Pages

Travellog - The Kabin


Dulu masa aku mula berblog aku banyak cover pasal tempat, makan dan politik. Lepas aku sibuk dalam dunia larian so banyak la cerita pasal larian. Actually blog aku ni lebih kepada diary aku sendiri. Aku suka pakai bahasa yang aku mudah paham dan orang lain mudah baca. So lepas dari ni aku akan mula balik cover pasal tempat, makan dan perkara2 lain. It all about my journey. 

Recently aku berkesempatan bercuti. So aku ke The Kabin. Info tempat ni..

The Kabin
Link: http://www.thekabin.com.my/
FB: https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia/

Email: 
info@thekabin.com.my
operation_manager@thekabin.com.my

Phone:
+60176783825 (The Kabin Front Desk Mobile)
+60332640578 (The Kabin Front Desk Fixed Line)

Address: 
Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor, Malaysia

Aku dah lama nak kemari tapi masa agak mencemburui. So recently aku dapat peluang nak redah tempat ni. Best part it on my birthday. Actually tempat ni agak istimewa. Hotel dia berkonsepkan kabin / kontena. Agak hipster dan tidak keterlaluan. Fully own by Malay and amat cool.



Fasilities:
Fasilities dekat sini standard so far. Ada few type of room. Aku amek Vancouver which boleh masuk 6 orang. Ada 2 bilik air, 4 katil bujang dan satu katil queen. Ada balkoni untuk setiap type. Ada type2 lain lagi yang aku rasa boleh cater for orang bujang dan family. Keperluan asas macam TV, Astro, Tandas, Aircond, Kipas, Wifi semua ada. Ada satu big swimming pool dekat tengah2 tempat ni dan ada satu cafe. Belakang kabin kami ada 2 hammock, so ada tempat untuk kami hanging and tido tghhari dekat sini. Parking pon berpagar walaupon kene berjalan sikit. 

Service:
Secara overall, staff depa amat friendly. Call angkat, borak pon layan. Aku bagi 5 bintang.


Improvement:
Power cable xberapa nak ada. Samaada dalam bilik atau dipersekitaran (cafe, swimming pool). Dalam bilik cuma ada satu cable kosong. So kalau jenis kita yg ada dua phone sorang agak tidak membantu. Probably kne bawak extra multiple charger or power bank. 

Harga: 
Aku rasa harga dia amat berpatutan. Untuk bilik aku duduk RM320 untuk satu malam for 6 people or RM50/head. 



Kalau dari Bangi, it takes about sejam je. Macam Bangi ke Port Dickson jugak la. So another great weekend escape sebenarnya. Persekitaran ni pon agak banyak tempat menarik untuk dilayan. The Kabin ni dekat Pantai Remis, salah satu kawasan tarikan di Jeram ni dengan makanan laut. Ada banyak kedai makanan laut disekitarnya. Ada kedai asam pedas Tok ada macam2 sepanjang jalan di Jeram ni. 

Kalau nak explore lebih sikit boleh ke Kuala Selangor. Dalam 15minit je dari sini. Ada Bukit Melawati, ada banyak jugak kedai makanan laut disekitar Kuala Selangor, kalau rajin boleh tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan or tengok burung helang di bagan. Kalau rajin lagi boleh ke Sekinchan. Sini pon ada banyak makanan laut dan makan eksotik boleh dapat. Selain dari view sawah padi. 


Actually kalau kita bijak ada banyak short weekend excape kita boleh buat dan best part murah dan tak jauh dari Lembah Klang. Nak taknak je. Tak payah nak ke luar negara pon. Banyak lagi tempat kita tak habis explore sebenarnya dekat tanah air tercinta kita ni. 

So next, i will cover about kedai makanan eksotik di Sekinchan. Ada kancil, ada rusa, ada landak dan macam2 lagi.. 

* All picture taken from The Kabin official page

Disclaimer: Aku tidak dibayar untuk sebarang review. It come from my own journey and experience. Aku akan rate ikut kejujuran dan pengalaman aku seadilnya. Mungkin ada review yang tidak memuaskan dan mungkin ada yang over rating. Feeling dan kehendak kita berbeza mengikut pengalaman dan ketika. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :