Pages

Report - Mt Tahan The Daytrip Story



Trip ni adalah antara dalam list aku tahun ni. Yup lepas V1 trip reverse February lepas, terpanggil untuk aku teruskan project G7 Daytrip ni. Plan asal nak habiskan at least satu circle in 2 years. Disebabkan aku ni orang yg perasan busy so 2 year is manageable. So i am done with Korbu, Gayung and Yong Belar. Sepatutnya aku naik Yong Yap masa Hari Merdeka but aku cancel sebabkan feeling dgn arwah Bro Z amat tinggi masa tu. Lagi pon memang aku plan nak naik Yong Yap dengan dia. After that Ustaz Nan (guide and runners) ada buat trip daytrip dari Merapoh ke Kuala Tahan. Aku miss 2 trip ni disebabkan tuntutan kerja. So bila di bukak trip ke peak Tahan Merapoh ke Merapoh cepat2 aku enroll.

Tahan ni ada 3 standard route yang selalu orang naik. Laluannya,
Merapoh – puncak Tahan – Merapoh
Merapoh – puncak Tahan – Kuala Tahan
Kuala Tahan – puncak Tahan – Kuala Tahan

So yang paling senang adalah yang pertama tu. Standard trip selalunya dari 4 ke 7 hari untuk any route yang ada. Senang xsenang lah, Mt Tahan mmg terkenal dengan kekejaman dia. Nak naik Tahan ni kne ikut guideline and SOP yang dah disediakan oleh Taman Negara Sungai Relau.


Pre Tahan
Actually Mt Tahan adalah peak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Dengan ketinggian 7175ft / 2187m. So dia berada teratas dari kelumpuk G7 (7 gunung 7 ribu kaki di Malaysia). Kalau nak kira gred Tahan berada di gred A for difficulty. Actually aku xda specific training pon. Cuma maintain some mileage every week and do some simple hike dekat Broga on weekend. So xda la giler2 punya training. For me it simple, kalau xlarat patah balik. 

Nak jadi hal, cuti aku xapprove on Friday. So aku dah berkuchalana. Aku berserah ja. So Khamis tu bigboss aku ada dkt KL office. Aku duk kenen dia and have a long chat, so he release me on Friday. So the game is on. Macam biasa, selalu Suzi yg akan jadi giler semangat bila aku nak buat trip2 semi gila ni. She help to prepare all my things. Awal pagi Jumaat aku bergerak. Nak jadi lagi hal, jalan ke Taman Negara Sg Relau paling dekat ikut Karak-Bentong. Ada tanah runtuh pulak. So dah xboleh nak lalu ikut sini. So aku redah ikut Fraser Hill. Nak pulak jadi lagi hal ada plak lori terbalik dkt sini. Dengan hujan lebat so aku aspect this trip will give me more problem. Aku rugi 2 jam atas jalan sebab kes lori terbalik ni. Turn balik and no choice aku kne naik ke Simpang Pulai, Cameron, Gua Musang dan ke Taman Negara. 9 jam atas jalan. Tuhan ja tau berapa penat. 

Malam tu kami kne declare all thing yang kita nak bawak naik dengan Jabatan Perhilitan. Actually amat bagus at least kita boleh minimumkan track yg kotor. So bawah ni perlu dideclare sebelum naik dan akan dicheck lps turun.

Pakaian (baju, seluar, pakaian dalam, stokin, etc)
Plastik / bungkusan plastik (termasuk plastik balutan individu gula-gula, oleh itu berhati-hati)
Tin, terutamanya makanan dalam tin.
Tin gas memasak dan nyalaan api.
Bateri (sebarang saiz)

Renjer agak tegas dalam hal ni. Parang dan tisu basah tidak dibenarkan sama sekali. Track dia sebenarnya clear all the way. Siap ada marker sepanjang jalan. 

Menahan Tahan

Renjer Office - Kuala Juram (14KM)
Malam tu aku tido dalam kereta je sbb by 4am dah kne ada dekat office renjer. Sampai pon dah malam so xda guna nak bukak khemah apa semua. At 4am, semua dah ada dan kami bergerak ke Kuala Juram dengan 4x4. Ada 19 orang dari berbagai bangsa, tua.. muda dan berbagai latar belakang yang akan menahan Tahan. Nak ke Kuala Juram ni jalan dia macam Dragon Back. Naik turun xsudah2.  But it fun overall. Di Juram ni, ada dewan, surau, bilik air. Dekat sini kami kne bawak bekalan, incase kalau la tengah malam baru sampai. So aku tinggalkan maggi, pakain sepersalinan, sleeping back. Pagi ni, guide kami Ustaz Nan distribute sarapan dan makan tghhari. So kne pikul sendiri bawak naik keatas. 

Kuala Juram - Kem Luis (5KM)
Lepas short briefing kita pon start with the journey. Lead depan by Ustaz Nan dan Sweeper by Man. Aku masa ni berada di tengah2. Untuk awal2 ni selalu aku mmg akan amek masa to catch up. Badan mmg lambat panas. So i just follow the crowd. Track dia mmg clear. Just follow marker kuning (CD yang dicat kuning) yang ditampal dipokok. So it really easy. Marker ni ada all the way sampai ke peak Tahan. Dalam laluan ni ada banyak sungai. Dari sedalam satu kaki sampai la ke paras pinggang. Aku aspect air boleh jadi lagi tinggi bergantung pada keadaan cuaca. Yang aku dgr sungai di Kem Luis sometimes ada kepala air. So kne take note lah mende2 ni semua. 

Kem Luis - Lata Luis (6KM)
Tak lama, in 1 hour dah sampai ke Kem Luis. Dekat sini kita stop untuk subuh. So kita amek dalam setengah jam jugak dekat sini. Lepas subuh kita move to next CP. Aku just go in slow pace and berada di tengah2. Xda plan nak laju pon sebab aku xpasti keadaan elevation di depan. 

Best part aku xbawak any GPS devise (jam or device). Aku mmg totally bergantung pada bulan dan matahari. Mmg saja sebab xnak menjadi terlalu bergantung. Makanan pon aku bawak simple ja. Aku bawak satu pack dried fruit (aku makan bila mula rasa lapar), 1 pack carbo pro (aku amek masa turun sahaja), 7 ketul roti ditampal peanut butter (aku makan disetiap cp), 1 pack lunch (nasi putih, kuah masak lemak dan ikan goreng kicap) yang aku makan di peak. So no hanky panky. All real food. Air aku telan je air sungai yg aku jumpa. Kalassss.. Ingat ada la rejection, lagi sedap ada la air sungai and mata air dekat Taman Negara ni. 

Track ke Lata Luis masih flat pada aku. Just simple up and down. So not a big issue to reach Lata Luis. Xda stop pon di Lata Luis, aku teruskan perjalanan ke Kem Kor.

Lata Luis - Kem Kor (2.5KM)
Dari Lata Luis ke Kem Kor ada sikit climb. But still manageable. Aku masih xface any issue. Just simple run and hike. Team depan agak laju. Aku xnak laju terlalu awal sebab aku xpasti on the track condition. 

Sampai di Kem Kor, aku tgk ramai dah sampai. We refill apa yang patut. Makan apa yang patut sebab dkt sini water source terakhir dari sumber sungai. Dan dari sini jugak akan mula dgn high climb. So this is the main check point. 

Kem Kor - Permatang (2.5KM)
Dari Kem Kor, movement dah mula slow sikit sebab dah mula mendaki. Masa ni aku ikut front group untuk naik dlu. Dia pukul terus mencanak for next 2.5KM. Xda maaf punya. Alhamdulillah xda byk issue pada aku. Aku just go with simple pace. Kejar marker kuning, stop kejap amek napas and tekan balik. All the way ni view mmg cantik. Ada waterfall and track yg menghijau. Sampai Permatang, aku berenti lama gak dkt sini. Sebab nak tunggu back group. Masa ni distance among us dah agak jauh2. 

Permatang - Kubang (3.5KM)
After front group dah smua sampai, kita make a move to Kubang. Sini actually lagi kejam. It all the way up.. up and up. Non stop up for next 3.5KM. Masa ni dah start ada yang merungut. Aku boleh kata condition dekat sini macam Pacat ke Pengasih di Nuang but long distance. This start dari last CP till peak. So mmg napas kene panjang lah else boleh pewai. 

Aku xface much issue. Aku guna pendekatan relax. Amek deep breath and not short breath. So aku keep moving till Kubang. 

Kubang - Belumut (1.5KM)
Dari Kubang ke Belumut tracknya masih menaik. Track dia cantik dengan lumut di kiri kanan jalan. Condition track masih pacak. Aku face a bit difficulty area ni sebab akar kayu banyak and kasut aku xberapa membantu. Aku masih pakai NB MT10 V2 aku. Actually mileage dia dah habis, so tapak dia xberapa nak grip. Later aku mmg kne ganti kasut ni. Ingat nak try NB MT10 V3. So let see how it work. 

Belumut - Bonsai (5.5KM)
Dari Belumut ke Bonsai, tracknya masih juga menaik kaw2. Dekat sini distance dia agak jauh + dgn elevation. So agak membunuh mood. Aku masih dalam front group. Aku just keep moving sebab peak dah dekat sgt. Aku always put my +ve thinking and try to control my body and mind. Sampai bonsai ada yang dah pewai. Lepas refill apa yang patut we decide to make a move to Botak and makan dekat sana. So no choice kita tekan sebab nak kejar masa. Ustaz Nan kasi max sampai peak by 3pm dan lepas tu dah kne turun. 

Bonsai - Botak (3KM)
All the way ke Bonsai Botak track dia dah clear. Cuma ada pokok2 renek je area ni. But track dia mencanak ke atas. Kita dah boleh nampak area persekitaran dan dah xda pokok besar2. Feeling dia macam dkt Needle Hill in Hong Kong. Masa ni aku dah kne AMS. So mcm biasa, aku just go slow and stop frequently just to get the problem solved. 

Aku reach Botak tgk dah xda org. Tinggal Pak Syed ja tgh bancuh teh. Dari jauh aku nampak all the team member yg depan dah start naik. Nampaknya aku terlambat. So aku kejar depa. So plan lunch xjadi. Mood pon masih bagus so aku tekan naik. Masa ni tuhan ja tau perasaan aku. View dia amat cantik. Area ni clear. Kadang2 kabus lalu dengan angin sejuk. Amat relax dan terpesona. Atas ni kalau xda angin, cuaca agak panas. Sebab matahari direct pada kita.   

Botak - Peak Tahan (2.4KM)
Masa ni the AMS feeling mmg xbest langsung. Kita xleh nak kawal semua ni. So aku xda choice, to be safe just go slow and stop selalu. Sampai je peak tgk baru ada 3 orang dekat atas. So i am the 4th one. Masa ni xda happy feeling pon sebab perut dah lapar sgt. Rupanya all 3 ppl yg sampai awal tadi xmakan dkt Botak, they just make a move direct to Peak. So disebabkan lapar, amek gambo ka, wish congrats semua xda. 

Kami bukak bekal and layan lunch dlu. Lepas makan baru la ada mood nak bergurau bagai. So Alhamdulillah finally aku reach the highest point in Peninsular Malaysia. 2pm sharp. 


Tahan Menahan
After sometimes dekat peak, finally only 17 manage to get to the peak. 2 orang lagi sangkut di Kem Kor sebab xsihat. So this is the 1st group yg manage to do the daytrip Merapoh to Merapoh. At 3pm kita terus turun. Masa ni aku ikut front group again and we just go fast till Kem Juram. Xda berenti dekat each CP dah sbb nak kejarkan malam. Ada beberapa perkara berlaku masa turun

1. Hujan kejap2 sepanjang jalan. It slow down our move. Jalan agak licin.

2. Aku xtau ianya perasaan atau mmg betul gangguan. At one cp, aku dgr bunyi berderam dari sebelah kiri aku. Masa ni dah malam dan aku berdua je dgn Bro Mat Zin. Aku xpasti dia dgr ke idak but bunyi dia amat kuat. Aku buat bunyi bising masa ni. Masa suluh ke area yang berbunyi td aku xnampak plak apa2 reflection mengatakan ada binatang dalam tu. But masa turun tu aku dpt rasa and nampak dari ekor mata something ikut aku dari belakang. Seem aku last ppl dalam group depan ni so the feeling is really uneasy. Few time aku toleh laju kebelakang just to make sure nothing bad follow aku. That feeling hilang lepas reach the next CP. 


3. At 1 place aku and bro Mat Zin hilang kawalan pada penglihatan. Kita lost kejap. Marker ada but kami rasa kami xjumpa jalan yg kami datang siangnya. Berpusing 2 kali dan jumpa kawasan yg sama 2 kali jugak. So kami amek pendekatan relax kejap tarik napas dan move. Lps tu baru jumpa jalan keluar.

4. Kami stop agak lama di Kem Luis. Just to refresh and get back the mood. Further risau pada paras air sungai sbb hujan. 

So aku yakin it part of the experience overall. Kami reach keluar ngam2 at 11.30pm. Actually pelan asal aku kalau ada yg nak berlari probably we can do it max pon 15 jam. Dari overall calculation aku, aku banyak enjoy masa at each CP. Ada certain CP kita stop agak lama. Fastest boleh buat is 12 hours. Ni ikut calculation pace aku la.

Post Tahan
Balik aku xface any issue. Xda blister, xda sakit lutut, xda sakit hati, xda mood swing. Sampai  ja Kuala Juram, mandi .. masak magie.. and all back to normal. Jalan mcm biasa. Aku aspect bangun tido ada la sakit2 but luckily i am okay this round. Even Monday aku masuk office mcm biasa and berjalan macam biasa. Nak lagi best, i went to the gym on Monday and having my leg day after that. No big issue till today. 

So total cover around 64KM dengan elevation 5000m +- gain. Total moving time is 15 jam dan rest is 3 hours. Insyallah aku berniat nak mai lagi. Seriously it not for everyone and it really good ground training pada sapa2 yang nak buat any big game.

So done Mt Tahan, Mt Korbu, Mt Gayung and Mt Yong Belar Daytrip. Tinggal Mt Yong Yap, Mt Chamah dan Mt Ulu Sepat. So did i ready for next adventure? Daytrip again?



kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

4 comments :

masa itu.... said...

Terbaek pak, nampak sedap daytrip cenggini, and thanks for sharing your experience :)

gazimoto said...

jgn lupa aku sudah le nxt trip..aku pun nak grad G7 gak he he tinggal Tahan , Yong Belar, Chamah & Ulu sepat

kuchalana said...

sama2 bro... plan la trip dgn wak nanti..

kuchalana said...

jomssss