Pages

Tumbuk Rusuk - Haters


Kehidupan sepatutnya menyeronokkan. But it can be not bila kita terus diperhatikan dan mengundang rasa tidak selesa orang lain kepada kita (diri, sikap, fizikal, gerakan, kemampuan dan segala yang berkait). So kenapa kita membenci? Mudah je, xpayah kita tgk pada haters kita, cukup kita ambil diri kita. Lihat bila mana kita mula membenci, menyampah, tidak bersetuju atau apa sahaja untuk memulakan perbalahan atau rasa tidak puas hati. Antara sebab mudah yang aku boleh fikirkan..

1. Kita rasa insecure
2. Kita rasa mereka lebih baik dari kita
3. Kita rasa ego kita dipijak
4. Kita rasa mereka seperti berpura2 bagus (maybe mereka betul bagus dan kita tidak dapat menerimanya)
5. Kita rasa tidak bersetuju
6. Kita iri hati

Dan banyak lagi "kita rasa" yang menyebabkan timbul rasa benci. Sekarang ni aku prefer untuk kita lihat diri kita dalam konsep membenci seseorang sebelum kita lihat pada orang yang membenci kita. It another way round sebenarnya. So kita sendiri perlu mendalami kenapa kita membenci sebelum kita melihat pembenci kita. Jadi point2 diatas boleh menjadi lebih panjang bergantung pada imaginasi kita dalam konsep membenci sesuatu. 

Aku pernah membenci dan dibenci. Tapi aku lebih suka nak sebut tentang pembenci. As runners and event organizer xsmua orang akan suka dengan apa yang kita buat dalam satu2 game. Mudah je kalau nak kenal depa ni. Tengok how they comment dalam blog, sosial media dan cerita dari kawan2. Dalam blog aku ni pon banyak comment berbaur kebencian. Sebabnya seperti yang aku nyatakan diatas. 

Recently happen dalam game aku diKemensah dimana seorang pelari berjenama memberi komen yang agak berbaur kebencian. Actually aku agak kenal dengan history dan background dia ni. Mmg banyak berkisah kepada kebencian dia dan pelari2 lain. Not sure sama ada ini penyakit keturunan (semua mslh physiology selalu datang dari rumah) atau masalah persekitaran. Dalam konsep mudah, kalau kita xnak support the game atau hadir dan memberi komen dalam persekitaran positive  jangan la kita condemn sesuatu yang kita tidak tahu. Dan mungkin dia tak tau, jenama beliau agak agresif untuk jadi one of our vendor dalam game kita yang akan datang dan disebabkan tindakan dia ni, kita terpaksa hold jenama yg dia bawak ni. Bukan berdendam but kita xperlukan mereka yang negative dalam persekitaran kerja kita. 

Ini satu kes but ada byk kes lain yang aku rasa cukup kita jadikan teladan. Orait, kalau kita golongan beragama (tak kira agama apa), kita diajar untuk sentiasa positive dan membuat perkara yang baik. Bukan menyebarkan kebencian dan pecah belah. Kalau kita rasa tidak puas hati, duduk dan fikir balik apa yang kita telah buat dan bukan fikir apa yang orang lain dah buat pada kita. Ubah diri kita, buang jauh2 kebencian, jangan kita bakar jambatan dan fikirkan impact dari apa yang kita buat. 

Untuk aku, kalau ada rasa tidak puas hati, aku prefer berckp facetoface. Dalam persekitaran positif dan mencari penyelesaian kepada ketidakpuasan hati tadi. Bukan baling batu sembunyi tangan. Bukan membenci sampai mati, bukan bersikap macam budak2 ini kepala bapak kau dan itu kepala bapak aku. Sebabnya, kalau kita simpan kebencian dalam hati, ini akan membarah didalam jiwa kita. Hitam dan kotor. Kesan dia, kita akan dapat penyakit jiwa, penyakit hati dan akhirnya akan membutakan mata hati. Dalam bahasa moden kita panggil masalah psikologi. 

So, sekali lagi, kita perlu menjadi lebih positive dan sebarkan perkara positive supaya kita sentiasa sihat fizikal dan mental.

Ole.



kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

zaini zin said...

Tumbuk rusuk tikam belakang
Takdir masuk salah pandang
Terlebih patut sama mengenang
Terapi hati cahaya iman