Pages

Race Report - Kuching Marathon 2014

After the game

Pre Trip
Trip ni dah dirancang awal. Niat asal aku nak repeat TMBT tahun ni which TMBT and Kuching Marathon (KM) KM ni clash. but  Suzie beria nak lari Kuching. Sebabnya, 1st FM dekat Sarawak so she want to run this game selain dari nak support kawan2 yg organise. So aku ok jer, jadi kami plan nak turun awal and go to run few mountain yg ada. 

Dalam list ada Mt Santubong, Mt Serapi, Mt Singai dan Mt Gading. Selain tu ada 2 gua dalam list which is Wind Cave and Fairy Cave. Jadi logistic pon dah diplan awal supaya xkelam kabut. Tpi kita merancang tuhan yang menentukan. 2 weeks sebelum game, opis nak aku ke Singapore for some activities on Saturday, a day before the game. 
Meet Yahya..

Dinner at Topspot

Dalam hati tuhan ja yang tahu emosi aku masa tu. Kne pulak masa ni team aku ramai yg pergi bercuti. So aku xda pilihan selain dari make a good excuse and discuss on how we can handle this. So lps discuss panjang dengan big boss aku, as win win situation, aku mtk company provide flight ticket untuk aku fly ke SG on Friday night and aku akan ada kat SG on Saturday and came back to Kuching malam sebelum game. So that is what happen. So aku la yg penat dalam hal ni. Satu sbb nak handle Suzie and her family and kedua sebab project ni punya hal. 

Interm of training, aku xda byk issue sebab aku in schedule for my big game end of next month. So KM is just part of my LSD. Nothing much, just plan to maintain a pace 7-8minit/km. So aku boleh habis dalam 5-6 jam. For Suzie, dia pon just come to have leasure run dgn aku and paling penting dia nak support kawan2 dia. 


14 Aug - Khamis
Kami bergerak seawal pagi on Thursday. Aku agak lemau sebenarnya sebab mlm sebelumnya aku duk layan budak2 ketum buat some simple run and some video interview. Ni project untk P100 dan lebih kepada percubaan.  Nak jadi lagi hal at 12am opis call, so aku kat opis lepas tu sampai jam 3am. So dalam flight ke Kuching aku layan tido xingat punya. 
Mee Kolok 2 pinggan

Sampai Kuching kami sewa kereta je sebab Suzie ramai kawan sini. Jadi it not hard to move around. Kami terus ke hotel check in and make a move to Plaza Merdeka amik bip. It very fast process and after that kmi meetup dgn family Suzi for some Mee Kolok session. Nothing much today sebab aku pon keletihan so we just do some simple walk and run dkt waterfront petang tu. 

Family Suzi pon stay near dgn hotel kami so we get to a dinner together and have a chat for the whole night. 


15 Aug - Jumaat
Pagi ni kami kesiangan. Aku terlajak, Suzi pon terlajak sebab masing2 lemau. So aku kne replan balik aktiviti kami. Patutnya semalamnya kami akan naik Mt Santubong, tapi sebab stuck dgn family activities so kami tolak ke hari ni. Ken plak dah bangun lambat. So kami berkira2, kami kne postpone dan select yg mana paling mudah untuk diaccess.

So kami decide to do caving dan maybe kalau sempat satu gunung yg paling senang sebelum balik. Malamnya aku nak kne fly ke Singapore for  Saturday activities. So kami pon hentam ke Bau to explore 2 gua yg ada dalam list. But all the way kami terjumpa satu lagi gua dan kami hentam jugak to view this place. Dungg.. so 3 gua kami hentam today. 

Wind Cave
Gua ni kecik je, well maintain. Very nice pada beginner. Kne bawak headlamp kalau nak tgk bumbung gua. Ada few trail luar gua ni.


Tapau Cave
Masa all the way ke Fairy Cave, kami jumpa satu gua tepi jalan. So kami pon redah la naik. Tgk ada tokong dalam gua tu. Amat bersih gua ni dan masuk kne kaki ayam. So we just pusing2 and take picture and enjoy the view. Dkt luar gua ada kolam air. Cantik tempat dia. Belakang gua ni ada kumpulan batu2 mcm pinaccle kat Mulu. Rasa mmg structure kerak bumi sini berbatu mcm tu. 


Fairy Cave
Ni gua tercatik setakat ni. Nak masuk kne mendaki tangga dalam 4 tingkat bangunan. Kne masuk satu dan ikut laluan kecik anak tangga. Lps area ni kita akan masuk terus ke bahagia gua yg paling besar. Masa sampai dalam perut gua xberkelip mata aku. Amatttttttt cantik gua dia. Aku pernah layan few gua sebelum ni dan aku rasa ini yang paling cantik.

Dalam dia amat bersih dan sejuk. Dengan pemandangan dari pantulan cahaya dari luar. Subhanallah. Rasa xnak balik. Suzi keep moving around amek gamba sampai rasa mcm xsudah2. Seriusly kalau ada peluang, aku akan datang ke gua ni.


So lepas tu ada sikit masa lagi jadi kami decide nak explore Mt Singai. Berpusing cari sebab gunung ni xda dalam list gunung berdaftar. Rupanya belakang rumah orang trail head dia. Trail ni maintain by church dan ada proper tangga sampai ke kawasan tgh gunung. Ada satu church kat sini dan ada jalan lain sambung smapai ke peak. Kami decide jalan sampai satu bahagian ja sebab kejarkan masa nak ke serian pulak layan some food kat sana. As far kami tau mana nak masuk insyallah kami akan mai lagi repeat. 

So smua gunung yg dirancang xdpt nak execute. Dpt la 3 gua and 1 gunung half way. But amat memenatkan. So kami plan nak repeat lagi soon on weekend trip pulak. Lps lunch kat Serian we make a move to Kuching dan aku siap2 terus ke airport. Aku kne amek 2 flight. Satu fligh ke KLIA dan dari KLIA aku kne amek satu flight lagi ke SG. So aku reach SG at 12AM. Sampai ja hotel, aku letak je kepala terus tdo. 




16 Aug - Sabtu
At 6am aku dah bangun terpisat2. Terus make a move to opis for some activities. Aku stuck sampai jam 4PM dan terus make a move to airport balik ke Kuching. Again, aku kne balik KL dlu then baru amek another flight ke Kuching. At this point Suzi just stay in Kuching with her family and enjoy their time together.

Aku sampai Kuching balik at 12AM. Masa ni Suzi ngadu dia demam. Aku buat simple test nak tgk dia boleh lari ke idak. Tgk2 mental and fizikal dia mmg xboleh blah dah. So blik hotel, aku suh dia amek ubat and tdo. Xpyh fikir pasal game. Pada aku xberbaloi nak risk hidup kita ni untuk hobby yg kita ada. Dia nagis jugak lah sebab dari awal lagi dia yg beria nak lari tpi xdpt. 


17 Aug - Ahad
For now aku tukar plan sebab plan asal nak lari sama2. So aku buang smua barang dalam beg and tinggalkan few mende je. Sampai hotel aku siap2 and terus make a move to starting line. Masa ni mood aku atas par sebab masih letih dan mengantuk. Aku tawakal je sebab aku yakin dengan cutoff 7 jam insyallah klu jalan pon boleh habis. 

In this game aku try few things as part of my preparation for next game.
1. Aku xsapu vaselin pada bahagian2 geseran. Contoh ketiak, kaki dan celah beda. Just want to see how it react untuk game awal pagi nih. 
= It work well, xda melecet sampai habis game. But untuk game panas aku rasa still kne bawak.

2. Aku xbawak gel (dah setahun xpakai gel), aku xbawak honey stick (1st game aku buat mcm ni), aku bawak oat sweet (baru dalam pasaran), aku xbawak electrolyte tablet (aku ganti ngan 100+ botol), aku xbawak coke (aku ganti dgn air teh o botol).
= all work well. xda kelaparan melampau, gastric, kepenatan melampau.

3. Aku main dgn pace, so 1st 25KM aku plan main range 6-7minit/KM dan 2nd half 7-8minit/KM
= as a plan, aku manage tuk maintain pace ni dan aku rasa still strong all the way the route.

So aku manage reach finishing around 5jam 40minit. Seriusly no issue and i still feel so strong. Cuma ada ngantuk skit, maybe aku xda proper kafein intake. Ada few mistake aku buat and lesson learn.
1. Aku rehat lama sangat. 
= Masa kat 25KM mark, aku duduk agak lama sini layan makan oat. So i lost the momentum and rugi skit on timing and pace.

2. Aku start to fast.
= Aku rasa aku start to fast so masa 1st 5KM aku rasa keting aku agak sakit.

Habis game aku balik hotel and implement post game plan. Bangun ja tdo, all back to normal. Xda penat or sakit2 badan.

So overall aku boleh kata 
1. Trip ni amat memenatkan but what todo, diluah mati katak, ditelan kenyang pulak.
2. Kesian kat Suzi, dia yg beria nak lari but xdapat sebab factor kesihatan. But it okay, we plan to come back for some short trip. Kne la beli jiwa skit.
3. Organizer.. thumb up. Game aku boleh kata smua basic things is in place.. even better dari game2 yg dah lama ada dalam market. Ada 2 issue yg aku nampak but it can be improve lah.
   - RPC, rasa boleh bykkan counter lagi.
   - Jalan dibukak kat finishing 1 hour before cutoff, rasa boleh start lagi awal or close sampai cutoff time. 
4. Crowd dari local people.. thump up jugak.. aku rasa yg paling cool stakat ni.. people in Kuching always make me smile..
5. Polis, volunteer, majlis bandaran dan smua yg terlibat.. thumb up.. WS bersih.. air sampai ke tangan.. xda kurang dari segi logistic..

So aku yakin korang dah build-up some reputation situ. Just kipidup dan make the 2nd edition more meaningful. For me, i always love Borneo. The people.. food, view.. everything.. sampai aku kawin ngan Borneo girl lah.. So meaningful 4 days.. full of drama and fun.. will be there again next year.. insyallah...

* Photo credit to Zas.. MarathonMalaysia.. SeanWorld.. Ashe and Vivian..

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :