Pages

Explore - MCP Trail


Ramai duk pm aku bila aku post gambo trail ni. So kat sini aku kasi details skit lah pasal trail ni. Actually dah lama aku follow Pak Din Nordin dkt FB. Dia ni agak dikenali dalam dunia outdoor ni. Dia jugak ada bawak trip hiking, kayuh, bukak trail dan mcm2 hatta activity belon panas.

So aku learn about Trail Ladang Bangi dari dia 2 years back. So aku selalu berLSD kat sini ngan Team PAcat masa tu but now trail ni dah jadi kawasan perumahan. So now dia bukak pulak satu trail baru dkt Bukit Mahkota. Actually trail ni mmg dah ada orang kayuh before. Tpi tidak dikomersialkan. Jadi dgn inisiatif Pak Din dan geng2 BMB Riders dpa bukak trail ni officially.

Dalam sbulan dua ni, dpa buat marking, clearkan track, buat jambatan elok2, clearkan sampah, pokok tumbang apa smua. So aku polo je dpa ni sebabnya track ni 15 minit je dari rumah aku. Dari masa ke semasa aku nak turun and try track ni tpi xberksempatan sampai la last week. Aku bangun tdo, trus dpt ilham dan redah ke track ni. Actually ramai off road bikers main dkt sini. Aku rasa almost all the time ada orang dkt sini. Pemandangan mmg amat cantik dkt track ni.

So itu la serba sedikit sejarah trail ni. Details lain.

Trail Head
Ritu sejam jugak la aku berpusing cari trail head dia. Trailhead dia tepi jalan je. Kalau dari Tol Utara Selatan keluar Tol Bukit Mahkota. 1st Trafic light belok kanan. Terus.. T Juction belok kiri.. Terus T juction belok kanan. Terus sampai jumpa rumah kedai kat sblah kiri. Parking kat area dpn main road. So jalan sampai end of the block tu tgk sbrang jalan ada tmpt pembuangan sampah. Kat situ la starting dia. Kne jalan sampai la sampai jumpa marking.

Trail Condition
Trail dia amat simple dan cantik. Laluan boleh muat satu basikal dan sorang berlari. Jarak boleh dapat dalam 4KM satu loop. Ada 2 bukit sekitar ni dan peak tertinggi dalam 100 meter. So kalau yg nak berlari, aku rasa kne buat 5 loop baru rsa. Marker is everywhere dan aku yakin xkan sesat sebab apa pon berlaku korang akan kuar ke kawasan perumahan berhampiran. Kawasan ni loop sbnarnya dan keliling adalah rumah orang.

Term and Condition
1. Binatang liar
Actually aku yakin byk binatang liar kat kawasan ni. Ada terjumpa kawasan limbah babi hutan, ada banyak cicak hutan dan burung2 hutan. So aku rasa mungkin jugak ada binatang bisa dan buas kat kawasan ni. Bukan nak menakutkan tpi itu risiko yg kita kne ambik kalau pegi mana2 hutan pon. Area ni pon ada satu kawasan paya yg agak besar. So berhati2 bila beriadah. Elok mai berkawan.

2. Kebersihan
Setakat ni kawasan ni amat bersih. So aku berharap pada kita yg nak guna trail ni show a respect pada tuan tanah dan alam sekitar tu sendiri. Sampah bawak keluar. Jgn le mandai2 tebang pokok or cabut itu ini unless mereka yg bertangjwb dgn persekitaran MCP ni. Jaga jugak la ekosistem yg dah sedia cantik kat sini. Serius, aku suprise sbb tmpt ni mmg cantik.

3. Hormat menghormati
Pada yg kayuh hormat pada yg berkaki. Pada yg berkaki hormat pada yg berkayuh. Give way, tegur dan senyum.

So another great venue to run, hike or kayuh sekitar bangi dan putrajaya. It trail okay.

Ole.



kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :