Pages

My Son an Ultra Runner - Aaron Kneth


Aku nak tulis perkara ni dari lepas dia habis Putrajaya 100 Miles lagi tapi aku pilih untuk tahan dulu. Sebabnya nanti orang berkata aku ni nak berbangga diri pulak bercakap pasal anak sendiri. Sebenarnya aku suka untuk menulis sebagai bahan rujukan dan iktibar masa depan. Jadi kisah nya bemula begini.

Dari kecik lagi aku memang suka dedahkan anak2 aku dengan aktiviti diluar bilik darjah. Aku percaya tumbesaran anak2 tidak semestinya didalam kelas. Contoh terbaik diri aku sendiri. Arwah ayah aku dulu seorang yang cintakan cabaran dan alam sekitar. Dari kecik aku didedahkan dengan air terjun, perkhemahan, hiking dan macam2 aktiviti luar yang agak mencabar. Aku membesar dan banyak belajar dari alam. Jadi aku gunakan pendekatan yang sama untuk anak2 aku. Dari depa kecik aku dah bawak naik bukit gunung, air terjun dan segala perkara yang boleh membuka minda mereka dengan alam. Ini adalah survival skill. Dalam kelas kita diajar untuk mencari duit dan bukan untuk survive dengan persekitaran.

Selain dunia hutan, aku dedahkan jugak anak2 aku dengan dunia larian. Boleh kata banyak game aku enrollkan untuk depa pegi berlari. Jadi senang sebenarnya, bila aku ada game aku bawak semua sekali so depa akan mula minat secara tidak langsung. Jadi satu hari masa makan malam dikedai makan arab kneth tanya aku sama ada boleh ke tidak dia nak cuba masuk Putrajaya 100 Miles 52KM. Aku terkedu masa tu sebab xpercaya dia akan bertanya tentang hal yang aku jangkakan dia akan bertanya in next 5 years. Aku okay je kalau dia nak berlari cuma dia kne commit dengan beberapa perkara. Antaranya

1. Aku xkan bertoleransi dengan hal sekolah. Means xda ponteng sekolah kalau nak berlari or training.
2. Aku xkan bertolenrasi dengan hal training. So masa training, kne bagi 100%.
3. Dia kne ikut training plan yg Suzi sediakan. Tuang training, bye2.
4. Hal tanggungjawab dekat rumah sama je. Xda excuse or discount.

So dia commit dengan term yg aku kasi. Jadi dia pon enroll P100 52KM. Masa ni dia baru form 2, umur 14 tahun. Tapi fizikal dia cukup besar. Jadi apa menu latihan dia?

1. Dia akan berlari antara 3KM ke 6KM setiap hari sekolah. Dia sekolah petang masa ni, jadi setiap pagi dia akan berlari disekitar kawasan perumahan. Boleh cover 3KM satu loop. Dia xda miss satu hari pon dari latihan ni.
2. Dia akan ikut aku on weekend for LSD. Selalu aku akan bawak dia dan Adam masuk trail. Max 15KM dan min 10KM.
3. Aku jugak akan bawak dia and adik2 dia ke Marina Putrajaya on weekend untuk swimming session. Selalu dalam 2 jam.
4. Kalau dia larat, by initiative dia sendiri dia akan kayuh basikal aku pakai bike machine dalam rumah.
5. Kalau Suzi ada buat body combat, selalu dia akan join Suzi.

Jadi dia pon berlatih dan berltih dengan simple regim ni. So last 2 minggu sebelum game, aku nak test dia. Jadi aku suruh dia buat LSD 30KM. Jadi aku guna route UKM dimana boleh cover 5KM satu loop + berbukit bukau. Aku suruh dia lari 5jam dan start lari 9am (nak kasi rasa panas). Kalau dia lulus so aku xaspect byk mslah masa game nanti. Dia manage cover 30KM in 4 hours dan masa ni aku amat berkeyakinan dia boleh habis dengan game at least in 10 hours. Ini jarak terjauh dia pernah buat so far. 

So masa real day, aku just bekalkan dia solid food dan yang lain2 bergantung pada mental dia. Dia manage to finish and survive P100 dengan timing 10 jam lebih. Masa ni aku rasa he can go far from what we can aspect. Lepas ja P100, dia lari Watergate pulak. Dia manage cover 50KM dalam 9 jam lebih dan recently dia manage to cover 60KM at Patriot 200 dalam 11 jam. Jadi aku nampak progress dia agak cantik. Cuma dia perlukan more proper training. Aku dan Suzi xnak push dia sangat sebab xnak terbantut tumbesaran pulak. Jadi kita just follow the flow. 

For now dia xda game till next year. Sebab dia nak exam tahun ni. Dia just ikut aku for leisure trip on trail hari minggu. Not more then that. So aku aspect he will go for his 1st 100KM next few year. Aku nak dia focus dgn 50KM dlu and improve the timing. So 3 ultraman in the house is not as easy as what we can thing. Kadang2 drama kalah drama kat TV.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :