Pages

My Way - Heat Stress / Heat Stroke


Ada kawan2 PM aku asking about Beaufort Ultra especially dengan sejarah cuacanya. Dah byk sgt soalan, so aku rsa it good to talk about it in one entry. Aku rasa, the best way to learn is to enroll the game. Dari situ kita akan gain the real truth about the challenge. Some say LSD will help, mileage will help in Ultra but pada aku tu smua xcukup. Sebab Ultra ni really subjective. Each game give a different challenge and kita kne prepare tuk tacle each of this challenge. Sebab tu pada aku better enroll the game, plan and prepare. Sebab pengalaman tu xboleh dikira dgn mielage dan berapa laju kita boleh buat in timing. 

So for Beafort cuacanya mmmg panas dan buat lebih menarik bukan je panas tapi hujan dan ribut diberikan sekali. So it a good lesson. So untuk game panas ni yang paling penting pada hemah aku adalah untuk kita kawal suhu core badan kita. Xboleh jadikan dia terlalu panas. So kita kne maintain suhu badan kita pada paras par. Camna nak ukur? It simple, kalau kita dah xboleh nak pi dah or dah start cramp or dah start pening2 or dah xboleh blah or peluh melampau2 so kita tau kita kne kawal core kita. Jadi apa yang boleh kita buat, minum. Yup jangan byak but take a sip at each KM. Ni untuk maintain badan kita sentiasa berair. Sebabnya bila panas, peluh akan keluar untuk sejukkan badan kita. Bila dah xda air, so camna peluh nak sejukkan badan. Jadi kne minum. Jangan tunggu waterstation atau dah lembik atau dah xboleh blah baru nak minum. Minum sebelum anda diminumkan.

Satu lagi, bila dah sampai WS, relax dan sejukkan badan. Cari tempat redup dan refill. Organiser yg baik dia akan sediakan sponge untuk air atau ais. So sejukkan dari kepala bawak ke bawah. Selalu aku akan basahkan kepala dan upper body. Bahu, dada, peha, pinggang dan belakang. Serius it really help. Amek masa sikit tuk sejukkan badan xpa sebab lps tu kita akan pergi dengan lbh effective. Aku jugak akan rendam atau basahkan topi atau buff untuk aku carry lps WS. So boleh la tahan panas dalam 2..3KM. But becarefull, jgn sampai korg basahkan kasut. Kalau kasut dah terbasah, so beware on blister. Dalam cuaca panas dgn kasut basah mmg hotspot sng terbentuk. 

So apa tanda2 heat stress or stroke 
- Pening
- Nak Pitam
- Berpinar2
- Sakit perut or muntah2
- Kulit yg panas or pucat
- Xboleh berlari dan berjalan
- Berpeluh melampau atau xda peluh langsung
- Dehydrate.

So kalau dah ada tanda2 ni, korang stop. Cari bantuan atau bantu diri sendiri. Cari tempat redup, refill dan sejukkan badan. Worst condition DNF pon xpa, sebab game can wait. Jangan main2 ada kes mati sebab hal mcm ni. Kalau MSN punya method dia akan rendam badan kita dalam air. 

Perkara2 yg boleh kita pertimbangkan untuk meminimumkan issue ni.
- Pakai pakaian yg terang kalau berlari dalam panas. Jgn le pakai baju gelap, serap dia panas tu kaw2 punya. 
- Cari pakaian yang serap air jadi dia akan help sejukkan badan. Ada baju yg mmg jenis sejuk jadi material kain memainkan peranan. Jangan nak cantik je, kegunaan lebih penting.
- Pakai la sun glasses. It will help to control our vision and mental stress dari silau. Silau ni buat otak dan badan cepat letih.
- Pakai compression dkt lower body, it will help to minimumkan cramp. Bila panas byk berpeluh dan garam akan terembes dengan byk, posibility cramp amat tinggi.
- Orang yg besar dan ada fat level yg tinggi atau yg ada byk muscle kne berhati2. Sebab senang kumpul panas dekat lemak dan  otot besar akan add more heat bila byk bergerak. 
- Add electrolite dan garam dalam air yg kita minum. In balance electrolite pon akan cause heat stress or stroke. 
- Sapu la sun block kat badan sebelum lari, it will help tuk kawal skit kerengsaan kulit masa dan lepas game. 
- Amek air sejuk masa game. Klu ada ice.. masukkan dalam bladder kita. Dia akan bantu sejuk dari dalam. 

Jadi, dalam kes panas ni, kita kne ada ilmu. Pengalaman pulak akan bantu kita improve ilmu kita tu. Apa yg aku tulis ni ikut pengalaman aku. So mungkin ada cara lain, it subjective mengikut keadaan masing2. Aku banyak berckp pasal Beaufort dan aku xreview lagi pasal cuaca P100. Actually dia lebih kurang sama like Beaufort. P100 challenge dia adalah cuaca. Cuaca di Putrajaya boleh naik sampai 42'c waktu siang dan 22'c malam. So it very hot. But i believe this is the challenge yg kita kne handle.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :