Pages

Travellog - Restoran Lembah Bernam (makanan eksotik)



Dari kecik arwah ayah aku mmg expose aku dengan makanan dan outdoor. Kadang2 tengah2 malam dia kejut aku and ajak teman dia exploring new place. So perkara ni melekat dengan aku. Recently aku bercuti di The Kabin (review sini). So aku ambil kesempatan ni untuk redah salah satu kedai yang aku nak pegi since last year. Kesempatan tak ada so this time sebab dah dekat, aku mesti pergi. 

Asalnya aku dapat review pasal this place dari seorang kawan. Katanya kalau nak try makanan "semulajadi" boleh ke kedai ni. Tempatnya agak terpencil dan agak jauh. So aku pon buat study sikit pasal kedai ni. Kedai ni menjual makanan eksotik. Actually pada aku xda la eksotik mana sebabnya apa yang depa jual ni memang menjadi makanan orang kita dulu2. Cumanya makanan ni dah susah nak jumpa. So apa dan dimana..




Restoran Lembah Bernam
Address: Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan
Phone:+60 17-285 8603 / 019-2133665
FB: https://www.facebook.com/Restoran-Lembah-Bernam-552577411489256/?ref=hl
Waktu Operasi : 11am - 5pm (Jumaat tutup)

Apa makanan yang ada?
Dekat sini makanan dia semua "semulajadi". Antara yang aku cuba..

- Rendang landak
- Rusa masak lada
- Kancil masak sambal
- Rendang Ayam Kampung (real kampung)
- Baung masak asam pedas
- Keli masak cili padi
- Udang galah sungai masak lemak
- Masak lemak Ikan sepat
- Ikan Sepat goreng
- Ikan Puyu goreng
- Sayur ulam kampung
- Tapai pulut (dalam daun getah dan daun pisang, rasa dia berbeza)
- Dodol
- Sambal ikan bilis goreng tempe






Overall aku kasi A lah. Semua sedap dan lain dari yang lain. Dari rasa, masakan dan hidangan. Anak2 aku try smua jenis masakan ni dan mintak tambah lagi. Alhamdulillah depa tak geli dan enjoy the food. Baru The Comrade.

Nak sampai sini agak jauh dan perlukan waze else boleh sesat. Tapi sebelum sampai, kita dihidangkan dengan pandangan sawah padi dan amat cantik. Untuk service, memang tiptop. Layanan dari pekerja amat dipuji. Makanan ada yang dah siap masak dan ada yang akan dimasak panas depends pada jenis makanan.





Aku rasa kalau nak mai weekend elok call dulu sebab aku dengar tempat ni selalu penuh. Harga dia amat berpatutan. Untuk makan 6 orng dengan menu diatas kami kene RM170 sahaja. Itu pon aku xmasukkan 12 gelas air termasuk dalam harga tu. Pada aku amat berbaloi2. Kalau dekat KL aku rasa mau kene RM500 dengan makanan banyak macam ni. 

So another great weekend escape sebenarnya. Boleh consider to try this. 


Picture credit to.. 
http://www.eazytraveler.net/2015/06/porcupine-meat-exotic-food-restoran-lembah-bernam-selangor/
http://pageibushifaa.blogspot.my/2012/04/makanan-eksotik-di-lembah-bernam.html
http://www.deqnoor.com/2014/08/masakan-eksotik-dan-kampung-di-restoran.html

Disclaimer: Aku tidak dibayar untuk sebarang review. It come from my own journey and experience. Aku akan rate ikut kejujuran dan pengalaman aku seadilnya. Mungkin ada review yang tidak memuaskan dan mungkin ada yang over rating. Feeling dan kehendak kita berbeza mengikut pengalaman dan ketika.  

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :