Pages

Tumbuk Rusuk - Daypack / Compress.. Why and What?



Satu message masuk kat FB aku baru2 ni.

Bro.. mintak share sikit what is this all compress and daypack issue dalam hiking scene skang ni. Nampak macam ramai nak try.. banyak pulak kes kene kecam .. sesat .. injured.. apa kes bro?


So let have some input dari pengamatan aku. Actually aku suka berkongsi kisah dan rasa dari pengalaman (yang sejengkal) dan maybe dari kisah dan pengalaman orang lain (yg aku baca dan dapat dari mulut mereka sendiri). Aku rasa soalan ni ditanya atas dasar kejadian dan kemahuan marhaen untuk mencuba perkara baru (yg sebenarnya tak baru dalam scene luar). Kita boleh lihat macam2 kes berlaku recently dalam dunia hiking bila mana berlaku kecelakaan dan musibah bila ada yang cuba2 nak push their limit. Aku rasa untuk menjadi adil, aku boleh kata bukan trip compress/daypack je yg ada musibah, trip normal pon selalu berlaku but asal compress/daypack je perkara ni akan menjadi issue yg besar.

Baik, let understand apa itu Normal trip, Daypack dan Compress.

Normal trip ni trip biasa yang selalu kita buat untuk satu2 expidisi pergunungan. Contoh, kita ke peak tahan dari Merapoh. Selalu normal trip akan amek 4-5 hari return trip. Latihan diperlukan, rancangan diperlukan, duit diperlukan, kerjasama diperlukan. Kita bawak keperluan makan dan pakai untuk 4-5 hari. So kalu nasi tu kita bawak berkilo jugak lah. Kita akan berhenti di setiap cp yang dah ditentukan. Kita akan berehat dan having more leisure time dan lebih menghayati perjalanan.

Daypack trip ni trip balik hari. So sebagai contoh Mt Tahan jugak, kita naik awal subuh and balik tgh malam. Selalu in 24 hours. Berganda latihan diperlukan, berganda rancangan diperlukan, berganda duit diperlukan, berganda kerjasama diperlukan. Selalu minimalist. Makan pakai cukup2 je dan amat ringan. Kurang rehat dan akan bergerak setiap masa. 

Compress trip pulak, trip yg xboleh balik hari tetapi masih singkat dari normal trip schedule. Contoh perjalanan dari Merapoh .. peak ke kuala tahan. At least 2 hari / 48 jam. So commitment dia berganda dan ganda dari apa yg perlu kita ada dalam trip compress tadi. 


So kita dah paham concept dan format untuk setiap trip. So kita tgk plak objective dia. 

Normal trip selalu kita pergi untuk lebih leasure dan tidak tertekan (ada gak yg tertekan sebab xcukup latihan). But for Daypack/Compress kita selalu lebih mengejar masa. Concept ni dah lama di luar dan depa panggil Fast Know Time (FKT). Bukan nak tunjuk terrer but kebanyakan yg buat trip macam ni depa nak TRY THEIR OWN LIMIT. How fast and how far. Dan jangan terkejut yang banyak buat trip2 macam ni selalunya adalah mereka2 yang dah buat Normal trip banyak kali. So boleh kata depa punya banyak pengalaman terdahulu dan mereka mahu cuba perkara yang baru. Sejarah aku boleh kata disebabkan perkembangan TRAIL RUNNING dan ULTRA RUNNING membiak dalam masyarakat maka all this new concept pon muncul. On top everything... HIT THEIR LIMIT. 

So golongan conservative kebanyakan masih xboleh terima new concept ni. Ada ayat kata bahaya dan macam2. Actually hiking tu pon dah bahaya kalau xcukup latihan dan persediaan. Untuk Compress\daypack pon sama. Mungkin aku boleh kata lebih bahaya for Compress\Daypack ni. But risk is always there for any activity yg kita buat. Cuma kita kne ada ilmu dan persedian untuk meminimakan segala risk yang ada. So ada sikit nasihat aku nak bagi.

1. Kalau nak cuba buat compress/daypack trip. Pastikan kita ada ILMU. Ilmu amat penting untuk persediaan kita. Study, baca, tanya. Bukan rasa baru buat normal trip tahan sekali dan terus nak cuba compress/daypack. Tak cukup seebnarnya. Buat lah ebih banyak trip, learn more about rules, SOP, format, survival skill etc. Lepas tu baru la cuba2 easy daypack/compress trip. Nak ikut pon make sure group yg ada pengalaman dan ada background yg baik. 

2. Berlatih lah
Pada yang nak tau, trip compress/daypack ni perlukan latihan berganda2 dari apa yg biasa kita buat untuk normal trip. Kalau kita buat latihan sminggu sekali pikul beg 10kg naik nuang for normal trip  but for daypack/compress we need to pikul at least berkali-kali seminggu. Ni cuma perumpamaan aku boleh kasi. Bukan semudah yang disangka. Effort dalam latihan amat diperlukan. Kalau rasa xboleh commit dengan latihan, maka lupakan trip daypack/compress. Lagi satu pasal refueling, bila trip minimalist ni kita akan sentiasa bergerak dan akan kurang tido dan makan. So another level of training kita kne letak untuk smua ni. Tak ramai yng sanggup nak put more effort sebenarnya. But itulah yang diperlukan untuk memastikan kita survive dalam trip kita. 

3. Sedar diri
Ni aku rasa yang paling penting. Some organizer trip (gogo) just bukak trip tanpa meneliti background participant. Ini penting. Kne tau background depa sesuai tak dengan trip. Yang kedua kita sndiri as participant. Kene SEDAR DIRI. kadang2 kita rasa hebat panjat Broga or Bukit Tabur on weekend but all those tak cukup. Try buat 10 kali naik broga tengok macammana. Itu pon xcukup pada aku. Gunung akan sentiasa berada disitu. So training betul2 then baru jump to this kind of format. 

So pada aku xda salah trip normal or compress/daypack ni. Cuma dpe masih dalam kumpulan dan cabang yang sama but commitment dia berbeza untuk capai apa yang kita nak. Lagi satu aku nak ingatkan untuk setiap trip, pastikan

1. Dapatkan latihan yang cukup.
2. Ada permit dan kebenaran
3. Ada guide dan system dalam track (swepeer etc)
4. Cukup keperluan dalam track, logistic kne tiptop
5. Emergency procedure kene on top of everything
6. Sampah dan kebersihan perlu lah ditempatnya.

So, tak perlu kita jadi to kiasu or to kiasi dengan apa yang orang lain buat. Masa bergerak, zaman berubah. Nak tak nak kita kene ikut but make sure kita ikut dengan ILMU. Xda salah disitu dan sini melainkan kita yang sibuk mencari kesalahan orang dan sesuatu perkara. Sedar diri, buka minda dan selamat berletih.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :