Pages

Race Report - Ultra Trail Hong Kong 2016



Game ni aku dah aim dari tahun lepas lagi. Lepas baca report dari few people yang dah habiskan last year, come to my interest nak cuba. So aku enroll diam2 and plan to train for it early. Dari review awal, UTHK ni agak popular dengan issue like marker and support crew. So that make thing more interesting. So plan asal aku lebih kepada prepare diri aku the best yang boleh dengan keadaan marker dan support crew ni. 

So after a while Gaz pm aku and ask game apa yg aku ada in 2016. Aku just bagitau dia pasal UTHK and out of sudden he interested to come and dia manage to racun Ishak pulak. So kami bertiga akan ke HK to run this game. Game ni patut give 6000m elevation gain dan berjarak 100KM. But aku dengar ada issue dengan route so depa cut short ke 4700m sahaja. It still something to worried sebab HK trail ni popular dengan tangga, hill after hill, angin kencang dan sejuk pada waktu malam. Nak dinasi tambahkan dengan issue organizer so aku rasa it a big challenge overall untuk kami. Kalau rasa nak cari penyakit make sure kita tau apa penyakit dia dan come with solution. Aku xkisah pon dengan segala issue yg ada, as far aku nak enjoy the package tadi. Boleh kan? Kalau dekat MY, aku yakin organizer mcm ni akan dikecam sampai ke dalam tanah but again ultra people will always have different perspective. THEY COME FOR THE PACKAGE.

Pre Game
Aku dah start training untuk game ni bermula dari bulan 10 lagi. Diam2 aku enroll gym session. Aku amek PT untuk learn basic things on strength training. Actually aku xkisah bayar as far aku dapat info yang betul. Boleh je aku nak tanya kawan2 pasal nak buat overhead press apa semua but again how correct the posture, how efficient the technique, how correct the effect to specific muscle group dan macam2 lagi. So xnak buang masa aku just pay PT for this. My PT ni seorang body builder and menang MR KL 3 kali. So he has a proven resume lah. Beside all this training aku jugak dapat turunkan berat badan aku dari 72KG ke 62KG now in 5 month. Still far to go till my ideal weight. Aku akan cover kisah ni dalam entry lain.


So aku make a proper plan sebelum betul2 bersedia ke Hong Kong. I did Mt Tahan daypack V1, Mt Tahan daypack V2 and Trans Titiwangsa V1 for my LSD. Aku turun gym tiap Isnin, Rabu dan Jumaat for some strength training. Aku turun ke Cyber lake for some easy run tiap Selasa dan Khamis. Weekend aku akan buat speed-work diBroga. Aku xda buat LSD tiap2 minggu macam dulu. Aku learn from Abe Yim on how to train smart. Ultra is not about LSD semata. Aku rasa by adding proper strength, less LSD, effective speed-work aku rasa dah cukup. Xperlu nak training macam elit sangat lah. Kalau kau boleh podium, xda commitment lain dalam hidup xpalah nak training pagi petang siang malam. Just my 2 cent.

Lepas je V1 alhamdulillah banyak perkara yang dapat kami simulate from the real day. Dengan keadaan cuaca, angin, makan, track condition. So kami mmg bernasib baik lah. Real day game it happen like what we plan. Overall, kami sampai ke HK on Friday. Bib kami dah diambil oleh kaum yang work in HK. So xda la kami buang masa nak ke race site pi amek bib. Race site dia agak jauh sebenarnya. Outskirt orang jawa cakap. So kami just enjoy our Friday at Mongkok, makan, amek bib dari kawan ni tadi and make a move to hotel. 


Game Day

Start - B2
Kami start dekat King Edinburgh Base Camp. Masa sampai tgk xda orang lagi. I told gaz, game King Series lagi happening dkt starting line. They just have some simple setup. Even backdrop pon xnaik lagi walaupon game dah start on Friday for 170KM. Pagi tu aku baca banyak update dari 170KM on the issue they face, CP xda volunteer, marker. Aku dah risau masa ni. Cuaca amat cantik pagi tu but agak sejuk. Dalam 12' dekat base camp ni.

After sometimes kami dilepaskan. Overall aku rasa ada la dalam 300 orang peserta world wide. Macam2 jenis ada. Dorang punya dressing pon macam2 gaya ada. As usual, aku just start in easy pace. Aku kalau main kawasan sejuk ni selalu kaki lambat panas. So i just go with simple pace. 1st 5KM ni kami lalu kawasan perumahan. Ada bukit sikit2. Ada anjing bulu tebal here and there. Lol. 

So after a while baru la masuk ke kawasan bertrail. Aku xface banyak issue nak ke B2 ni. Jarak dalam 20KM. Laluan lebih pada simple hill dan kawasan penempatan. Kaki aku meragam at 1st 5KM je, lepas tu dah panas aku tekan laju sikit.

B2 - B4
Dekat laluan ni aku start face some issue. Masa downhill aku pegi agak laju dan agak rushing. So after 33KM, hamstring aku start buat hal. Masa turun tangga next 33KM aku rasa amat sakit dihamstring. Dunggg. I am done. Semua info pasal hamstring keluar dalam kepala aku. So aku stop sekejap and buat some simple stretching. Saja nak sedap kan hati but it still pain bila turun. 

So aku try adjust kaki aku bila turun tangga by move one leg at a time at each anak tangga. Dah macam orang kurang upaya dah. But aku xda choice dah at this moment. So aku akan turun dengan cara yang aku selesa. So this is a big mistake yg aku buat. Start to fast and push to hard when downhill. Padan muka aku. But game is still on. Masa yg aku ada byk lagi. Kalau aku jalan all the way pon aku yakin boleh habis. 

So i keep moving.

B4 - B6
Sampai B4, aku bukak phone. Tu dia, berderet pm in whatapp and also wish and prayers dekat FB. Xda la niat nak reply so aku just baca je sementara refueling. Kadang2 senyum sorang2. Kawan2 baru aku dari HK and Japan keep asking me kalau ada great news sampai aku boleh senyum2. It really make my day. Tq guys. Really appreciate it. 

So lepas aku refuel apa patut aku push a bit ke CP5. Masa ni aku terjumpa Ishak. Dia face some serius cramp issue. Lepas borak kejap dia kata manageable so aku teruskan perjalanan. Sampai CP5, kat sini happening sikit. Ramai tgh rehat. Seems ada drop beg. So aku refuel apa patut, makan puas2 dan terus keluar. Aku prepare all night activities punya barang. Head lamp, jacket, sarung tangan. Aku mula agak slow this time sebab dah rehat agak lama. Rasa dalam 30 minit gak aku melepak sini.


Timing overall still cun lagi walaupon hamstring aku kadang2 meraung bila turun long stairs. So things happen lepas dari CP5. Kebanyakan main simpang dia xda marker. Dengan GPS aku buat perangai. So aku just try an error amek simpang ikut gerak hati. Kalau dalam sebatu aku xjumpa next marker aku akan patah balik and amek simpang lagi satu. Selalunya working find lah method ni. But ada jugak simpang yg marker dia sampai 2-3km pon xda lagi. So lepas it happen so many times aku dah give up. 

Dia nak track back bukan dekat okay, dengan elevation, dengan tangga turun naik. So lepas 5 kali jadi aku decide to stop doing this. I am losing my time and getting more tired. So approach aku lepas tu, next simpang xda marker, aku duduk tunggu dkt situ sampai next group tiba. So aku akan attached dengan group ni sampai la aku rasa selesa. 

So aku dpt regroup dengan geng dari HK and Japan sekali lagi. Aku dengan depa ni same pace masa 1st half but dpa slow down on 2nd half. Sorg hongkies ni ada GPS dan familiar dengan jalan2 kat route ni. So kami dalam 6 orang dalam kumpulan ni bergerak skali. Masa ni kami just berjalan and citcat about UTMF, UTMB and Lantau game. They all very nice people and yeah, i create new friends in this event. 

Sampai ke B6, kami xjumpa any volunteer dkt CP ni. Same goes dekat B1 dimana xda orang amek timing kami. So we just go. Aku purposely amek gamba setiap CP so aku leh record timing bila aku sampai each CP ni. So kalau ada soal jawab lepas game at least ada prove aku sampai CP ni. 

B6 - B8
So the real challenge start. Masa ni elevation akan naik maximum. Kami kene langgar Tai Mo San. The killing tai mo san dimana puncak tertinggi dalam game ni. Actually aku xfikir banyak pon. Redah je lah. Aku pon dah naik sekali masa Vibram100 few years back. 

Masa ni aku dah berpecah dengan group aku. I go with my own. Xlalu lah nak jalan je all the way. So aku tekan sikit naik peak Tai Mo San. Masa ni cuaca amat sejuk dengan angin. Kawasan ni terbukak dan tuhan ja tahu berapa sejuk. 

Aku xface big issue masa naik but having issue masa turun. Hamstring aku meraung2 mintak berhenti. Aku xda pilihan just keep moving. Masa ni zikir ja bermain dalam hati. Kadang2 aku bukak phone baca message2 kawan2. Another way untuk hilangkan rasa sakit. 

B8 - B10
Finally aku reach B8. Dekat sini aku dah rasa sedap hati sikit sebab dah cover almost 75KM dan aku ada 25KM je lagi dgn baki masa yg agak banyak. Masa ni baru aku teringat pesan Ted Ramly, salah seorang dari kawan dari MY yg buat game ni. Aku pace dia dari CP1 ke CP5 and dia tinggalkan aku lepas tu. 

Katanya real mental will start at this CP. Sebabnya, hill after hill very close each other and marker not that clear. Yes it happen. Masa naik, dia naik xhabis2. Masa ni laluan dia muat sorang je and gaung kiri kanan. Dengan angin kuat dengan kabus. Aku rasa macam dalam citer seram pulak. Aku xjumpa orang pulak tu sepanjang laluan ni. Dalam kepala, lantak lah. Kalau ada hantu cina melompat, aku akan duduk and tgk je dia melompat. Sebabnya jiwa dah start kata, apa kemende la aku buat atas gunung ni.. dengan angin.. sejuk.. Cisin.


Lepas je section ni aku ingat dah habis. Lepas tu downhill all the way macam xda kesudahan. Panjang giler punya downhill. Masa ni aku senyum je la. Ujian pencuci dosa. Masa ni aku rasa kalau mental xkuat boleh lompat ke gaung dah. Dengan hamsring aku dah macam xlalu nak handle tangga downhill dah. So aku xda choice nak berdrama pon xguna so layankan je. Dalam hati pon agak kecewa, sebb xdpt nak lari downhill. I am okay with uphill but fuck by downhill. So aku kne cari solution on my hamstring issue. Selalunya xcukup squat ni especially on my left leg.

Lepas aku kuar je dari kawasan pergunungan. Laluan ni bawak aku ke kawasan bandar. Aku bergerak dalam kawasan perumahan. Another issue. Sebab marker pon xclear sini. So dah la menggagau aku cari laluan ke CP10. Elok je pulak dia tersorok bawah jejantas CP ni. Masa ni mata aku dah lelong dah. Sampai je aku amek bubur tomato and amek fast nap. Masa ni aku fikir nak enjoy je sebab target time dah kelaut. So aku nak habiskan je. So remaining distance tinggal dalam 16KM lagi. Game ni not 100KM okay, total 104KM. So sampai je 100KM jangan rasa nak seronok, ada 4KM lagi nak kuar.  

B10 - Finishing
Dari CP ni hari dah mula siang. So aku just enjoy the view. Mata dah okay sebab dah lelap kejap. So aku just keep moving. Depan and blakang aku xda orang masa ni. So aku just move. Sini lagi satu mental. Otak dah kata dekat nak kuar but actually masih jauh. Hill after hill, stair after stairs. Aku sesat lagi dekat sini. Ada 2 simpang dan aku salah amek simpang and makan sejam lagi masa aku backtrack. Dalam hati mampu senyum je la. 

So sampai la aku ke B10 dan dekat sini xda volunteer lagi. So aku bergerak terus ke B11. Nak sampai B11 dari jauh aku nampak satu rumah parabola atas satu bukit mencanak. Adoi, confirm lalu situ punya sbb dari jauh aku nampak orang kat atas bukit tu. Lepas check in CP11 aku tekan last hill ni konon. Xda issue uphill but bila sampai atas, nak turun the other side, aku tgk ada dekat 7 lagi hill up and down. Damn. Mmg dia xkasi aku keluar dengan aman. Masa ni berhenti kejap dan layan pisang salai sambil enjoy the view. Pada aku relax lagi bagus dari nak pening2. Lagi pon distance nak keluar less the 8KM je. 

Masa layan 7 hill (Cloudy Hill), aku rasa hamstring aku dah macam okay. Kelakar je rasa. By time aku rasa mmg setan la yg kacau otak aku all the from 33KM tu till lst 8KM ni. Masa ni aku leh berlari relax je turun bukit2 ni smua. Mmg saka betul. So masa kuar, for last 3KM aku kena lari kawasan kampung. So aku just enjoy with small run dekat sini and finally reach finishing. Kelakar okay bila sampai finishing xda orang sambut. Aku kene panggil plak organizer. Aku tepuk tangan sorang2 plak tu bila sampai. Siutkan. Kalau kat MY ni sure dah berjela kene maki. Tu belum citer pasal tangga. KOSL tu ada satu tangga je, sampai la ni pon orang duk maki aku sebab  route mcm cilake. Try UTHK la kalau nak tau cilake xcilake.. Mau boleh buat buku punya complainkan.

Actually overall plan aku nak tekan sub 20 jam. Dengan keadaan semasa aku yakin dengan timing tu dan manageable. Aku plan buat sub 8 for 1st 50KM dan enjoy 12 hours in next 50KM. But things happen. Dengan sesat barat, hamstring menyaka, mood pon xberapa sampai dah lps tu. So aku just enjoy ja the move slowly. 27 hours aku dapat overall. Ok lah, 1st Malaysian pon sampai in 25 hours. 

Post Game
Lepas je habis game. Aku terus pi mandi. Barang finisher aku pack terus masuk dalam beg. Xda tgk pon. Kat toilet aku update Suzi aku dah sampai dengan selamat. Lepas ja mandi aku pi layan makan. Organizer ada sediakan post refreshment. Aku tgk semua makanan tidak halal disediakan. So aku layan sup cendawan je. Sampai few mangkok. Lepas ja makan, aku sms Gaz and Ishak tuk tau kedudukan depa. Seem they are still far, aku decide jalan2 dulu. Sebelah race site ni ada expo cap go meh. So aku jalan situ just to have some recovery to my leg. 

After sometimes, Ishak sampai. Aku duk layan dia kejap. So lepas dia pi mandi, aku layan tido kejap. Dapat la setengah jam sementara nak tunggu Gaz. Alhamdulillah bangun je tido semua sakit2 pada keting dan peha hilang. All back to normal. Sengal2 tu perkara biasa lah. So we make a move direct ke airport after gazz sampai.

Sampai KL, aku xface any issue. Just some sengal dan bengkak air pada kaki aku. But it all manageable. I did my recovery run after that and so far all goes well. So alhamdulillah badan aku boleh terima dengan tekanan ni semua or maybe i am not pushing to much.


Mistake Learn
Aku banyak buat silly mistake dalam game ni. Antaranya
1. Garmin etrax aku xberfungsi dengan baik. Map dia corrupted and some setting wrongly set. Aku take this lightly sampai aku sesat dekat 7 jam. 
2. Aku patut tanya organizer on makan apa yang depa provide. So xpayah la aku nak pikul semua ration. 
3. Cuaca agak xberapa menentu. So aku masih xdapat tuning yang baik lagi dalam hal nak bawak thermal ni. So aku pikul semua just in case. Ni mmg perlukan pengalaman lebih untuk game dikawasan sejuk ni.
4. Aku start terlalu laju at 1st 30KM. So masa downhill aku tekan kunun nak laju. At last hamstring aku menangkap. I was in pain for next 70KM. I should go easy on down hill.


Gear and Refueling
As usual aku akan pergi as simple as i can. Kalau boleh ringan, seringan boleh aku akan pi. But this round aku xpasti apa yg dpa akan hidang di setiap CP, so aku bawak bekal makan aku sendiri. So agak berat jugak lah this round. 

Kasut - NB MT10 v3, stokin cap ayam. (The shoes failed this time. Will cover in next entry)
Attire - T cap ayam, seluar cap ayam
Hydration pack - Raidlight XP 12L
Makan - Satu pack kurma basah, Pisang salai 2 pack, Roti gardenia sapu butter 7 keping, durian lempok 1 batang, nasi impit satu bantal. Makan yang aku belasah additional dari apa yang aku bawak is bubur nasi dekat CP5, limau Sunkist at almost all CP, bubur tomato at almost all CP, Kopi panas 3+1 almost at all CP.
Air - Refuel air masak at each CP.
Sleep - 10 minutes at CP8


Aku akan makan setiap satu jam. Aku akan amek at least 3 keping pisang salai dan segigit durian lempok. Makan roti dalam perjalan kalau aku rasa lapar sangat dan minum air setiap masa. Nasi impit aku makan dekat CP5 dengan bubur. So far all works for me. Xda issue perut meragam and i always have energy at par all the time.

TQ Notes
1. Suzie yang amat risau dengan keadaan aku. Seem CP lambat update timing so dia assume something bad happen to me. Actually dia pon yg paling excited tiap kali aku nak buat mende2 giler ni. 
2. Team PAcat, Ketum Ultra, PinkRunners and V1 group yg sentiasa amek berat dan pm.
3. Kawan2 yang message, whatapp, komen dekat FB, kasi encourange, doa. Really appreciate it.
4. Gaz and Ishak, rakan 3 abdul yang bergerak sekali all the way. Hope korang xmakan racun aku lagi lepas ni. Jangan insaf.
5. Anak2 aku yang keep wish, doa kan ayahnya yg xseberapa sampai ni.


So next please.


kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

gazimoto said...

yes..next racun please

azrul said...

wahh..training senyap2 since october-15 lagi..no wonder power...hahaha..

congrats bro..truly inspiring..