Pages

Trans Nuang The Geli Geli


Kalau sebut Nuang, aku yakin ramai akan bercakap tentang ground training untuk budak2 ultra. Boleh kata tiap2 minggu kita akan jumpa runners main loop dekat sini. Kalau sebut pulan TransNuang, ramai yang akan geleng kepala. Normal Nuang trip selalunya akan bermula dari Pangsun - Kem Lolo - Kem Pacat - Pengasih dan Peak Nuang. Selalu kalau hikers akan naik 2 hari satu malam samaada bermalam di Lolo or daypack which boleh buat dalam 24 jam. Dapat la dalam 1600meter elevation dan 21KM macam tu. 

Untuk budak ultra pulak average selalu boleh buat 2 loop dalam 12jam. Ini normal trip dari Pangsun ke Peak Nuang. TransNuang pulak, lepas je peak Nuang, turun je Janda Baik. Samaada ke Lata Cemperoh or terus keluar ke main road di Janda baik lepas dari Lata Cemperoh. So lepas dari peak Nuang akan dapat 5KM sampai ke Janda Baik. So return trip dalam 33KM dengan average 3400meter elevation gain. 


Idea awal untuk cross the state dari Selangor ke Pahang datang dari Sam (Vespa Runner). Dia tekan sorang2 track ni after few study. Can refer here. Then one day Zinov ajak aku tekan track yg sama but aku xdapat nak turun sebab komitmen keje. So Zinov tekan track ni dengan sorang member. Lepas ja dari tu, track ni terus boom. Ramai mula tekan untuk buat TranNuang. Ada some case depa tekan sampai ke Tanah Rimba which total return boleh dapat dalam 50KM dengan close to 3500 meter elevation gain. 

Actually aku mmg dah lama nak try track ni. Dari masa ke semasa plan asyik kene cancel je disebabkan tuntutan kerja. So nak jadi hal, budak2 Ketum Ultra plan to have some leasure trip ke Janda Baik. So aku pon on lah. 9 orang muncul pagi kelmarin. Dari berbagai latar belakang. Team berpecah dua dan bergerak dalam 2 kumpulan. So kita letak some cutoff untuk setiap section supaya masing2 boleh plan movement masing2. Kalau xmeet cutoff so kne turn balik ikut masa tu. 

Peak Nuang at 12PM 
Janda Baik at 2PM
Pangsun return at 8.30PM

So kalau la xsampai by 8.30pm, kita akan masuk cari and by 8am xjumpa kita akan inform polis. Aku xda plan pon for this trip. Lebih pada LSD sahaja untuk ada mileage. AKu xaspect banyak. Nak jadikan xbest, peha dan keting aku agak sakit after buat Broga loop on Friday a day before the trip. A bit abnormal but aku yakin it happen disebabkan lack of training for past 2 weeks and makan xberapa nak ikut plan. So badan xberapa nak sync. So impact some muscle not work properly. 


Plan asal kita patut start at 6.30am but so much drama dari few of the team member so aku kne lepaskan group 1 naik dlu dan aku tunggu untuk gerak skali dgn group 2. Aku xface any issue for 1st 5KM dekat jalan balak. Kaki mmg agak meragam but aku layankan je. Lepas ja Lolo badan agak sedap so aku tekan sikit. Aku tinggalkan group 2 sebab sweeper si Joll agak berpengalaman tuk handle. Nak dekat ke Pacat aku dpt catch up dengan group 1. So kita team up balik smua di Kem Pacat sebelum tekan for 2nd strech. 

Aku xface byk issue gak till peak Nuang. Kaki dan jiwa dah panas masa ni. So reach peak at 11am. Masa ni aku pace dengan Joll, Hui, Hanip dan Ijam. Meet up plak dengan Pak Syed Al Baiti dekat peak. Macam biasa dia bawak big group. After a while kita decide untuk tekan ke Janda Baik. Only 5 of us. Yang lain masih xsampai so as plan they can proceed futher or turn balik base on the time given. Actually track ke Janda Baik ni besar dan clear. Marking xberapa nak ada but single track. So insyallah xkan sesat. Kalau dari peak Nuang, dia turun all the way. So masa balik dia akan naik all the way.


Dkt track ni jumpa ramai giler orang. Seem track ni pendek nak ke peak Nuang so aku rasa ramai yang amek jalan ni untuk ke peak Nuang. Track dia agak koyak dan berselut. All the way turun mmg sliding je la. So kita smua xda issue reach ke Lata Chemeroh. Kita sampai, refuel, bergamba dan turn back. Kita xplan ke Parking Janda Baik sebab masa tidak mengizinkan dan cuaca mmg gelap macam nak hujan. So kita amek dalam 1jam 15minit dari peak nuang ke Lata Chemeroh. Overall timing dari Pangsun ke Lata Chemeroh is 5jam 15minit (termasuk rehat).

So kita decide gerak balik ke peak Nuang after 30 minit rehat. Masa keluar dari Chemeroh, kita meet up dengan Fath. Terkejut jugak sbb awal2 Fath membebel sbb xcukup mileage but so far he is doing well. So kita replan. Joll tinggal and tunggu Fath. Nak jadi lagi citer, SiawHua, another ultra buddy pon muncul nak ke Chemeroh jugak dengan partner dia. So ada 4 orang la dalam group belakang. So aku dengan Hui, Ijam and Hanip kita tekan terus ke peak Nuang. Actually masa ni aku rasa down skit. Probably sbb perut penuh. So datang mood malas. Aku xdpt nak tunggu lelain, aku tekan my own pace masa ni. 

Aku reach balik peak in 1jam 30 minit dan terus push turun ke Kem Pacat. Masa ni Hanip dapat catch balik pace aku. So kita team up terus ke Pangson. Masa turun ni aku ngan Hanip just push and berlari turun. We reach out in targeted time and do some negative split. So dapat buat 5 jam keluar balik ke Pangsun dengan shave 15 minit dari masa naik. Actually boleh improve lagi sebab dekat jalan balak aku banyak berjalan je gosip dengan Hanip.

Overall, i am happy with this trip. With the performance, timing and post game. 

So next please.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :