Pages

Race Report - Inov8 Trail Run 2016



Actually aku xda plan this week. Just plan for some small run dengan Suzi. Seems aku masih dalam honeymoon sebelum masuk new training plan this week so aku just take it easy je lepas Translantau. Sabtu budak2 office aku ajak naik Kemensah Trail. Nak jadi best ada few kawan2 lain dari India yang berkerja diMalaysia (professional) pun nak join. So aku angkut skali. Ahad pulak, Hana (CyclicSport) invite aku turun to help as sweeper in Inov8 Trail Run. So aku on and at least ada la aku mileage sikit.

Kami sampai agak awal ke Paya Indah Wetland. Ingat lepas Kemensah nak sewa chalet di Paya Indah but call depa kata penuh. So xda choice kami mai awal pagi tu. Starting dia dekat belah dalam dekat dengan kolam buaya. So It a good warm up tuk semua. Reach starting can see a lot of familiar face. Dari runners sampai le ke crew. It a good moment, chit chat and having some info sharing. 


Aku and Suzi just want to take it easy sebenarnya. Seems we just a sweeper so we try to reach our KPI tuk pastikan last runner depan kami. So kami bergerak 10 minit lewat dari last runner. Kita kasi peluang pada late comer 10 minit tuk masuk ke track. Lepas tu kami masuk dan akan kejar depa. Tugas kami ..

1. Make sure last runner dengan kami so we will be the benchmark pada support crew lain.
2. We will inform all support crew yg kami langgar untuk buka simpang, clearkan marker and marking.
3. We need to make sure last runner in safe condition. 
4. We need to make sure xda runner yg masuk lombong, take shortcut/sesat etc
5. kami juga amek initiative bawak plastik sampah dan clearkan sampah all the way the route. Ini lebih pada sampah baru dari game ni.

So ada sikit review pasal 3 things yang kami nampak dalam game ni.

Sampah
Kami kutip banyak giler sampah. At 1st 5KM, almost half plastik sampah hitam dengan botol air dan plastik gel. Actually funny sebab kalau kita boleh bawak botol air and gel masa lari, xkan la sampah tu pon xleh nak buang dekat CP or sampai finishing line. Kalau kita boleh berlari dengan baik untuk kesihatan badan now we need to think about our kesihatan mental pulak. Now it prove badan sihat otak belum tentu sihat lagi kan. Serius aku xleh nak tolerate with such action and behavior. Lepas water station 2 lagi banyak sampah dibuang all the way track. 

Selain dari sampah runners dalam game ni, ada banyak lagi sampah xberkutip dari last game. Aku rasa MTB game. Ni lagi satu hal. Yg join game satu hal, organizer pon satu hal. Kalau dah participant buang sampah merata, organizer pon kene clearkan jugaklah. Bukan biar je. Ada satu stretch penuh dgn sampah (botol air dan kotak air). Majlis perbandaran yg bagi approval pon satu hal. Masuk dan make sure sampah by this organizer clear or else saman or blacklist permit for next game. Kita kene sama2 la ada kesedaran pasal ni. Else game dah xcantik. Route dah xcantik. Bila kayuh or berlari, sampah kiri kanan. Kita beriadah nak ada badan dan otak yg sihat. Nak tgk kecantikan alam.


In future, aku harap sangat kalau kita nampak orang, beruk, syaitan atau hantu yang buang sampah merata cakap baik2 mtk depa kutip balik. Bukan dalam game je, diluar game jugak. Kalau dpa xnak buat, it ok, kita kutip. Pahala free tu kan. Let spread this message and get positive vibes around our community. 


Back Runner / Slow runner
Actually aku dah aspect akan face this issue. Dimana back runner or slow runner terlalu slow dari targeted time. Actually pada yang xtau, setiap organizer depa ada expectation time untuk game habis. Dari situ depa akan start tutup water station dan get all crew balik ke base. So timing given dan kalau back runner masih xmeet this time selalunya depa akan di angkut naik lori. As runner kita xleh assume organizer akan tunggu kita sampai finishing ikut timing kita.

There is a lot of safety implication kalau runner still nak lari walaupon masa tidak mengizinkan. Antaranya..

1. Heat stroke
2. Dehydrated
3. Injury
4. Sesat
5. Mati
6. Kene langgar or accident

Dan ini bukan untuk runner sahaja tapi boleh jugak berlaku pada crew dimana kene tunggu kita sampai ke tiap checkpoint. Untuk kes aku semalam, the last runner hanya sampai di marking 2KM after 40 minit game berjalan. So sampai dekat 10KM at 2jam 30 minit or 15 minit/km. Actually ni bukan pace lenggang kangkung. Ni kes merangkak. Make it worst, it just a flat route. Make it more worst this group xnak berhenti. Just imagine kita dkt 10KM at 10am and dengan pace ni kita akan sampai finishing at 11.30am which matahari atas kepala. So aku serah tugas naikkan depa dalam kereta dekat Fais and aku kejar next group.


Nasihat aku lah, aku pon slow runner jugak but aku sedar diri dan always berpijak dibumi yang nyata. Kalau aku rasa aku xboleh buat aku xkan enroll. Kalu aku rasa aku demam or sakit aku akan DNS sebab aku xnak susahkan diri aku dan organizer. Kalau aku xtraining aku akan DNF kalau performance aku teruk sangat. Aku xkan bagi macam2 alasan untuk membolehkan aku menyusahkan orang lain dan menyusahkan diri aku sendiri. 

Satu lagi pandangan aku, for 10KM game and below. It find to walk all the way the race. Seems kita nak encourage people to start their running journey but organizer kene letak cut off time (COT) dan kita jugak as runner kene letak some target time to achieve. But kalau game 11KM and above better TRAINING. Always remember this word "RESPECT THE DISTANCE". At least kita dalam range or ahead 30 minutes dari COT.


Organizer helping each other
Lepas terlibat dalam organize game aku perati ada macam2 perangai Race Director (RD) dan game2 ni semua. Just giving some good example macam di Australia. Ultra scene depa ada few organizer dan all of them work together and support each other game. Kalau RD A buat game, RD B, C and D akan datang bantu. Either lari or support dari smua sudut yg berkaitan. So scene depa jadi tiptop. So we (Team Pacat) already did this dari mula kami terlibat dengan organizing game. Kita lari, kita jadi support crew, kita push iklan game dan macam2 tuk support game kawan2. Macam game Inov ni kita mai jadi sweeper dan aku tgk masa dekat starting ada Pak Din from MTB, ada Wan Panjang dan Boy Nadz dari hiking and ultra, Ariff dari NM, Hatta, Syed, Shahrin, Idot dan ramai lagi yg mai lari, bantu dan support.


Aku rasa kita patut developt such culture dari buat musuh, jatuhkan, boikot etc. Bertukar2 pendapat dan pandangan supaya game kita jadi much better. Masa ni jugak kita akan gain dan get respect atas "KETERBUKAAN" kita dari duduk dalam clan kita and "SYOK SENDIRI". Hope to see such positive vibes dari RD dan organizer game2 lain. We need to support each other. Industry ni kecik je. In the end, it not about money.


So another great game dari CyclicSport and team. Looking forward for more game and supporting our local game. 

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :