Pages

Mt Berembun, Mt Jasar, Mt Perdah and Mt Mentigi Daypack



Actually aku dah lama nak naik 3 gunung ni. Again, alasan aku sebab kerja lah. Aku dah buat study agak lama pasal 3 gunung ni until dapat peluang baru2 ni. So atas dasar family trip for Krismas so aku amek few hours dari situ untuk luangkan masa dalam trail. 

Mt Berembun
Plan asal aku nak naik dari Kem Sungai Pauh. Nasib baik malam tu aku pegi recce dulu. Track tu ditutup so aku xboleh naik melalui Kem Sungai Pauh. Ni kalau ikut Route 5 dalam map trail cameron. So aku recce plak track dari MARDI dan track ni boleh lalu. Track betul2 dalam MARDI di Tanah Rata.

So seawal 7am aku naik. Track dia start dari kebun sayur, ikut Route 7. Dari situ terus mencanak naik. Ada 3 big climb dan agak tajam. Peak dia xda view pon just small place nak amek gambo. So total aku dpt dalam 7KM tuk track ni dengan 1630meter elevation. Overall timing dalam sejam lebih je tuk track ni.





Mt Mentigi
Lepas turun aku terus cari trailhead nak ke Mt Mentigi. Sad, track dah xda. Gunung ni pon dah hilang dari peta. Kawasan ni dah jadi kawasan perumahan. Dari Mardi nak ke sini dalam 5 minit je berkereta. 

Mt Jasar and Mt Perdah
Lepas tu aku terus ke track Mt Jasar. Track ni aku kene berkereta dalam 10 minit dari pekan Tanah rata. Trail head betul2 dekat kebun bunga orang (Tan's Camellia Garden). Track ni xpanjang, dalam 3KM je sampai ke peak. Jalan clear giler. Kene ikut Route 10 which dia akan bawak terus ke peak. View mmg cun dari sini. Aku amek masa xsampai 30 minit pon nak sampai peak dia. 

Lepas tu aku terus tekan ke Mt Perdah which sepatutnya berada dalam rabung yang sama dengan Jasar. Actually Peak Perdah dah jadi kawasan perumahan jugak. So dah xwujud lah gunung ni dalam peta.

So dapat la aku cover 2 gunung dan dapat tau 2 gunung lagi dah hilang. Overall aku boleh kata it an easy track. Kalau nak buat setengah hari pon boleh rasanya kalau betul2 tau jalan. Jalan dia clear dan marker everywhere. So done with this and more exploration in Cameron soon.

Ole.












kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :