Pages

Exploration - TransTitiwangsa Reverse (V1)


27 Jan 2014 
Aku dekat hospital masa ni lepas operation. Bangun ja tido dpa message kat bawah ni. 

Sam : Arman, minat nak join Trip V1 daytrip? CNY weekend.
Aku: V1 kat mana bro?
Sam: TransTitiwangsa, Daytrip, 24h, reverse. Baca kat blog aku, tu normal trip. 
Aku: I am in. *Tanpa fikir panjang. Xpasti sebab mamai ubat atau sebab dengar pasal elevation.


Lepas aku keluar dari hospital, aku buat few research pasal normal trip yg biasa orang buat. So aku PM few people. Aku byk dpt input yg trip ni agak kejam dan normal orang buat dalam 5 hari 4 malam. So aku xpuas hati and did more study pasal V1. V1 ni shortname untuk Transtitiwangsa route 1 dimana dia akan melalui 3 puncak tertinggi dalam kategori G7 (gunung lebih 7000 kaki dan mmg ada 7 je pon kat semenanjung ni). So lepas Gunuh Tahan (yg tetinggi disemenanjung), Gunung Korbu, Gunung Gayung dan Gunung Yong Belar berada dalam turutan selebihnya dalam G7. Jadi trip ni akan cover 3 gunung tertinggi disemenanjung dan tambahan kepada few gunung lain yg berada dalam jajaran yang sama dimana ada Gunung Chuban dan Gunung Juction. So lepas tu baru aku realize, this is not a joke. 
Pic credit to Sam

Secara dasar aku dah berkira, ada possibility aku akan DNS trip ni kalau lepas Patriot200 aku xleh recover. Dengan distance cover 130KM in Patriot dan trip ni just 5 days away so aku xpasti recovery aku akan berjalan dgn baik. So nak sedapkan hati aku just follow my body condition till the day aku tiba dekat Pudu sebelum bergerak ke Ipoh for this trip. Alhamdulillah, mentally and physically aku in good condition. Cuma rasa was-was masih ada samaada aku akan habis atau DNF somewhere. 


20 Feb 2014 
So kat Pudu aku meetup dengan team yg akan involve dengan trip ni. So ada Zulfazli (youngest and ultra runner), Ray (Salomon sponsored athlete and ultra runner), Razis (Nitecore sponsor athlete and podium kaki) and Sam (ultra runner). 2 orang lagi akan diperkenalkan di Ipoh which is Am (SOS Militant) and Ryna (Greenland project athlete). Sampai kat aku, aku just coki-coki and ORS sponsor athlete, itu pon kedai bini yang sponsor. Boleh? Anyway, i am proud to be in this team, sebabnya masing2 campak tepi ideology masing2 dan bersatu to make the trip successful. 

So sampai Ipoh, aku berkenalan pulak dgn Shahlan (SOS Militant) yg akan host kami malam tu dan 2 lagi teammate yg lain. Malam tu kita more lepak2, dengar briefing sikit and packing apa yg patut. Debaran mmg terasa sgt sebab aku xpasti mental and fizikal aku akan bagi kerjasama yang baik esoknya. 


Entry Point 
So the journey begin. Awal pagi kami diberitakan Razis xdpt nak join kami. Dia mmg ada sakit perut dan berak2 sebelum mai Ipoh. So dia decide to DNS. A bit sad sebab kami kurang satu kepala but game still on. So kami naik lori dari rumah Shahlan ke Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta. Dalam 15 minit perjalanan. Kami buat sikit warm up sebelum bergerak. Kami start at 7.24am dan start dari 958 kaki dari aras laut. Arrangement dia Am akan berada didepan untuk kawal pace, then Ray and Zul kat belakang Am. Lepas tu aku Ryna and Sam last as sweeper. Masa ni awal2 aku dah terkene. Am, Zul and Ray awal2 tekan terus pace 5-6. Masa ni rasa nak terbakar paru2 aku follow depa ni.

Kem Seroja - Kem Kijang
Kami just bergerak in group. Am akan berhenti at any point kalau dia rasa dia terlalu laju. Untuk aku, aku plan to stick with my pace. Aku face difficulty at 1st one hour sebab aku mmg jenis lambat panas. Keting aku sakit giler but aku xboleh la pulak makan masa banyak sgt sebab Sam dah letak target at each of the check point. So aku xnak susahkan sesapa, aku push as much as i can. So sepanjang laluan Kem Seroja dan Kem Kijang ni kami cross beberapa kali anak sungai dan air terjun. Masa ni aku xberapa boleh nak focus sebab pace aku kuchalana habis. Laluan kawasan ni agak technical which kne ikut tepi tebing dan river crossing. Climbing sikit2. 


Last Water Point
After struggling for sometimes, kami tiba di Last Water Point. Masa ni kami reload air sebab nak ke next water point akan ambil masa dekat 5 jam. So aku kne berjimat lah dengan air. This another challenging part, disebabkan ni bukan game so smua ration kami kne pikul. Air, makan, ubat, extra kelengkapan. Beg aku pikul boleh kata dekat 10kg. Xda water station sedia air coke okay. Semua kne pikul. Lagi satu no DNF point. So kalau nak tarik diri, make sure sebelum start trip, else mmg xda jalan keluar dah. Kalau dah lepas Korbu, nak turn balik sama je distance dia kalau kira teruskan. 

Bukit Botak - Gunung Chuban (Mt Chuban)
All the way ni, aku mmg struggling. Sam dan Ryna keep encourage aku (*Thank guys). Aku keep stop few times untuk normalizekan balik heart rate aku. Dengan elevation semakin tinggi dan gerakan yang agak laju so body reaction akan jadi berbeza. Masa ni aku dah boleh rasa aku akan face AMS issue. So mcm aku learn dekat game pinoy dan climbathon, aku kne stop dan normalize balik heart rate and let my brain dptkan balik oksigen slowly. Kat sini aku terserempak dengan Zulu, one of my senior dekat VI dlu. Kami dulu sama2 main rugby and best part we played same position. Punyalah dekat kat KL dkt 20 tahun xjumpa dari lepas skolah but tgh hutan banat ni la jumpa. Anyway, masa reach Bukit Botak, cuaca amat cantik. Masa ni nampak lah banjaran titiwangsa disekeliling kami. Speechless aku masa ni. 


Gunung Korbu (Mt. Korbu) 
Masa lalu Mt Chuban, aku face AMS issue agak teruk. Masa ni aku nampak bende sekeliling aku dah jadi double. So aku duduk kejap and try to sync balik mind dan phyzikal aku. So finally dgn gagahnya we reach Mt Korbu peak. Masa ni aku berkira2 balik dgn team either aku patut teruskan atau turn back seems aku xnak slowdown the team incase kalau condition aku makin teruk dgn AMS. So dgn semangat yg budak2 giler ni smua kasi, so aku decide untuk teruskan. Sebabnya AMS ni lebih kepada penyesuaian pada persekitaran. So far fizikal aku masih tertanggung lagi untuk teruskan trip ni. So kami rehat dalam 30 minit kat puncak Korbu. Tq pada Botak (SOS Militant) yang masakkan kami maggie dan buatkan kopi O. Dia ada bawak satu lagi trip hiking buat KORGA (Mt Korbu dan Mt Gayung). 

Simpang Proton - Gunung Gayong (Mt. Gayong)
Dari Mt Korbu, route dia agak sedap sebab dia banyak menurun. Dekat sini kami melalui rabung banjaran titiwangsa. Cuaca cantik, jadi dpt la tengok gunung2 yg ada disekitarnya. Dalam hati duk terfikir, mcmmana la orang2 dulu bukak laluan ni. Sebabnya jalan dia agak clear dan bersambung dengan baik. Sepanjang laluan ni ada byk lumut. So mmg cantik, dah mcm dekat Mt Irau mossy forrest. Sebelum sampai ke Mt Gayung kita akan sampai satu simpang dipanggil Simpang Proton. So kami letak beg kami dan bergerak dalam 15 minit untuk sampai ke Mt Gayung dari simpang ni. So it in and out. 


Kem Cerek - Gunung Junction (Mt Juction)
Kami xlama dekat sini. Kami terus bergerak ke Kem Cerek. Actually kami pelan untuk sampai ke kem H20 sebelum gelap. So kami kne keep moving sejauh yg boleh masa hari terang. Route ni terus ke bawah dan agak teknikal. Dari Kem Cerek, kami kne mendaki lagi dan finally reach Mt Junction. So at this point kami dah cover 4 gunung. Masa ni hari terang lagi so kami kne bergerak cepat ke Kem H2O sebab air kami makin kurang dan cuaca dah mula nak gelap dan sejuk. 


Kem H20 - Anak Yong Belar
Plan asal nak layan diner dekat Kem H2O, tpi disebabkan team dah start slow down so kami decide tuk refuel dlu. Masa ni hari dah mula gelap. So kami layan diner dlu dekat satu false peak. Kami prepare barang tuk aktiviti malam. Masa ni suhu dah start drop dan mood dah start masuk mood kelawar. Route area ni pada aku total teknikal. Byk climb antara pokok tumbang dan akar kayu. Not that easy and upper body strength mmg kne ada. So kami reach kem H20 dah senja. Kat sini kami meetup dengan satu lagi group hiking yang buat V1. 

Tah mcm mana boleh pulak ada yg kenal. So dpt la milo panas barang segelas dua. Kat sini kami break lama skit. Buang apa patut, refuel apa patut sebelum mula dgn next challenge. Tq Razinah and the team for milo. So kami teruskan perjalanan lagi. After 12 hours, kami still in mood to conquere satu lagi peak tertinggi di semenanjung iaitu Mt Yong Belar. But it not come as easy as we think. Dari 1500 kaki, kami kne daki ke 2100 kaki. Masa ni kalau xcekal memang menyumpah je la. 

Kem Kuali - Gunung Yong Belar (Mt. Yong Belar) 
Masa ni aku xpasti dah lalu Anak Yong Belar ke idak sebab tau2 dah sampai ke Kem Kuali. At this point, aku rasa aku dah masuk fasa mind over body. Otak aku dah xda fungsi. It already in auto mode. Aku just move, the team also just move. Naik.. naik dan terus naikkkkk. Dengan cuaca drop till 17', jalan mencanak naik turun, dengan ketajaman elevation. Aku rasa auto mode is a good decision. So aku biar ja badan aku bergerak dan freekan mind aku dari sebarang gangguan. So finally kami sampai puncak Yong Belar. Masa ni tuhan ja tau berapa release otak aku. So it sub 20h with all this peak. Lps dari ni xda dah high elevation. It just all down and some simple climb (katanya.. ni smua salah Ryna.. acik tertipu).


Kem Kasut - Kem Tudung Periuk 
Aku rasa part ni yg agak mengganggu keseluruhan perjalanan kami. Nak ke Kem Kasut, perjalanan all the way down tapi amat teknikal. Dengan suhu agak sejuk dan dah dkt2 pagi jadi focus agak kacau masa ni. Dekat Kem Kasut kami refuel lagi, masa ni aku kne gastrik agak teruk so aku kne stop few times untuk refuel madu. Aku learn dari Craze Ultra dimana madu byk membantu untuk normalisekan balik lebihan asid dalam perut. So aku amek 2 stick tiap jam. It work tpi aku kne keep makan dan refuel setiap jam. 


The next challenge is ke Kem Tudung Periuk. Kami duk move all the way tpi xjugak jumpa jalan keluar. Aku rasa part ni paling panjang yg ada dari keseluruhan trip. So lepas dari trip ni kami find out kami ikut long way. Rupanya ada 2 route dimana route satu lagi tu baru dibuka. So disebabkan penat kami terlepas pandang. Masa ni mood smua dah kuchalana but masih terkawal. Kentutan dah berpuluh kali but masih jugak xjumpa Tudung Periuknya. Route pulak turun tapi amat teknikal. Kami duk cari landmark anak sungai tapi mmg xda dalam radar. After few hours baru jumpa anak sungai but byk pulak climb lps tu. Masa ni aku dah xfikir dah. Mmg hati kata lantak lah nak ada climb lagi ke idak. We just keep moving. 

Am guide kami agak marah bila sampai ke Kem Tudung Periuk. Habis smua hantu and jin dia maki kat kem ni. Post game baru kami realize ada confusion dgn track baru ni. Bukan salah Am pon. It add more mileage to the team and best part smua happy dengan siksaan ni. Sekurangnya extra mileage dan timing pon dalam range target so it bonus. 


Blue Valley/Cabin, Cameron Highland, Pahang.
So last stretch ni satu lagi kisah seram. Sam aspect it the same entry point masa dia buat 1st trip dulu tapi rupanya bukan. So ada extra mileage jugak dkt sini. Kat sini kne naik turun dekat 6 puncak range around 1400 kaki ke 1800 kaki. Mmg route ni xkasi kami keluar dengan senang hati. Masa ni ada yg dah start tido tgh2 track. Aku rasa dah masuk fasa mimpi ngeri. Mata pon dah xberapa boleh nak bukak. Masa ni perut aku betul2 meragam. Gastrik kaw2. But kami kne keep moving sebab lagi lama kami dalam track mental and fizikal akan terus down. So dgn konsisten pace kami terus bergerak. 


Finally kami sampai ke Blue Valley. Masa ni tuhan ja tau perasaan all the team member. There is no injury and smua selamat keluar. Timing 25 jam 40 minit.


Overall
Aku boleh kata this reverse route agak tough. Total 58KM with 4600+- elevation gain. 5 gunung dengan 3 G7, 1 G6 dan 1 G5. Dari Ulu Kinta ke Mt Korbu, kita sudah kne kaw2 21KM dgn very high elevation dan consistence elevation naik turun lepas tu. Kalau nak compare dengan normal route aku rasa yang ini lebih mencabar. Dgn timing given lagi so it really challenge our mental dan physical. 


Masa keluar ke pekan Cameron Highland aku duk fikir apa lah yg aku buat kat sini. Dari start a night before aku mmg xconfident dpt habiskan. But again, the role play by team member mmg boost semangat untuk kita teruskan. 

Million Thanks 
1. Sam.. sebab percaya dekat aku to be in this team... encourage me all the way (secara langsung atau tidak).. arrangement dari mula sampai balik.. aku kasi kau giler tahap 5 for now..
2. Am.. our guide.. serius aku happy dgn character gile hang.. u can be a good ultra runner one day.. harap kau consider ni.. boleh podium insyallah.. 
3. Ryna.. sebab push aku at 1st leg.. wanita besi.. kau pon sama.. please consider to do ultra.. insyallah boleh podium.. 
4. Ray.. Zul.. trusting me and keep encourage each other to move.. rahsia kentutan akan terus dikenang.. 
5. Razis.. walaupon hang xdpt ikut, aku yakin hati hang masih xpuas.. insyallah ada rejki kita repeat.. 
6. Shahlan and family.. untuk logistic arrangement di Ipoh sampai la kami balik.. jasa anda amat dikenang.
7. Botak.. Boy.. Razinah.. untuk maggie.. kopi o.. milo o.. transport keluar.. 
8. Team Pacat.. yang sentiasa follow perkembangan aku.. 
9. Ketum Ultra.. yg juga sentiasa mengambil berat.. 
10. Kawan2 yg mendoakan.. 

Last but not least.. Suzi and anak2 yang always give me strength in what ever crazy things i did.. 

So insaf? 

Dgr dah ada yang keluarkan map for V2... jahanam...

* Another report from Sam can be seen here.
** Picture credit to Sam, Ray and Ryna.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :