Pages

Race Report - King Of Sungai Lembing 2016



So KOSL already in 2nd edition this year. Panjang umur dia lagi kan.

Tahun ni participant kita kurang lebih dari 1st edition. Seem expectation after some hiccup last year kita jangkakan akan ada pengurangan penyertaan. Dari bunyi2 gerakan radio rosak dan pembela saka kita telah diboikot. But again kita sentiasa percaya pada YANG MAHA KUASA. Alhamdulillah, we still make it with minimum issue.

Tahun sudah kita dimaki (oleh segelintir pemain radio rosak) disebabkan dengan point2 dibawah. So lepas kita study dan buat some assessment kita dapat tau yg semua ni adalah fitnah dan xbetul sama sekali. But jangan kata kita xamek peduli. Kita tetap put some improvement to make the game better. So aku jawab setiap point dari gerakan radio rosak .. improvement dan kenapa.. this just to make sure some yang hidup dengan mendengar radio rosak sedar dan beli radio baru.  

1. Cut off yang tajam di Deer Farm untuk 50KM.
Some marah sebab kata 5 jam xcukup for 30KM. Some marah kata CP tak seperti distance yang dideclare.
Aku: Kita naikkan COT tahun ni sejam lagi. Anyway this year semua sampai below 9 hours to finishing. So kita tau all participant this year really training for this game. So to all finisher, tabik spring aku bagi. Fyi, this route mmg AMAT KERAS dan bukan untuk bot2 kecil atau yang suka merengek. Untuk distance, at some point dalam hutan tu GPS signal xberapa nak ada. So please help to learn and study about your GPS watch. 

2. Air kurang di CP dalam hutan.
Dari complain kata CP dalam hutan air kurang.
Aku: Jumlah distribution tahun ni sama je macam tahun lepas. Apa yang kita nampak, runners lebih bijak tahun ni. They stop at all CP. Tak macam tahun sudah semua stop at CP3 je. Lelain, kita did add one more CP at Panorama Hills. 

3. Hidang air sungai.
Dari complain kata kita hidang air sungai.
Aku: Ni mmg fitnah la. Tah bila pulak kita nak sedut air sungai masuk dalam botol. But kalau minum air sungai pon mati ke agak2. Kalau dalam trail pada aku biasa je kot minum air sungai. Ngada2 betul. Duduk kampung ulu2, berak dekat sungai lps tu complain xleh minum air sungai. Puiii. 

4. Panorama Hill
Complain kata Panorama Hill tajam sangat
Aku: Dah nama pon ultra kan. People will come for the challenge. So prepare la kot. Jangan le complain ada byk bukit here and there. Nak game senang jangan le enroll ultra. Main 5-10km game sudah. Xda la dosa mengata organizer banyak sangat. 

5. Drop dekat Finishing lepas DNF
Yang kne DNF complain sebab kne drop dkat finishing
Aku; Adoi, takat DNF, apa la sangat. Telan je lah. Kadang2 bukan hari kita. Drop water face apa kedianya. Sib baik la ada jip amek dari aku suh kau jalan kaki dari CP yg kau kne stop baru kau tau nasib kau macam mana. 

6. Kata kami tipu duit runner 
Complain kata tak bagi ticket masuk ke Terowong Sg Lembing
Aku: Tahun sudah kami yang kne tipu. Bukan kami yang menipu. Tiket muzium xsampai ke kami dari mereka yang berjanji. So kita kuar duit kita sendiri baya sapa runner yang masuk muzium tu. 

7. Tak da Fin T and medal for DNF and DQ
Complain pasal kata sampai lebih COT tpi tak dapat apa2.
Aku: Ler, kau dah tak habis kau aspect nak ada karpet merah and kompang dekat finishing? Work hard in next game.

8. Info real day tak diberikan
Complain kata xdapat info pasal COT
Aku: Dalam game info start dari reg bukak dah state semua. Few days sebelum game dah ada email and FB info n real day arrangement. Even sebelum start game kita dah brief. So apa yang kita kene belajar.. BACA.. AMEK PERHATIAN BILA BRIEFING.. FAHAMKAN.

9. Kita paksa orang datang as Volunteer
Aku: Dah nama pon volunteer kan. For some case, kita tak jemput pon some people mai and bantu but kita ok kalau ada yang nak mai dan bantu. Kita hargai. So yang aku tak paham some of this people kata kami paksa2 plak. So please okay... nak mai make sure ikhlas else jangan datang.. menempek.. makan macam bela hantu .. lepas tu xhabis lari.. balik and tikam kami balik.. tu mmg tak patut.. 

Aku nak share some safety issue dalam game ni yang mungkin kita tak sedar. Actually dari tahun lepas lagi aku nak share but disebabkan issue radio rosak makin menjadi2 so aku diamkan je. Ramai kata why kita terlalu kejam last year. Kita tak dapat nak tolerate for any safety issue. Even for small one. So why?
1. Terdapat banyak binatang liar dalam track ni. Antaranya Beruang, Harimau dan Gajah. Yup, kita boleh nampak tahi gajah atas jalan dalam track hutan. 
2. Depa selalu kelihatan selepas jam 4pm. So sebab tu by 1pm semua dah kne keluar termasuk volunteer.
3. Sebab tu kita letak budak motor and jip yg banyak dalam track supaya ada bunyi bising. 
4. Ada 2 renjer bersenjata dalam track sepanjang game berjalan. 

So kita rasa senang ke nak handle game ni?

So alhamdulillah semua berjalan lancar tahun ni. Boleh kata 
1. 100% habis in COT for 10KM and 21KM
2. 90% habis in COT for 50KM
3. Ada lebihan makan, air di each CP.
4. Kurang drama at finishing line or dalam track.
5. No big issue. Except kita decide untuk stop 50KM runner naik Panorama Hill sebab hujan dan kilat.


Aku dapat tgk, participant tahun ni well prepare with the package. Satu complain je aku dapat pasal xda ais dekat CP dalam hutan. Actually it not easy to send barang kedalam hutan. Kene plak ais ni bukan macam air dalam botol, dia akan cair so kita kne hantar pada hari kejadian. So ais cuma ada di start and finish sahaja. Actually kalau kita buat comparison with some other game ultra di Malaysia. Aku rasa package di CP kita masih antara yang terbaik nak compare dengan harga yang dibayar. So please help to make some studies on all those package. Just my 2 cent.  

So Thanks to 
1. Tourism Pahang for all those support.
2. Majlis Perbandaran Kuantan.
3. Team Terowong Sg Lembing. Ipin and Team for all those support.
4. Team technical Sg Lembing. Abang Rizal and team. 
5. All hotels yang kasi special rate to all our runners. 
6. Pacat V-Army for all those effort di CP, starting point, all teh way the route etc.
7. Haters, Radio Rosak, Pembela Saka etc atas kecaman, boikot, unfriend. Tanpa anda, tiadalah booster kepada kami untuk terus maju kedepan. 

Entry ni nampak macam ada marah sikitkan. 

Actually no, aku just nak put some awareness je sebenarnya supaya kita jangan senang nak makan bunyi radio rosak. Gerakan radio rosak ni bukan takat tu je. Setiap inci apa yang kita buat semuanya tak betul, semuanya berniat jahat dan amat pasti kita ni ketua segala kejahatan. Sampaikan hari ni gerakan radio rosak terus bermain dan memburuk2kan. We believe in karma and we believe apa yang kami perjuangkan dan objective kami amat clear dari 1st day kami terjebak dalam dunia ultra dan organizing ni.

Aku nak state jugak few things happen tahun ni yang mana agak tidak membantu kita dalam menyediakan persekitaran yang lebih kondusif. Disebabkan perkara ni, we need to go very low this year. MPK tidak memberikan sepenuh support tahun ni (not tourism.. tourism giler2 punya support). Aku tak kisah nak bukak kisah ni dalam entry ni seems we are doing very hard to get people to come to Sg Lembing but ini yang kita dapat..
a. Kita kne charge penggunaan padang ikut jam. Ikut jam okay.
Katanya kami rosakkan padang tahun lepas. Actually xda pon padang rosak aku tgk and last year game ni atas nama MPK. So tak pasti tang mana yang silap.
b. Kita kene charge penggunaan tandas dibangunan MPK Sg Lembing. Rsa satu lagi perkara tak patut yang telah berlaku.
c. Permit hutan yang bukan2 harga dia
d. Harga dari Koperasi MPK yang hilang akal tuk setiap item yg disewakan.

Secara dasar kami perlu mencari sendiri new supplier dan apa je related dengan MPK kami kene bayar (we are okay dan lebih murah sebenarnya). Actuall aku amat yakin terdapat campurtangan politik dalam hal ni. Seems last year ada gangguan dari org politik setempat. Nak jadi lagi kelakar, kita bawak pelancong dan repeat customer untuk kepentingan rakyat setempat. Hotel penuh, kedai makan penuh. So aku rasa all this gangguan agak mengecewakan. Pada aku kalau xnak support, xpayah ganggu or tambah beban. So jadi la game last week as low dan as kampung as we can. Lol. But kita happy sebab kita pon mula dengan such format.

So kita dah decide to call off KOSL 2017. Probably we will move to Melaka for some beach run. Track KOSL ni agak mencabar and aku rasa Malaysian not really like sesuatu yang mencabar ni. So far peserta luar je yang suka track ni. But last day sebelum kami make a move and say bye2 to Sg Lembing team, Abang Rizal mai and pujuk kami supaya stay and do more game in Sg Lembing. So keluarlah map 100KM total trail, with 7 waterfall, 7 river crossing and elevation yang agak tak masuk akal. Kami masih berkira2 for now nak teruskan ke idak. So let see...

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

5 comments :

teaqah said...

Tak pernah bosan baca blog and race report kuchalana. Sedih tak dapat turun tahun ni due to urgent job need to aubkit kn monday and not feeling well. Hope can join on third edition. Well done pacat team! More to come.

kuchalana said...

Tq Tiqah... Insyallah

mr kamal said...

saya ank tempatan phg mengucapkan tahniah & terima kasih d ats event ini,well organised, persetankan mulut2 longkang d lyar sana.kosl 100k sy stuju,kipidup team pacat.

Muhammad Ammirul Haneef Nawawi said...

salam bro..mungkin team organiser bole letakkan trail profiling supaya peserta tau apa yg bakal2 dilalui..contohnye bukit2, flat road etc..ye lah mane tau kurang phm klau skdar ckp je..tnjuk sikit baru dpt idea mcm mna..
apa yg sy mksudkan ni sy ltk link rujukan di bawah..
https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fpbs.twimg.com%2Fmedia%2FB4fSH0RCIAADJkA.png%3Alarge&imgrefurl=http%3A%2F%2Fforum.cyclingnews.com%2Fviewtopic.php%3Ft%3D25912&docid=ta6e59nok15g_M&tbnid=gX_-CGtR4AL1JM%3A&vet=10ahUKEwiSlb2TscTVAhWDwI8KHbKhAvIQMwgmKAAwAA..i&w=1024&h=420&safe=strict&bih=794&biw=1440&q=race%20road%20profile&ved=0ahUKEwiSlb2TscTVAhWDwI8KHbKhAvIQMwgmKAAwAA&iact=mrc&uact=8

teaqah said...

En. Ammirul boleh refer website KOSL sendiri untuk tengok details.
http://kosl.teampacat.com/p/race-info.html