Pages

The King Series - King Of Sungai Lembing 2015




Yezza.. another cita2 yang menjadi kenyataan. 

Dalam pelan Pacat, kita sebenarnya ada 4 King Series. 
King of Bukit Larut, kobl (dah 2 edisi)
King of Kemensah Trail, kokt (edisi pertama)
King of Sungai Lembing, kosl (edisi pertama)
King of Fraser Hill, kofh (masih dalam perancangan)

Jadi kita execute satu2 sebenarnya. Untuk kosl sebenarnya xda dalam list kita. Things happen. One day team dari Pahang state goverment call and mintak kita promo Sungai Lembing. So pucuk dicita ulam mendatang. Kita on je. So lepas few meetup dan meeting dengan mereka yang terlibat dari team Sg Lembing so kita agree to have the game. 

Seriusly, aku 1st time sampai Sungai Lembing. Apa aku boleh kata, this place is awesome. Kalau aku xlari pon memang aku akan mai and lepak kat sini bercuti. Tempat dia cantik dan menenangkan.  Ada banyak tempat menarik dekat sini, ada..
1. Bukit Panorama, dimana view waktu pagi dan petang teramatlah cantik.
2. Gua Caras, nampak dari Bukti Panorama dan antara tempat favorite kawan2 dari China lakukan ritual sembahyang.
3. Gunung Tapis, antara gunung yang menarik untuk didaki.
4. Air terjun Pelangi, anatara air terjun tercantik diMalaysia.
5. Muzium Sungai Lembing, yang sarat dengan kisah eldorado of the east ni.
6. Lombong tinggal, yang amat mengujakan.
7. Bandar Sungai Lembing yang cool.
8. Track denai yang amat menarik untuk diratakan.
9. Lubuk sungai yang terlalu banyak untuk diteroka. Ikan banyak dekat sini.
10. Makan yg terlalu banyak pilihan dekat sini. Semua sedap.

So terlalu banyak perkara yang boleh dibuat dekat Sungai Lembing ni. So xda fikir panjang kita agree untuk terlibat. So dari route recce, kita decide
1. Untuk adakan 50KM punya category.
2. Kita akan cover dalam 1200meter elevation gain dan ada satu puncak tertinggi dalam 230meter which is Bukti Panorama. 
3. Kita akan ada 10KM dan 21KM as usual.
4. Track aku boleh kata 60% trail dan 40% road (jalan kampung yang tenang)
5. Kita xbukak slot banyak. Mcm biasa very limited supaya kita boleh handle the crowd properly.

So this is the 1st King series yg akan ada 50KM. Insyallah kita akan move ke KOBL dan KOKT next year dengan 50KM jugak sebagai tambahan kepada distance yang ada. Kita jugak ada special finisher item untuk mereka yang buat semua king series tahun ni. Yang habis okay .. bukan yang enroll. So something special lah.

Ada yang duk tanya, apasal xbagitau awal2 pasal all the game ni termasuk finisher t bagai. Sorry lah, this year, smua mai secara mengejut dan perancangan terpaksa dibuat ikut case by case basis. Lagi pon kita ni independent game, xda byk highlight sangat. Kita xda budget marketing besar2, even sponsor pon segan nak masuk. So kita hanya harapkan pengsimpati kita untuk follow progress kita. Kita bukan anti establishment but kita prefer low supaya kurang sikit stress. 

Kita learn dari P100 yg dpt so much highlight sampai sekecil2 issue pon orang lambung tinggi2. So  rajin2 la follow page kita supaya terupdate dengan progress kita. Registration dah bukak for King of Sungai Lembing. Boleh refer link 

Jadi doakan kita dapat sokongan kedap dari state government. Lagi banyak depa hulur lagi banyak bende kita kasi during game nanti. So enroll now. 



kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :