risk there. 

1. Kalau aku injured on Saturday, so SCKLM akan jadi edisi ke-5 aku DNS
2. Kalau aku injured dan lari jugak aku akan suffer during and post game
3. kalau aku xinjured so aku boleh enjoy SCKLM.

Biasa lah, konon terrer so aku take the risk. Sabtu pagi aku gamble turun main di UPM. Aku angkut semua anak2 aku turun skali. Plan lepas game rugby terus ke KL and ready for SCKLM. After 1st game aku dah kene. One hard tackle and ankle aku buat hal. Lepas game terus bengkak. Aku bagitau Suzi dia gelak je. Aku tau dia dah paham dengan degil aku. Masuk 2nd game aku suh team balut kaki aku. Boleh rasa dah kembang sebab bengkak. Main lagi 2nd game dengan kaki berbalut, lepas tu main lagi dan lagi sampai tengahhari. Actually kalau korang main rugby korang tau la. Macam satu hantu sudah merasuk kalau dah dalam padang. 


So after tournament aku bagitau Suzi, kita ke KL and go as a plan. Dengan kaki terhencut2 Suzi buat muka pening je melayan kerenah aku. So kami check in hotel, get some good nasi daun pisang for late lunch and balik hotel aku terus tido. Plan aku kalau bangun kaki xleh jalan aku akan DNS. Nekad dey.

10PM - Sabtu
Aku terjaga dari tidor. Aku nampak Suzi tengah layan TV dengan anak2 dara aku. Aku rasa kaki, bengkak. Sakit, sikit. Actually aku tido tinggikan kaki, aku minum air sebanyak boleh dari sebelum tido dan tiap kali bangun tido. It not easy to make our body ready after long day dekat padang. Kene plak dengan body contact game. Then aku sambung tido.

2.30AM - Ahad
Jam dekat phone bunyi. Aku bangun aku rasa kaki aku yang bengkak macam kembang. Aku makan sikit roti and minum air banyak2. Aku masuk toilet gosok gigi. Mood macam haram jadah. Dalam kepala DNS ke tak, DNS ke tak. Duk piki kalau aku lari confirm melarat silap2 MC seminggu. Then ada suara berbisik kata, 

"Dah le Man, pegi tido"

Aku pon terus naik katil tarik balik selimut. I am done. DNS.


3.00AM - Ahad

Tit tit tit

Message masuk bertalu2. Kawan aku Malix pm bagitau dah sampai ke Dataran at Start line. Shit, aku lupa ada janji dgn dia nak jumpa dia dekat start line. He is doing his 1st FM. Masa ni ada satu suara lain datang..

"Siap je la, kalau sakit berhenti, naik bas"

Aku duduk termenung dekat hujung katil. Pusing2 kaki sikit. Ehh .. macam tak sakit. But bengkak boleh tahan. So aku berjalan sikit dari hujung bilik ke katil. Macam ok je. 

Aku masuk toilet mandi and siap2. Aku inform Suzi aku akan lari but will call her kalau ada masalah. Yup she know, no calls means no issue. 

3.20AM - Ahad
Aku turun dari hotel. Tu dia, sheih dah naik. Elok je aku berjalan. Aku singgah 7e layan kopi panas dlu. Lepas tu naik lagi satu sheih, aku boleh lari dey dari 7e tu ke Dataran. Ada la 2KM jugak. Sampai Dataran aku PM Malix, hawaw dia dah masuk dalam kandang. So aku pon relax layan crowd. Giler ramai.


3.50AM - Ahad
Aku pon masuk dalam kandang. Masa ni segan semacam sebab aku rasa tahun ni baru satu game aku dapat start dan yang ni kira game ke-2. Masa ni kepala duk berlegar2. Aku segan nak share sini sebab nanti jadi ikutan pulak.

1. Mileage aku agak kurang bulan ni. Aku cuma ada 40KM LSD masa pasang marker dekat KOKK
2. Aku cuma ada satu speedwork session dekat rumah. Tu pon cover 10KM je seminggu sebelum SCKLM ni.
3. Small hike je dekat Broga and small walk dekat taman area rumah.
4. Badan aku masih sakit2 kesan dari game rugby on Saturday (not even 24 hours)
5. Ankle aku masih bengkak sebab game on Saturday.

So possibility aku tak habis tu tinggi teramat sangat. Kalau aku habis pon aku yakin aku akan suffer. 



4.00AM - Ahad
Flag off.

Plan semasa aku.. follow the flow. 

At 1st 3km, aku tak face any issue at all. Manage to go with some good pace. Seriusly aku tak da rasa sakit (kaki,badan or mental). So aku tekan sikit. Masa ni belon 4 hours depan aku. 

Lepas masuk AKLEH aku slow down. Masa ni perut aku teramat lah lapar. Aku just follow the flow sampai la naik DUKE. Dekat sini kalau tak silap 20KM. Masa ni aku dah start slow down. Aku jumpa Karen tersadai dekat support car, muka pucat and she is not feeling good. Hari dah start terang kat sini. Masa ni aku duk teringat orang kata DUKE ni kejam.

Actually aku tak face any issue here (after 21KM). Aku just follow the crowd. 

1. Penat aku jalan.
2. Naik bukit aku jalan
3. Turun aku lari, lurus aku lari.

Masa ni belon 4.30h, 5h, 5.30h potong aku. Aku berhenti tiap CP dekat sini dan minum. Serius perut aku lapor. Badan, mood semua masih ok. So aku just go with easy pace.

Keluar je DUKE, kalau xsilap at CP 31KM, ada PISANG. Masa ni tuhan ja tahu berapa nikmat dapat makan atas highway ni. Aku makan sampai 3 biji pisang dey. Sampai kenyang aku makan. Lepas tu dapat tenaga and aku tekan sikit. Keluar je DUKE aku lari.. lari dan lari. Sampai ke Bukit Tunku. Kat sini xleh nak tekan sangat else mau koyak depan Bank Negara. So climb je aku jalan. 

All the way sampai finishing. No issue. Kebaboooo.

So i am done this time. With all those drama. Aku yakin this is not a good example overall. 


Post Game?
Aku tak face any issue. Cuma bengkak air dekat kaki, badan back to normal after 1st day. 

Findings
1. Banyak tambah baik dari SCKLM aku tgk. CP tiap 2KM. 
2. Buah ada banyak after 32KM
3. Medic team ada ramai at each CP
4. Crowd control tip top at start and finish
5. Ada lagu Negaraku.. ehemm
6. Mobile team ada sepanjang jalan with motor and basikal
7. Flow at finishing pon tertib.


Ada satu cadangan.
Crowd control dekat finishing.. maksud aku sebelum finishing. Agak tidak terkawal. It good at 1st look but ada yang tak selesa especially yg jenis kejar masa (and compare with other game outside). Ni pandangan aku ja. Untuk aku yang tak kejar apa2 ni ok jer. 

So what next?

* Pic credit too Amin, Ena, Gloria, Fazli
* Aku still hutang report KOKK. will release this week. So jalan yang ni dulu.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

June Malik said...

Ish ish noti lari sakit2 ..but glad u made it ..rest n heal properlu. Hugss

ikanakeem said...

Great job bro..berani taking risk.
aku pun made it gak 1st FM dlm SCKLM 2017. banyak follow method bro from this blog.thanks bro..keep sharing info..it helps a lot for beginner runners.