Pages

Mt Tahan - Revisited


Alhamdulillah after 1st trip pertengahan bulan 11 tahun lepas (report boleh baca disini), aku terus jatuh cinta dengan Mt Tahan. Dari semua sudut it fullfill my excitement. Aku boleh kata pengalaman yang aku dapat adalah GRED A untuk track ni. Aku xpernah rasa kesedapan, kesakitan dan kepayahan dari track lain. Dengan 64KM return, 9000+- elevation gain, hanya bekas gigitan pacat dan hitam kuku kaki menjadi saksi kesedapannya.

So aku melawat sekali lagi Mt Tahan genap 60 hari dari tarikh kali pertama aku naik tahun sudah. Cukup2 dua bulan. Actually aku xda fikir panjang bila Ustaz Nan bukak trip daypack Merapoh-Merapoh untuk batch no 2. Terus aku enroll dan nak jadi lagi best aku offer kawan2 dalam Ketum Ultra to feel the same excitement. So Man, Gaz, Syed, Ishak, Ijam dan Fath on for the trip. Aku warning awal2 pada depa untuk dptkan more mileage and training for it. It not easy dan banyak cabaran luar jangka untuk trip macam ni.

Jadi last weekend, dengan hati berbunga2 aku turun ke Merapoh. Happen last minute, Fath demam. So kne replace dia. Jadi Wak Jawa dijemput untuk memenuhi slot Fath. So aku turun awal ke Merapoh dengan Wak. Man dan Ishak bergerak petang dan lelain aspect untuk sampai malam. So petang tu aku mai dlu untuk declare keperluan nak naik esoknya. Actually masa sampai aku dpt update yang ada few issue untuk daypack ni.

1. 4x4 hanya akan beroperasi office hour, 8am to 6pm daily. So kami xboleh bergerak sebelum atau selepas masa tu. So kami kne move start time kami ke 8am dari plan asal dimana 4am. So kami kene revise all the plan and move everything 4 jam kedepan.
2. Kami juga tidak dibenarkan untuk bergerak malam didalam track. But how to handle that sebabnya dah nama pon daypack so kita mmg akan bergerak 24jam.

So result dari kekangan ini, they probably no more daypack trip selepas dari ni. Jadi kami bergerak pada jam 8.30am dari Sungai Relau ke Kem Juram. Dan kaki jalan at 9.15am. Actually aku boleh nampak how excited this group. Cuma aku agak risau tentang keadaan cuaca dan keadaan some of the team member. Disebabkan aku yang ajak depa so aku rasa there is a big responsible untuk pastikan depa keluar dengan selamat.


Kem Juram to Kem Kor
Aku xface any problem all the way this route. Crossing few river and aku still go as normal pace. There is an incident happen dekat Kem Luis which team member ada yang jatuh kedalam sungai. Aku rasa some good and great experiance to see such scenario. Boleh nampak how team work play the role. Aku xrasa dalam dunia outdoor ni kita xperlu malu atau menjadi terlalu bersifat keanak2kan. Sebabnya banyak perkara diluar kawalan boleh berlaku. Kalau kita tgk orang jatuh, kita pon boleh dapat perkara yang sama maybe dilain tempat. 

Kem Kor - Bonsai
Dekat sini cabaran sebenar bermula. The real climb start dari Kem Kor. So masa ni aku just go with small but consistence pace. Secara keseluruhan aku pergi agak laju dari previous pace aku.  Aku xberenti lama at almost all kem yang ada. Masa ni aku terpaksa tinggalkan kawan2 lain sebabnya aku xboleh nak ikut pace each and everybody. Disebabkan kita ada system, so aku xrisau sangat. Ada 2 sweeper. Kalau terlepas sweeper pon ada satu group lagi dekat belakang dari sweeper ni dimana group ni akan naik dan tido dipuncak dan turun next day. 

Sampai diBonsai Tipu, masa ni cuma ada aku, Jebat, Dr Ramli dan Khalil. Kita berhenti for lunch. After sometimes, ada 3 orang lagi sampai. So kita bergerak skali dalam group ni untuk teruskan pergerakan. Masa ni hujan turun renyai2. Actually agak risau dengan cuaca, sebabnya hari sebelumnya ribut dengan hujan lebat diMerapoh. So banyak perkara dalam kepala aku. Kepala air, water level, track koyak, suhu drop, injury dan macam2. So xtau apa nasib team meber yg lain dan probably nasih aku sendiri.

Bonsai - Peak
All the way route ni aku meet up dengan wak. So we pace each other till the peak. Kita stop dekat Kem Botak for a while and jamak solat. Masa ni angin mmg kuat dan cuaca dah mula suram. Suhu pon dah mula drop. Very nice dapat berjemaah masa ni. Jarang dalam track dapat berjemaah ramai2 ni. So lepas jamak, kami shoot terus ke peak. Best part this round aku xkne AMS. Aku nampak wak agak teruk bila nak naik. Dia berhenti banyak kali. So aku just go slow and pace him till the peak. Aku xda la rasa excited sgt sebab ni 2nd trip aku but aku nak make sure kawan2 aku sampai peak dan remember this trip.


Decending
After a while at peak, hujan mula turun renyai2. Masa ni aku and team turun ke kem Botak. Kat sini Man sweeper dah sampai and buatkan kami teh. Masa ni baru aku dpt update on the rest of Ketum friends. So far dengan aku cuma ijam, wak dengan ishak. Dari update, Man ada di Bonsai dan dalam perjalanan ke Botak. Gaz dan Syed pulak masih jauh. So aku xdapat nak decide apa2 seems hari makin gelap dan cuaca dah mula hujan. Till aku jumpa depa baru boleh decide how to go about this.

So after a while hujan turun amat lebat. Dunggg. Aku decide to make a move dari Botak seem the longer aku dkt sini, suhu akan terus drop dan aku akan kesejukan melampau. Silap2 boleh kne hypertermia. So aku push Wak and Ijam to move sekali dengan aku all the way down. Lepas je Kem Botak, aku jumpa Man. Masa ni tgh hujan lebat so dia decide tuk turun sekali dengan aku. So dia decide not to proceed futher to peak. Masa ni dah gelap dan cuaca amat tidak mengizinkan. Selang 10 minit kami jumpa gaz and syed pulak. They decide to continue and stay dengan back group which cuma akan balik the next day.

So clear cut, kita terus push down. Masa ni tuhan ja tau dia punya sejuk. Dengan angin. Dengan track koyak. Aku xda berhenti masa ni. Boleh tgk how suffer man nak follow. Concern aku kita kne keluar dari kawasan lapang ni ASAP. Kalau dah masuk dalam area canopy so kita boleh slowly jauhkan dari issue hypertemia. Kita bergerak in pack. So aku lepaskan lelain ke depan dan aku just rapat dengan Man. Aku tau dia penat dan tertekan. But kita kne keluar dengan selamat. Aku amat berharap Man akan keep moving dan terus ikut pace aku. Aku set small pace supaya dapat nampak Man. Yg lelain semua dah terlepas ke depan. 

So dengan arrangement ni kita bergerak slowly sampai la reach kem Luis. Masa ni kami terpaksa stop. Batu yg ada dalam sungai dah xnampak. So water level naik agak tinggi. So kami decide rehat kejap. Probably wait for the rest of the people. Lama xlama la tunggu situ sampai la 2nd last group sampai. So bial dah ramai kita decide to move. Masa ni dah boleh nampak batu dan aku aspect air dah mula turun. So finally we manage to go out till Kem Juram. 

Aku give full respect pada Ketum Ultra and the rest of the pack. Aku rasa apa yang kami dapat kali ni agak menarik. Full package. Nak kata jatuh dalam track masa turun, berpuluh2 kali. Bukan jatuh je, boleh kata tergolek dog dah. Dengan hujan lebat, track dah macam waterfall. Tu xkira dengan some place lumpur dah macam sawah padi. Pijak kaki boleh tenggelam sampai ke keting. Dengan suhu sejuk melampau. Aku rasa overall is A++. 


So insaf? Not for now. Let have more and more fun in next trip. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :