Pages

My Way - Ilmu Ringkas BerHutan

Dgn Chap Ayam 1st Official Trip.. Mt Tok Wan
Actually aku dah lama nak tulis pasal perkara ni. Since banyak pulak kes recently, hilang, sesat, jatuh etc dalam dunia outdoor kita. So aku terpanggil nak share skit pengalaman tentang perkara ni. Aku percaya ramai sekarang cuba untuk berjinak2 untuk buat aktiviti outdoor. Kalau pegi bukit2 sekitar lembah klang in weekend. Penuh dengan manusia. Aku rasa it a good start. Lepas tu kalu kita pi gunung2 yg hanpir dengan lembah kelang, pon sama, almost every weekend byk group2 besar yang naik. Ada yang tido (camp) or ada yg buat daytrip. Pada yg dah lebih pengalaman selalunya dpa akan main jauh dan dalam skit. Yg ni perlukan logistic yg lebih besar. Jadi sebelum kita bermula, kita kne tau perkara paling asas dalam hal ourdoor ni. Perkara paling atas adalah KESELAMATAN. So aku olahkan seperti dibawah. Anyway, this is more sesuai untuk activity daytrip.

Organizer
Sebagai organiser satu2 xpdc, aku rasa factor keselamatan bukan perkara yg boleh dibuat main. Antara perkara yg biasa aku buat untuk daytrip.
- Amek tau fitness level setiap dari ahli kumpulan. 1st timer, way of life (smoker, drinker etc), obes, very2 fit, kanak2, org baru baik sakit, xtdo smlm etc. Semua ni penting untuk memastikan perjalanan berjalan lancar. Aku akan sentiasa perhatikan kumpulan2 istimewa ni dan akan buat fast decision ikut keadaan ahli kumpulan. Dan selalunya aku akan assign support team attached dgn kumpulan ni.
Dgn kaum dari Shah Alam.. Mt Angsi

Dgn kaum campur2.. Mt Dato

- Aku akan pecahkan kumpulan ahli mengikut keadaan dpa. Kalau yg fit aku akan pecahkan ke kumpulan fit. Yg agak2 slow aku akan masukkan dalam kumpulan slow. Jadi xda sebabkan sorang akan kacau momentem ahli yg lain. 

- Selalunya aku akan ltkkan minimum 2 org untuk monitor satu kumpulan dan max 4 org kalau ada ahli "istimewa". Sorang akan lead the trail aku panggil trail head dan sweeper which akan berada blakang skali dalam group. Kalau ada special member aku akan ltkkan sorg tgh2 untuk monitor dpa. So dpa akan berjalan / berlari dalam kumpulan ni. Jadi kata la ada injury, sweeper kne tunda or tunggu. Kalau yg dpan laju sgt dpa still xboleh lebih laju dari Trail head. Yg tgh2 ada sorg lagi akan pastikan dpa xterkeluar dari trail. So kalau ada 2 kumpulan yg bergerak, kalau kumpulan satu ada injury, sweeper atau ahli kumpulan 2 still akan jumpa  dpa ni.
Suzie Trail Head and Me Sweeper

Zinov selalu jadi Trail Head and Zul as Sweeper

- Pastikan ahli bawak mandatory item, kne advise dpa, don't aspect they know. Serius, kita xboleh agak apa yg akan berlaku. Nampak remeh tapi amat penting masa kecemasan. Antara yg aku selalu wajibkan..
  * Air yg cukup (selalu aku advise coke dan air minum)
  * Makan yg cukup (selalu aku advise coklat dan roti)
  * Emergency Blanket
  * Wisel
  * Handphone with full charegd
  * Small 1st Aid (selalu setiap sweeper kne ada)
  * Pisau Kecik
  * Sepersalinan pakaian kering. 
  * Headlamp + Extra bateri (kalau trip yg agak panjang)

- Report pada balai terhampir atau family members. Selalu kalau trip luar aku akan inform balai terhampir. Kalau trip dekat2 aku just inform Suzi. Selalu aku akan kasi sampai 8PM. So kalau xda update atau call by 8PM. Call resque where kawan2 1st then kalau xda apa2 response baru call bomba. Call kawan2 untuk kawan2 call any member yg kenal dalam group so kita tau dpa kat mana. Simple. Ni aku impliment tuk smua trip yg aku bwk atau yg kawan2 pi.   
Dgn SweetLineTango.. Mt Kutu

Dgn Team Pru and campur.. Mt Bunga Buah

- Sweeper kne pastikan dpa knai smua ahli so dpa kne kira berapa ahli dalam kumpulan bila sampai ke satu2 destinasi. Kalu kata la ada yg hilang sweeper kne inform trail head dan ketua trip. So ketua trip kne decide. Selalunya kita akan mtk 2-3 dari organiser team untuk turn back and follow the trail tgk kot2 ada yg tertinggal atau jatuh. Kita selalu akan kasi masa tuk dpa balik ke base. Untuk team yg lain selalu kita akan terus bawak keluar. 

- Kalau korang rasa diri korang sesat atau terkeluar dari kumpulan. So korang turn back pada last marker yg korang lalu. Kne alert pada marker. Kalau korg xyakin. Just stop there and relax. For sure akan ada org akan resque. Kalu long trip selalu kita akan back pada nearest punca air dan tempat yg lbh tinggi. Pastikan anda boleh dilihat, samaada duduk atas trail atau pergi ke tempat lapang. Gunakan phone kalau boleh, bagi tau lokasi dari last kita hilang dari marker. Kne kasi maklumat lokasi like near batu besar lps marker merah etc. Kalau phone xleh guna, gunakan wisel. Buat bising. Tu guna mandatory item. Kata la xjumpa sampai malam, korang still ada emergency blanket kalau sejuk or hujan. Korang still ada pisau kecik kalau for any survival activities. Korang still ada headlamp untuk malam. Jgn give up. At this point korang kne bijak buat keputusan. Xboleh panic. Remember resque will come. Kalau dah few days, makan la apa yg ada, berjimat kalau ada bwk byk ration. Jgn memilih sgt. Berdoa selalu. Selalu in survival air paling penting. Jadi kne berada dikawasan yg dkt dgn punca air. Kita boleh hidup 3-5 days tanpa air, for fit people then can go for 12 days. Kalau xmakan, bergantung pada semangat dan fitness level. Minimum kita boleh survive is 14 days and max can go for 3 month bergantung on how kita handle diri kita (hybernate can help to sustain more days)
As sweeper melayan Sham and Mimi .. Pine Tree Hill

Suzie as sweeper.. Bukti Ayer Hitam.. Kids trip

- Masa, selalu aku akan set time untuk reach destination. Contoh, kalau naik Nuang, xkisah la jam berapa kita start, but by 12 PM kita kne reach peak and by 1pm kita kne turun. Kata la kalau reach 2/3 of the route by 12pm. So at that point kita akan patah balik. Sebabnya, kita xnak cause any injury or sampai bawah dah gelap. Dalam hutan ni by 5pm selalu dah mula gelap. It will slow us down and can cause more injury. 

Diri Sendiri
Sebelum kita beroutdoor kita kne consider mende kat bawah ni.
- Fitness level, kalau rasa fitness level xberapa okay better go and get some proper fitness. Jogging skit ke, pi gym skit ke. Xnak pitam tengah2 jalan.

- Persedian mental dan fizikal, dptkan rehat yg cukup, makan yg ckup, air yg cukup few days before the trip.

- Tau basic survival, reading map, read marker. Ni terlalu penting kalau kita tersesat.
Pacat trip.. Mt Angsi

Dgn Malaysian Hikerz .. Mt Irau 

- Commonsense kalau sesat atau agak2 nak sesat. Turn back to last marker, make noise etc.

- Ikut ckp ketua kempulan, ada kes yg ahli agak hyper dan mcm pandai. Serius, u need to learn dengar ckp else can cause more problem. Xkisah la ko pandai mcmmana pon learn to listen.

- Pakai pakaian yg proper seelok2nya pakaian terang. Ada kes yg masuk utan pakai seliper. Aku rasa this is not proper. 
Dgn kaum dari Shah Alam.. Mt Irau

Mt Dato..

- Pilih venue yg sesuai. Ini amat penting. Study pasal tmpat yg korang nak naik. Mcm kes aku, kalau tmpt yg ada history yg agak xbest mmg aku xkan naik. Again it about keselamatan. Contoh, Bukti Tabur, almost every week kita dgr mcm2 hal, so aku mmg dah ban tmpt ni. Ada byk lagi byukit or gunung yg lebih selamat. Kita ada byk pilihan so don't risk yourself for your hobby.

Mungkin ada cara aku xbetul but so far it work at any trip yg aku bawak. Aku prefer daytrip sbnarnya dimana more challenging. So mmg ada byk kes yg kadang2 aku kne tunda ahli balik ke base dipertengahan jalan dan resque for missing case. It happen walaupon kita dah ltkkan smua posibility. At least kita kne put something untuk meminimumkan risk. So again KESELAMATAN is your priority.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :