Pages

Hydration Pack - Yang Mana Satu

Pic credit to Marlina
Aku nak tulis lama dah pasal mende ni dan sebenarnya byk org pm aku tanya pasal hal ni. So let cover this topic here. 

Sejarah
Untuk yg xtau hydration pack (HP) dah ada dalam market for past 25 years. Kegunaan asal lebih kepada kegunaan dimedan perang. Yup, askar yg pakai mende ni dulu. So kalau dpa bergerak, ada bladder, getah paip tuk sedut air, ada byk kocek kat haversack tuk letak barang. So HP berevolusi dari masa ke semasa. Awal2 dlu ramai yang pakai for adventure race, lepas tu budak2 hiking pakai, lepas tu biking, kayaking sampai la today mana2 orang pakai HP tuk any activity outdoor. 
Army dah pakai mende ni lama dah.. dan ianya terus berevolusi

So aku nak cover untuk ultra ja for now, sukan lain korang cari la kisah dia sendiri. So dari masa kesemasa pelari2 ultra mula berevolusi mengikut persekitaran. Pada awal2 dlu Camelback adalah jenama yg popular dalam US army. So depa ni pelopor asal evolusi ni. Kalau kita tgk today pon mcm2 version dalam koleksi depa. Lepas tu datang Raidlight dimana dpa ni popular untuk desert race. Apa yg aku nampak kebanyakan model yg ada pasaran datang dari evolusi product ni. Lepas tu baru muncul product2 lain macam Ultimate direction (UD) dan Solomon yg lebih focus kepada kegunaan trail.
UD



Kegunaan
So yang mana satu pilihan kalbu. Beg ni datang kebanyakannya dgn fuction yg agak berbeza mengikut brand. Setiap brand datang dgn material dan design dpa sendiri. So kita kne tgk game apa yg nak kita pegi. Beg ni ada dalam bentuk liter (size barang yang boleh diisi), contoh kes aku. Aku guna 5Liter untuk any short run, full support game. Kalau semi support aku akan bwk 12liter punya yg agak besar supaya aku boleh letak byk skit barang. Kalau selfsupport or CP jauh2 or organizer baru aku akan bawak yg 20liter punya. Ni aku kne pikul smua ration untuk aku sustain the game. 
Salomon

Kalau kita tgk byk in market pakai yg bentuk vest. Ini popular untuk UD and Solomon. Untuk aku, for short run amat sesuai but for long aku xpasti. 

Jenama
Untuk aku, aku pernah pakai few brand. Tapi so far only Raidlight yang lekat dgn aku. So far aku pakai Almo 5 (original), Almo 20 dan Trail XP. Satu sebab, harga dia reasonable. Kedua tali kat dada ada kusyen so less blister, bouncing dan lebih selesa. Satu lagi, Raidlight yg paling awal kuar dgn model poket dekat depan dengan botol getah sedut trus ke mulut. So it easy and faster dari model lain yang pakai bladder. Pakai bladder ni problem skit bila reach CP, kita kne bukak beg untuk isi air dan selalu amat buang masa. Cuma satu problem, brand ni xda yang jadi reseller kat Malaysia and ken beli direct dari page depa.  
Raidlight... popular dgn desert race

Anyway, Raidlight adalah pelopor product desert race for sometimes in the market kalau nak compare dgn UD, Solomon and the rest. So it already in ultra scene for sometimes dan product ni agak popular di Europe compare with Asian. 

Harga
Untuk pengetahuan, HP ni xda yang murah. Again it depends on brand. Masa aku mula2 lari dlu aku pakai brand Deuter Vietnam. Aku sustain byk game dengan beg ni. Sampai ada yg gelakkan aku masa aku lari kat TNF SG kata beg deuter aku ni org bawak pegi kebun. Anyway, aku habis the game and yg pakai beg mahal ni DNF the game. So pada aku it about the function. Lepas tu baru aku move ke Raidlight. 
My 1st proper beg.. RD Almo 5L

Aku pernah pinjam kawan2 guna untuk brand2 lain but semua kasi aku masalah especially on blister dan xmuat isi some mandatory item. All this is subjective, so kita kne try test baru kita tau dia sesuai ke idak. Kne ingat, it about material, cost and function. Not about berapa cantik beg tu.
My 2nd one.. RD 20L

My latest one.. RD Trail XP

So pilih beg yg sesuai untuk condition.. kne tgk pada
- jenis game
- cuaca
- format game
- posture larian
- dan poket.

So pilih jangan xpilih.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :