Pages

Motivasi - Melihat Alam dari Mata Teruna Sunti



Aku masih ingat one day masa minggu pertama cuti sekolah at 1st year aku ditingkatan menengah arwah ayah bertanya. Masa ni aku berada didalam kereta selepas arwah mai amek aku diasrama. 

"Apa projek kau cuti sekolah ni?"

Aku hanya senyum and terus memandang ke depan. Sebenarnya aku masih marah dengan dia. Sebabnya aku dicampak masuk ke sekolah berasrama. Aku jarang berjauhan dengan keluarga masa ni. Masa mak dan ayah hantar aku ke asrama, aku amat marah. 

"Kalau ayah bagi kau duit dan kau pegi merantau ke utara kau nak?"

Aku pandang dia dengan separuh berminat.Dia menyambung

"Kau pergi ke Penang, lepas tu ke Kedah, lepas tu ke Perlis dan Langkawi. Masa balik kau singgah ke Ipoh. Ayah bagi kau duit semua dan kau pergi dengan Ijam" 
*Ijam kawan baik aku, masa ni aku berusia 13 tahun dan Ijam 15 tahun. 

"Mak macammana, confirm dia bising" Aku menjawab..

"Tau la ayah toaak dia nanti" Ayah balas sambil tersenyum..

Hati aku berbunga2.. yes.. backpack..

&&&&&
Sebenarnya masa ni aku tak pernah terfikir semua risiko dan pengalaman yang akan aku lalui. Zaman ni mana ada mobile phone.  Tahun 1991 masa ni. Sampai je rumah, aku terus kerumah Ijam dan inform hal ni. Mak ayah dia tak banyak songeh lepas dia bagitau asal semua ditanggung. 

Kami berbincang kemana dan nak buat apa. Ayah bantu kami belikan peta Malaysia. Jadi dia berikan kami check point, supaya kami ada arah dan tujuan. Ada certain check point ayah dapatkan kawan2 dia sebagai host untuk aku bermalam dan ada check point yang kami perlu mencari sendiri tempat dimana kami patut tido. Nasib aku baik, masa hari aku perlu bertolak, Cikgu Azman, guru sekolah rendah aku aku call rumah and ajak aku ke Penang dengan rombongan sekolah rendah aku dulu. Jadi selari dengan plan aku, aku ikut bas sekolah ni ke Penang. 


&&&&&
Aku habiskan 2 hari 2 malam diPenang dengan rombongan sekolah rendah ni. Jimat. Aku ikut kemana depa pergi. Habis satu Penang kami langgar. It fun, lagi pun aku dpt ikut cikgu lebih byk dari yang lain2. So banyak activity lain yang diluar jadual anak2 murid dia kami dapat pegi dan lihat. 

Masuk hari ke-3, the real adventure happen. Masa ni aku mintak cikgu drop kami di Penang Jetty. Kalau xsilap masa ni jetty ni tak senonoh lagi. Not like today but ferry dia sama je aku rasa. Masa ni mix feeling dalam jiwa aku. Ijam macam biasa dengan muka tak rasa apa2 dia. Actually fizikal aku kecik masa ni. Ijam agak besar so perasaan bercampur baur lepas kene tinggal di jetty. So kami mulakan langkkah ke Butterworth dan amek bas ke Alor Star. Masa di bus station aku dapat satu semangat yang amat tinggi. Aku kata pada diri aku, this is the time. Yeah.. melihat dunia... apa pon yg akan berlaku, semua dengan kehendak Allah. Aku pasang niat dan terus ke Alor Star. 


&&&&&
Perjalanan tak jauh. Sampai Alor star, kami enjoy cendol dan rojak berhampiran bus station. Lepas tu kami decide explore Alor Star. Actually nothing much in Alor Star masa ni. Kami tahan teksi sapu dan mintak pakcik tu bawak kami pusing2. Dekat Alor Star kami ada host. Jadi lepas habis merayau, host kami mai ambil kami di bus station. Zaman ni kebanyakan rumah bukan ada phone. Jadi arwah ayah dah set dengan kawan dia ni ambil kami sekian masa di bus station. Just imagine the process. Kalau la kawan dia terlupa amek kami. Mau bermalam dekat mesjid malam tu. 

Aku tak ingat nama host kami ni, dia dah berkeluarga. Dapat la dinner and tempat bermalam free. Actually next day sepatutnya kami perlu ke Kangar but aku decide to change plan. So aku plan nak ke Bukit Kayu Hitam. So next morning, lepas host kami drop kami di bus station aku plan nak tahan kerete je ke Bukit Kayu Hitam. Kami just ikut peta dan sambil2 kami tahan kereta yang menghala ke depan. Kami bernasib baik. Ada lori sayur yang nak ke sempadan. Kami dapat tumpang duduk dibelakang lori. Masa ni perasaan dia tuhan ja tau best dia macam mana. Macam citer dalam TV. 


Perjalanan agak memakan masa dan memenatkan duduk blakang lori yang tak berapa laju dan dengan cuaca yang makin panas. Sampai di Bukit Kayu Hitam, kami terus cari makan. Kebanyakan dekat sempadan masa ni ramai orang siam.  Lepas beli sikit barang (kat sini banyak barang ciplak) kami terus ke teksi station untuk teruskan perjalanan ke Kangar. Tak da niat nak tahan kenderaan lagi sebab takut lambat sampai ke Kangar.  

Masa ni kami duk tunggu didepan satu bank melepaskan lelah. Aku rasa ni antara pengalaman yang tak dapat aku lupa. Ada satu lelaki mai tanya kami nak kemana dalam lorat siam. Gaya macam penagih. So aku cakap la kami tengah tunggu pak sedara mai amek. Aku rasa tak sedap hati. Lepas lelaki ni blah aku terus ajak ijam masuk kedalam bank. Dalam 15 minit aku nampak dari dalam bank lelaki tadi mai dengan satu van and view lagi lelaki. Dpa datang ke tempat kami duduk tadi dan mencari2. Serius macam dalam filem. Aku dengan Ijam masa ni menikus dalam bank tadi. Kami decide untuk tunggu sampai bank tutup. Takut seh, mau kne jual dekat Siam, habis. Maybe today aku tak dapat nak tulis citer ni sebab dah ada kat Bangkok jadi tukang urut. 

Malam tu kami decide tido dekat balai polis. Polis duk soal macam2, depa ingat kami lari dari rumah. So aku bagi no phone rumah and mintak depa bercakap sendiri dengan ayah aku. So dapat la tido free dalam balai. 

&&&&
Pagi2 lagi kami dah keluar dan terus amek teksi ke Kangar. Masa ni abang polis bantu kami dapatkan teksi. Lama jugak la nak sampai Kangar sebab jalan tak berapa cantik masa ni dan teksi sapu zaman ni mmg terhegeh2. Macam kereta nak roboh pon ada but itulah yang terbaik kita ada zaman ni. Sampai station bus Kangar aku blur kejap. Masa ni ada la satu dua building area ni. Keluar ja kawasan stesen, sawah padi seluas yang boleh dibayang. Kat sini kami ada host. Disebabkan kami sampai awal so aku decide nak ke Padang Besar dulu. So aku call host kata kami akan sampai malam. Anyway, masa di Bukit Kayu Hitam aku dah update host diKangar yang kami akan sampai next day sebab change plan. Actually mak aku amat marah masa ni bila kami change plan. Mak mana tak risaukan. But ayah aku selamba je. Dia just pesan, alert dengan persekitaran. Masuk kedalam alam dan lihat lah dunia. 


Pagi tu kami terus ke Padang besar. Satu lagi incident happen kat sini. Duit aku cicir dalam bas yang kami naik. Dah kne buat reverse call dan mintak ayah aku bank-inkan duit. So disebabkan process bank in apa semua amek masa so kami stranded dekat Padang besar pulak. Zaman ni tak da Maybank2u ok.

Aku ingat lagi masa pergi ke satu area pasar yg sebelah dengan train station. Pagar di sempadan masa tu terkoyak, so aku boleh tengok orang turun train tak melalui check point dan terus lompat pagar ke area pasar ni. Same at this side which semua terus lompat ke keretapi dan tak melalui check point. That is in 1991, today aku tak tau la. So malam tu kami bermalam dimasjid je (actually mcm surau je aku rasa). Rezki kami murah malam tu bila siak mesjid belanja kami makan. Dia ajak makan rumah dia sebelah mesjid. Disebabkan dia ada ramai anak pompuan dia awal2 cakap tak dpt nak tumpangkan rumah dia. Kami ok je. 

Malam tu kami berbual panjang. Aku ceritakan pengalaman dan perjalanan kami. Dia really excited masa tu. Aku ingat lagi dia pesan, supaya sentiasa istikomah dengan apa yang kita yakin dan percaya. Dia ada ajar aku beberapa ayat dari Al quran sebagai pelindung diri and aku masih amalkan sampai hari ni. TQ Tok. 

&&&&
Pagi tu kami bergerak ke Padang besar. Nothing much actually, cuma banyak kenderaan nak ke seberang. So kami dah tawar hati nak ke sebarang. Yup that is our ultimate plan. Nak cross sempadan. So kami decide balik ke Kangar. Sampai Kangar, kami call host kami. Kami bermalam dkt sini. Rumah dia tengah2 sawah padi. Memang cantik. Kami habiskan masa dengan pakcik ni. Aku tak ingat nama dia. Dia bawak kami jalan2 sekitar kampung, main tali air. Best rumah dia sebab dapat mandi telaga. Makan pon lauk kampung. Aku tak pasti ada lagi ke tidak pakcik ni but kalau ada peluang mmg aku akan cari dia. Baik hati sangat. 

Tup tap tup tap dah masuk 6 hari kami mengembara mencari Ramli. Badan letih masa ni but adrenalin masih tinggi. So pagi hari ke-7 tu kami decide ke Langkawi. Kami amek teksi dan ke Kuala Perlis. Happy masa ni sebab aku tak pernah sampai Langkawi. Jetty Langkawi masa ni tak berapa semenggah lagi. Pekan Kuah pon tak berapa nak ada Kuah. Tak da dataran Helang. Yang ada  kawasan lapang je. Sampai je Langkawi kami amek teksi dan terus ke Makam Mahsuri. Actually masa ni kami tak tau pon yang teksi tak tunggu. Kami kne game masa ni. Bayar untuk return but teksi tinggalkan kami. Kene kencing. 


So lepas merayau kat Makam Mahsuri, kami amek teksi lain ke Beras terbakar, lepas tu ke kilang gamat. Masa ni xda cable car, xda kolam ikan bawah dunia,  xda proper place at Gunung Raya. Pantai cenang pon kotor lagi masa ni.  Lepas habis merayau kami decide tido kat pekan Kuah je. Kami takda host dekat Langkawi. So masjid lagi. Rezki kami tak berapa murah diLangkawi. 

1. Kene kencing dengan teksi few times. Mahal nak mampos.
2. Kene kencing dgn kedai makan. Pon harga tah hapa2. 
3. Nyaris kne halau dari mesjid. Dpa ingat kami lari dari rumah.

So kami decide keluar dari Langkawi ASAP next day. Masuk hari ke-8 kami tinggalkan Langkawi dengan seribu sumpah seranah. Rasa macam tak berbaloi masa tu. So kami decide tuk ke Ipoh. Jadi kami amek bas lompat2. Ultimate plan nak amek keretapi Senandung Malam dari Ipoh balik ke KL. So dari maklumat masa di Butterworth, Senandung Malam only sampai Ipoh at 11pm. So aku kne makan masa banyak2 dari Kuala Perlis ke Ipoh hari ni. Jadi kami decide amek bas dari bandar ke bandar dan tak da bus express atau teksi. 

So bermula la perjalan si ipin dan upin. Dari Kuala Perlis ke Kangar, dari Kangar ke Alor Star, dari Alor Star ke Sungai Petani, dari Sungai Petani ke Butterworth, dari Butterworth ke Ipoh. Masa ni nak rabak punggung. Dah le berhenti2. Sepanjang jalan tu blues je perasaan. Nak sangat rasa backpack kan. Actually kami masih sampai awal ke Ipoh. Kami layan makan dekat stesen keretapi ipoh. Amek tiket dan tunggu. Ketahian berlaku, rupanya Senandung Malam ni dia jalan ikut suka hati kepala dia je. So dari jam 11pm, dekat jam 1am baru keretapi sampai. Nak jadi lagi best Senandung Malam ni memang senandung betul. Kerusi dia macam kerusi bus mini. Penuh dengan manusia. Yang berdiri, yang bawak sayur, yang bawak ayam. Adoi. Masa kami naik dah tak da tempat nak pegang. Sebab penuh. Nak taknak kami duduk atas tangga antara gerabak. 


Kaki terjulur keluar keretapi dan tangan sangkut dekat besi pemengang nak naik keretapi dkt tangga. Just imagine antara gerabak. Bukan ada penutup pon macam sekarang. Then tiap stesen depa akan berhenti. Masa ni org turun naik. Best part tiap kali berhenti dkt stesen2 ni, akan ada budak naik jual mende makan. Kacang, nasi lemak. Actually aku dan ijam amat penat. So kami berserah je masa ni. Sebab terlalu letih aku tertido dalam keadaan macam tu. Sampai KL, kaki seluar jeans aku koyak (sebab langgar lalang sepanjang jalan). Topi dan kasut yang aku pakai sebelah hilang. Kelakar pon ada bila turun stesen KL tanpa kasut sebelah. 

Masa ni dah pagi dan KL pulak dah ramai orang sbb orang masuk keje masa ni. Dalam hati mmg rasa amat lega. Hari ke-9 aku sampai KL. Sampai rumah nothing much happen. Ayah just mintak aku simpan pengalaman yang aku lalui dalam hati dan gunakan bila perlu. 

&&&&&
Secara jujur banyak pengalaman yang aku dapat. Susah nak digambar dan dicoretkan. Aku amat berterima kasih dengan arwah ayah. By the time aku makin meningkat dewasa baru aku paham kenapa dia buat semua ni. Antara yang aku respect dalam setiap keputusan dia.

1. Dia sentiasa percaya pada anak2 dia. 
2. Dia yakin ALLAH akan bersama anak2 dia dan dia percaya setiap perkara berlaku dengan sebab.
3. Dia selalu biarkan kami adik beradik belajar dari pengalaman dan buat keputusan sendiri. Yeah, learn from the process.
4. Dia jarang marah but kalau dia marah memang aku tau dia betul marah.
5. Dia selalu galakkan kami buat apa yang kami percaya dan buat bersungguh2. 

Lepas arwah meninggal, baru aku tau dia pon masa sekolah dia dah buat mende yang sama. Aku dengar trip dia lagi dasat. Zaman 60'an Malaysia penuh hutan lagi. Aku dengar dari pakcik2 aku dia travel backpack macam tu je. Capai apa patut dan hilang. Nak masuk sekolah balik baru dia muncul. Dia dah cover all state in Malaysia sebelum dia amek LCE lagi. Lain2 trip dia yang aku dgr dari kawan2 baik dia, dia pernah naik moto around peninsular sorang2. Yeah, idola aku sepanjang hayat. 

Untuk teruskan legasi, Alhamdulillah, Aaron dan Adam dah masuk hari ke-3 trip backpack depa sndiri today. Sorang 16 tahun dan sorang 13 tahun. They will out for 6 days and really hope they will learn from this trip. Aku yakin apa yang aku belajar dari melihat alam dan manusia akan juga mengajar anak2 aku. 

TQ Ayah, 
Jadikan kami lebih matang sebelum waktunya.. 
Jadikan kami lelaki..
Jadikan kami lebih berdikari..
Hari ini kami dapat melihat dunia dari pandangan yang berbeza..
Semoga ayah berbahgia diSANA. Amin.


Ole.

* Kisah ni adalah kisah benar. For some part maybe dipersekitaran yang berbeza sebab trip ni dah berlaku 20 tahun lepas. Ada some area aku ingat2 lupa but peristiwa yang berlaku adalah pasti. Lagi satu aku tak advise sapa2 nak push anak2 buat perkara yang depa tak mampu buat. Look at overall behavior dan kemampuan anak2. Risk always there. 





  

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

azrul said...

"Masuk kedalam alam dan lihat lah dunia" - terbaik bro ayat ni.

Kalau travel dulu2 mmg syok. Lalu jln kampung. Naik bas lompat2. Boleh bau getah sekerap, bau sawit dan mcm2 bau la. Kalau penat singgah umah sedara, singgah masjid. Sejak ada highway, dh tkder thrill la. Paling thrill pon hadap jem yg berkilo-kilometer.

Apapon, alfatihah utk arwah ayah ko. Alfatihah