Pages

Hiking Report - Transtitiwangsa V2 - Half Cooked Version



* Agak panjang, kalau feedup baca TQ Note je. 

Actually aku masih dalam mood separuh masak masa tulis report ni. Mood xberapa nak sampai tuk menulis. Sebabnya, keletihan agak berat kali ni. As this trip bukan trip main2 pada aku. Rating dia amat KERAS dan KEJAM. Dari satu sudut aku rasa by doing compress, it really need a lot of effort and plan. Sebelum aku mula, let get some idea apa dia TransTitiwangsa ni. 

Aku mula kenal trip2 ni dari 1st exposure aku masa buat V1 2 years back (report sini). Lepas tu as anniversary hike aku naik sekali lagi raya cina baru ni (report sini). So this is kesinambungan dari 2 trip2 yang lepas ni. 

What is Transtitiwangsa
Trans bermaksud merentas, Titiwangsa adalah banjaran tanah tinggi yang menjadi tulang belakang kepada semenanjung Malaysia. So short form pada TransTitiwangsa adalah Expedisi Merentas Banjaran Titiwangsa. 

What is G7
G7 bermaksud Gunung yang melebihi 7000 kaki dan ada 7 je pon gunung diparas ni di Semananjung Malaysia. So dalam Banjaran Titiwangsa ni ada 4 gunung G7 dimana kita ada.. 

Mt Korbu (2,183m/7,162f), di Perak
Mt Gayung (2,173m/7,129f), di Perak
Mt Yong Belar (2,181m/7,156f) di Pahang
Mt Yong Yap(2,168 m/7,113'f) di Kelantan. 

So gunung2 dalam banjaran ni menjadi idaman kepada pendaki2 tegar dan pelari2 ultra untuk dicuba. Orait, mana pulak datang V1, V2 and V3 ni?

V bermaksud version.. so dalam meredah Banjaran ni ada beberapa version yang telah diteroka.

Version 1
Merentas 3 G7. Which is Mt Korbu, Mt Gayung dan Mt Yong Belar.

Version 2
Merentas 4 G7. Which is Mt Korbu, Mt Gayung, Mt Yong Belar and Mt Yong Yap.

Version 3
Baru2 ni ada team yang buat version 3 dimana merangkumi 2 lagi G7 yang ada iaitu extended dari V2 dengan tambahan Mt Chamah dan Mt Ulu Sepat di Kelantan. 

So distance, timing dan preparation untuk setiap gunung dan trip agak berbeza. Tahap "kekerasan" setiap dari version juga amat berbeza. Jadi nak tau jiwa, mental dan kaki kita keras tak keras, at least kene try version2 yg ada ni. For normal trip selalu orang akan cuba buat satu2 gunung dari hentam all this version which cover few gunung at one time. Standard trip untuk version2 ni antara 5 ke 22 hari. Kalau macam trip yg aku buat samaada daypack (balik hari) atau compress (padat) sahaja. Aku jarang go for normal hiking method disebabkan aku susah nak cuti. So aku prefer daypack or compress. 

So what we have this round? Aku telah dirasuk hantu bertaring sebenarnya. So aku nak tgk my limit as usual. Nak tgk mental dan fizikal aku boleh handle tak tahap kekejaman track V2 ni. 



Lepas ja trip V1 Raya Cina lepas Team Senior Citizen (TSC) plan nak buat V2 pulak. So after sometimes baru dapat date but this date xmatch pulak dengan activity kawan2 dalam TSC. So final call cuma aku dengan Ijam je available. Nak jadi lagi hal AM our guide pulak stuck dengan some family activity. So kita cancel je trip ni and replan maybe in July. Dah mmg dijanjikan agaknya, Team Badamara ada buat same trip at same date. So lepas berkira2 aku pon enroll. 

Few days before nak pegi aku agak berkuchalana. Banyak pulak hal dekat office. So preparation aku agak tak berapa nak ada. Worst dalam group untuk trip ni all talking about ration this and that. Actually aku xberapa  pandai lagi nak buat trip compress macam ni. Aku still stuck dengan old method as ultra runner. So ada conflict kejap dalam jiwa aku bila tgk semua orang bawak stove untuk memasak dan makanan berat banyak2. 

Qualification
Untuk trip macam ni memerlukan latihan dan mental preparation yg baik. Selain dari overall plan dari sudut ration dan safety. Overall sapa nak buat Transtitiwangsa at least ada some good mileage dan plan. So untuk V2 ni Badamara ada set some qualification level. Disebabkan rating track V2 ni agak kejam so ada saringan awal untuk mengelakkan perkara buruk berlaku dalam track. So all yg enroll perlu hadir buat trip Nuang  ke Tanarimba (Janda Baik). Distance dalam 50KM return in 18 hours. Actually aku xdapat hadir trip ni sebab ada route simulation di Cameron. So aku submit qualification aku dari past event yg aku dah buat few month back. 

Siapa Mereka Yang Terlibat Kami Ni
So below is the people yang terlibat dalamm trip kali ni. Meraka ni kebanyakan ada reputasi agak tegar semaada dalam hiking or ultra. Aku boleh kata smua ni budak2 pusat. Keje kuar masuk je xinsaf2. 

Acai
Amirul Mukminin
Dendang
Hafizan
Eise
Mad Zin
Reen
Ridzuan Zikri
Sanie
Siti
Ashraf
Ben
Cat Foo
Khalil
Rothman
Wan Anis
Zam
Zulfazli Zainal
Jol
Ijam
Ryna
Aku


Pre Activity
Few days sebelum event aku dah kelam kabut disebabkan aku xdapat nak bayangkan keadaan track dan keperluan ration yg lain. Kalau ikutkan pengalaman aku buat 2 kali V1 (daypack) dan 2 kali Mt Tahan (daypack) aku ingat enough dengan daypack preparation. So aku pon bungkus keperluan biasa untuk daypack activity. A day before bergerak aku tgk kawan2 dalam team punya preparation agak comprehensive. Siap stove and makanan yg banyak. Disebabkan depa smua dah berpengalaman so aku pon beli stove dan bawak extra makanan such mee segera dan nasi impit lebih skit. Incase la kunun.



Aku sampai ke Cameron agak lambat. Aku xda cuti so Jumaat lepas kerja aku bertolak terus dari office. Nak jadi best Jol ikut aku kali ni dari Cyber. So ada la aku kawan dalam perjalanan. Nak jadi hal hujan lebat sepanjang jalan malam tu. So jalan agak jam. Aku sampai lewat sangat malam tu. Around 12.30am sampai ke Masjid Loging. Sampai2 aku tgk semua dah tido. So aku decide packing barang di Masjid lodging je. Kawan2 lain menginap di homestay blakang mesjid. Lps pack barang aku terus tdo di masjid. Dapat la 2 jam tdo. By 3.30am aku dah bangun and bersiap. Pickup truck akan jalan 4.30am. 

Mood aku pagi tu xberapa nak sampai. Aku rasa letih sangat. Dalam hati aku berserah ja. Kalau xlarat aku plan nak patah balik je. So aku xletak any high expectation untuk trip kali ni. Dah le xcukup tido, dengan letih. Trip ni 2 hari, kalau all the way kami bergerak aku gerenti aku akan pewai punya. 


Pintu Rimba - Mt Yong Belar
Kami sampai ke Pintu Rimba dalam jam 5am. Dekat sini team briefing diberikan oleh Team Badamara. Ada few rules kami kene ikut. 

- Berjalan kne dalam kumpulan sebabnya pace lain2. So xnak ada kes hilang, kne bergerak at least berdua.
- Ada COT dekat Mt Juction. Sapa xsampai by 4.30pm kene turun terus ke Lembah Agas
- Macam biasa ada Lead and Sweeper diblakang
- Sampai tiap puncak, akan ada kertas yang kami perlu tulis. So sweeper tau sapa yg dah sampai. Jadi boleh tau sapa yang hilang.


So aku mula agak slow. Mood serius xsampai. So aku berada dalam kelumpuk tengah2 masa ni. Masa ni aku, Reen dan Zam bergerak skali dalam kumpulan. Xberdaya nak kejar group depan yang agak laju. Pace kuda liar katanya. Kami reach Kem Tudung Periuk lepas tu. Subuh and sarapan. Lepas tu terus bergerak ke Kem Kasut. Masa ni mood aku still at par. Actually at this level kami dipukul bertalu2 dengan elevation untuk terus ke Mt Yong Belar. Kami xface big issue. Reach Mt Yong Belar in  3 jam sengah. 

Mt Yong Belar - Mt Juction 
Dkat Yong Belar kami rehat kejap lepaskan lelah. Makan apa patut dan terukan pergerakan. Stretch ni agak mencabar. Mt Juction ni antara gunung yg kejam dalam jajaran ni. Dia naik mencanak tanpa rasa belas. Sebelum reach Mt Juction, kami lalu Kem Kuali, Puncak Tipu Yong Belar, Puncak H2O dan Kem H20. Actually kem H2O ni agak critical untuk kami. Sini last water point sebelum jumpa lagi air di Lembah agas. Distance dia lebih dari 20KM dengan elevation. So masa ni rasa nak patah bahu pikul 2.5l air nak ke Mt Juction. 

Lepas refuel air, kami teruskan perjalanan ke Mt Juction. Dekat laluan ni, kami ditampar oleh elevation dan keadaan track yang technical. Nasib kami amat baik sebab xhujan. Kalau hujan aku rasa mmg masak kari ayam la nak lalu area ni. Actually laluan ni mengubah mood perjalanan aku, Reen and Zam in this trip. At one stretch kami kene serang dengan tebuan tanah. Besar2 ibu jari tangan depa ni. Habis berdas2 kene sampai bengkak la kepala and tangan aku. Masa ni kami dah slow down. Badan react amat berbeza. Reen dah xkuar peluh dah lepas tu dan aku sendiri jadi terlalu letih.



Rasa body reaction nak lawan sakit buatkan kami lemau dan lemah. Mula kami refuel makan kerap. Just try and error to make sure kami ada energy at par to move. But dah makan byk pon badan still lemau. So aku assume tebuan tanah punya drama change the overall team mood. So kami just move slowly. Till Reen jalan pon macam nak tumbang. So kami decide to stop 1st. Have a long break. Kami masak dan amek napas lama sikit. Masa ni Reen start amek ubat tahan sakit. Aku plak, aku guna pendekatan dari ilmu yg aku blajar dari opah aku. Aku guna tanah yang dibaca al fatihah. Aku sapu tempat yg bengkak dan bisa tu. 

Alhamdulillah, sakit aku kurang. For team, alhamdulillah mood datang slowly. But bengkak still ada dan kadang2 rasa nyutnyut jugak. 

Mt Juction - Lembah Agas
Finaly kami sampai Mt Juction at 4pm. Masih dalam COT. But kami decide to skip Mt Korbu dan Mt Gayung. Sebabnya

- Kami lemau tahap biskut xtutup dalam bekas. 
- Aku sndiri dah rasa xsedap badan, kepala pingping.
- Air yang aku bawak xcukup nak sustain sampai balik ke Lembah Agas. Anyway bukan aku ja face ni, team yg ke Korbu dan gayung pon face this. Air habis masa depa sampai ke Korbu. This part kne replan kalau nak buat V2 sekali lagi.

Actually team 2 ada depan kami 10 minit je. Berdasarkan keadaan semasa kami bertiga aku rasa it a wise decision to skip this 2 mountain. So lepas berkira2, lambung dadu, ludah tapak tangan kami decide terus ke Lembah Agas. Dari Mt Junction kami akan lalu Anak Juction dan terus ke Lembah Agas. 



Aku rasa dalam banyak2 tempat yang aku pernah pegi xboleh lawan kecantikan laluan ni. Amat cantik dengan all mossy things. Tak terusik. Cantik dari Irau dan tempat bermossy lain yg aku pernah pegi. Lagi satu laluan ni jarang orang lalu. Sebabnya only yg buat V2 je akan lalu sini. So track area ni masih terjaga dan bersih. Kami reach Lembah Agas at 8pm dan terus bukak fly.

Masa ni aku rasa kekok sikit. Sebabnya aku xda fly. Aku just bawak plastik sampah je. Sbb plan asal aku patut bergerak for that 48 hours. So disebabkan plan change aku kene la menumpang. Masa ni kami masak, makan dan terus tido. Aku tido xsedar apa lepas tu. Penat sangat. Kepala aku plak masih berdenyut kesan ciuman tebuat siangnya. 

Lembah Agas - Kem DGU
At 2am 1st team sampai. Depa pon bukak fly and terus tido. 3rd team sampai at 6.30am. Masa ni semua dah bangun dan bersiap untuk bergerak. Kami pon teruskan perjalanan ke Kem DGU. Dekat Lembah Agas ni ada sungai so another water point untuk kita refill. Actually 2nd day ni aku rasa lebih bertenaga. Mungkin dah cukup tido dan makan. Kami sampai ke Bonsai Tengah lepas tu.

Kami xlama dekat sini dan terus bergerak. Nak jadi cerita kami sesat dekat sini masa nak ke Puncak View. Team smua dekat2 but mende nak jadi. Mula aku dgn Jol dan Ben. Lpas satu puncak botak aku tunggu depa dalam satu kawasan mossy. But after a while team sweeper sampai dlu dekat tempat aku. Pelik. Camna Jol xlalu depan aku. Lps tu Easi pegi cari depa. Aku pon stuck dengan team sweeper. Kami salah amek simpang dan down hill xhabis2. Dengan duri banyak. Last kami realise kami dah offtrack. Nak tak nak kne backtrack. Tu dia mencanak kene panjat balik. Habis smua pokok situ kene sumpahan and maki hamun. 



Last kami sampai balik ke simpang yg sepatutnya. So kami terus ke Puncak View. Tgh2 jalan terserempak dengan Easi dan Zul. 2 orang lagi hilang which is Khalil dan Dendang. So dpa pi cari. Aku and team sweeper terus ke Puncak View. Rupanya depa berdua amek ditrack yg sama kami sesat sebelum tu. Nak lagi best depa turun sampai jumpa kem site lain bawah gunung tu. Giler punyer kerja. Anyway simpang yg sepatutnya diambik tu mmg mengelirukan. So kene take note dekat area ni.

Dkt Puncak View, kita boleh tgk view 360' kawasan banjaran titiwangsa ni. Amat cantik. Rezki kami cuaca pon clear hari tu. So shahdu jugak la layan view dkt sini. After a while we make a move to Kem DGU.

Kem DGU - Kem Kacang
Di Kem DGU kami makan dan refill air. Ada sungai dekat sini. Actually masa ni aku baru realize. Keje kami turun naik gunung ja. Masa ni kami main dengan elevation terlalu banyak sampai aku dah malas nak fikir. Pasang auto mode dan kaki terus bergerak ja. Kami sampai ke Bonsai Semak, lepas tu Puncak Berlumut dan terus ke Kem Kacang. All the way ni aku agak pewai. Perut pon lapar je kejenya. So kje aku makan ja. 



Kem Kacang - Mt Bubu
Sampai Kem Kacang aku tgk kawan2 lain smua dah ada dkt sini. Actually dekat kem ni dpa buat keputusan samaada nak teruskan ke Yong Yap atau pon tidak. So drama happen here but finally we all bergerak terus ke Mt Yong Yap. Kem Kacang ni ada sumber air.

So dari sini kami akan lalu Kem Kambing sebelum reach Mt Tok Nenek. Kami sampai Tok Nenek siang lagi. Sini pon view cantik. Ada 360' view. Lepas bergamba bagai, kami teruskan gerakan ke Mt Bubu.

Mt Bubu - Kem Agas
At Mt Bubu ada ramai yg camping. Sepanjang lebih 24 jam, ni la 1st kami jumpa manusia dari team lain. Masa ni ada plak runner yang dikenali (Nieza kawan Suzi), dapat la merasa air sedap sikit. Tq Nieza. So aku, Reen and Zam decide tuk makan dkt sini sebelum sambung perjalanan. Lps ni kami akan lalu really high climb again untuk ke Mt Yong Yap. 




Masa ni dah start gelap. Aku xda byk isu masa walaupon mental agak kelam keli. Finally we reach simpang ke peak Yong Yap. Masa ni kami decide to move together again (aku, Reen and Zam). Things happen, dekat tengah2 perjalanan dari simpang ke peak Zam rasa xsedap badan. Rasa stress pada dada. So he decide not to proceed further. Aku and Reen teruskan perjalanankan ke peak. Nak jadi citer aku ingat nak ke peak ni easy la. Damn, technical habis. Dah macam dkt area irau dah. Dengan akar kayu banyak. 

Finally kami redah peak Mt Yong Yap dengan penat dan lelah. Dkt peak ni penuh orang. Ramai gile yang tdo dekat peak. Aku xlama sebab nak kejar balik Zam and tgk condition dia. Sampai balik simpang aku tgk Zam dah ok. So kami smua berkumpul balik dan teruskan perjalanan. Pelan dia kami akan terus ke luar ke Kampung orang asli. Masa ni air dan makanan aku dah habis. So kami ada berbaki 17KM sebelum kami sampai keluar. 

Aku kne topup air ASAP. Makan aku xkisah sangat, asal keep moving dan boleh sampai keluar secepat mungkin. Lucky us, ada satu punca air 30 minit dari simpang but agak jauh kedalam but no choice. Masa ni kami berkumpul balik di Kem Balak Pecah. Aku dah lemau masa ni sebab lapar. Make it worst angin dah naik, gastrik melanda. Aku telan madu je masa ni dan baring sekejap. Dekat Kem Balak Pecah kami dibrief sekali lagi supaya bergerak dalam kumpulan sebabnya waktu malam dilaluan ni ditakuti ada binatang. Futher dari kisah berkisah laluan ni tak berapa "cantik".



Things happen, Zam kene lagi symptom sama macam di Yong Yap. Kali ni agak teruk. Dia rasa kebas pada tangan dan sesak pada dada. Kami cuak jugak masa ni. Lucky Rothman ada pengalaman kes macam ni. So team decide to stop and treat Zam dlu. Kami decide bermalam di tgh track. Zam after a while dia rasa okay dan kami biarkan dia terus berehat. Actually laluan ni dah dekat dengan Kem Agas. 

At 5am satu team dihantar keluar untuk bagitau transport yang kami akan lambat keluar. 

Kem Agas - Kampung Sungai Regil
At 7am, team kami yang lain teruskan perjalanan keluar. So far all bangun dengan mood yg fresh. So masa ni team dah berpecah2. Aku ikut Sani masa ni. Dia ni walaupon dah 3 malam bergerak dalam hutan, pace dia masih consistence laju. But lucky me this round aku manage ikut dia. Not much issue sebab laluan ni menurun sahaja. Aku kira2 dekat 25 sungai kami cross masa ni. Lebih dari Mt Tahan lagi. Ada few sungai agak besar dan agak bahaya pada aku expecially kalau musim hujan. 

Finally kami sampai keluar. Fuhhhhhhh. Penat betul menaip. 





Post Activity
This round aku xface any big issue after game on my fizikal. But i have problme with my mood and mental. Keluar je track aku agak tidak bercakap. Still speechless. Sampai rumah pon aku kurang bercakap. Suzi kata semangat aku tertinggal dekat Mt Yong Yap. Lawak la sangat kan. But i am more sensitive and cool. Agak baru dengan condition ni but i am still happy. Selalu balik game ada sore apa semua but not this round. For now aku masih monitor condition mood aku. Aku banyak amek magnesium untuk get back mood aku. 

Insident
1. Kene sengat tebuan tanah antara Mt Juction and Kem H20. 
Aku tgk besar2 pulak tu yg menggigit. Kesan dia, we move in pain to Mt Juction. Paler aku bengkak agak teruk. Kmi make a decision to skip Mt Korbu dan Mt Gayung lepas consider condition kami lepas incident ni. It really slowing down our movement after that. But faster group teruskan perjalanan ke Korga. Latihan kne gigit tebuan aku rasa kne diletakkan next time dalam training plan. Lol.

2. Sesat selepas Bonsai Tengah
Lepas ja Mt Tok Nenek, ada satu area tanah lapang. So dekat sini ada aku dengan Jol and Ben. So aku gerak awal sikit lepas depa decide nak refuel air. Dalam 5 minit aku sampai satu kawasan mossy. Aku duk tunggu dekat situ. Then tiba2 team dari belakang sampai dulu. Aku tanya mana Jol and Ben. Depa kata depa xjumpa Jol and Ben. So one of the team member decide untuk backtrack cari depa berdua. Takut sesat. Then kami pon teruskan perjalanan. Masa ni agak pelik sebab track yg kami lalu all the way down + banyak duri atas jalan. 

Actually aku dah terasa ada yang xkena. Track dia jelas but banyak duri atas jalan. Lepas 30 minit baru kita realise dah xda jalan dekat depan. So we decide to turn back. Jarak dia dekat 1 batu jugak menaik balik mencanak. Lepas backtrack baru realize kami sesat but luckily kami sedar awal. Lps ja jumpa jalan yg betul tgk Zul patah balik kata Khalil and Dendang pulak xda. So dpa backtrack and cari depa. 

Abis ja trip, Khalil citer dpa bergerak kedepan lagi dari tempat kami sesat dan jumpa kem site dalam tu + ada waterfall. Satu perkara masih jadi tanda tanya dekat aku bila Jol and Ben xlalu depan aku but dpa ada didepan aku lepas tu. Xtau tang mana punya silap mata.

3. Terserempak babi hutan yang degil
Dekat satu kawasan, masa aku baru sampai team depan dah mula bergerak. Out of sudden dengat bunyi mercun bom. 5 kali berbunyi. So kami agak tertanya2 what happen. Rupanya ada babi dekat track. Pelik gak kawasan tinggi mcm tu ada babi. Kuat kaki dia main elevation ni.

4. Team member down with injury
Dalam trip ni ada few injury case. Ada yg xserius dan ada yang serius but overall terkawal. Actually such trip kita xboleh nak agak apa yang akan berlaku but kita and team perlu lebih bersedia for any worst scenario. Alhamdulillah ramai yg berpengalaman dalam team kali ni. So all issue manage to cover.

5. Ternampak entity di Kem Agas
Ni aku tak cerita dengan sapa2. Yang perasan cuma aku and Ryna. Masa Zam down with injury, aku and Ryna decide balik ke kumpulan besar yg tgh berehat. Jarak antara Zam dengan kem site ni dalam 50 meter. Masa berjalan melalu kawasan balak besar aku terperasan perempuan dekat sebelah pokok pisang hutan. Jarak antara kami xsampai 2 meter pon. Dia pakai baju putih and berambut panjang tgh peratikan aku and Ryna. Actually Ryna xnampak tapi dia rasa naik bulu roma dan seram. Kami xbercakap pon masa.



Aku mtk dia pandang bawah je masa tu and fokus pada lampu headlamp. Aku ingat habis dah dkt situ, masa nak lelap kejap dekat kem site ni aku nampak entiti yg sama dibelakang kepala Dendang. Masa ni Dendang tido dalam jarak 2 meter dari aku. Aku nampak jelas mende tu duk perati Dendang. Masa tu Dendang dah berdengkor dah. Jarak dia dengan Dendang mmg dekat. Aku cepat2 tutup muka aku dengan kain and pandang tempat lain. Actually aku xberapa takut sgt sbb bentuk dia xseram mana. 

Aku ingat dah habis jugak dkt situ. Rupanya ada lagi. Bila siang aku and team make a move keluar. Jarak dalam 15KM masa tu dari Kem Agas ke Trail Head. All the way ni bila lalu kawasan sungai aku dgr suara org bercakap dan gelak2. Aku ingat aku je dgr, rupanya Ryna pon dengar. So again, this area agak tidak best untuk dilalui. Kene plak kalau sorang2. 

6. Kehabisan Ration
Kelemahan aku paling ketara dalam trip ni adalah setup ration. So ration aku habis ngam2 masa sampai Yong Yap. Masa ni ada berbaki 17KM lagi nak keluar dan dengan keadaan kami masu tu akan ambil 6-8 jam. So sekurang2nya aku perlukan 1000 kalori untuk distance ni. Aku dah start kne gastrik lepas Yong Yap. Perut pedih dan amat sakit. Lama aku xkena mende ni. Lucky Zam share sikit nasi dia dgn aku. So aku bilas dengan madu lepas tu. 

After sometimes, aku makan gaviscon plak. Xjalan jugak. I am really in pain lepas tu. Lps hal Zam seatle aku tido kejap dan Alhamdulillah all back to normal. So lesson learn.

7. Voting untuk Chicken Exit
Ni kelakar. Actually all team member down lepas dari Kem Agas. Sampai di Kem Kacang, lepas dari kes sesat all team member punya mood dah swing. So Reen decide to call a vote samaada nak chicken exit keluar dari Mt Tok Nenek or proceed ke Mt Yong Yap. Best part average dari smua budak pusat yang ada cuma 7 orang je nak proceed ke Mt Yong Yap. But nak lagi kelakar Reen overrule the decision and mtk smua proceed ke Mt Yong Yap. Smua ikut je tanpa bantahan. So smua teruskan perjalan ke Mt Yong Yang.




Masa tu xda sorang pon complain. So aku yakin semua dah pasang auto mode. Undi ke tak undi kaki tetap akan jalan. So aku rasa kalau kata kne patah balik ke Mt Junction smua pon akan ikut ja. Otak dah tepu and undian tu as part of the lawak untuk play with our mode and mental. So smua mental tegar dan keras. 

8. Kentutan.
Jangan tak tau sepenajang track ni yang lelaki keje dia kentut je. Sampai at one level dari jauh dah boleh kenal bunyi dan bau sapa punya. But it part of the fun part in this trip. 

Gear and Refueling
Kasut - NB MT10 v3, stokin cap ayam
Attire - T cap ayam, seluar hiking cap ayam.. no short.. duri banyak.. jacket.. 
Hydration pack - Raidlight Almo 20L
Makan - Satu pack kurma basah, Pisang salai 1 pack, Roti gardenia sapu butter 7 keping. Mee Pama 2 pack, nasi impit 7 bungkus, serunding daging satu pack, 2in1 kopi O, satu pack nasi ihsan Zam (sebab makanan berat aku dah habis)
Air - Refuel air sungai berkali kali, 3 botol 1.5 liter sekali top up.

Aku akan makan setiap satu jam. Aku akan amek at least 3 biji kurma or pisang salai. Makan roti setiap 5 jam sekeping dan minum air setiap masa. Aku akan makan mende berat dan bancuh air panas setiap check point besar. Overall masih tak cukup. As advise by Siti, aku kne bawak at least makanan berat untuk 4 hari punya makan for this compress trip and aku agree dengan dia. Ration amat crucial for such trip. Dengan makan, our energy akan always at par. Just imagine trip ni kita akan climb all the time and almost all big climb. So kalori intake mmg kene banyak. Banyak kali lepas big climb aku akan lapar balik and mood akan down. 



Beside aku ada amek xtra jozz for kafein. Untuk 48 jam move, mata kene sentiasa at par else mmg lelap atas track la. Satu lagi kelemahan plan aku, air gula. Kene bawak lebih. For now aku just rely pada gula dari xtra jozz je. Mmg xcukup. 

Lesson Learn
1. Such trip kene ada really proper plan. Aku failed bab adjust makan dan logistic untuk bermalam. So makanan aku habis lepas turun dari Yong Yap and cause some stomach issue lepas tu. Nasib aku baik sebab ada member yg bantu share sikit ration. 
2. Such trip akan pasti berlaku uncertainty. So SAFETY always come 1st. Alhamdulillah, organizer amat concern pasal hal ni dan amat bertangjawab. Aku bagi thumb up pada organizer.
3. Aku kene do more strength training untuk trip macam ni. So far kaki xberapa okay at 1st half but catch up on 2nd half.
4. Kne ada cukup rehat a week before such trip. Aku lack of rest and cause problem dalam performace aku on 1st half of the trip. 
5. Teamwork dalam team amat penting untuk push each other. Alhamduilillah semua dalam trip ni kepala tegar dan keras. Manage to look after each other and push each other to move. 
6. Disiplin kene ada, kene dengar cakap dan move ikut plan.
7. Fast decision in emergency situation. Contoh macam sesat dan injury. So far all decision made in proper maner dan bawak smua keluar dengan selamat. 

TQ Note
1. Aku letakkan Team Badamara atas sekali. Korang mmg ohsem lah. Aku yakin pengalaman korang mendewasakan korang walaupon smua muda2 belaka. Fast action, fast decision, safety tiptop. Kipidup guys.
2. Semua yang terlibat dengan trip ni. Banyak pengalaman dan pengajaran yg aku dapat dari korang. Dari sekecil2 perkara sampai la kesebesar2 hal. Serius, xleh dijual beli session ni dengan korang.
3. Reen and Zam yang sentiasa bersama aku all the way. Pace kuda pencen xleh lawan pace kuda liar.
4. Jol yang teman aku pegi and balik ke site.
5. Ryna yang byk advise aku pasal pre activity
6. Team Pacat, Team Tahan V1, Team V1 yang sentiasa ambil berat dan concern
7. Suzi and anak2 yg sentiasa layankan kepala suami and ayah yang tak berapa sampai ni. 

Adakah aku insaf? 

Secara jujur aku mmg ada plan nak repeat again and again. Itu pon kalau ada cuti. This is 1st exposure so aku dah nampak apa yg perlu dan xperlu for next trip. So insyallah more such trip in future. 

Ole. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

5 comments :

teaqah said...

habih pun baco entry panjang berjela ni. nice sharing. tak mampu nak buat koje gila. but who know someday. :)

Afif.Apexille said...

pehh...ada buat lagi tak?teringin nak join kalo diberi kesempatan....

Ryna Rynz said...

Wah name kite ade... Same2 share... t leh repeat lagi... Thanks to badamara... u all awesome! line up pun padu!

Md Zin Samsuri said...

Bro Arman, entry insiden no. 2 tu ttg tersesat silap nama gunung rasanya tu... Bukan Tok Nenek tapi Junction kot...

Zahir Mohamad said...

tq bro arman sudi join trip kami & mention badamara dalam blog ni,. tahun tahun sudah kami test V2-48 dengan grup2 kecik,cuma tahun ni kami ajak rakan2 yang berminat, cukup mental stamina utk layan pewai bersama2 kami & insyaallah tahun depan kami layan lagi.