Pages

TumbukRusuk - Kasta dan Dewata



Dah lama aku nak tulis pasal topik diatas. Mungkin entry ni akan menjadi agak kuchalana, tapi it just my 2 cent opinion. Kalau ada yg xsuka elok xpyah layan sgt tahap kuchalana pemikiran aku ketika ini. It just something yg aku nampak dari pemerhatian aku dan mungkin ada byk yg salah tpi aku suka bergerak diatas realiti. Yg baik kita amek dan yg xelok kita campak jauh2.

Recently dunia outdoor dan larian makin rancak samada diMalaysia hatta worldwide hendaknya. Game boleh kata ada tiap2 minggu. Sampai ada la pulak yg bertindan2 dan bertingkek2 tiap2 minggu. Kalau la weekend ada 3 hari, aku yakin 3 hari akan penuh dgn event. Dan best part, all this game almost smua mendapat sambutan. Ada yg lebih tegar, backtoback ditekannya. Kalas.

Jadi bila dah ramai yg sibuk beroutdoor, maka byk la event. So dari situ byk la product masuk. Dari situ byk la sponsor masuk. Yg jadi lagi menarik, lahir la byk kelab2 dan persatuan2 yg tumbuh untuk menyaport activity2 mcm ni. Dari kelab halal sampai la kelab bawah tanah. Dari jenis low profile sampai la yg mencari kegemilangan dan perhatian. So dalam erti kata lain makin happening dunia outdoor kita nih. Kalas kali kedua.

What? Outdoor? Yup, kita letakkan dalam satu kategori yg lebih besar dan umum je. Asal activity diluar bilik darjah kita panggil outdoorlah. Boleh untuk larian (xkisah la berapa distance pon), Hiking, cycling (xkisah la jenis main tanah atau simen) dan lain2nya. Ini termasuk aktiviti memanjat dinding, air terjun dan seangkatan dengannya.. alah asal aktiviti luar kelas ja kita panggil outdoor..

So dari situ lahir jugak puak2 dan kelompok2 yg membawa mcm2 ideology dalam community. Ada puak yg leisure, ada puak yg rasa mcm diva, ada puak yg xbagus mana pon tapi rasa diri tinggi dari org lain, ada puak yg sentiasa dibawah dan suam2 kuku dan macam2. So lahirkan lah kasta dalam dunia outdoor ni base on puak2 tadi. Bila dah ada kasta maka akan terbelah community kepada gerakan kasta dan kepercayaan ideology masing2. Jadi kasta2 ni selalu akan mengambil senior atau org yg byk masuk event atau yg paling pandai menjual diri sebagai dewa ikutan. Pengikut2 tadi akan melahirkan dewata raya yg akan mereka ikut dan sanjung. Kadang2 xda la bagus mana pon, cuma mungkin dewata in pandai berlabun sehingga semua kelihatan hebat dan indah. Hatta ada yg betul2 bagus dimana mereka ini dpt membawa kasta2 mereka ke jalan yg benar dan mungkin juga membawa kejalan kesesatan. Hermm.

Pada aku ada yg bagus pasal kasta2 ni. Yg baru nak terlibat mungkin ada jalan pintas untuk mereka belajar. Tpi itu kalau dpa ikut dewata yg betul. Smua ini berbalik kepada diri, kehendak dan alasan kenapa kita terlibat dengan dunia outdoor ni. Kita diberi akal untuk menilai dan berfikir jadi gunakannya. Jgn kita terlalu taksub dan terlalu tidak sedar diri. Ada dewata yang memuji dan melambung anda didpn pengikut kasta yang lain. Ingat, ada yg ikhlas dan ada yg nak menjaga hati. Dah nama dewata, kne la jaga hati dan pengaruh dalam kasta. Kalau kita tidak menggunakan akal untuk berfikir, kita akan terus tenggelam dgn pujian dan hakikatnya kita sedar yg kita xlah sebagus mana.  Itu masalah bila kita terlalu taksub dan bergerak didalam kasta. 

Mungkin ada yg xsetuju, tetapi ini hakikat yg nyata hari ini. Secara sedar atau tidak, anda bergerak didalam kasta dan bersama pengaruh dewata anda. Yang jadi xbest, kadang2 kasta2 dan dewata ini byk membawa amalan yang agak sesat. Mula2 dia dalam Kasta Siput lepas tu bila dah laju sikit, dia jual pengaruh dan bukak Kasta Kucing Hitam Melompat2 pulak. Lps tu dia membawa ideology kelajuan adalah segala2nya dalam kehidupan ini. Jadi apa yg dewata baru ini belajar tentang hikmah bersama siput tidak dipegang lagi. Hanya Kucing Hitam dan kelajuan menjadi tanda aras. See mcm mana pengaruh kasta dan dewata ini bergerak. Dan akhirnya wujud perpecahan dan permusuhan antara Kasta Siput dan Kucing Hitam. 

Itu satu scenario. Jadi smua ini adalah salah diri kita sendiri sebenarnya. Sebabnya..
1. Kita sendiri yg mendewakan seorang dewata..
2. Kita sendiri yg merekayasa kasta dimana kita meletakkan perbezaan ideology sebagai satu masalah.
3. Kita sendiri yang mahukan semua ini berlaku..

Ada jugak kasta2 ini dibentuk atas ras jantina. Jadi ideology utama mereka adalah mahukan hak sama rata dalam setiap perkara termasuk hak penggunaan tandas (smua kne berdiri) atau sukan dimana tiada kategory lagi dah.. smua lari dalam satu kategory je.. yang ini agak kalas pada aku sebab, xpasti apa yg gerakan ini mahu buktikan sebab kita amat pasti setiap jantina dijadikan begitu istimewa dan persaingan yg cuba dibuat antara jantina akan berlakunya lbh byk perkara berat sebelah. Jadi kita masing2 unik didalam kelas kita sendiri. Tidak perlu dibuktikan kita ini lebih kehadapan dari ras yang lain.  

Dan juga ada gerakan bangsa dalam kasta2 ini. Ini lebih kelihatan hitam dari smua sudut. Cubaan menunjukkan bangsa beliau lebih baik dari bangsa lain. Jadi lebih pekat gelapnya apabila penggunaan tulisan dan percakapan dari bahasa bangsa berkenaan digunakan dimana mereka sedar ada semua bangsa dipersekitaran yang mengikuti. Amat tidak kelas. Dan lebih xsedap apabila gerakan politik dan agama diguna pakai bagi menunjukkan bangsa dan kasta2 ini lebih baik dari yang lain. Come on, kita dah lama merdeka, jadi jangan kita mengambil kesempatan diatas taraf kita sebagai dewata dengan menaburkan pandangan negatif dalam gerakan kita. 

Jadi kita mempunyai pilihan untuk bagaimana patut kita bergerak. Ada jugak yg tidak mempunyai dewa dan kasta macam aku. Aku just follow smua kasta. Tidak pernah untuk melahirkan dan memuja sebarang dewata. Pacat sendiri bukan suatu gerakan kasta. Sebab tu kami xda approve any friend in the list, it open group dan best part xsmua orang kenal kami. People cuma kenal nama kumpulan sahaja. Lagi pon aku dan Pacat hanya weekend warrior. Kmi ada kerjaya dan kehidupan kami dimana itu datang diatas segala aktiviti outdoor kami. Jadi kami sedar diri. Buat apa nak pening dan membuat onar atau berfikir byk sgt.

Kita kene kembali kepada niat asal kita mula beroutdoor. Kalau nak kurus, jadi pastikan kita kurus bila beroutdoor. Kalau nak sihat pastikan kita sihat dan lain2nya. Aku xkata tidak boleh untuk mendewa dan berkasta tapi tetapkan niat kita dan pegang pada objective kita. Jadi kita xkan tersesat jauh dari objective kita. Menjadi bodoh.. sesat dan segala yg buruk itu 90% dari diri kita sendiri.. Kalassssss.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :