Pages

Tips - How I survive my 1st Full Marathon



Actually aku ni agak degil dulu. Yup, lelaki kan. Bergerak atas ego dan bukan realiti yang betul. I did my 1st Full Marathon (FM) atau Virgin Full Marathon (FMV) dengan kuchalana dan amat hancur. Konon lah masa tu dasat sangat, orang lain buat FM aku pon nak buat FM. Orang lain training, aku pon training lah konon. But actually by the time aku realize tak cukup. Yup, ilmu dan pengalaman amat penting. Even sampai few FM aku buat pon sama. Tak ada improvement sebabnya ilmu yg aku ada tak cukup dan aku berkawan dalam kelumpuk yg salah masa tu.

Bila tanya camna nak training.. kita dapat.. blablabla and actual day.. jahanam. So by time, dengan banyak bertanya, banyak membaca, banyak mengkaji.. things improve. Yup, remember, improvement amat penting. Kalau kita buat sesuatu dan masih ditakuk tu je, means we are no less then nothing. Effort dan duit saja tak cukup. So let me share few things dari pengalaman sejengkal aku dari kes FMV aku. 

Aku buat 1st FM aku in 2011 di Penang. Few month sebelum tu aku dah plan what and what. Mula2 dari zero mileage aku terjebak. Aku put main target aku in 2011 untuk buat 1st FM aku di PBIM. Aku mula training (from zero) in April klu aku tak silap. Mula2 aku enroll SCKLM buat Half terus. Giler kentang. From zero mileage aku terus ke HM in 4 weeks. Masa ni Suzi geleng kepala dgn aku. Dia layankan je ego aku masa tu. Masa ni baru nak beli kasut dan baru nak mula letihan. Kunun lah ikut cara aku training 13 year back dimana aku ada buat Tri and HM masa tu. Masa tu muda, now berat aku dah 80kg lebih. So impact nya berbeza. 

So tiap2 malam lah lepas tu aku do some small run dkt Tasik Cempaka. Aku lari dalam 3KM tiap2 malam. Then aku hentam HM in SCKLM after 4 weeks. Actually masa ni aku tak tau apa itu gel, apa itu LSD, apa itu taper, apa itu pace, apa itu speedwork etc. Just hentam. This HM teach me a lot. Dengan blister, dengan bonk, dengan mood macam sial lepas tu. Recovery lambat giler. So aku pon cari lagi ilmu. Masa ni group running xbanyak. Yang ada pon Chap Ayam, Pacesetter. So aku mula bertanya pada depa. Then aku tak serik, aku enroll lagi few 10KM game. In October aku gatal tangan pi enroll 12 hours Penang Walk. Yup, i survive this one and it my 1st ultra distance. Tapi aku face a lot of issue jugak. Loading jadi better but fizikal aku koyak rabak. Sampai ankle aku bengkak, kaki aku blister, celah beda berdarah. Post game mmg suffer. Worst aku xamek cuti masa ni and masuk office terkangkang2 mcm beruk. 

Then aku plan balik apa yang aku perlu buat untuk my official FMV in Penang sebulan lps tu. So aku survive Penang with minimum issue. But still not that impressive. Dari situ aku learn.. learn and learn. So apa yang aku boleh conclude, for 1st Full Marathon..

Pre - Game
1. Get enough mileage
Ni yang teratas sekali. Mmg boleh abis kalau xcukup mileage but kita akan suffer la. Badan kne biasa dengan tekanan 42KM ni else macam2 akan jadi, cramp la, bonk la etc. Incase la klu xcukup mileage, yang paling penting sekali tak payah la nak sub 3 la, sub 4 la, subsub soi la. Kejar abiskan in COT. Kalu letak tinggi sangat benchmark, takut tak realistik je. Lepas tu nanti macam2 la entry kat FB. Tak cukup traing la ayat yang selalu kita dengarkan?

2. Taper
2 weeks before game tak payah le sibuk nak cari mileage lagi. Sebab tu orang selalu kata RESPECT THE DISTANCE bila nak buat FM ni. Sebabnya kita kne ada point no 1 untuk memahami sebabnya. So 2 weeks before game buat simple run je sudah. As far motor pada badan kita bergerak dan paham. Aku ada tgk this few days dekat  Tasik Cyber penuh manusia. Ada yg relax dan ada yang pulun giler2. Ni smua rasa tak cukup mileage ler tu. For now, relax. 

3. Jaga makan
Jangan le makan macam jin. Masa taper ni, makan mcm biasa. Jangan makan mende bukan2. Satu perkara paling tak best masa game adalah berak2. Mmg potong mood habis kalau nak kene ke toilet je manjang. Dah le toilet boleh goyang2. So kalau rasa xnak mood macam haram jaga makan few days sebelum game. 

4. No Weight Training and speed work
Kalau boleh la, weight training or all tempo/speedwork tak payah dah masa taper. Recovery mmg amek masa so takut masa game rasa sengal semua badan. Nak tekan besi, lepas game boleh sambung.

5. Get enough sleep
Tido banyak sikit tak pa. Kalau dapat 10-12 jam yang terbaek. Min pon 8 jam. Solid. Bagi badan rehat sebelum real day. 

6. Get enough water
Minum banyak sikit masa taper. This will help badan cukup air. So masa game xda la issue xcukup air (dehydrate).


During Game
1. Bangun awal
Pagi tu bangun la awal sikit. Buang apa nak buang. Makan makanan ringan sikit macam roti alas perut. Amek la kopi ke nescafe ke for kaffein. Siap2. Buat stretching sikit dan terus ke race site. Masa ni kepala kene focus. 

2. Go slow and catchup, jangan gelojoh
Dkt starting line, tak payah la nak post FB bagai. Focus. Start slow xpa. Kalau ada targeted time, ikut belon masing2. By time dah rasa betul2 sedap badan then tekan sikit. Ltk satu benchmark dkt depan kita. Kejar dia slow2. Dah dapat dia, kejar pulak benchmark lain. Kalu boring sangat kira tiang lampu. Elok kalau dpt berhenti dekat tiap waterstation. Talk dgn volunteer. Try la, it will bring up your mood at par. 

3. Chase Waterstation
Kejar waterstation. Tak payah nak pikir terus 42KM. Dengan kecikkan scope otak kita akan lebih relax dan focus.

4. Drink and eat
Jangan sombong sangat. Sampai waterstation berhenti. Minum and makan apa patut. Running ni individual game. Kalu ada awek/boy gemuk dah potong kau, tak payah rasa tercabar. Lepas refuel kejar dia balik mintak no phone.

5. Pakai pakaian yang sesuai
Ni penting ni. Elok jangan pakai mende baru. Elok pakai mende yg kita dah biasa pakai masa latihan dan LSD. Mende baru ni selalu buat kacau je kat badan. Favorite dia kasi lecet sana sini la.

6. Bawak vaselin
Kalau perlu bawak vaselin. Lumur dkt ketiak and celah beda. Ada certain, lagaan yg kerap akan sebabkan melecet. Kalau cuaca panas. Lagi la dia suka.

7. Streaching
Sampai waterstation kalau rasa badan sengal2, stretching. Amek masa sikit tak pa. It will help to loosen sikit otot2 and we can push more lepas tu.

8. 30KM story
Ni standard story aku nak share. Selalu lepas 30KM ni lah macam2 akan berlaku. Selalu yg laju awal2, kat sini la bermula semua kisah dan drama. Penting ni. Remember, all in your mind. Kalau kita fikir sakit, sakit la dia. Kalau fikir bonk, bonk la dia. 

9. Focus
Focus pada game kita ni. Tak payah nak drama byk2. Dari mula kita enroll .. kita belatih, sampai dkt starting line.. kita lari dan sampai balik finishing. Focus. Kalau ada gangguan awek/boy berlari pakai spender safari depan kita, abaikan. Focus.

10. Sedar diri 
Jangan ikut2 orang. Kalau rasa best time kita tak berapa memberangsangkan elok kita letak timing yg realistik. Kita tau kemampuan kita. Kene sedar diri. Jangan kita tgk dan compare timing kawan. Cukup kita sedar timing kita dan put realistic target. Apa peduli org nak bercakap. Kita yg enroll, kita yang baya, kita yang training. Bukan orang lain. 

Post Game
1. Mandi Ais
Balik ja rumah, mandi ais. Amek protein skit. Kalau boleh cuti la Isnin tu. Rehat. Treat all blisters dan spend time with your family. Jangan nagis2 tau.

2. Jangan poyo
Post game syndrome ni agak annoying sometimes. Lepas game macam2 drama kita baca dkt social media. Yg habis, bercerita mcm dia buat sub 2. Yang tak habis bercerita semua orang salah, organizer salah, kasut salah, kucing dia salah, spender dia salah. Standard tu. So kene careful dengan post game syndrome ni. Worst ada yang jadi pemarah, periang melampau. Macam2. Tu selalu kita dgr kes2 kne unfriend semua tu sebab mende2 macam ni la. Tak percaya?


So again, for 1st time, tak payah kejar masa sangat. As far dapat habiskan dah cukup. Learn from there. Improve in next game. Game ada berlambak2 untuk kita improve. Balik ke drawing board. Tgk dekat mana kita perlu improve. So all the best pada yang nak berlari Ahad ni. Aku? Aku dah enroll with special slot tapi tak dapat nak lari. Kene kerja. Dah 3 tahun aku enroll but tak dapat lari. Tak da rezki. 

ALL THE BEST

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

4 comments :

Sky-Zarina said...

Thorbaek Arman..aku suka perkara no.9 tu..susah nak focus..especially kalu plak memang ada mamat pakai spender safari..tapi atleast buat aku happy tengok spender dia and push me all the way to finish line...

kuchalana said...

auummmmmm....

Remin Anuar said...

Gaya hang tulis memang real. Tak munafik. Senang aku nak ingat semua pesanan untuk bajet lari FM yang kedua. Terima kasih.

Mohd Naim Mohd Ibrahim said...

Terima kasih atas tips2 yang berguna