Pages

Tumbuk Rusuk - How the Product Marketing Works On You



Actually apa yang aku nak tulis ni berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan pengalaman aku secara langsung dan tak langsung. Aku akan focus topic ni lebih kepada scene larian sahaja but overall boleh diguna pakai untuk any condition. Point2 aku mungkin betul dan mungkin tidak, so jangan terhasut.


Percaya tak kalau aku kata hidup kita ni dipengaruhi oleh iklan dan marketing setiap masa, 24/7 and 365 hari setahun. Ok, let see in this perspective. 

1. Celik je mata, bukak phone, nampak iklan pasal game. Gedik2 poster dia, pakej dia. Lepas tu nampak pulak si anu review pasal kasut baru dia. Lepas tu nampak si timah tunjuk seluar baru dia. Lepas tu nampak si ramli tunjuk makan makanan sihat sambil menjilat kaki. 
2. Bangun je lepas celik mata and bukak phone, terus bukak TV, dah berderet iklan. Macam2 ada, dikocok kocok.. dikocok kocokkkkkk...
3. Bergerak ke dapur, bukak radio, tak habis2 lagi iklan. Siap lagu lagi...
4. Drive nak pi opis, sepanjang jalan dengar radio dan sepanjang jalan la dengar iklan. Tengok keliling, keluar je pagar rumah dah nampak iklan repair peti ais dekat tiang lampu, kalau nasib baik iklan sex toys kat tiang lampu isyarat, lepas tu masuk highway, nampak iklan telco punya la besau sepanjang highway, hatta sampai opis sepanjang dinding opis semua propaganda pasal keje kau. Jadilah pekerja contoh, product kita yang terbaek.. blablabla..

Kadang2 sampai tdo pon kita teringat product. Contoh mimpi berlari dengan Anton Krupicka, terus teringat kasut MT10. So bottom line, iklan dan marketing dimana2. Tu aku tak cakap pasal FB, Whatapps, Insta, Tweeter dan macam2 lagi social media yang ada. 

Ok, pernah tak korang terbaca pasal how all this social media making profit? Mai aku share sikit info ni supaya kita paham where FB, Insta and all this social media adalah agent marketing paling padu yang mungkin korang takkan terfikir sampai macam tu skali depa buat.

1. Smua media ni menggunakan carian korang sebagai key utama dalam pemasaran depa. 
2. How it work. Contoh, kita selalu search pasal Ultramarathon, in google, in FB, in Insta in Youtube. So for next search kita akan nampak engine carian depa akan terus show all related dengan larian dan dunia outdoor. 
3. Korang boleh try in Youtube and Insta. Pi tgk apa yg keluar lepas bukak page Youtube. Kita tak search pon but they already show all related dgn previous yg kita search. Insta pulak, sekali kau hashtag kata antonkrupicka lepas tu tgk ramai PT, runner, tukang jual baju and product akan follow kau. 

So that is how all this medium works. So kalau la kita ni dalam bidang jual barang, so we can start to manipulate all this. Kalau kita bukan menjual, so kita kne paham all this supaya kita tidak tertipu.  Ok, kita pergi pulak medium sponsor athlete product review or celebraty runner etc. 

Dalam product marketing ada satu perkara yang kita kne tau. Dpa ni menjual selalu atas dasar sentiment. Contoh satu iklan, "Pakailah kacamata itam ini dan anda akan kacak seperti Tom Cruese". So berderet la orang beratur beli spek mata itam tu. Konon akan jadi hensem macam Tom Cruse la. Actually yg ppl tak paham, kalau kau tak hensem, kau pakai apa pon tetap tak hensem. But again marketing, they will say yg enak2 je dan dpa tau ramai manusia yang tak sedar diri dan cuba menjadi seperti idola depa. Kalau betul hensem tak pa but again accessori macam tu dengan harga bukan2 rasa it not a need in current economical condition. 

Ok dah paham? 

Aku nak bercakap pasal how some product play the role of sponsor expecially in Malaysia. Korang perasan tak kadang2 so call sponsor athelete ni kita tak kenal pon kat Malaysia ni. So few things yang aku nampak product owner (yg dpt lesen jual barang2 ni) cuba buat untuk naikkan sale. Antaranya

1. They will take celebraty runner to talk about their product
2. They will take so call runner yg ada ramai crowd.. tidak kisah la performance dia tah hapa2 sekali pon.
3. They will give some of their product to podium / elit runner for free but they need to review the product. 
4. They will sponsor a game and with some discount on the item like event t and fin t. It not free ok.
5. They will sponsor a game a voucher / hadiah from their product.

Pada aku tak da yang salah dalam method yg ada. Sebab depa bukan pengilang dan masih ada principle yang perlu dilayan. Kalau depa principle then yes it wrong sbb dpa yang keluarkan product and do all thise R&D so they should get better atlet to become their product reprentative. Actually apa yang aku nak sebut adalah on item no 2. 

Trend dia agak tak berapa best bila kita tgk some so call this sponsor atlet duk jadi tukang cakap product but in the end dia sendiri duk pegi game tak pernah yang habis. People akan tanya, ni salah kasut or salah atlet. Duk kata kasut A bagus ya amat, boleh berlari atas air, boleh terbang atas pokok but sampai yg tukang review DNF dkt CP1, worst jual bib  kat kawan illegally. Sekali dua DNF tu biasa la but kalau dah smua game tu yg jadi tak best tu. So salah product kot.

Satu lagi kelakar, kalau kita tgk yg gile nak ada barang sponsor ni selalu tak berapa setia dgn specific product. Kalau today A kasi pakai brand Kipas Udang, besok dia pi pakai brand Kipas Ketam bila contract dengan Kipas Udang dah habis. Kalau kita tgk atlet luar, dia akan stick with one product forever. Kalau pon dah tak sambung contract dia tetap akan pakai same product sebab pada depa pakai product bukan sebab nama, duit but sebab keselesaan dan kesetiaan.

Mungkin aku salah but this is what i can see and maybe all of us see also. So it back on how those product marketing goes. Kalau those product mengambil org yg salah dan kita pon mendewakan orang yg salah. So kita pon tah hapa2 sebenarnya sebab mengikut trend dan budaya yng salah. 

Aku ada kenal few so call elit and till today not really want to become official sponsor atlet. Pada depa, depa ada duit so not really into all this. But sometimes they take some product to review which it will help those product owner untuk boost sales depa. 

Ahhh ni lagi satu aku suka nak share.. this so call tukang review product yg unofficial ni. This is another marketing secara tak langsung yg ada dalam market. Recent aku tgk ramai yg buat kje2 ni. Si anu pakai kasut brand HAHA dia pon beli kasut brand HAHA. So dia pon pakai sekali and terus buat review 300 patah perkataan. Actually kelakar sebab 

1. To be fair to the product, pakai la kalau tak sampai lunyai at least 100KM mielage and baru review. Ni pakai lari 5KM and review macam kasut tu boleh jalan atas air. 
2. Buat la full review such, harga, size, kemampuan atas air, atas trail, atas jalan, dalam hujan, dalm panas, distance yg paling jauh. Jangan sibuk duk cakap pasal brand je. Adil sikit pada product tu. 
3. Buat la comparison yang adil. Kalau dulu pakai kasut HIHI lepas tu pakai kasut HAHA buat fair comparison mcm point no2. 

Actually kita takkan tau sifat sesuautu barang till kita pakai dia sampai lunyai or at least specific longer distance. Ada some product lps lari 30KM baru nampak msalah dia pada badan. Ada tu dalam hujan ok, tapi panas dah start bagi masalah. Jangan ingat kita review bagus2, compony kasut HAHA nak call hang jadi sponsor atlet. So please take note yer. 


Aku sebenarnya bukan apa, saja nak kita sama2 berfikir. 

1. Jadilah pengguna yang bijak
2. Sedar lah diri jika kita hanya bukan siapa2.
3. Bersukan lah untuk kesihatan dan bukan untuk mendapat penyakit hati.
4. Kne ada ilmu dalam setiap perkara yang kita buat hatta ilmu untuk tido 5 minit dalam game.
5. Kita xleh salahkan product dalam masalah kita, sometimes kne tgk jugak kita cukup training ke idak. 
6. Product and marketing will always be there but kita sebagai pengguna kene pandai memilih.
7. Support smua product dan markting yg baik untuk memajukan lagi diri dan scene kita.


So jangan marah aaaaa.


Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :