Pages

Reflection - Transtitiwangsa (V1) DayTrip

*video credit to Sam

Lepas trip ni established, banyak orang PM and tanya aku pasal overall info on this trip. Antara statement dan soalan yang masuk..

1. Boleh ke buat below 24hours?
2. Apa yang kami cuba buktikan?
3. Korang ni spoil hiking community lah!!
4. Dasat!!
5. Camna nak contact guide?
6. Boleh ke kalau kami pon nak buat?
7. Siapa Sam?

Dan banyak lagi. Seems trip ni menjadi bahan perbualan. Secara jujur, kami ni smua xda apa yg nak dibuktikan. Just kami suka dengan cabaran. So kita nak bawak track ni ke next level. So kalau ada yg berani dan rasa boleh hentam sub 24hours, kami amat berbesar hati. So ada satu benchmark kat situ untuk orang try fast known time (FKT). So it will be a positive move to every one. Nak dptkan ketegaran kita kena start somewhere, so kita buat rintisan dan mungkin akan ada rintisan kedua dari team lain lepas ni. 

Secara jujur aku xberapa selesa dgn pujian yg datang pasal trip ni. Pada aku it just a normal trip, cuma agak kejam sbb dia diluar batasan trip biasa. So kami sebenarnya menyiksa diri untuk melihat what is our limit with this torture. To get those experience, kita kne buat, kene rasa then baru kita tau nak handle perkara lain. Nothing to prove. 

Some people make joke with my physical condition but again this game is about mind over body, plan, mental game dan bukan totally about physical. Just aku harap kita akan menjadi lebih realistik kalau nak cuba mende2 mcm ni. Kalau xda persediaan aku rasa elok bersedia dulu. Dptkan la sikit mileage, buat la skit strength training atau apa ja yg boleh buat kita sustain the journey. Kalau buat comparison, Arman yg boroi tu boleh habiskan, xkan aku yg kurus dan sado ni xboleh? Okay, kalau fikir mcm ni maka semua org akan terbarai sebelum sampai Kem Seroja lagi. 

Sebelum kita jump to any conclusion, buat reality check dlu. Ada org laju but endurance level xberapa nak boleh. Ada org xlaju, tapi endurance level tiptop. Ada org ada laju dan endurance dan ada yg xda smuanya skali. So do a reality check. Ada yg kuat mendaki tpi downhill akan jadi masalah, ada yg climb xokay but downhill laju mcm bela saka. So reality check. Be realistic. Admit kelemahan diri, plan dan improve sebelum terjun nak buat itu dan ini. Jangan kita nak ikut orang je. Keneraka lah kalau mcm tu. 

Seriously, byk aku belajar dari trip ni. Dari getting good team lead, planning, trust dan macam2. Dengan semua saduran ni, it will bring us to success. Bukan satu factor tapi byk factor kita kne consider. So a lot of reflection lepas dari trip ni. Aku yakin pengalaman akan lebih mematangkan kita untuk terus kedepan. Insyallah.



kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :