Pages

Tips - Terma Larian Yang Perlu Kita Ketahui



Actually banyak term dalam dunia larian ni. But aku suka nak share yg most common one. So sila pahamkan, takut kene gelak je kalau tersilap cakap.


Marathon (FM)
Term ni selalu disalah erti. Marathon atau Full Marathon adalah term yang sama. FM adalah larian sejauh 42KM.  Acara dibawah 42KM tidak dikira marathon. Banyak game yang below 42KM sekarang yang berani letak as Marathon in game name. It wrong. Please respect the distance. 


Ultramarathon (ULTRA)
Ultra ni adalah any game more then FM distance 42KM. So kalau kita lari more then 42KM dah consider Ultra distance. Xpyah dengar ajaran syirik separuh orang yg rasa macam best2 yg akan kata and iktiraf ultra only more then 84KM or 100KM. Kita ikut world standard sudah. Golongan macam best2 ni selalu xbest mana pon, lebih pada riak, takbur dan rasa macam best dari orang lain, sebab tu suka2 nak ubah term2 ni semua. Jangan tersesat dipangkal jalan.


Long Slow Distance (LSD)
Selalu kita dengar orang post dalam FB kata buat LSD. Actually kita paham ke apa dia LSD ni. LSD adalah satu cabang latihan. Standard kita akan berlari lebih dari 20KM or lebih dari 2 jam dengan at least 50% pace real game day. Kalau kita buat below 20KM or below 2 jam itu tidak dikira LSD. Selalu ternampak dalam FB status.. Done.. LSD 10KM.. Hermmm... 


Did Not Finish (DNF)
Means xhabiskan game. With a lot of reason, probably injury, no met cut off time etc


Do not Start (DNS) 
Means xstart game. With a lot of reason, probably ada kerja, injury, tertidur etc


Cut off Time (COT)
Means masa yang diberikan oleh penganjur untuk habiskan larian. Ada COT kadang2 diletakkan di specific check point and some only at finishing line. So learn to respect the COT, some people kalau xmeet COT je habis smua bende disalahkannya, kasut la, pokok la, air sungai la, mak la, ayah la. Cuba belajar salahkan diri sendiri yang failed to deliver. 


Finisher Item
Barang unik yang pelari akan dapat jika dapat habiskan acara larian pada specific masa dan distance yang ditetapkan. Untuk info, selalunya medal dan finisher t-shirt akan diberikan untuk acara lebih dari FM keatas. But today (only in Malaysia), as part of product and organizer marketing semua category dah ada medal dan finisher item (like t-shirt). Untuk Ultra marathon selalunya tidak pada medal dan t-shirt sahaja, ada yang sediakan belt buckle, hoodie, cawan, mug, peti ais, TV, dapur, moto etc. Selalunya lebih kepada ingatan kepada sesuatu game and not necessary perlu ada pon. 


Goodies (atau gula2)
Barang dari sponsor atau extra item/effort given by organizer. Selalunya barang2 kecik macam shampoo, sabun etc. Selain dari barang, ada jugak yg sediakan makan lebih dari apa yang sepatutnya (kambing golek/laksa/roti canai/cendol etc) or massage after game. All those consider goodies and extra effort dari organizer. Syukur lah walaupon dapat jajan je dalam beg tu. Xkan la sebab xda sabun sebuku pon nak kecoh2. Nak lari ke nak main sabun?


Bonk/Hit The Wall
Ni biasa kita dengar. Bonk ni bila kita dah tak boleh blah (lari or teruskan game) dah masa game. Body reaction jadi down and otak jadi xtentu arah. Selalu berlaku selepas 30KM atau 2/3 dari game distance. Ubat dia, refuel.


Disqualified - DQ
Kita hilang kelayakan untuk acara larian. Ada banyak sebab, selalu lebih kepada rule and kehendak sesuatu game. Maybe COT, tipu bib etc. Ada yang tanya why some declare as finisher but dalam cert or timings status is DQ. Actually kalau kita lari satu game, kita habiskan game but lebih dari COT, kita masih habiskan game as principle but DQ status atas rules game. Selalu dalam game ultra ada format ni dan depa selalu hanya akan dapat medal but no finisher t-shirt (depends pada game rules).


Negative Split
Masa larian kita untuk separuh distance kedua lebih baik dari separuh yang pertama. Contoh for 10KM, 1st 5KM kita buat 30 minit dan next 5KM kita buat 25 minit. Rare ni.


Bandit/Pirate/Keliwon/Ghost
Ni golongan yang lari HARAM. Xda bib dan tidak mengikut saluran yang betul. Kalau rasa nak lari xpyah nak menyibuk masa game tgh berjalan. Banyak complication yg akan berlaku dari smua sudut keatas diri kita yang kita tak sedar. Ianyakan akan menyusahkan diri kita sendiri dan organizer. 


Carbo Loading
Makan amount karbo yang banyak sebelum any game. Ramai yag salah pasal bab ni. Carbo loading need to be done start 2 weeks sebelum game till few days before the game. Means masa taper (slow down and recovery to prepare for the real day). Not makan macam xda hari esok sehari atau dua hari sebelum game. Tujuan carbo load ni nak restore glycogen and it needs few days. 


Personal Best (PB)
Masa terbaik kita dalam satu2 race or game course. Anyway, satu saat pon kne kira sebenarnya sbb nak dapatkan satu saat kurang dari masa sebelum ni bukan semudah yang kita sangka.


Fast Known Time (FKT)
Masa terpantas yang orang pernah buat untuk satu2 course. 


Paku
Means kawasan atau game course ada sejarah orang jumpa hantu.  


Actually ada banyak term2 lain but aku suka nak share term yg selalu disebut dan di salah ertikan. Hope perkongsian ini akan membantu kita untuk lebih memahami. 

Ole.


* Term-term ni subjective sebab ada beberapa mazhab dan fahaman. Apa yg aku tulis adalah baseline sahaja.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :