Pages

Race Report - Toyo Tires Putrajaya 100 Miles 2016



Alhamdulillah, finally the 3rd edition berjalan dengan minimum issue. Actually dah bersawang blog aku ni. Memang agak busy dengan perkara2 dunia dan masih mencari antara ruang masa2 untuk menulis. Okay, so again aku akan buat race report for this one base on organizer perspective. 

Secara kasar, memang terlalu banyak issue yang timbul dari hari pertama kita buka registration lagi. Kita di tanjatkan oleh harga yang kita dapat dari pihak berwajib. Sebenarnya kita dah aspect but tak tau plak harganya lebih tinggi dari yang kita jangkakan. Sebenarnya pihak berwajib dah mula mengenakan charged untuk setiap taman dan facilities yang ada di Putrajaya. Kita ada turun meeting dgn pihak berwajib bila 1st time they all plan nak implement perkara ni. Actually kita paham masalah yang they all hadapi bila terlalu banyak kerosakan yang berlaku hasil kerakusan organizer yang tidak bertangjawab diPutrajaya. Dari slide gamba yang dibentangkan kita dapat tgk tiada kawalan oleh vendor2 yang terlibat dalam organize event diPutrajaya. Ada yang campak lebihan minyak masak dalam longkang (ini akan mengalir ke tasik), ada yang rosakkan padang (parking kerete atas padang rumput karpet), ada yang rosakkan tiang lampu, ada yang rosakkan penghadang jalan dan macam2. Nak jadi lebih buruk, kebanyakan kerosakan dilakukan oleh jabatan dan unit2 yang bersangkutan oleh kerajaan. Jadi aku rasa pihak berwajib agak hilang kawalan, kene pulak kalau yg buat event ni datang dengan wahyu dan lesen kuning. 

Jadi pihak berwajib ubah SOP dpa. Depa kenekan bayaran untuk setiap event dimana mereka rasakan organizer ni akan mula sedar diri dan berahklak mulia hendaknya. Jadi apa yang kita dapat lihat makin kurang organizer yang berani untuk masuk Putrajaya. Aku setuju dengan perkara ni. Cuma ada beberapa perkara yang perlu dilihat balik.

1. Kita tak boleh pukul rata untuk hukum semua organizer yang terlibat. Pada aku kene tgk background dan nature game. Ni event local atau international dan berapa behave organizer dari latar belakang depa.
2. Aku rasa ada perkara lain yang boleh dimasukkan dalam term selain aku janji. Wajibkan PUBLIC LIABILITY insurance. Kalau ada kerosakan, charge balik organizer ni dengan insurance yang depa amek. 
3. Boleh buat rating untuk setiap game yang masuk, kalau rasa xok, for next edition charge depa or tak payah lagi kasi masuk. Kalau ok, waive or discountkan charges. 

So far untuk game ni kita telah dicharge dengan jumlah yang agak tinggi + additional charges yang tak pernah kita fikirkan (route , khemah etc). Actually dah 4 tahun kita buat event di Putrajaya. Kita tak pernah mintak apa2 bantuan pon, sampah kita kutip sendiri (160KM okay), Kita tak mintak khemah, tak mintak road marshal, tak mintak duit, yang kita mintak cuma approval dan support. Lelain smua kita handle sendiri dan alhamdulillah, kita manage buktikan kita boleh berdiri tanpa bantuan apa2. Futher kita antara yang mula2 ketengahkan Putrajaya sebagai hub larian Ultra dimata dunia. Kita perkenalkan semua taman dan promosikan facilities yang ada. Dulu aku ingat lagi bila berlari diPutrajaya mmg xda org, siap terserempak hantu bergayut kat pokok area PICC. Now hantu pon takut bila tiap2 malam ada orang berlari dan berkayuh di Putrajaya. Jadi kita agak kecewa dengan apa yang berlaku. Aku bukan nak main blame game, aku bagi solution jugak untuk difikirkan. 

Dan aku nak tambah sikit lagi, bila ada 3rd party yang pegang some of the facilities. Kita diminta membayar RM2K untuk laluan diAnjung Floria yang sepanjang 500 meter. Alasannya sebab nak letak guard jaga situ. Aku ok kalu kata nak letak guard but dgn harga RM2k tu aku rasa aku boleh bayar gaji guard duduk situ sebulan. So no choice last minit kita kne ubah laluan game dan ini mendatangkan kemarahan kebanyakan pelari. Mungkin kita sebagai pelari rasa organize game ni kacang putih je but kalau aku nak share semua yg berlaku korang akan terperanjat how much effort yang kita letak just nak korang berlari dgn puas dan selamat. Dengan report aku ni pon sbnarnya dah letakkan banyak risiko antara kami dan pihak bertanggung jawab. Aku tau ada kawan2 dari Putrajaya yang baca blog aku, aku just nak katakan yang benar dan mungkin ada lebih perkara yang boleh diperbaiki untuk kepentingan bersama. Mungkin aku salah, mungkin ada perkara yang aku tak tau dari plan pihak berwajib but for now this is what aku boleh nampak. So for now, 3rd edition Putrajaya 100 Miles will be the last in Putrajaya. Maafkan kami. Kami tak mampu nak teruskan dengan semua perkara ni. Takat tu je luahan aku. Noktah.

So alhamdulillah, kita ada 300 pelari dari berbagai latar belakang yang berlari last week. As everybody aware, P100 ni adalah development game. Sebab tu COT dia leisure for 52KM, 78KM dan 100KM but not for 100 Miles. Yang unik pasal game ni,

1. Non Competitive game, so runner bertarung dengan diri depa sendiri.
2. Development game, so everybody boleh cuba untuk challenge diri sendiri
3. Makan, medic and all support ada semua CP
4. Special need beg almost at all CP
5. Ada nasi at CP5
6. Ada token of appreciation untuk yg push diri lebih dari orang lain (top 3)
7. Ada token kasut untuk yg habiskan 100 Miles
8. Ada hantu at Wetland and Rimba Alam
9. Ada panas, ada sejuk melampau
10. Ada banyak kedai sepanjang jalan.
11. Ada map reading
12. Ada support on bike and car
13. Ada supprise CP (mobile CP)


So ada macam2 sebenarnya. So few info untuk dihadamkan..

1. 100miles - 12 finisher which fastest time is 25jam. Actually COT30 jam tu agak kejam but kita cuba letakkan satu standard supaya orang tak perlekehkan pelari kita. So 12 orang ni manage to finish it in 30 hours. HEBAT!!
2. Ramai yang dapat buat sub 20 jam untuk 100KM. Yup satu lagi kehebatan pelari2 kita last week. Mean they prepared for teh challenge.
3. Kita rekod panas melampau sepanjang sabtu. Kita dapat 40' dan ada runner yg dapat 41' (ikut kawasan). Actually tak smua orang boleh handle panas macam ni. Boleh goreng telur tau. 
4. Less yang sesat tahun ni. So gps devise / hardcopy/softcopy map agak membantu nampaknya.
5. Marker kita banyak yang hilang. Rasanya keje abang2 maintenance. Actually mmg tak boleh pasang marker dekat tiang lampu. Kita digalakkan pakai kayu dan pacak atas tanah. But dari pengalaman kita, pacak ke, gantung ke sama je, confirm ada yang buat2 rajin turunkan atau cabut. 
6. Volunteer kita tahun ni kurang dari tahun2 yang sudah. Kita put more budget kita pada mobile crew (motorbike/car) dan medical team. 
7. Makanan dan minuman kita pon kita revise. Kita kasi more comprehensive food. 
8. Toyo Tires berani masuk this time as our main sponsors. Tq William and team diatas kepercayaan.
9. Saucony pon berani masuk untuk bersama kita tahun ni. TQ team atas kepercayaan. 
10. Ada kes heat stroke sebenarnya on Saturday. Crew kita ada yang kne dan few runners. But nothing bad lah.


TQ Note
1. Our main sponsor TOYO TIRES yang terus percaya dengan kita. Insyallah they will be with us in KIng oF Bukit Larut 2017.
2. Our official shoes sponsor SAUCONY yang berani nak kasi voucher dan kasut free. Hope we can have more work together in future.
3. Unit Perancangan Bandar Perbadanan Putrajaya, yang sentiasa bantu dan percaya pada kita. 
4. Team Taman, Polis, unit2 yang berkaitan yang sntiasa memudahkan kerja kami.
5. Team Cyclicsport yang hadir dan support
6. Suzie yang kehulu kehilir pastikan logitic makan berjalan dengan lancar
7. Doni, Fladdy Bee dan Awin yang sentiasa setia selama ni untuk all edition membantu masa susah senang.
8. Gaz, Azfar, Rany Tan dan semua team official atau tidak yang hadir amek gamba
9. Poji dan Fendi yang terlibat dengan team logistic, kehulu kehilir bantu hantar makan dan keperluan
10. Peter and Team Lori yang kuat2. 
11. Kedai nasi lemak Pak Abu yang supply makan on time dan menjaga kualiti makanan.
12. Team mobile CP yang kehulu kehilir bawak makan dan jaga kebajikan runner.
13. Team motor yang sibuk pastikan runner tak sesat
14. Pacat V-Army yang ada dimana2 untuk membantu (CP, simpang, atas kenderaan etc)
15. Team Medic yang sentiasa alert
16. Kak Ruby Jelas yang hadir dermakan burger ayam dan daging. Habis burger tu dkt tepi highway.
17. Sahabat dan kenalan yang hadir membantu disana sini.
18. All runners yang mai tiap2 tahun event ni or yg 1st timer. 

Terima Kasih atas support dan kepercayaan anda semua. Maaf dipinta jika ada kekurangan.

For now kita sedang melihat untuk gantikan game ni dengan game lain. So doakan lah yang terbaik. Sayonara P100, you always be our baby. 


Ole. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

Nadia Ahmad said...

sedey baca entry race report p100 yg terakhir ni. event yg introduce ultra distance utk org yg speed siput mcm saya =)

kuchalana said...

kami lagi sedih... anyway.. tq for all those support...