Pages

KOBL - Pre Game Review



Aku rasa setakat ni KOBL adalah game yg paling banyak bagi kami pengalaman maha hebat. Terlalu banyak issue berbangkit untuk merealisasikan game ni dan kami xsangka ianya menjadi begitu sukar. Secara jujur at one level kami rasa terlalu banyak red tape dalam agensi2 yang terlibat. Banyak jalan buntu dan kekangan sengal yang terpaksa kami tolak dan ansurkan. Aku buat entry sebelum real game ni bukan apa, sebab aku berharap kita dapat appriciate apa yg berlaku terutama kepada yang enroll. Bukan untuk kontroversi atau enarik perhatian tpi sekadar kita tahu game ini telah mengorbankan banyak effort, masa dan wang. Jadi boleh jadi pengajaran samada yg akan organise game atau yg akan enroll game. 

1. Terima Kasih xterhingga pada mereka yang enroll. Aku yakin, ada yang tahu dan ada yang xtahu what is KOBL all about. Pada yang tahu, tahniah kerana anda berani menyahut cabaran yang akan diberikan. Mcm yg Team PACat janjikan, kami akan sentiasa memberikan kelainan dan keistimewaan untuk setiap game yg akan kami ketengahkan. Pada yg xtahu dan xnak amek tau, aku advise, kalau xpercaya pada waterstation at each 3KM, tolong bawak hydration beg and extra food.  Actually Xramai yg bertanya tentang elevation profile dan why cutoff is 5 hours. So aku xnak jawab today. Let hear it after post KOBL.

2. Complain yang kami terima...
- Mempertikaikan kemampuan
Malaysian runners bergerak dgn sentimen. Dpa bergerak ikut sesuatu bangsa dan bukan kepada kemampuan. This is fact dan kami mendapat byk persoalan tentang kemampuan kami. Aku xsalahkan spa2 dalam hal ni sbb kita telah dimomokkan dengan kisah kebangsaan dari zaman sebelum merdeka lagi. Jadi it will never change. As kmi Team Pacat, we are really open dalam penerimaan bangsa. Yg penting kami mahukan kelainan dan cabaran. Maybe kami ultra runner so kami selalu xbyk songeh dalam mempertikaikan itu dan ini.

- Fee Mahal
Fee mahal sgt dan dpt medal ja. This is the best part. Aku pernah tulis pasal satu game last year yg letak fee RM130 for FM dan aku rasa itu yg paling mahal tahun lps for FM. Ada few runners hentam aku pasal hal ni. See this year, kasi tau aku game HM mana yg below RM70 and FM yg below RM100? Nowaday, 10KM pon dah RM70 ringgit. KOBL RM70, ada 21KM, ada T, ada medal, ada cendol, ada nasi lemak, ada jalan bengkak bengkok, ada elevation > 1000 kaki, ada kabus, ada view cantik, ada jalan ketam dan macam2 lagi. Pada yg xtau, KOBL memerlukan logistic yg amat tinggi. Mungkin korg xtau yg kami perlu bayar (perhour rate) all the jip yg naik ke peak Bukti Larut sebab dpa xleh berjalan for 1 day + ada lagi permit pendakian yg amat mahal untuk setiap peserta. So kalau ikutkan RM70 mmg xcukup to run this show. 

- Hadiah skit
Ada kes runners yg complain why hadiah sikit sgt. Again aku dah sebut sebelum ni, we are not really into all this goodies. Mungkin pada yg cari "duit minyak" balik boleh berckp la pada hadiah yg skit. But people have choice. Rasa skit xpyh lari, go find a game yg lebih besar ganjaran dia. And best part yg banyk songeh ni bukan boleh podium pon. Kalau la kmi letak RM10K hadiah pon aku xrasa kaki complain ni boleh podium. Masa meeting dgn pihak berwajib, dpa xsangka yg registration for this game sold out walaupon hadiah kecik. So apa yg kami nak ketengahkan sekarang is about "CHALLENGE" and not about the goodies. 

- Xda Tshirt
Apsal xda T-Shirt? Ni pon sama, 1st thing yg runners soal kami is, kmi bayar RM70 ada t-shirt x? Actually there is a t-shirt but kami diamkan je. Sebab kami nak tgk people sentimen. Mungkin ada yg akan persoal, game pon boleh kajian ke? Yup, we are non profit base organization so we prefer to learn in this way slowly. So 4 hari seblum registration abis kmi up kata ada T + kasi design T skali. Ada pulak yg complain design x cun, material xbest, bla bla bla. So see.. kasi bising x kasi pon bising. So kelakarkan.. 

3. Yg ni pulak kisah seram yg korang kene tau supaya lebih menghargai larian anda..
- Kalau korang ingat ada sekali kami kne hold registration. Ramai yg pm bertanya. Actually happen where 2 entiti berwajib bertelegah on their teratory. Yup, kelakar actually. Org B marah sbb kami bypass kawasan dia. Org A pulak kata itu bukan kawasan dia. Jadi yg tersepit kami la organizer. At that point baru kami tau why a lot of event kantoi kat tepen. Serius, itu yg aku nampak. Actually mende mudah ja. Pada sapa paper dihantar dia la yg akan host everything, meetg, approval, poloup etc. It not happen here in tepen. At last kami perlu bayar certain amount as permit from both party. So yg rugi kami dan runners.

- Selain all this hanky panky, this group so call yg berwajib mengawal hebahan dari channel kami ditepen. So channel hebahan kami xberani nak proceed with some of the plan. Again, aku xnampak perkara ni akan menguntungkan sapa2. We organize game yg akan bawak pelancong ke Taiping so why nak jadi terlalu bossy. 

- Worst this group of ppl ask about sponsorship. Terus terang, we have sponsor but in small amount. Itu pon sebab game ni in small scale. So dpa ni nak giler2 grand punya event. Entah le, kadang2 aku rasa dpa ni bukan nak membantu pon, lbh nak tambah mslh je. Aku learn from Tourism Selangor dan PPj, they really professional. They just put guideline and we need to fullfill. Lain2 hal dpa xnak tau. 

But again we know, masuk kandang kambing kmi kne jadi kambing lah else game xjalan. Tapi kami rasa yg rugi warga tepen sendiri sebab all this red tape mmg xkan menguntungkan sesapa. 


4. Ni berita baik yang juga participant kene tau..
- Sponsorship
TOYO TYRE - Secara rasmi kami dapat penajaan terbesar dari TOYO TYRE. Some pelik sbb acara lari ditaja oleh pembekal tayar. Hey, Toyo adalah main sponsor for Rally Dakar and amat terkenal dalam dunia permotoran. Kami panggil Toyo sebab kilang dia ada kat tepen. So let them give back pada community tepen. Eh, lupa, dpa jugak sponsor hadiah tambahan pada pemenang (additional ok and it not stated in Pacat page), juga goodie beg for finisher dan juga topi for all volunteer. 
SPRITZER - Spritzer akan membekalkan mineral water for each WS. Not drinking water okay. Again kilang dpa kat tepen so let them give back pada community tepen
Tourism Perak - Dpa ni bantu kami untuk clearkan all permit fee. Jgn ingat permit utan kat tepen ni murah. So jasa mereka perlu dikenang.
Tourism Malaysia - Dpa ni bantu kami for goodie beg during the RPC. 
Mejlis Daerah Tepen - Dpa ni byk bantu kami dalam hal coordination dan kelulusan. Tanpa mereka game xdpt jalan.

- Goodies
So apa yang participant akan dpt.
RPC - Akan dpt bip + event T + goodie beg dari Tourism Malaysia.
During game - Akan ada 4 Waterstation (xtermasuk start n finish). 
Finisher Item - Medal + Nasi Lemak + Cendol + Goodie beg dari Toyo
Special goodie - Special selected hotel discount + Public Liability insurance + 21KM with elevation >1000 kaki dengan mix of 99 simpang tajam + Cuaca sejuk dan berkabus dan pemandangan yang cantik + jalan ketam.


- Participant Statistik
~So far ada 320 orang yg register
~Kuota only can go for 200 participant sahaja (1st come 1st serve basis)
~Pemain import, ada 1 dari German, 1 Indonesia, 2 Jepun, 4 Singapore dan 2 South Africa.
~Paling senior berumur 71 tahun dan paling junior 19 tahun.


So, aku harap pada yg enroll, anda akan bersedia untuk challenge edisi ini. Untuk aku dan Team PAcat, Alhamdulillah smua sudah bersedia dan kami bersedia untuk rock and roll wekend ni. Kami amat berharap game ni berjalan lancar pada hari kejadian. Kami dah lakukan terbaik untuk sediakan apa yang perlu untuk game ni. Please treat the game as small family gathering untuk mengimarahkan semula Bukit Larut yang dah lama sunyi dari sebarang game. Kalau smua okay, insyallah akan ada next edition with 21KM and 50KM. So teruskan sokongan anda kepada kami, lebih banyak no frill game and unik game akan kami ketengahkan.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

3 comments :

nicedevil19 said...

Penulisan yang terbaik bro.

Baru tau tepen tu taiping. Haha.

azrul said...

good luck and all the best to PACAT team...rugi plak tk dpt join game nih

kuchalana said...

nicedevil19 and azrul... tq guys...