Pages

In Memory - Zack Zakaria



Agak sukar untuk menulis kali ni. Mood aku aku tak berapa nak sampai diketika ini. But aku perlu meluahkan apa yg terbuku dalam hati aku hari ni. Ada kala air mata akan berderai. Itu semua kerana persahabatan yang tidak ada galang ganti. Tidak kepada nilai duit, tidak kepada nilai mileage tidak kepada nilai kebendaan lain. Segalanya ikhlas atas dasar persahabatan.

Secara jujur, aku memang amat merasai kehilangannya. Boleh dikatakan setiap hari beliau akan menegur aku dialam maya. "Assalam Encik Arman".. "Desert Race kita?".. "Minggu ni LSD mana?".. dan seperti biasa hari aku akan bermula dengan perbualan ringkas dengan beliau. 

Kadang kala beliau akan menyapa aku selepas lunch. Menceritakan latihan beliau dipagi hari dan rancangan beliau dipetang hari. Beliau tidak kenal lelah. Tidak kenal putus asa. Kadang kala aku akan berlabun dengan beliau sepanjang malam. Berkisah kepada game yg ada, tentang latihan, tentang angan2, tentang cita2. 

Kadangkala beliau akan merajuk. Bila mana terdapat gurauan kasar dari sahabat2 dialam maya. Aku akan menyapa dan menasihat keperluan hati. Amarah dan rajuk beliau selalunya tidak lama. Beliau cepat cool dan tidak menyimpan dendam. Kadang kala beliau datang secara tiba2. Menyapa dan meluahkan perasaan hati. Aku tetap disitu.. Mendengar.. memberi pandangan.. 

Mengimbas kenangan lalu.. mengenali beliau dari salah satu dari LSD malam di Putrajaya. Hadir membawa diri untuk mencuba perkara baru dan akhirnya terjebak secara tegar. Beliau hadir dalam setiap acara, membawa diri dan luka. Kadang2 membawa jiwa untuk dikongsi kepada yang lain2. Secara diam, beliau menyambung rancangan dan cita2 kami. Beliau merapati golongan baru yang hadir dalam dunia tegar ini secara terus. Menasihati, menegur, membina harapan baru. Katanya ikhlas untuk masa depan. Terkesan didalam hati niat beliau yang suci... ya tanpa harga dan bayaran.. 

Kadangkala terfikir, siapa beliau. Rahsia diri terus disimpannya dan sehingga hari ini aku dan yang lelain tidak tau siapa sebenarnya beliau. Kami hormati keputusan beliau untuk tidak berkongsi kisah silam dan peribadi. Itu smua bukan halngan untuk menjadi sahabat dan kawan.

Jam 8pm kelmarin, beliau menyapa aku. "Sok jangan lupa janji kita, tangga putrajaya" katanya menekan. Aku menjawab ringkas, letih masih membara dari perjalanan sehari ke pantai timur. 10.30pm, panggilan bertalu2 masuk menyatakan beliau telah tiada. Hanya tuhan mendengar keluhan aku ketika itu. Aku tidak bercakap sepanjang perjalan ke rumah sakit. Hanya kenangan bersama beliau bermain dimata. Terlihat senyuman beliau ketika bersama di Taman Saujana Hijau beberapa hari kemudian, teringat kemahuan beliau untuk makan nasi lemak Pak Abu di hari yang sama. Terlihat kegembiraan beliau pada hari berkenaan. Tiada duka dan kecewa.. seperti biasa... ceria..

Dan segalanya kenangan. Beliau telah tiada. Abang Z, terima kasih diatas persahabatan ini. Banyak pembelajaran tentang kehidupan, tentang kasih dan sayang, tentang kekeluargaan, tentang segala galanya. Amat terasa kehilangan ini. Semoga abang ditempatkan bersama mereka yang syahid. Doa saya untuk abang setiap hari. Damai lah disana...

Amin.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

3 comments :

Mohd Dzulfa Md Sami said...

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin...

Nick Phillips said...

I first met him way back during your first Sabun night run. He was such a friendly and warm guy. I will dearly miss him. May he rest in peace!

Projek Hijo said...

Terima kasih Abang Zack. Saya akan teruskan latihan bersama geng RK yang lain. Malam ini di Bukit Cinta, teringat pula latihan kita di tempat sama minggu lalu. Kali pertama saya jatuh cinta pada Ultra. Impian saya, akan bawa lebih ramai lagi ke dunia ultra. Terima kasih yang tidak terhingga Abang Zack. Allah lebih kasihkan kamu.