Pages

Race Report - TransLantau 2015



Actually game ni xda dalam senarai aku tahun ni. Lps aku dpt tau Fath (one of Ultra friends) xdpt nak pegi (he is enroll for 100KM) aku terasa mcm dpt seru untuk cuba. So aku pm Fath tanya kalau dia nak let go kat aku bib dia. So lps few communication dengan organizer, aku pon ditransfer ke bib Fath. Best part organiser bagi aku lower down the category ke 50KM. Aku cuba jadi lebih realistic dgn enroll 50KM je. Pada yang xtau, reputation TransLantau ni agak high dari any game yg ada dekat Hong Kong. Ramai yang bercerita (dari mereka yg telah disantau oleh Lantau) dan dari review route dia mmg terlalu kejam. 

So all this process happen in January 2015. Yup, xda la lama. Bila sampai seru, it just split second kita boleh change the decisionkan. It happen masa aku kat hospital after the operation. Suzi ckp kat aku overdose morfin masa buat decision ni. Actually bukan xboleh, cuma masa agak pendek untuk aku bersedia. So i take this agak serius, so bekal aku cuma Patriot200, V1 and Nuang Ultra. All back to back in 3 weeks. Lepas tu terus ke Lantau. Actually ada gap which ada Titi, tangan mmg gatal nak enroll but again, be realistik. Kalau la injured ke, kne keje ke dah burn and aku akan spoil preparation aku.

Nak jadi lagi best, aku xprepare for any trip logistic like hotel, transport etc. So dpt la aku kawan baru which ada satu kaum pon nak turun game ni. Nama dia Bux. Dia la yg bantu aku dgn logistic yg ada. So we plan to stick together all the way the trip. 

13 March 2015
Aku gerak agak awal on Friday. Berkelana ke Hong Kong dengan flight Air Asia alone. Agak kecewa aku pagi tu sebab kaunter AA service mmg betul2 mengecewakan. Aku tunggu dekat sejam lebih tapi still xdpt nak drop beg aku. Sampai dpt call for my flight to move to fastlane counter for drop beg. Sampai sana depa kata xda pulak. Aku mmg bengang pagi tu. Last aku bawak smua masuk, smua keperluan liquid aku kne tinggal. Lepas tu ada few pulak check point dalam airport tu sebelum sampai ke boarding door. Damn, pon sama, service slow giler. Q panjang giler. Seriusly aku harap something can be done on this. Dah few times aku kne mcm ni. 

Anyway Bux punya flight lambat sikit so landed je aku melepak je kat airport. Lucky same flight ada Chin another friend yg akan buat 100KM. Lepas Bix sampai we make a move to hotel. Kami menginap di Hong Kong Island. So kene amek bot untuk ke race site. So lps check in we decide to go collect the bib. 

Cuaca agak sejuk which around 16'-18' siang hari. Kami amek bot ke race site. Agak excited sebab 1st time sampai ke Lantau Island. Pulau ni agak sunyi. Xda la ramai sgt kat sini. A lot of angmo (mat saleh) duduk sini. Aku tgk average people kat sini guna basikal as main transport. Lepas amek bib we make a mive for dinner and balik hotel. A bit excited malam tu masa setup barang prepare for the game. 


14 March 2015
Pagi tu kami bangun awal. Sebab xnak tertinggal kapal. Dari HK Island ke Lantau amek masa sejam dengan kapal. So kne plan betul2 sebab xnak kne tolak naik next kapal. Reach je venue, tu dia ramai giler orang. Masa ni cuaca between 14'-16'. Agak sejuk. Best part kawasan pulau ni berangin dan berkabus. Plan aku just nak habiskan game ni in cutoff. having fun as usual and hope no injury. 


Start to CP1 (Discovery Valley Road)
Kami start at 9am sharp. Siap ada lion dance lagi. Aku just start with slow pace. Just follow the crowd. Enjoy the view. At 1st 2KM ni kita lari around the village je. Lepas tu baru masuk ke trail head. Tu dia, bottleneck. Trail dia single track. So mmg xboleh lari 2 orang berbahu2. So kne la tunggu beratur all the way masa 1st climb ni. Aku sebenarnya xaspeck la mende ni akan lama. Masa Vibram pon ada kes mcm ni but xla lebih dari few KM. 

So masa ni aku just follow je crowd. View masa ni amat cantik. Dekat depan boleh nampak cantiknya gunung ganang yang ada. Things really worst. Sampai ke CP1 okay sangkut. Xbest bila runners ni xreti nak give way. Pada aku kalau kita slow dan ganggu orang belakang, just give way lah. Just move a bit a side supaya orang boleh potong. So far it not happening. Lagi satu yg aku nampak, bial downhill ramai giler yg mcm gayat. Takut2. So another issue. Dah la beratur panjang kita kat belakang nak tunggu right time untuk potong. 

Aku reach CP1 more then targeted timing. Aku plan for 8KM aku leh sampai in 1jam 15minit. But again, kesabarang kne ada untuk follow flow yang ada.


CP1 to CP2 (Pak Mong Village)
Aku xlama kat CP1. Refuel je air, aku terus bergerak. Ingat nak laju sikit sebab aku lost about setengah jam dari plan asal. So aku tekan sikit. Again, sangkut. Sini more worst sebab track dia agak technical. Banyak area berbatu dan ini buat movement aku lagi slow. Nak potong xboleh sebab curam. So again, just follow the flow. Ikut ja la belakang orang. Aku masa ni agak tertekan sebab aku ada target aku sendiri. But rasa xdpt nak achive. So apa aku buat, just makan and follow je crowd yg ada. 

Aku xsangka pulak dia punya flow boleh sampai ke CP2. Aku sampai ke CP2 cepat2 aku refuel and make a move. Aku xtunggu lama sebab xnak sangkut lagi. Big things will happen to next CP. Sebabnya aku kne lalu the highest peak ke next CP. Dengan ada cutoff at 4PM dekat next CP. So aku kne cepat. Cuaca pulak mmg sejuk + berangin. Kalau kne beratur lagi, aku rasa aku xleh meet the cutoff. 


CP2 to CP3 (Pak Kung Au)
Masa ni mood aku masih at par. AKu just keep moving but xberapa laju. Masa ni dari 0 terus ke 854m (actually aku dpt 1000m dari Garmin). Masa ni jalan dia jadi amat tajam. Cuaca keliling, berkabus dan angin agak kuat. Masa ni jalan dah clear sebab runners dah mula buat big gap. So aku just keep moving. At one level aku ada berlari sorang2 dalam kabus tu dan agak high jugak lah sebab it fun lari dalam sejuk2 ni. 

Hati agak lega bila sampai 1st peak but again xlama sebab kne tekan pulak next peak. Jalan pulak agak berbatu dan licin. So mmg kne berhati2 sebab gaung mmg sayup2 kat sebelah kanan. So aku just keep moving till start jumpa ramai orang. So aku tau aku akan start turun ke next CP. Best part pasal route ni, lepas dia naik dengan kejam, dia akan turun pulak dengan senang hati. So dpt turun aku berlari all the way. Mmg aku impliment simple game. Naik fast walk, flat and turun lari. Kalau turun aku tekan laju lagi dari flat road. 

Aku reach CP3 50 minit sebelum cutoff time. So aku berhenti lama sikit dekat sini. Refuel, makan, layan kopi kejap. Masa ni aku bukak balik elevation profile and plan balik how to handle next strech. Actually ramai kne tipu dgn profile yg organizer kasi. For last 2 strech dia cutoff agak pendek dengan elevation yg rendah dan distance yg pendek. Actually jalan dia turun naik agak kejam. Kita nampak mmg la takuk tu pendek but the real things it was hell. So aku kne ada buffer at least sejam minimum kalau aku nak sampai ngam2 cutoff time. 


CP3 to CP4 (Chi Ma Wan Road)
Route streach ni agak fun. Walaupon ada naik turun but it runnable. So aku berlari all the way. Dia lalu tepi2 rabung je. Jalan pon clear sbb gap people dah start jauh2. So mmg sedap berlari. Masa nak mula aku face some issue. disebabkan aku makan agak gelojoh so aku muntah at 1st 1KM. Almost all yg aku makan keluar balik. Actually aku learn one things here, aku xboleh amek sugar intake to much expecially form of solid food like sugar cake, mee or nasi. Aku akan mula lemau dan muntah. Lesson learn. Aku just walk for next 1KM. Try to get back my mood. 

Aku start balik lari bila ada satu mamat ni tepuk aku dari belakang. Dia ni duk pace aku dari awal lagi. dia buat gap sikit dengan aku dari belakang but what ever it take dia akan follow aku. Aku rasa dia ni dari China, problem bila dia xleh ckp inggeris. So bila dia tepuk dia tunjuk jam dia. So aku paham lah dia suruh akuu laju sbb takut xdpt meet next cutoff. Aku suh dia jalan dulu. Aku biar dia hilang baru aku kejar dia balik. 

Aku dpt kejar dia at next CP. Masa ni aku rehat kejap sebab perut aku lapar. Disebabkan aku dah muntah smua yg aku makan at last CP, so aku layan roti dan buah limau je masa ni. But aku tapau sikit biskut, incase saka naik pulak mintak makan.

Aku manage to get buffer 1jam 15 minute kat CP ni. So aku rehat 15minute dan aku masih ada 1 jam. So aku ada 3 jam to next CP. So aku berkira2 aku boleh sampai ngam2 cutoff time kalau aku terus keep moving.


CP4 to CP5 (Shap Long)
Aku rasa strech ni yg paling psiko sepanjang game ni. Naik turun xsudah2 but mood aku masih at par. So aku just keep running (lari okay, bukan jalan). Sebabnya aku kne meet jugak cutoff time. Kalau aku jalan mmg xkan dpt lah. So aku push a bit for this game. Masa ni aku rasa mcm nak giler dah. 

1. Jam aku mati. So aku xleh nak agak aku punya move. But good jugak lah. Aku kne blaja untuk tidak terlalu bergantung dgn teknologi.
2. Route dia mmg kejam. Turun naik turun naik.
3. Dah start gelap dan start sejuk.

But aku keep moving. Any place downhill kaw2 aku akan tekan laju sikit. Masa ni aku rasa mcm xda kesudahan jalan dia. Mental aku dah start buat hal. At one level aku berhenti kejap, tarik napas and reset balik mood auto pilot yg akan berlaku (yup we can feel when it gonna happen). Aku xnak ada dalam mood auto pilot sbb masa ni aku xleh nak push dah. So aku tekan jugak. Finally reach the CP. Masa ni aku sampai 10 minit lagi dari cutoff. Siut, aku rasa aku dah tekan laju dah but sampai almost cutoff time. Dgn buffer sejam pon sampai ngam2, kalau xda buffer aku rasa mmg xleh sampai in cutoff. Aku xlama kat sini sebab next to finishing is about 5KM dengan naik turun jugak. Worst aku ada sejam je. So kalau kira condition route and masa, aku rasa mmg xcukup, unless aku tekan pace laju.  

CP5 to Finishing
Masa aku bergerak, aku dah plan akan tekan laju kaw2 downhill and jalan lurus. Naik with fast fast walk. Masa ni aku jumpa mamat dari China tu. Dia dah berjalan aku tgk. AKu tepuk dia and tunjuk kat jam. Dia dah geleng2 kepala. Aku xtunggu dia and push. Masa ni mental dah gegar sebab aku masih xnampak finishing. Tapi aku keep moving. Nak meet cutoff xleh nak tolak ansur sgt ngan mental. 

So after a while aku nampak byk cahaya dari bawah bukit. So hati dah berbunga2. Aku tekan lagi masa ni. Aku cek jam tangan aku ada 20 minit je lagi nak sampai finishing. Ada 3KM. So aku tekan, aku pace satu mamat saleh ni. Sampai town Mau Wo (jetty) aku potong mamat saleh ni and all teh way ke finishing. 

Alhamdulillah, aku sampai 5 minit sebelum cutoff.  


The next day, aku bangun with minimum issue. Boleh jalan normally. So it should be good one for me. Overall aku boleh kata..

1. Sedap...Sedap.. Sedap.. 
2. Route.. cuaca.. organizer.. crowd.. semua terbaik.. 
3. Another learning process untuk aku.. 
4. Worth your money.. but kne ada training lah.. 

Thanks to Bux.. jadi partner aku trip ni. Insaf? Nah.. next year 100KM pulak.. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

masa itu.... said...

Erm, kena banyak bersabar ye kalo crowded giler.... Btw, tahniah pak!!!