Pages

Race Report - Vibram100 Hong Kong 2014


Post YeeMonggg

Alhamdulillah, finally one of my focus game in 2014 selesai dengan jayanya. 1st game in 2014, 1st Ultra in 2014, 1st game in Hong Kong. So below is my story.. agak panjang kalau menyampah baca yg bawah sekali je..


Pre Race
Secara jujur, aku mmg lack of training for this race. Mcm biasa aku ni lelaki, suami, pekerja, bapa dah sahabat yang amat sibuk. Jadi aku cuma manage untuk buat satu long run, itu pon masa game Beaufort Ultra. So dekat 2 minggu dengan game ni aku sibuk pulak dengan WaterGate arrangement. So again aku just manage untuk clock small mileage for that 2 weeks. Lps opis, aku akan ke UKM and lari dalam UKM for 12-15KM in alternate day and buat some speedwork dkt Stadium UKM in alternate day jugak. Weekend aku naik Mt Tok Wan dengan anak2 aku for some simple trail run. 

So pada aku mmg xcukup. Byk review aku baca pasal tangga.. tangga dan tangga.. so aku xdpt nak usik mana2 tangga pon seblum game ni. Jadi aku pergi kamikaze je kali ni. Anyway, Suzie dah decide xnak lari. Sebulan seblum game dia dah ping organizer untuk jual bip dia but Vibram xkasi. Dpa hanya boleh kasi refund 15% dari fee or datang amek smua barang2 yang entitle untuk runner on race kit colection. So aku boleh kata xda concept transper bip on this game. Jadi Suzi just come untuk teman aku ja for this edition.
The Kangkung
Sampai ke sehari seblum game, aku masih xpack apa2 barang lagi sebab busy dengan kerja dan kedai Suzie. Jadi otak aku mmg xfikir pon pasal game ni. Nak jadi hal, pagi sebelum kmi bertolak ke HK, boleh pulak bangu lambat. Dah set jam 5am, dandan bangun jam 6am. Kelam kabut pagi tu and aku aspect this is a bad sign for me. Dah la sampai lambat kat aiport, kaunter pulak xjumpa. Kami boarding, dekat2 pintu nak tutup dah. 

So we reach HKIA tghhari. Meetup dgn Maman and layan makan dlu sementara nak tunggu Gaz (our partner in crime in this trip, dia amek flight lain). Cuaca HK agak nyaman. Dengan suhu dalam 18'-16'. Aku tgk smua berjacket dan berfesyen sakan. But i would say the environment agak relax. We make a move ke RacingThePlanet untuk amek bip lps tu. Kat sini ramai giler Malaysian yang kami jumpa. 

Lps smua selesai, satu mslh lagi datang. We need to find our hostel. Berlegar2 la jugak kat Mongkok nak mencari. Aku ingat hostel dia mcm dkt negara2 yg aku pernah pi but here berbeza. Hostel dia dalam flat. So kne naik flat baru jumpa hostel dia kat atas. Signboard pon xda. But smua Malaysian Contingent stay dkt sini. Bersih dan senang nak merayau. Makan pon senang dpt dkt area ni. So mlm tu again aku tdo nyenyak gile. So dah 2 game aku mcm ni. Last is Beaufort which nyenyak xsedar apa. Selalu kalau a night b4 game sure xdpt nak tdo la but this time lain. 
3 Abdul
Race
Pagi tu kami amek cab dkt bawah hostel. Team dari Malaysia ada ramai dah menunggu. Kmi go by batch. Actually pagi tu sejuk sampai ketulang. Dkt jam aku clock around 13' so aku aspect keadaan akan jadi lbh sejuk di starting line sbb dia dalam hutan. Aku naik dgn Tey which dia keep melawak pasal game ni and share a lot of tips. Sampai race site, terus drop smua beg and toilet call. Kami berkumpul ramai2 pagi tu untuk amek gambo and wish each other. Serius, it really warm to see familar faces dari Malaysia dan Singapore. Terasa bonding yg ada. 

Anyway Suzi decide untuk attach dengan Vivian and Allen Lee for the whole journey. They plan to support Malaysian runner at each CP sampai CP5. So aku xla risau sgt nak lps kan dia sorang. At this point, mood aku masih diatas par. Aku just free my mind and plan to enjoy it. Plan aku just want to sustain at each CP, means kejar each CP and replan base on current condition. Aku xtgk jauh sampai ke finishing but enough plan from CP to CP. Lbh realistic. 
Malaysian Support Crew
Hydration plan aku lbh menarik kali ni. Aku bawak 3 set gula2. Satu set gula2 masam, coklat cadbury keras dan candy (mcm candy crash tu). Jadi aku akan kemam satu jenis at each 15 minutes + aku layan coke and air masak tiap botol air. Air pon aku akan sip tiap 10 minit. Aku learn dari keadaan kawan2 yg buat Watergate ritu. So to keep energy at par aku try to impliment this. At CP3 aku plan makan nasi dan each CP aku akan amek 3 slice roti with butter or jem. This round aku xbawak gel tpi ada bawak madu. Just in case gastric atau lemau yg melampau.


Start - Support Point (11KM - East Dam)
Kami dilepaskan ngam2 at 8am. Aku just go with small pace. Sebelum start MC ada kasi tau ada 144 negara yang ambil bahagian tahun ni dan ada 1600 peserta dari seluruh dunia. Then baru aku realise that i am running in one of the Ultra Trail World Series Event. So it a good opportunity untuk aku learn. Dalam 600meter dari starting line dpa kasi 1st tangga. Masa kat sini keadaan agak sesak sebab boleh muat 2 orang ja skali naik. So just layan the crowd. 
Last2 pon dia kasi bumper suruh panjat... kejammmm...
Lps je tangga ni, badan dah mula panas dan masa ni aku start with pace yg agak laju. So aku pegang pada plan asal, aku akan go with 5KM/hour to next CP. So it around 12minit/km. Kat sini track dia besar dan agak mudah. Aku xface byk issue dkt sini. Lps trail terus keluar ke jalan besar. Jalan ni lalu kawasan dam. Serius masa ni aku terkesima sbb pemandangan dia amat cantik. Dengan angin, dnegan view. Ramai yg berhenti amek gambo. Masa ni xda tangga lagi, just small hill.

Aku xface much issue kat sini. Sampai dkt Support Point aku terus make a move sbb xda mende makan yg aku nak. So xnak buang masa aku terus bergerak. 


Support Point - CP1 (21KM - Ham Tim)
Dkt sini kami dah mula dihidangkan dengan tangga dan bukit. Aku just keep moving with the same plan. 5KM/hour. Masa ni dah mula ikut trail yg berbatu2 besar. Actually it not runnable at some area. Tangga pon dah start curam2. Kat sini satu hal la, tangga dia xsekata. Ada panjang, ada pendek, ada tinggi ada rendah. Jadi lutut mmg kne kuat. Aku duk pikir, kalau mcm ni sampai 100KM, mau dpt mimpi ngeri habis game ni. 
Nah.. dgn Female winner UTMB.. amek aura katanya..
But all that hilang lps sampai ke puncak Sai Wan Shan. Serius view mmg cantik. Aku layan amek gambo kejap kat sini. Masa ni dah boleh tgk org start bersandar dkt batu2 tepi trail. Senak gamaknya dgn batu2 yang ada. Lps bukit ni, turun bukit pulak. So that is what i have in my mind. Kalau ada naik, sure ada turun. So bila turun aku balas laju skit supaya dpt cover balik masa yg hilang masa naik. So itu method aku sepanjang game ni. Jalan lurus aku akan lari all the way. 

Lps sampai bawah bukit dia kasi pulak jalan pantai. Pasir dia jenis loss so agak payah jugak nak bergerak. Aku xface any issue untuk ke CP1. Badan masih bertenaga, kaki masih sihat, jiwa masih enjoy. 


CP1 - CP2 (28KM - Wong Shek)
Sampai sini aku tgk ramai yg melepak. Rupanya ada nasi. So aku check balik plan aku and aku mmg patut makan nasi kat sini. So tunggu agak lama jugak la untuk dptkan nasi. Tu pon di kasi satu senduk je. Agak kecewa jugak la sbb pada aku, dpa patut 

- dah prepare nasi tu awal2.. so runners xpayah menunggu untuk dimasak..
- kemut sgt satu senduk je, we need solid food for energy so kasi la lebih skit. 

So aku tgk ramai yg xdpt nak tunggu, probably nak kejar PB or what. So untuk aku, aku curah air dalam cawan yg ada nasi tu and aku togok je. Terus masuk xda kunyah2. Actually aku learn ni dari kawan2 masa duk asrama dlu. Budak2 sabah suka buat mcm ni. Nasi putih dpa ltk air sejuk as kuah dan makan mcm bubur. Sedap dan mudah. So xsampai 10 minit aku dah kuar dari CP ni. 
Muka sedap lps makan nasi kandar

Actually satu problem aku ni. Klu amek solid food mcm nasi, klu aku nak mula balik mmg agak slow. Mata amat ngantuk. Xkisah la aku mkn byk or sikit. So aku face some issue to go fast. So aku buang byk masa kat sini. Jalan kat sini is hill semata. So pejam celik jugak la mata nak melayan ngantuk. But slow or fast aku keep moving.


CP2 - CP3 (36KM - Hoi Ha)
Kat sini aku meet up dgn Suzi. Dia mai dgn Vivian and Allen. Aku xlama jugak dkt sini, aku layan roti lps tu keep moving. Again, same thing we have. Bukit.. Tangga dan batu.. Masa ni otak aku xfikir banyak sgt, just enjoy the view. Aku keep moving sampai ke ke next CP. Timing masih dalam range 5KM/hour and i feel really good. At this point aku yakin dpt sampai ke CP5 in 10-11 hours and probably boleh sampai ke finishing in 25hours. Itu unjuran kasar dari keadaan aku dkt CP ni. Tpi by time it can change. So Aku keep moving with smile.
En Zul kata kne sawan gunung

CP3 - CP4 (45KM - Yung Shue O)
Dkt sini aku dah mula slow down. Kawasan dia agak berbatu kasar dan xberapa boleh nak berlari. Again.. naik turun.. naik turun.. dalam hati aku senyum je sebab aku yakin ni kesedapan yang aku cari. Jadi untuk membunuh masa dan perasaan aku just keep moving dan layan lagu. Masa ni aku go with satu group dari Filipina. Aku kenal dgn satu lagi Arman dalam kumpulan ni. They move in group yg agak besar so no harm aku follow sbb pace dpa lebih kurang je. Aku reach CP4 and meet Ted Ramly tgh layan nasi. 
Dgn geng2 Hooka...

Kat sini aku layan nescafe and roti. Borak2 kejap ngan Ted and aku terud bergerak. Geng2 pinoy smua lepak lama kat sini so aku xleh nak tunggu so aku teruskan perjalanan. 


CP4 - CP5 (52KM - Kei Ling Ha)
Kat HK ni jam 4pm dah mula nak gelap. So aku ada dalam 7KM lagi tuk aku reach CP5. Masa ni again, keadaan agak terkawal but aku go a bit slow sebab suhu yg dah mula drop sbb nak malam. Masa ni aku dah start pakai headlamp. Nak jadi hal headlamp mahal yg aku beli buat hal. Sib baik ada bawak extra, dah la dlm gelap tu menggagau cari bateri for my 2nd headlamp. At this point, semangat, tenaga, keadaan badan, mental masih in high level. So aku x face byk issue to reach CP5. 

Dgn Masterji Yim..

At CP5 Suzi yg paling happy. Nampak ja aku terjerit2 dia. Relax brother brother relax. Aku sampai terus aku bersalin. Makan skit dan refuel apa yg patut. Xlama sebab aku xnak bergerak byk sgt dalam gelap dan kesejukan dah terasa sampai ketulang. Anyway, the real challenge will start after CP5. 


CP5 -CP6 (65KM - Gilwell Camp)
Aku bermula agak slow lps CP5. Sebabnya perut kenyang sangat. Nak jadi lagi best aku bergerak sorang2 dalam hutan banat ni. Sib baik Zinov ada supply paku. So dari CP5 sampai CP7 aku bergerak sorang2. Kat belakang aku mmg jauh dan kat depan aku pon jauh. Jadi aku buang jauh2 perasaan risau dah takut. 

Actually nak ke CP5 adalah jarak terjauh dari smua CP dalam game ni. So aku start face problem dkt route ni. Masa ni pendakian dah start lbh dari 500meter. Masa ni rasa nak nagis pon ada. Sib baik malam so xda la nampak sgt elevation yg ada just bayang2 gunung ganang. So aku just keep moving. Aku xtunggu lth baru nak minum or makan. Aku still stick dgn plan setiap 15 minit makan. 
Nah... ni Pre Yee Monggg

Masa ni aku rasa mcm never ending. Sebab route dia terlalu jauh nak ke next CP. Naik turun, naik turun like hell. Dgn dalam hutan mcm2 bunyi ada. Ada certain runner yg aku jumpa ps game ckp, mcm2 mende dpa nampak which pokok and batu dpa nampak mcm org. Even worst at some area ada kubur. Betul2 tepi route. Klu ada mak limah duduk kat tepi batu mintak tol mau jugak aku pakukan je dkt leher. 

But good part is aku boleh nampak cahaya dari headlamp runner lain, so aku boleh agak dan main kejar2. Xda la boring sgt. Finally aku reach CP6. Kat sini aku decide untuk tido sekejap. Masa ni mata mcm kne gam. I think this is the turning point aku screw up all the plan. Plan asal aku nak lelap 15 minit. But terlajak sampai sejam. Masa ni suhu drop sampai 9'. Sejuk gile. Masa tdo kat CP ni dpa kasi selimut. So sendiri mau ingat la. Lelap xingat. Masa bangun, aku rasa lutut aku sakit giler. Even worst jadi susah nak bergerak. Done, that it. Badan dah start in recovery mood so semua sakit keluar masa ni. Angkle aku bengkak dan lutut aku bengkak. 

So aku xda pilihan, i need to move. Masa ni aku dah rugi sejam dan dalam keadaan kaki mcm ni confirm it will slowdown movement aku. 


CP6 - CP7 (73KM - Beacon Hill)
Jadi aku terus bergerak ke CP7. Masa ni again depan belakang aku xda org. Aku bergerak sorang2 dalam hutan ni. Actually xda perasaan takut pon cuma bila bergerak sorng2 ni motivasi agak xberapa nak best. So Sampai tgh2 hutan tu mata aku dah xboleh nak bukak lagi. Aku lelap kejap kat tepi kubur besar tepi route. Yup atas kubur ok. Masa ni aku xpeduli dah. Again aku terkene, set 15 minit jadi sejam. Tu pon ada org gerakkan aku tanya aku ok ke tidak. Else mau sampai ke siang. 

Masa ni lutut aku mmg dah xboleh nak blah. Mencucuk berbisa. So aku just go with fast walk masa ni. Lps keluar ja dari hutan, skli lagi syaitan datang mengganggu. Seblum naik Beacon Hill aku lelap lagi skali dkt bawah bukit tu. Ni aku sandar je kepala aku kat kerusi tepi jalan and hilang terus dunia aku. Dan terjadi kali ke-3 15minit jadi 1 jam. Masa ni satu ah so kejutkan aku. Rasa ni geng2 yg biasa hike bukit ni kot. At this point aku nekad to keep moving walau apa pon jadi. 
Kat CP5 sblum bergerak... senaman waitakung lagi..

Kat sini aku tgk jam, dah dkt sgt tuk cutoff ke CP7. Damn, so aku move laju skit. Masa ni kat dpn and blakang aku dah start ramai orang. Maybe sbb aku lose 3 jam dpa smua start potong aku. Aku sampai CP7 ngam2 dpa nak cutoff. So aku refuel air and amek makan and terus bergerak. Masa ni lutut aku dah xboleh nak blah. So each tangga, aku akan naik dan turun satu2. Giler la, mcm tu la sampai ke finishing. Satu2 aku melangkah. Nothing much aku boleh buat, target masa aku dah xtercapai so aku plan tuk finish the game in cutoff. So aku keep moving ke next CP.


CP7 - CP8 (83KM - Shing Mun Dam)
All the way dari CP7 ke CP8 dah mula terang. Masa ni baru la nampak byk beruk kat laluan ni. Sepanjang hutan dan damn ada ja beruk. Ramai pulak tu. Masa ni aku mmg xleh nak laju dah. Lutut mmg dah sampai tahap over use. Aku buat kira2 balik, aku xleh drop pace 4KM/hour so aku kne keep moving. So all the way ni aku keep moving dgn minimum 14minit/km pace. 
Lps main kejar2 dengan lembu
Masa ni tuhan ja tau perasaan aku. Badan, mental masih strong but lutut aku mmg dah kata, Arman kau patut DNF. Kje sia2 je. But aku xrasa it a big issue sbb aku pernah kne symtom ni masa mula2 naik angsi dlu. It more about weak muscle and not the bone. Sebab perasaan jahat sentiasa berkata, tulang ko tu yg sakit, nanti dpt ACL. Again it mind game. So pendekatan aku is keep moving and not push to much or to fast. Sakit sangat aku berhenti. So aku manage reach CP8. Refuel and layan roti. Xlama and aku make a move. 


CP8 - CP9 (90KM - Lead Mine Pass)
Kat sini aku cek balik elevation profile. Tu dia nak kne layan Needle Hill and Grassy Hill kat sini. Ni yg selalu aku dgr dari kawan2. Serius Needle hill mmg sedap. Elevation sedap, view sedap. Angin kuat giler dan gayat aku kat sini. Aku xface byk issue kat sini masa uphill but really in pain down hill. Tapi aku xda pilihan. Nak sampai in cutoff aku kne keep moving. Lps Needle Hill dia bilas pulak dgn Grassy Hill. Masa ni mind aku dah jadi tepu. Dah naik malas nak fikir apa aku akan face next. Sini elevation mmg sedap and again turun bukit dia lagi membunuh jiwa dan raga. So pejam celik aku dah reach last CP which is CP9. 
Happy sekejap.. reach CP5

CP9 - Finishing - (100KM - Tai Mo Shan)
Aku xlama jugak kat CP ni. Aku keep moving and here i blve is the real challenge. Tai Mo Shan. Ramai org bagi aku nasihat pasal gunung ni. Even aku dgr ramai DNF masa TNF100 HK kat sini. Actually aku xleh nak bayang tmpt dia camna. Sbb aku tgk smua bukit n gunung kat sini mcm sama je. So aku xfikir byk and keep moving.

Masa ni aku dpt msg dari Suzi ask about my condition. Short n padat je aku kasi "nak ke finishing, 8km". Xtau pulak aku dia post kat FB sampai ramai yg doakan aku. Terima kasih pada yg wish dan mendoakan. So masa ni aku mmg xleh nak laju, just walk as fast as i can. Lps satu kawasan berbukit baru aku perasan satu rumah parabola dpan aku. So this is Tai Mo Shan. So dgn gagahnya aku daki gunung ni step by step. Aku reach the peak dgn jayanya. Dalam hati, finally. Then ada 5KM turun gunung ni. Ni satu lagi issue. Turun mmg aku xleh nak laju sbb byk pakai lutut. So mmg sepanjang dari CP5 ke sini aku rasa tongkat yg paling byk membantu. 
Gyomi Seram..
Finally aku sampai ke finishing. Dari jauh aku nampak Suzi berlari dptkan aku. So dia pimpin aku ke finishing and thats it. I am done. Aku sampai in 30++ jam. Kat sini ada few kawan2 yg masih menunggu Gaz, Tey and few other ppl. Gaz DNF dkt CP7 sbb xdpt meet cutoff. But he is strong cuma nasib xmenyebelahi dia. So i am done with this edition and probably will come again next year seems it really well organise dan worth your money.


Post Race
Aku xface much issue except lutut aku. Balik dari HK aku terus urut siam and today all back to normal. So far mental pon masih xda tanda2 sakit. So aku boleh kata i am good and ready for next game.
Tu dia.. Tai Mo San... boleh masuk mimpi nih..

Special Thanks
1. Suzie yg sentiasa berada disitu dari mula sampai akhir.
2. Gaz as partner in crime for this trip.
3. Mun and Jepp yg bantu on accommodation
4. Abe Yim which personally teach aku a lot of things.
5. Ray, Bud, Tey, KA Junior, Karen, Puzi yg banyak kasi input pasal game ni.
6. My brothers in PACAT, sms, ambil berat
7. Kawan di Le Sabun..
8. Vivien, Allen yg bantu Suzi kesana kemari
9. Dan smua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Anda tahu siapa diri anda.



kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

10 comments :

Yimster said...

Nais. And tahniah. 2015 tai mou shan menanti anda!

Kam said...

Well done bro! Awesome posum!

pyanz said...

Congrats bang..

saiful adli said...

inspiring :)

zulhassan said...

Bersunggih sungguh aku baca sebab ko memang luar biasalah Arman. Aku suspek gilerlah ko ni(Baca dgn nada yang betul, kalau tak lain maknanya).

kuchalana said...

Tg Abe Yim... byk nasihat yg saya dpt...

Tq Kam..

Tq Pyan..

Tq Saiful

Tq Zul.. tu la aku baca laju2... mcm betul je.. lol...

eezard_vazz said...

Tahniah2 berjaya habiskan juga game Ultra Vibram HK100 nih meskipun lutut meragam, terlajak tidur sampai 3jam... Kena menuntut ilmu tidur lena atas kubur nih pasnih hahaa

kuchalana said...

Thanks Ezad.. sbb xda training malam bro... tu yg gagal melawan bijik mata... lol

@xiM said...

arman, aku dah nak DNF masa buat TNF Thai baru ni sebab aku tak biasa trail. 50 km pun rasa macam azab sangat sangat sangat. Tapi bila dah habis, aku rasa aku suka rupanya trail run. sebab its really different daripada marathon yang biasa . The scenery, the support group, the game, macam lebih best lah. So i think i would give a try for 100km ultra later. provided kena training trail banyak lah.. later boleh mintak ko tunjuk ajar jugak. one thing i notice komuniti ultra tak berapa ramai sangat so peluang untuk berdiskusi dan saling tunjuk ajar tu lebih baik.. anyway, salute for your Vibram 100 at Hong Kong. maybe aku pun nak join yang ni tahun depamn. Insya Allah.

kuchalana said...

Azim... go gradually bro.. aku sendiri amek masa setahun untuk biasakan dgn 50KM distance... so go gradually... not to fast.. HK100 is not for everyone.. ko boleh try Nuang or TMBT dlu... game will always there..

Ultra is not really about the game... it about commitment untuk training... i am not a good example in this arena sbb give a bad example pada kawan2.. minimum training.. so aku advise.. go for more 50KM 1st... can consider TNFSG jugak...