Pages

Race Report - Patriot 200 2016



Alhamdulillah, 2nd edition Patriot 200 tamat dengan jayanya. Minimum issue dan can see all partcipant still in running high today. So let see what we have in this edition.

Apa dia Patriot200
Idea asal game ni datang 3 tahun sudah bila kita bercakap macam mana kita nak hargai pejuang2 kemerdekaan kita. Termasuk lah pejuang2 kita hari ni yang berjuang untuk negara. So datang idea untuk buat satu larian berkonsep patriotik. So lahirlah Patriot 200 dimana 1st edition kita buat loop sahaja di Putrajaya. 10 loop 20KM. Untuk 1st edition, kita xda finisher. Highest mileage record is 160KM. 

So in 2nd edition, kita decide to move the game out from Putrajaya with new format. So this year kita tukar kepada..
- Single stage
- 200KM
- 4 state.. Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
- Kita buat 2 kategori which is Single 200KM and Duo 200KM
- Kita juga decide to put support crew is a must for each team. So this probably the 1st game in such format locally. Anyway, this is another objective kita to develop a group of support crew for Ultra game. For any game above 160km and single stage usually it good to have support crew and those support crew need a platform to train themself. 
- Kita jugak remain the price as low as we can. We just want people to come and run it. 
- Kita jugak remain simple format which xda medal and such hanky panky item, we want them to run for the challenge and not those goddie. Just small token to remember.




So ada 30 orang yang menyahut cabaran ni. Dan only 22 orang je yang muncul di starting line. Kita ada 16 orang support crew yang support team masing2 dan 3 orang official yang jaga CP dan monitor condition runner. 

Single 200KM
Arman Arshad - Support crew Suzie / Fladdy Bee / Donni
Mohd Harris - Support crew Suzie / Fladdy Bee / Donni
Mohd Ghazali - Support crew Suzie / Fladdy Bee / Donni
Norbaizatul - Support crew Suzie / Fladdy Bee / Donni
Salmiah Rolan - Support crew Suzie / Fladdy Bee / Donni
Mohammad Sobri - Support crew Azhar Lajim / Mohd Taufiq Irshad 
Loy Tek Kwong - Support crew Elaine
Shamsulkhomar - Support crew Suzie / Fladdy Bee / Donni

Duo 200KM
Mohd Faizul and Mohd Khairul Asraf - Support crew Mohd Faizul / Mohd Khairul Asraf / Razif Kemat / Mohd Elmi
Jentia and Suraya - Support crew Yuzul / Siti 
Liong and Rosjulianne - Support crew Yuzul / Siti 
Nik and Nur Atika - Support crew Yuzul / Siti 
Irwan Shah and Azril Asmawi - Support crew Muhammad Syauqi / Syafiq Juhari
Razif Kemat and Mohd Elmi - Support crew Mohd Faizul / Mohd Khairul Asraf / Razif Kemat / Mohd Elmi
Sidqi and Farra - Support crew Farawahida / Amer 

Official: Zul Pacat, Zinov Pacat and Pojie Casper.

So laluan kita akan langgar 4 negeri. Kita mula dari Putrajaya, terus ke Selangor (melalui Bangi, Jenderam Hilir, Salak Tinggi, Sepang), then masuk ke Negeri Sembilan (melalui Nilai, Labu, Lukut, PD, Teluk Kemang, Pasir Panjan, Linggi), then Melaka (Lubuk Cina, Ayer Pa'bas, Masjid Tanah, Tanjung Bidara, Pengkalan Balak). So kita ada 6 check point dimana official kita akan tunggu untuk record and pastikan all participant okay. 

Start - Taman Saujana Hijau
CP1 - KM22.2 @ Tanah Perkuburan Putrajaya
CP2 - KM45.5 @ Nasi Beriyani Gam Salak Tinggi
CP3 - KM64.4 @ Shell Kampung Gadong Jaya
CP4 - KM100.6 @ Petronas Jalan Lukut 
CP5 - KM126.2 @ Tiara Beach Resort
CP6 - KM150.8 @ Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau
Finish - KM200 @ Restoren Bayu Selera Pengkalan Balak

So ayuh kita berlabun. 

Pre game
Actually aku dah prepare for 200KM game start awal tahun lagi. Plan aku nak lari SG200 last few month. Disebabkan kekangan kerja aku DNS game ni. So aku plan to do this in this game. So aku dah put a proper plan and training for this intensively. Nak jadi hal, aku naik last Cultra route simulation few weeks back. So aku buat 50KM sahaja dari plan asal aku untuk go for 100KM. Balik dari game ni aku tak berapa sihat. Konon terer aku turun plak swim one week before the game, konun la taper and cross activity. Just some easy swim 1KM at pool. Balik je swim aku demam. It happen 3 days before the game. Masa ni aku pon agak stress dgn hal dekat office. 



So aku MC 2 hari sebelum game. 2 hari aku tido je. Sampai malam sebelum game aku masih rasa badan xsedap. Suzi tak kasi aku teruskan but aku decide just go as far as i can with easy pace. Sebabnya aku dah prepare for all this dah lama dah. At least 100KM. So masa ni Suzi bantu aku clearkan semua keperluan game aku and team yg dia akan support. Aku mmg lemau, aku amek ubat and tido. 

Start - Taman Saujana Hijau
Pagi tu aku bangun awal. Badan rasa macam okay but hujan plak mencurah2 turun. So aku terus ke starting line. Masa ni masih hujan so aku decide lepak dulu layan nescafe dekat Al Naz Maju. Ramai runner mai and join the crowd. Till 6.15am hujan reda so aku terus ke starting and bagi briefing sikit. Pagi tu kita decide to start at 7am where plan asal sepatutnya 6.30am. Disebabkan hujan so ramai yang sampai agak lewat. Pagi tu kita ada Muku dari MAWA, dia bagi sikit breafing pasal MAWA dan function dia. Actually aku mmg nak push MAWA kedepan skit sebab movement depa lebih kepada hal kebajikan binatang. 



Untuk aku, badan aku rasa masih xberapa okay. Only Suzi know my status pagi tu. So kita flagoff sharp at 7am. Nak jadi hal, lepas 1KM, hujan and ribut turun. Masa ni kami berlari dalam hujan lebat giler. Air penuh atas jalan. So kita tak stop the game and get the runner to go. Giler baru 1KM dah kne hujan. Masa ni mood aku okay lagi. Aku start lambat sebab nak kene clearkan hal details runner. Lepas 15 minit baru aku bergerak dari starting line. Manage to catch up dengan 1st group didepan. Actually aku tak tau latar belakang team dari Bukit Aman ni (yg depan skali). Ada satu van (van polis) dengan 6 orang peserta dalam game ni. Till sometimes baru aku tau depa datang dari pelbagai unit termasuk ada yang dari UTK but depa xbgitau sapa but kita boleh agak dari tahap ketegaran jiwa depa dkt finishing line. So aku attached dengan group ni all the way till CP1. Actually pace depa mmg laju.

CP1 - KM22.2 @ Tanah Perkuburan Putrajaya
Aku 1st sampai CP1. Actually a bit surprise sebab aku tak jumpa Ritchie dan Sam (which yg pernah buat 160KM game and above before). So aku tak lama and terus bergerak kejar next CP. Masa ni Nik and Liong (team Bukit Aman) jauh aku tinggalkan. But surprising depa manage tuk catch aku dekat 30KM. Masa ni kami main kejar2 dan berada dalam satu group all the way. Actually aku dapat my FM PB at KM43 where sub 4.30h. Sebelum ni aku tak pernah go below 5h. Actually aku yakin boleh go below then 4.30h. Seems CP jauh2 dan kita go in ultra pace so kita takkan tekan kaw2 awal2 sebab kita ada 150KM lagi nak pergi. At KM35, aku perasan kencing aku kotor. Masa ni aku tekan minum air masak banyak sikit. Aku masih xda risau apa2 lagi.



CP2 - KM45.5 @ Nasi Beriyani Gam Salak Tinggi
Aku reach sini with few blister dekat kaki. So Suzi help me to treat the blister. Masa ni dia tanya aku demam lagi tak and how is my urine. So aku kencing lagi and seems makin kotor. So aku dah dapat satu indicator. So aku kne keep monitor kencing aku. Takut akan ada masalah lain. Dalam kepala dah risau takut kencing berdarah and tangkap kidney. So aku keep minum. Masa ni tekak aku agak sakit. Rasa mual dan badan tak berapa sedap. So aku decide makan nasi and tido kejap. Aku amek 15 minutes for all this and move lepas tu. 

All the way ni cuaca agak panas and kenderaan dah mula banyak. So aku just go with simple pace. Masa ni aku try kencing few times and still get a same result. Dark urine. 

CP3 - KM64.4 @ Shell Kampung Gadong Jaya
Till here aku dapat urine color coklat. Seriously this is not good. Aku minum byk giler air masa ni. But aku decide to continue. Actually badan and mood masih okay and aku masih boleh berlari lagi. Masa ni dah nak masuk malam. So sepanjang jalan ni dah mula gelap. Laluan ni mmg byk giler kereta. So aku tak boleh nak laju. Kene plak aku pakai selipar je. So aku kne berkira2 nak pijak kawasan rumput takut terpijak ular or paku. So pace aku slow down masa ni. Ramai mula potong aku. Actually ada banyak masa lagi untuk aku so aku just go with medium pace. Masa ni actually hati tak berapa sedap sebab kes kencing tadi. Sampai la ke KM75. Aku kencing lagi and boleh nampak patch darah dalam urine. So Suzi dah start membebel and mintak aku drop the game. Masa ni tuhan je tahu perasaan aku. Berkecamuk habis. But aku xda pilihan selain stop and minum banyak air. Lepas update team, aku decide ke clinic but no use sebab aku pernah baca kes macam ni depa akan suruh minum banyak air. So aku minum 3 botol air mineral 1.5l for next 1 hour dalam kereta. Masa ni keje aku kencing je. In next few hours aku keep minum dan minum. 



So after game, aku fikir2 balik this is a silly mistake. Sebabnya
1. Aku patut minum lebih air kosong dari air manis. Ratio 1:1. Silap aku ratio 1:2.
2. Aku patut take immediate action dekat KM yg aku realize kencing aku dah mula kotor. Bukan after dah makin teruk. 

So lesson learn here. After 12 hours, kencing aku back to normal color. So aku call it off and duduk dengan Suzi and bantu official crew untuk support kawan2 lain. Pada aku la, it not easy being RD and at the same time run the game. Selain hilang focus, dengan keadaan diri lagi it really challenging. But overall till KM75 still okay pada aku. Badan and jiwa masih strong but with this silly mistake it really kill my mood. But lepas aku bangun dari tido lepas tu aku rasa it okay at least aku learn and move on and hope aku tak ulang silap mcm ni lagi.

CP4 - KM100.6 @ Petronas Jalan Lukut 
Aku tak de dekat CP ni. Lepas Suzi pickup aku kami terus ke Tiara Beach.

CP5 - KM126.2 @ Tiara Beach Resort
Dekat sini aku tido kejap. Keje aku bangun je aku minum and kencing. At 3am hujan lebat. Dalam hati aku, habis la budak2 ni. At 7am slowly few runner sampai. Masa ni boleh nampak lemau tak lemau keadaan depa. Aku amek task untuk jaga CP ni and other official akan kejar team duo yg dah ke next CP. So dekat sini aku kne monitor each and everyone yang tak sampai lagi. So aku ulang alik on the road cari depa and get their update. Aku cuma boleh gerak ke next CP once all runner dah langgar CP5 ni. 


CP6 - KM150.8 @ Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau
So aku terus ke CP6 after last runner bergerak keluar dari CP5. So all the way ni agak hilly dan panas. So dekat sini aku angkut Ritchie sebab dia dah koyak rabak dah. But good mileage overall for him. Untuk yg lelain depa smua masih bersemangat untuk terus ke CP6. Lepas asar semua dah sampai CP6. Kat sini ada COT untuk 150KM in 30 hours. So ramai sangkut dekat sini. So at this moment only 3 duo yang proceed ke finishing. Smua single category drop dekat CP6. So again xda finihser for single this year. 

Finish - KM200 @ Restoren Bayu Selera Pengkalan Balak
Lepas tutup CP6 aku terus ke Restoren Bayu Selera. Ada drama pulak, jalan jam giler disebabkan ada kereta jatuh ke pantai dari tebing. So aku kne bergerak ke rumah Zul lepas tu, mandi and siap untuk prepare sambut finisher. So 2 duo team dari PDRM sampai in 38 jam 8 minit ke finishing. Xda bunga api, xda arch, xda kompang, xda red carper. Yg ada hanya kami dan pelanggan restoren yg pelik tgk kami terjerit2. Sidqi and Farah sampai 41 jam and 45 minit. 


So aku mmg bangga dengan mereka yang enroll this round. Tak kisah la depa sampai ke KM berapa pon. Semua dah prepare mental and fizikal. Yang mungkin jadi cabaran adalah perkara yang berlaku dalam game. But overall they know how to handle it. Yang team PDRM ni lagi best, depa ni paling jauh pon pegi 21KM je sebelum ni. Ada tu just do game lontar peluru but in this game they manage to see their potential. 

Kejadian yang berlaku diluar kawalan
- Hujan lebat masa starting + dengan ribut. Just imagine dalam kita tgh kering, at 7am hujan turun bertalu2. So it happen for few hours but those tidak mematahkan semngat smua. Cuaca mendung sampai ke petang. 
- 2nd day, at 3am, sekali lagi ribut dan hujan lebat sampai ke pagi. It happen selepas 100KM menghala ke CP5. Angin mmg kuat masa ni. 
- Jalan yang amat busy sepanjang laluan Labu dan Sepang. Masa ni kita kne horn kene high beam. Kereta mmg laju2 dan kita dapat lihat sikap pemandu kita yang mmg tidak menghormati pejalan kaki or kenderaan kecil.
- Ada kejadian cubaan gangguan dari orang awam di laluan Labu dan Sepang. Peserta wanita kita telah diganggu oleh kumpulan setempat. Team support start bergerak dekat untuk pastikan runner selamat. Pojie naik motor bergerak bersama runner. 
- Jalan yang amat gelap sepanjang laluan Sepang - Lukut. Ada jugak beberapa gangguan disini. Dari entiti dan manusia. Ada kes runner nampak runner lain didepan but bila kejar tak dapat. Sekali runner tu muncul dari belakang bukan dari depan. 
- Ada kes dikejar binatang. Ada dikejar anjing, lembu, babi dan biawak. Paling epik biawak kejar support crew kita yang bermotor. 
- Ada kes cubaan ragut di Linggi. Seorang peserta wanita kita nyaris diragut. Not sure nak ragut apa sebab they all bawak hydration beg je rasanya.
- Ada kes heatstroke dan runner ni kejarkan ke clinic berhampiran.
- Ada kes dehydrate till kencing berdarah and call off the game.

Quotes of the day.
"Kami orang-orang polis tidak akan mengaku kalah!!" - Elmi 

"Kami takkan berhenti sampai kaki kami patah!!" - Ashraf

"Ini game kami, hisap rokok dulu!!" - Razif

"Besides to call this games as a fun run, of course team work is the main factor. How the team ( buddy to buddy) discuss to each other with one objective. .. if we are given within 40 hrs .. so try to do it within 40 hrs as our target. Never give up to all patriot 200km runners." - Liong

video


Result
Single 200KM
Arman Arshad - 75KM
Mohd Harris - 145KM
Mohd Ghazali - 70KM
Norbaizatul - 100KM
Salmiah Rolan - 150KM
Mohammad Sobri - 61KM
Loy Tek Kwong - 50KM
Shamsulkhomar - 111KM

Duo 200KM
Mohd Faizul and Mohd Khairul Asraf - 150KM
Jentia and Suraya - 150KM
Liong and Rosjulianne - 200KM
Nik and Nur Atika - 200KM
Irwan Shah and Azril Asmawi - 120KM
Razif Kemat and Mohd Elmi - 150KM
Sidqi and Farra - 200KM

TQ Note
Berjuta2 Terima Kasih
- Semua peserta yang terlibat. 
- Semua support crew untuk peserta.
- Pacat V-Army
- Bayu Selera Restoren, Pengkalan Balak
- Homestay Encik Zul, Pengkalan Balak
- PDRM especially in Negeri Sembilan and Melaka. They really concerns and supportive.
- MAWA (Malaysia Animal Welfare Association).
- Semua kedai makan all the way the route for encouraging and some discount on food.
- People all the way, giving high 5, encouragement, asking, say hi etc. Thats help to boost participant mood.

Again TAHNIAH aku ucapkan pada smua PATRIOT yang terlibat. So next year kalau xda aral insyallah kita akan ke utara pulak. Till then. Ole.


Picture credit to Razif, Liong and all partcipant and crew.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

azrul said...

- Ada kes dehydrate till kencing berdarah and call off the game.
--mcm kenal je runner ni..hahaha

apa2 pon, korang semua mmg terbaik. salute !!!!