Pages

KETUM Ultra


Banyak soalan datang pada aku tentang topic diatas. Jadi aku rasa baik aku terangkan kat sini. Secara dasar, KETUM Ultra adalah satu pergerakan baru yg akan memfokus kepada exploration. Yup, bukan untuk suka2 but it more about exploration. Seperti biasa PACAT akan menaung gerakan ini dari sudut coordination. 

Actually bukan aku yang memulakan gerakan ni. Permulaan asal lebih kepada bro zack and bro gaz selepas dari exploration on Gazek Trail. Mereka ni antara org lama yg ada dalam scene outdoor secara tegar. Lepas tu masuk Zaini, Man Shukor dan Azfar. Masing2 ada kelebihan dan kepakaran masing2. Ada yg main MTB, Ultra runner, rugger, ironman, geli2 runners, photographer dan macam2. Jadi main point adalah depa suka pada outdoor dan suka nak explore tempat dan perkara baru. 

Jadi tertubuh la KETUM Ultra yg akan bergerak untuk membuka track dan kawasan baru. So far Gazek trail telah diwartakan untuk sector 1 yg cover dalam 25KM dalam trail sahaja. Next trip kita akan bukak Trail dari Kemensah ke Janda Baik (KJB). Kemensah ke Sg Congkak (KSG). Kemensah ke Sg Pusu (KSP) dan epic trail Genting Bidai. Ni baru perancangan.  Trail2 ni boleh cover about 100KM kalau betul2 ditandakan. 

Selain dari trail2 ni. Kita jugak ada plan for few more trail di Kuala Kubu Baru dan Bangi. So aku rasa ini adalah permulaan baru kepada gerakan ultra running di Malaysia especially trail running. Kita bukan nak cari nama or pasal but suka kalau ada trail2 baru dibuat dan lebih banyak game akan ada lepas dari ni. Kebanyakan exploration adalah close invitation sebab kami xdpt nak handle ramai2. 

So semua plan kmi kne buat slow2 sebab masing2 sibuk dgn game dan kerjaya masing2. Jadi insyallah nantikan update dari kami. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

azrul said...

jgn lupa ajak aku utk trip kemensah ke janda baik..blkg umah jer..hahaha

kuchalana said...

Ok bro... insyallah