Pages

Pink50 - 1st Women Ultra in Malaysia



Yes.. kita tak main2. Memang 1st Ultra marathon only for ladies in Malaysia. Idea asal game ni datang dah lama. Lepas Pacat setup Running Couple - Malaysia, kita set pulak Pink Runner group. So dari situ kita terus perkembangkan gerakan untuk ada spesifik game untuk kelompok ni. So lepas few years baru la ada masa untuk merealisasikan game ni. 

So apa objective kita?
1. Kita nak lahirkan lebih ramai pelari tegar dari kelompok wanita. Target kita, ibu2, kakak2, nenek2, adik2 dan smua yang bernama wanita. Pada yang xtau, dari pengalaman kita, kita dapat lihat wanita mempunyai kadar toleransi dengan sakit yg amat tinggi. So kalau setakat 50KM aku xrasa ada masalah untuk wanita2 kita.
2. Kita sediakan platform ja untuk development mcm ni. So wanita2 kita boleh cuba try test tengok berapa tegar mereka dalam dunia larian ni.
3. Kita nak kasi lebih ilmu tentang dunia ultra dan endurance ni. Byk sgt ajaran sesat dan melampau dalam scene ni skang. Kita xnak terlalu ramai perengek dalam scene ni. Buat malu ngan scene luar je. Jadi ilmu kne ada. So inilah salah satu platform dia. 
4. Kita nak wanita2 kita sedar kemampuan dan kekuatan yang depa ada. Wanita kita sebenarnya tak kurang hebat dengan wanita2 diluar negara. 

Jadi kita agree untuk mulakan dengan simple format. Loop. This part agak best sebab lepas ja kita bukak registration semua kata game loop boring dan xmencabar. Semua nak buat one way game. Actually korang silap. Sebabnya..
1. Kalau kita xboleh nak handle game loop camna pulak kita nak handle game one way or multiday.
2. Dgn game loop kita boleh belajar handle smua aspect game. Kalau blister, kita boleh blaja treat asap, kalau lapar kita boleh makan, kita boleh ajar perut kita nak ketandas bila, kita boleh ajar otak kita tuk adapt distance and masa tu slowly. Kalau one way game, mana ada masa tuk smua tu. Sebab tu ramai yg tersiksa bila xda ilmu terus buat one way game. Sebab bende2 mcm ni la. Jangan kita rasa diri kita mcm Killian or Anton. Nak buat sesuatu yang baru, go slowly. Learn the process perlahan2.
3. Aku xboleh nak ubah perspeksi orang pasal game loop. But again, ultra worldwide start with loop game. Even semua elit yang aku kenal dpa akan buat training in loop dekat stadium. I did my training dekat stadium jugak and in loop. Korang try buat 20KM or 30KM dkt stadium tgk. Mmg siksa but lepas tu kalu lepas dekat jalan lurus, aku bet nothing. Sebab mental kita dah diajar jadi tepu masa main loop. So semuanya bersebab.  

Jadi kita tetap akan teruskan 1st edisi ni dengan loop. Next edition mungkin format boleh jadi berbeza. Then datang pulak lagi yang persoalkan, xpanas ke lari lepas jam 7am. Nanti hitam. Aku xgelak bila aku dgr statement ni sebab kita terlalu berada dalam zon yg amat selesa dan kurang ilmu. Jadi..
1. Game ultra is about cabaran. Game ultra ni out dari scope ruang selesa kita. 
2. Setiap game dia ada keistimewaan dan cabaran yang diberikan. Ada yg kasi panas, ada yg kasi sejuk, ada kasi elevation, ada kasi sungai, ada kasi road, ada kasi trail dan macam2. Jadi kita kne tgk overall package cabaran dia.
3. Tu aku ckp, game ultra ni istimewa untuk meraka yang istimewa. Untuk mereka yang mahukan cabaran. Untuk mereka yang mencari penyelesaian dari cabaran yang ada dan bukan merengek dan complain. 
4. Game ultra bukan untuk semua orang, kalau kita susah nak adapt dan keluar dari zon selesa kita, so better stick dengan game below 50KM. 

Jadi, detail game kita ni..

Game: Pink50
Date: 1st August 2015
Time: 7am till 4pm
Venue: Taman Saujana Hijau, Putrajaya. (Highest point in Putrajaya) 

Registration bukak sampai 1st July 2015. More info boleh tgk kat link

Game ni agak istimewa pada Team Pacat. This is the 1st time kita setup one committee untuk execute the task. Kita ada 4 orang dedicated ladies yang juga pelari tegar. So korang xleh nak koman lah. Dpa mai dari latar belakang yang berbeza. Dari ibu 4 orang anak, pelari kaki ayam sampai la ke pelari yg podium dan ada jugak personal trainer. Lengkap smua ada. 

Kita jugak disupport oleh kawan2 senior in ultra such Madam Karen from MWM. Maggie which podium runner dalam smua categories dan personal trainer dan jugak akak Hailwa, our 1st ladies running 160KM in berkatup single stage. So best x?

Nak tambah lagi ke poyoannya.. Insyallah kita dah pon berkoleborasi dengan few group dari Philipines dan Indonesia untuk adakan same game di 3 negara ni. So Philippines akan ada Pink50 next year dan insyallah Indonesia akan menyusul. So nak lagi? Cukup la kot. 

So far kita dapat so many good feedback dari pendatang2 baru. Insyallah korang akan dpt byk goodies nanti sebab terlalu banyak sponsor yang masuk kali ni. Kita juga disupport keras dari Putrajaya untuk game yang julung2 kali ni. Slot kita mcm biasa amat limited. Jadi jangan mai last minit sangat. 

So let celebrate our ladies in their 1st Ultra event with their own way. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

masa itu.... said...

pedas.... inspirasi nak buat game loop kat labuan la mcm ni, hehehe

kuchalana said...

Bro.. silakan bro.. kalau nak kita turun.. kasi tau..