Pages

Product Review - Carbo Pro



Aku dapat tau apasal product ni dari Doc Pui San. Boleh baca kat sini. Lepas aku baca review dia pasal product ni immediate aku terus cari branch terdekat yg ada jual barang ni. Actually aku mmg tgh cari satu simple solution dalam refueling system aku untuk long game/training. So lepas buat sikit study dari review Doc Pui San so aku rasa it a time to try this barang.

Apa dia Carbo Pro? 
Barang ni adalah pure complex carb. Easy to use and dia dpt bantu kita sustain the distance. Dia xda rasa, just serbuk putih dan kita boleh add dgn any air. 

So apa yang yang bagus sangat?
Untuk any endurance sports, kita mmg perlukan sesuatu untuk bertahan. So carbohydrate diperlukan dan selalu ianya datang dari carb. Function dia, dia akan convert pada glycogen yg akan bantu otot kita bergerak. So by time kita bergerak lebih jauh, lebih banyak glycogen diperlukan. Kalau kita xdapat replace tu yang akan bawak kita ke fasa bonk. Bila glycogen dah habis atau kurang, otot kita akan kasi signal ke otak (letih dan sakit) dan akan suruh kita berhenti. Masa ni kalau kita lawan, selalunya dia akan start burn fat dalam badan but xsmua org boleh dan pandai manipulate fasa ni. Yang selalu berlaku adalah bonk. Jadi barang ni dpt bantu replace glycogen dan akan memaksimakan performance dan pergerakan kita. 

Apa yang ada dalam barang ni?
Barang ni total complex carb. Xda rasa. Boleh mix dgn any jenis air. Cepat naik dan xda kesan sampingan. Kandungan carb yg tertulis di botol adalah 386g dan jumlah ni pada aku agak besar kalau nak dibandingkan dengan any other product lain dalam pasaran. Jumlah carb (1 scoop) yg ada ni boleh bawak aku to 20KM in 3hours+-. 

So aku nak review dalam kes aku sendiri. 
Lepas long rest end of last year, i am back with few long run. Mileage xberapa nak meriah but still ok lah as a start. So nak jadi aku aku hospitalize pulak sebulan sebab pergi for some surgery. So mmg mileage aku kuchalana. Masa kat hospital ni lah aku dpt tau pasal carbo pro. Actually masa ni aku ada 3 game back to back yg akan berlaku in 14 days. 

Patriot200, V1 Transtitiwangsa dan Nuang Ultra. So all this game bergap 14 hari dan all this game are tougher then any game aku pernah buat sebelum ni. So aku kene find satu solution to sustain pre.. during and post game dan lebih penting aku nak zero injury. Lepas find out about Carbo Pro so aku plan to test this for all this game and see how it goes. 

Patriot200
Aku mmg plan to go for 24hours je sebabnya aku mmg xda big mileage lepas dari surgery. So kalau dpt 50KM pon dah kira baik. Isu dia aku xnak ada injury. Sehari sebelum game aku amek satu scoop and mix dengan air cincau. So masa game aku plan to take 1 scoop of carbo pro mix with livita in 750ml bottle. So aku bawak ja botol ni in 20KM satu loop. So aku plan habiskan sebotol untuk satu loop. Lepas satu loop aku akan amek 2 slice roti, 2 potong tembikai, 2 gelas air kosong. 

Then for next loop aku akan buat mende yg sama. So it goes up to 6 loop setengah in 24 hours atau 130KM. Best part aku sentiasa rasa bertenaga all the way 24hours. Cuma fizikal aku like tapak kaki agak sakit but that is not related to this product, it more on route surface issue. So habis je game aku amek satu scoop lagi for recovery dengan coke. So during my recovery period, alhamdulillah all goes well. Lps bangun tido malam kedua dekat Patriot, all back to normal. Xda jiwa kacau, xda sakit2. 

V1 TransTitiwangsa.
5 days lepas Patriot aku hentam pulak trip ni. Again, aku amek satu scoop mix dgn cincau sehari seblum start the trip. During the game, aku pack satu scoop dalam pack2 kecik. So aku amek 2 scoop mix dgn livita untuk 1st bottle 750ml. Satu scoop aku mix dgn ORS dalam satu bottle kecik. So at any point aku boleh refill air (dkt waterfall) aku akan buat coordinasi yg sama. 

Aku manage to sustain all the way 60KM in 25 hours. No injury at all but ada sikit ngantuk sebab kurang kafein (livita dah habis). Lepas game aku amek 1 scoop lagi for my recovery. So again sampai rumah, all back to normal. 

Nuang Ultra.
Again 5 days after V1 aku hentam pulak game ni. Aku amek 1 scoop at each of my loop. Seriously aku xface any issue with my energy. All at par and i feel very strong. Only main issue aku dalam game ni, ankle aku bengkak sebab main futsal a day before the game. So it really impact on my performance + aku terjatuh and terpelecok few times pulak masa 3trd loop. Pegi laju gamaknya sampai xsedar diri. So aku manage to cover 30KM in 5 hours. It still good timing seems aku start 1jam setengah lewat dari orang lain.


Overall aku boleh kata barang ni work dgn aku. Aku sentiasa berada pada paras par in energy level. So far xda issue dengan perut. Recovery pon very good secara keseluruhan. So what more i can say? 


kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

Blogger said...

Sports betting system makes +$3,624 PROFIT last week...

Z-Code System winning picks and predictions for NFL, NBA, MLB & NHL...

Blogger said...

New Diet Taps into Pioneering Plan to Help Dieters Lose 20 Pounds within Just 21 Days!