Pages

Q&A - Berapa Gel Nak Pakai

Candy... i only eat this in HK100
Baru2 ni ada seorang hamba Allah bertanyakan soalan seperti dibawah pada aku.

Pelari: Berapa banyak gel yang perlu dibawa untuk acara Half Marathon?
Aku: Setakat ni berapa banyak yang kau bawak?

Pelari: Saya tanya kawan2, dorang advise bawak 10 pek..
Aku: So berapa byk yang kau makan?

Pelari: So far 2 je..

So at the end of the conversation aku just ckp, 10 pek dah boleh buat ko kenyang sehari and akan terkentut busuk tuk seminggu. Orait, actually soalan budak ni genuine. Xda silap dan bodoh dalam suatu soalan. Jadi kat sini aku nak share skit apa yg aku praktikkan.

Diawal kemenculan aku dalam arena larian ni, aku xbawak any food for refueling. Yup, my 1st HM is like hell 2 years back in SCKLM. Aku just bawak hydration beg which having 1.5 liter air 100+. Kira cerdik jugaklahkan sebab bawak air. Masa ni berat aku dkt 80KG dan i just training about few week and terus belasah HM for my 1st running event. But it a good process dimana aku belajar. So lepas tu aku dpt la ilmu untuk makan gel. So dengan patuhnya for next event aku telan gel. But masa ni aku xtau berapa byk yg perlu aku telan, bila kne telan and how it work.
Penting... at some times perut boleh kne gastrik.. ini ubat dia,.. also can help to give fast energy

So aku pon menggagau bertanya. Some kata tiap sejam satu pack, some kata dah letih baru amek, some kata tiap 10KM. Jadi aku amek pendekatan liberal dgn amek tiap 1 jam. Masa ni bodoh lagi, ngikut2 orang mcm mamat ni jugak la. Kunun gel dpt membantu untuk kita bertahan. So yup, mmg aku boleh bertahan and manage to finish the game. But few things contra berlaku antaranya

1. Harga gel ni agak mahal. Xda yg below Rm4 dalam pasaran. So kalau buat FM, kne beli sekotak jugak la.
2. Agak besar dan banyak untuk dibawak dkt spi-belt/beg. 
3. Side effect yg xberapa best which aku akan sakit perut or terkentut busuk or gastrik.

Jadi aku duk fikir what is good untuk aku. So aku learn lagi, bukak buku, search in internet, ask people. So aku dapat more info. Jadi info terbaik adalah ilmu refueling which it talk about kita perlu gantikan balik tenaga kita lepas tiap KM. Dimana kita perlukan dalam 300-400kcl tenaga tiap 10KM. So it the same as 1 pack gel atau separuh pinggan nasik atau 5 ulas roti dgn nutella etc. Jadi bila kita faham the concept then kita tau apa yg perlu diambil. So kita byk pilihan sbnarnya dari duk fikir pasal gel semata. 
Ada byk garam... kne amek consistenly..

So from there aku try amek madu lebah (honey stick) tuk gantikan gel. So at few game aku pakai madu lebah and alhamdulillah it give same effect like gel dimana madu lebah lbh murah, senang dibawa, tahan lama, serasi dengan perut dan lebih cepat kesan dia naik. So aku pon terus dgn madu lebah for few event but still xcukup sebab madu lebah is just a fast energy tapi perut still sakit kalau xamek solid food. 
One of my favorite... berat skit..
So by time aku learn tuk amek solid food. Aku bawak roti + kaya/nutella dalam potongan kecik. On top of that aku tambah dengan candy (mcm candy crash tu), some coklat keras (cadbury) dan gula2 masam. I take one of them at every 15-30 minutes and it really help to make me sustain for long event. Ok ada 2 perkara yg penting untuk diri aku.

1. Makan berat
Senang dihadam, sng dibawa, banyak kalori, murah, effective
Contoh bubur nasi, roti + kaya/nutella, daging salai, buah, sayur, sup, mee segera, burger etc

2. Makan ringan 
Fast energy, cepat melarut, murah, sng dibawa, banyak kalori, effective
Contoh madu, gula2, coke, coklat dalam erti kata lain segala makanan yg tidak menyihatkan untuk meraka yg tidak bersukan.

So dgn smua ni aku boleh adjust keperluan refuel aku. Xkisah la HM ka, FM ka, Ultra ka, kita kne refuel but what to refuel kita kena biasakan dengan badan. Try in few LSD or game tgk mana yg sesuai. Jgn ikut2 org. Ada separuh org dia xperlukan byk makanan. Cukup dgn air ja. It also depends camna kita training dan ajar badan kita. 
Fast energy... tapi xkenyang...
So for now aku mmg xamek sebarang gel, electrolite tablet, salt stick, anti fatigue dan sebagainya. Aku masih prefer kepada solid food which so far it really work. Lagi pon aku bukan pelari professional, i am just a wekenders which mencari kepuasan berlari dan meletihkan diri. So it up pada kita how we want to handle this situation. Ada yg betul2 bergantung pada gel so go ahead with that but we have a choice if we understand how our body work. 

Pada hamba Allah yg bertanya soalan tu, aku harap ianya terjawab. Train smart buddy. 

Ole. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :