Pages

Understand Your Objective



Lepas dari KOSL baru2 ni, aku dapat tengok how people react dalam menangani conflict terutama dari circle of friends. Dari complain, maki hamun sampai la ke unfriend dalam FB. Secara jujur aku suka dengan keadaan ni. Dari kejadian ni banyak yg kita akan belajar dan lihat antaranya...


1. Siapa kawan siapa lawan
Ada few people tanya aku, apa masalah dengan si anu tu dan si anu ini.. kecoh tak habis2.. dari lepas game sampai la today. bukan dia rapat dengan korang ke.. bukan si anu tu supporter tegar kau ke? Actually hal hati kita xboleh nak agak. Ada separuh orang yg kita kenal depa betul2 ikhlas bila bersama kita dalam susah senang. Ada pulak yang menempek dengan macam2 agenda. So aku selalu percaya, dalam soal hati, kita xboleh nak agak. Hati boleh berubah bila2 masa. Rambut sama hitamkan.  Kne pulak dalam hal yang tidak memihak kepada diri mereka. Kadang2 hal air muka pon boleh jadi hal bila kita berdegar2 cakap route senang, training macam nak rak but in the end kita ditampar oleh cutoff time. 

Jadi masa ni kita akan tau sapa kawan dan siapa lawan. Masa ni kita akan tau siapa ikhlas siapa tidak. Masa ni kita akan dpt tangkap sapa yang betul2 bersedia for such game atau tidak. Masa ni la kita akan dapat tangkap depa ni betul2 training ke idak. In the end yang rugi pada aku mereka ni jugak sebabnya people can see what happen. Overall people will talk about it, they know and they can make matured judgement. So we learn from here. 

2. Mengajar macam mana handling conflict
Lepas si anu itu atau si anu ini start trigger conflict. Berderet orang pm. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Dari kisah benar sampai la ke kisah xbetul kita dengar. Red alert bila kisah yang tidak ada diada-adakan. Kisah2 ini akan menjadi persepsi. Menjadi gosip. Kalau kita berbalik pada arfiah manusia, 20% sahaja dari otak kita berjalan dalam hal yang LOGIK dan 80% lagi dipengaruhi oleh EMOSI. Dari kisah hidang air kopi tawar keruh terus jadi kisah hidang air sungai. Kita boleh lihat, penambahan jalan cerita berlaku. Ini disebabkan 80% bahagian emosi memainkan peranan. Kene pulak bila kita kne naik pickup track macam roller coster dan didropkan di starting line. Jatuh air muka katanya. So EMOSI berkuchalana, dari situ timbul AMARAH dan dari situ hati mula menjadi hitam. DENDAM pon timbul dan seterusnya macam2 rasa kita luahkan, dari yang wujud sampai la ke kisah khayalan. 

So CONFLICT pon terjadi antara kita dan kita perlu menangani CONFLICT dan PERSEPSI ini. Secara dasar aku positive dengan smua hal yang dikisahkan. Kita still bercakap dan mendengar. Kita talk direct dan bertanya ramai untuk mendapatkan feedback dan memahami apa yg si anu ini dan si anu itu labun kan. Kesahihan atau drama? Genuine or khayalan? Jadi it really good time for us to learn all this Conflict Management. Secara keseluruhannya mematangkan kami untuk lebih tegar. 

3. Mengajar kawan2 untuk bezakan antara kawan dan organizer
Dalam dunia pengurusan kita perlu membezakan antara kawan dan pengurusan. Macam dekat office jugak lah. Dalam office kau boleh jadi bos aku tapi diluar office kita adalah kawan. So sama untuk any scenario diluar. Yg aku tgk ramai yang tak dapat nak bezakan perkara ni. Kalau kita balik ke kisah si anu ini dan si anu itu, mereka ini melepaskan kemarahan pada kawan2, pada pokok, pada kasut, pada isteri, pada suami dan macam2. Aku rasa cara terbaik, write a report, email kita or kalau nakkan lebih perhatian  dari orang ramai post dkt wall kita. Jangan la kau post kat wall aku or PM aku dkt whatsapp cakap macam2. 

Kalau kau email officially or post dkt wall organizer, so we will response as capacity organizer untuk game itu dan bukan sebagai kawan. Kalau aku comment dekat wall kawan pakai ID aku, itu bermakna aku komen atas kapasiti personal aku dan bukan dari team aku. Kalau aku komen pakai id team aku, so it come dari suara team aku. Jadi kita kne tau bezakan semua ni. BUkan sebab kita berkawan, so smua kita anggap sama. Team decision dan personal decision tu xsama dan impact dia jugak berbeza. Jadi belajar la skit ekk tuk bezakan smua ni. Jawapan akan menjadi berbeza mengikut kapasiti dimana dan siapa. 

4. Membuka mata orang yang diluar scope supaya memahami siapa dan apa mereka ini
Ada orang pernah cakap dengan aku, golongan si anu itu dan si anu ini adalah jenis pencari perhatian. They are not clear with real objective doing and enroll all this game and adventure. Ada yg berkata kalangan ini adalah pembuli dan gangsters dalam dunia larian. Keje nak compliant, keje nak jatuhkan orang tu dan orang ini. Semua salah, route susah lah, cut of time ketat lah, xda air gas lah, baju xcantik lah, medal besar sangat lah, pokok tinggi sangat lah, angin kuat sangat lah bla bla bla. Sikit pon xda nak salahkan diri sendiri yang  xperform. 

Ada yang membebel pasal CP 2 dpt 32KM which sepatutnya 30KM. Kne DQ sbb xmeet cutoff dkt situ. Actually dalam ultra, kita kne letak buffer at each CP. Kita kne plan from CP to CP. Ni kalau sampai ngam2 cutoff mmg le masalah.  Cuba sampai sejam awal. Lagi satu, pi cari ilmu GPS. Ada byk beza dalam hal GPS watch ni especially dalam trail. Lain jenis jam, lain cara dia read. So akan ada more or less 1 - 2 km bergantung pada cara kita berlari. So bila kita melalak lebih 2km lah, short 2 km lah a lot of ppl tanya aku, apasal dengan si anu itu dan si anu ini. Tak pernah pakai gps watch ke.  So again people jadikan anda bahan gelak. People can see what happen..

5. Menunjukkan mereka perihatin
Aku positive dengan semua yg berlaku sebabnya aku yakin lebih ramai kelompok yg mahukan game yg lebih baik dari mereka yg nak game ni tutup terus. Aku yakin semua mereka ini perihatin dan it good for organizer to improve. Yeah improve in positive way. Bukan dengan cara WAR DIE BURN. 

Satu patern lagi yang aku nampak sekarang menjadi kegilaan kita sibuk buat game report pasal satu2 game. Ada yang menulis macam reporter surat khabar. Konon itu dan konon ini. Ada jugak yang berikan fair report secara keseluruhan. Actually game report adalah subjective kepada tiap orang. Kita akan balik pada hal EMOSI untuk setiap report. Aku sendiri ada buat game report but aku alway put good and bad and solution for each problem. Kalau kata la xda problem aku akan state for any additional improvement they can have. Adil dan bukan berat sebelah. Kebanyakan report yg muncul aku boleh kata semua tentang perkara xbaik ja. Xda pulak state yg baik dan improvement yg perlu dibuat. Kita jangan tau hentam je, tgk jugak perkara elok yang ada dalam setiap game tu. Bagi cadangan, jangan kita bercakap or menulis berjela2 but solution kita xbagi. It shows yg kita mmg nak orang dgr ckp kita ja but kita xbagi pon jalan penyelesaian. 

6. Menunjukkan mereka tidak bersedia dan tidak membaca game info
Ni paling classic. Kebanyakan si anu itu dan si anu ini ni they all xbaca, xpaham dan xplan for the game. Kebanyakannya semua ASSUME sahaja. Kalau game A mcm tu kita aspect game B pon mcm tu. Actually tidak. Setiap game ada do and don't dia sendiri. BACA GAME INFO PROPERLY. Kalau state ada cutoff, study route and plan. Baca apa makan minum yg diberikan. Baca condition route dan cuaca. Kene study dan plan. Bukan enroll, redah, DQ/DNF dan bising. Kalau rasa 50KM susah, ada lower distance and go for that. Tak payah nak ikut2 orang. Kelak membakar kaki. 

Lagi satu, TRAINING FOR THE GAME. Ok ni aku nak ulas dari 2 sudut. 
Sudut tepi - Plan, Cari mileage, LSD, simulate the game condition. Buat sepenuh hati, Insyallah boleh habis.
Sudut sipi - Jangan poyo. Hari2 post kat FB kata lari sana sini. Training itu ini. Makan hap hap hap. Amek gamba kat tepi tangga la, treadmill la, gym la, tepi pool la. Tepi basikal la, Betul ke training? Kalau training apasal xmeet cutoff? 

Actually banyak lagi findings dari pemerhatian aku. Perkara ni semua mudah ja. Kita kene tanya balik apa objective kita enroll all this game. 

Are we really want to run or looking for attention? 
Are we really up for the challenge and adventure or just want to show off? 
Kita betul nak tengok much more quality game in this country or just nak game yg ikut kehendak kita?

So tepuk dada tanya sama pokok. Kalassss.

Ole.

* This is my personal opinion and not related to PACAT Team. Aku yakin ada yg akan melompat macam anjing dapat bola bila baca entry ini. Again ini adalah pandangan dan pemerhatian aku. Aku okay to bite the reality, game yg aku buat mmg not commercial game. Dengan fee murah dan simple format aku rasa kita xleh nak aspect game tu akan jadi mcm game yg ada big sponsor. Cuma soalan dia skang, did others can bite the reality to?



kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

3 comments :

masa itu.... said...

Dugaan ye pak, organize game and jadi RD ni... sabo yo la... :)

kuchalana said...

I am okay bro.. Some ppl yg xok.. Sometimes they need to learn to respect others if they want to have the same respect.. Anyway.. It just a game lah.. Xperlulah smpi nak bakar jambatan..

gazimoto said...

well said ....