Pages

How to Stop Smoking (Vape included)



Actually dalam sebulan ni, hari2 kita dengar orang bercakap pasal kenaikan harga rokok dan perniagaan vape yang diganggu oleh pihak berkuasa. Agak menarik untuk dikupas sebenarnya. Aku xnak bergerak jauh, cukup aku bagi contoh keatas diri aku.

Aku adalah seorang perokok tegar suatu masa dahulu. Ini fakta yang berat untuk aku akui. Aku mula kenal rokok seawal usia 9 tahun. Aku dibesarkan didalam persekitaran yang agak kuchalana. So aku terlibat secara sepenuh masa dengan rokok masa aku disekolah menengah. Masa sekolah rendah part time ja. So masa tu aku menagih candu jenis Dunhill bila berduit dan jenis kretek kalau xda berduit. Sampai la aku dah berkahwin, aku masih merokok dan menjadi semakin tegar. Aku masih isap dua jenama ni dan satu hari aku boleh habiskan satu kotak besar untuk satu jenama. Bilas membilas katanya. 

Things happen, lepas kawin slowly kematangan hadir dan aku mahukan perubahan. Bukan masalah duit, tetapi kesihatan. Anak dah berderet2 kalau aku mati muda, kesian dekat depa. Masa ni kesihatan pon xberapa nak okay. Aku kerap batuk, kalau susah nak baik.. demam berminggu2. Sampai jadi batuk berdarah. Aku batuk xsurut2 for a year. So aku decide tuk berhenti mencandu. So apa yang aku buat.

1. Aku totally stop. 
Xda kesian. Xda nak kurangkan or amek perkara slow2. Aku decide berenti dan terus berenti. 

2. Makan bende berangin
Kalau aku rasa nak merokok, aku akan hisap gula2 berangin. Masa ni aku amek fisherman friend and hacks. Actually it really works. Kesan candu pada lidah dan feeling tu hilang slowly. 

3. Mula bersenam secara kerap
Aku mula berlari. Yup one of the reason why aku berlari masa tu and it continue till today.

4. Support dari Suzi
Sebelum aku decide nak berenti, Suzie dah buat byk law pasal mencandu ni. So antara sebab kenapa aku berenti.. feedup.
- Xboleh merokok dalam rumah
- Xboleh merokok dalam kereta
- Xboleh merokok masa dengan anak2

5. Jauhkan diri dari kawan2 yang merokok
It hard, but aku slowly jauhkan diri aku dari kawan2 yg merokok. Kurangkan activity melepak dan lebihkan dengan berlari. Yup individual sports really help. Kalau main futsal or rugby, lepas game banyak je hantu ajak melepak and mencandu.

6. Puasa
Aku puasa Isnin dan Khamis sebagai satu cara nak detox dan lebih focus


So apa yang berlaku lepas aku amek tindakan diatas. Aku demam teruk. On and off for a year. Batuk makin melarat. After few month, aku xbaik2, aku do a lot of follow up dengan hospital. Takut la kot TB ke, xtray sana sini. Lps setahun mcm tu aku decide stop amek ubat hospital. So one day, masa aku teman suzi ke farmasi, aku duk borak dengan satu orang tua ni. Katanya batuk aku tu sbb peparu xkuat. So process detox diperlukan. Dia advise aku amek minyak ikan. It will help untuk kuatkan internal organ. Dan dia mintak aku amek madu hari2. Untuk immune. Untuk detox, dia mintak aku continue puasa sunat dan minum air sejuk tiap2 pagi dalam segelas besar. Alhamdulillah, seminggu aku hilang batuk. Demam xmuncul lagi. Slowly kesihatan aku improve. Dan till today aku masih amalkan perkara yang sama.

So today, i am free. 

Actually xda yang elok pon pasal merokok or vape ni. Bende yang xberapa berfaedah. Aku tgk dalam social media, yang tegar2 ni nak menegakkan yang basah. Yang xbetul dan salah, tetap salah. Apa yang elok dengan smua ni? 

1. Candu.. nikotin.. racun..
2. Harga yang mahal untuk perkara yang tidak sihat. Vape tu set dia ja paling murah rm300. Rokok plak RM18 sekotak, tu boleh buat makan 2 hari tu. 
3. Menyusahkan orang sekeliling kita.. dengan asap.. dgn sampah.. dgn abu.. dgn tax bagai.. dgn sikap (pengisap vape.. kalau tgk depa gelak especially pompuan dkt kedai2 makan.. mcm hapa..)
4. Peratusan untuk mendapat mcm2 penyakit adalah tinggi. 
5. Dah sah2 fatwa kata haram. Sebab pembaziran, sebab membahayakan (either kesihatan or penumpang kapal terbang..ehh)

Jadi aku xnampak ada perkara yang elok dari semua ni. Jadi pilihlah jalan yg mudah. Stop dan kita akan berjimat lebih dalam kehidupan. Tu kita xkira lagi kalau sakit dan perlukan rawatan. Kalau kne TB, dah nak pakai duit macam2. Kesian pada orang sekeliling kita yang sayangkan kita. 

Teringat gurauan Hamka Kereta Mayat.
"Dalam hidup ni ada 4 elemen je, Air, Api, Tanah dan Angin. Kalau nak tambah element ASAP, kene la bayar lebih dan jangan merungut"

Ole.


kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

Unknown said...

aku baru baca entri ko ni bro..
ku sangkakan ko memang lari sebab sukan kegemaran..
rupanya ada sebab kesihatan. Aku tak merokok lah tapi makan n senaman tu jarang2..
n lepas aku check ada kolesterol banyak aku mula try lari2 ni..
n aku rasa kesihatan tidaklah terlalu baik tapi ada sikit penurunan berat badan dan harap-harap dapat menjadi sihat macam ko..
Inspirasi bila baca ni..
zoolzarizi - http://zoolzarizi.com