Pages

4 Things You Need To Do Before Enroll Any Game.



Recently ada satu kes runner ni complain. Katanya kenapa game bayar xda timing cip. Dia rasa mcm rugi enroll sebab timing yg dia akan dapat tidak diiktiraf oleh game lain. Dia kata dia boleh lari belakang rumah to get PB tanpa timing cip. Katanya lagi organizer mmg saja nak cari untung. Best part, dia baling complain ni ke kipas dan kne pada smua organizer dan nak lagi best nama KOSL dipetik dalam complain beliau di FB ni. So secara tak langsung, complain ni datang kepada team aku. 

Actually aku xberapa kenal pon runner ni. Maybe jenis suam2 kuku kot. But the complain is valid complain dari satu sudut dan mungkin tidak dari sudut yang lain. So aku terpanggil nak share sikit advise sebelum kita mula complain sana sini. Satu sebab, nature kita kat Malaysia ni, selalu kita berpegang customer always right but kita xsedar, it will be right if the other party melanggar tatacara/perjanjian/term/etc yang berkaitan dalam clause. So aku rasa better kita stop complaining and start to learn and get the right info before enroll any game. So consider below 4 tips. 

1. Study Game Info/Term properly before enroll
Baca betul2 game info dan term yang ada dalam page setiap game. Good organizer, they will share as much info they have. Xda sorok2 or cuba hide any info. Maksud info is more on the total game info, macam distance, format, safety, medical, fee, support they have etc. Kalau takat design t or medal not been share aku xrasa itu satu keperluan. Kalau dia kata xda timing cip dan kita rasa xberbaloi bayar untuk lari, don't enroll at the 1st place. Usually all this term stated and we can make proper decision nak enroll ke idak. Kalau la organizer xda state, we can simply pm them personally (bukan buat kecoh dekat social media, itu nama dia attention seeker. If we want to get it right so do it in the right way.) Get the info direct so we can get more better understanding which things yang kita xpaham.

2. Digest and understand the game format and overall package they have
Lepas baca, digest the info betul2. Tgk format dia apa, kalau competitive game so for sure it will have tight cutoff, tight mandatory item, minimum support etc. Kalau kata development game, so selalu it will go with leisure format. Easy cutoff. Pahamkan overall package yg ada dalam game tu. Kalau kata no frill, kita tau some item will come in separate purchase. Compare prize dengan game2 lain yng seangkatan dengannya. Tgk mana mahal mana murah. Tgk apa coverage yg ada dalam package tu. Tgk ada massage tak, ada ice bath tak, ada special need beg tiap cp tak, ada makan tak etc. Tu baru kata pengguna bijak. Bukan baca, xpaham terus melenting. So be fare to yourself and organizer. 

Some game kalau kita tgk, logistic really high. Bukan susah nak tgk. Study the route. Kalau kata la mmg lari dalam hutan banat or lari tgh bandar yg banyak simpang. Kita tau, it hard nak bukak/tutup jalan, approval, nak hantar logistic, nak hantar volunteer. Tu jgn kita fikir masa game ja, after game lagi. Nak clearkan venue dari sampah yang kita dah buat. Kalau game yg kurang logistic, contoh, trail/road yg senang logistic sampai. Naik barang atas lori hantar terus ke CP. Jalan xpyah ada byk marker etc or loop game. So kalau game mcm ni letak harga bukan2 itu yer patut raise your concern. 

3. Get to know the organizer
Cari jalan tuk kenal sapa behind the game. Runner ke or tukang masak behind the game. Tanya org sekeliling, pm organizer sendiri tuk kenal sapa depa ni. Tgk background dari game lepas2. Cari race report or review dari game2 lepas. Tgh attitude depa, sejarah depa, kemampuan depa. Sebab tu team pacat akan letak profile dalam setiap game kita buat. Nothing to hide. Kita siap share FB contact, email and some phone number. From there kita decide.

Satu lagi, kata la organizer kita xdpt any info and kita mmg betul2 berminat nak enroll for any reason. So be prepare for any problem. Contoh, bawak la semua yg perlu dalam beg kita. Jgn letak to much hope. Kita kne prepare diri kita seblum kita nak bising macam2. Kita nak enroll so kita kne bare the cost as well. 

4. Tengok kemampuan diri, Be Realistic
Ni issue paling besar dalam diri kita. Orang nak lari ultra kita nak lari ultra. Org nak buat IM kita nak buat IM. But kita paham ke apa yg kita nak sebenarnya. Dengan ikut2 orang, tu kita akan start complain mcm2. Sebabnya kita xda ilmu pasal all this game. Semua ni perlukan "KOMITMEN" perlukan "DUIT" perlukan "MASA". Game ultra or IM ni mana ada murah worldwide. Jgn samakan game FM 42KM dengan game utra 160KM. Logistic dia beratus kali jauh berbeza. Kos yg terlibat beribu jauh banyak. Effort yang diperlukan tak terkata besar scopenya. 

So perkara yang selalu kita lupa is "BE REALISTIC". 1st commitment nak training. Kita bukan elit yg keje dia mmg berlari je. Kalau niat kita nak kurus, so training mcm org nak kurus. Klau niat nak challenge diri, so cari game yg boleh challenge diri kita. But again "TRAIN FOR IT", dapatkan "ILMU" yang betul bukan main redah atau "IKUT2" orang. 2nd Kemampuan dari sudut "DUIT" dan "MASA". Ni pon berat jugak. So you know yourself better.

So berbalik pada kes runner yg bising tu.. stop complaining. Decision is in your hand. Further, kalau kita cuba paham what is happening aku yakin xkan ada issue berbangkit. Ni kita nak orang paham kita je but kita xcuba paham org lain. That will be hard. Smua nak ikut cara kita, format kita so better buat game sendiri je.  Again, semua ni berbalik pada niat kita nak buat semua ni. Kalau kita nak cari fame, nak cari perhatian orang so itu yang kita akan  dpat. Samaada dapat cemuhan dari orang lain or mungkin kita akan bina crowd kita yg sama2 hidup dalam kekaburan dan kekalutan. So wake up and lihat lah dunia. Berhenti jadi perengek dan mula berfikir. The choice is yours. 

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :