Pages

Race Report - TMBT100 Ultra Trail 2013

The most hard earn medal so far

* Agak panjang. Kalau menyampah baca line terakhir je.

Actually i don't know where to start. There is to much things happen in this race yang aku rasa is worth to share. As people know, this is 3rd year of this game. 1st year and 2nd year route dia xsama and 3rd year back to 1st year route. So ada 2 route yang disebut2. Dari review yang aku baca in 1st year, the route mmg amat2 mencabar sampai ada yang gelar The Most Brutal Things (TMBT) and not The Most Beautiful Things. So dari review 1st year, aku xberani nak register sebab aku pon baru setahun jagung berlari.

Then come to 2nd year, aku dpt tau route dia agak ok compare with 1st year route. So yg buat 50KM boleh cover around 10 hour. Dari review ni aku amek pendekatan untuk register for 3rd year. Gamaknya ramai yang buat keputusan yang sama. Nak jadi cerita, organizer decide to us 1st year route + ada skit adjustment. At this point aku rasa this game will be hell + dgn maklumat yg aku dpt dari mereka2 yang dah buat 1st edition. Aku buat preparation awal. Awal untuk orang yg sibuk mcm aku la. Not really intensive but i beliave it can help me to sustain the game. So aku go for 100KM and Suzi go for 25KM. 100KM cut off time is 30 hours with elevation gain >5000m, 50KM >2900m and 25KM >1500KM.

Pre Game
Actually hati aku xberapa nak senang coming to this game. There is a big activities happening dkt office regard to regional system cutover. So a week before game aku kene pi SG for some meeting and at this point aku rasa ada posibility aku xdapat turun game ni. So lepas discuss dgn big2 bos aku, kmi decide to get my area covered early then plan. 
001.. kiasu sungguh
So aku masih boleh pi dengan sikit release. Bayangkan a night before turun Sabah, my head is still in the office and aku xrasa any preasure for this game. So we are in Sabah on Friday. Mcm biasa meet up with geng2 sabun and the rest of running friend masa bip collection. At this moment aku masih not in the mood to run. 
Le Sabun gathering
In the morning before game, baru ada skit perasaan berbelah bahagi. Did i am ready? But mcm biasa, i already here and there is no turning back. Luckily Suzi, Zinov, Mun Ngai around me and keep me calm before the game. 

Start - WS1 (Kg Tambatuan)
We start the game at 8am near Kota Belud. Actually aku xpernah sampai tmpt ni. Participant ramai giler. Ada mcm2 jenis. Game start agak lambat disebabkan terlalu byk participant + bottle neck dekat jambatan gantung. Sebelum ke starting point semua kne cross the river by using this jambatan. So cuma 5 org sekali lalu. It takes more then hour tuk lepaskan smua participant to other side. Tu baru satu jambatan before the games. There is a lot more dalam race course. So cuba bayangkan cabaran dan kesabaran yg perlu ada.
Happy faces seblum azab..
So kami start agak kesiangan dan panas. Kat Sabah ni 8am dah mcm 10am. Agaknya disebabkan dah lambat, kami dilepaskan sekali dengan kategori lain. Real plan 100KM patut jalan dlu. At 1KM lepas starting line, jam berlaku lagi. Kne cross small bridge which cause bottle neck. So kmi sangkut around 1 hour at 1KM. Masa ni aku pikir kalau ada 10 lagi bridge mcm ni mmg habis masa buang kat situ ja la. Anyway, aku go with my own pace and Suzi go with her own. Ini disebabkan pengejaran masa agak berbeza so aku go a bit fast this time. Further aku nak Suzi learn how to handle herself in game without me. 
Insaf kejap..
So aku go with Azrul at this moment, one of a friend yg aku jumpa kat TNF SG last year. Start2 je dah kne pukul dengan few hills dan anak sungai. Dalam had pinggang ok sungai dia. Lepas ja sungai aku jumpa Blade Runner. Tgk dia dah tersadai kat tepi semak. Katanya dia jatuh few times. Last aku dgr dia hospitalize sebab kaki dia bengkak (recover well bro). View all this way amat cantik. Lalu kawasan rumah orang, sawah padi, tepi sungai. Mmg teramat cantik. Lalu few jambatan gantung, at this point sapa yg laju mmg akan dpt buat huge gap among the runners. Aku xface byk issue masa ni. 
All no 1..
Funny part happen at the river bila ada a group of runners yg duk bukak kasut and stokin kat sini. Nak tergelak pon ada nak marah pon ada. Nak gelak sebab ada berpuluh anak sungai nak lalu lepas ni. Xkan nak bukak kasut tiap sungai. Nak marah sebab depa ganggu pace runner lain. Bukan nak ketepi tapi duk tgh jalan bukak kasut. 

WS1 - WS2(Kg Lobong-Lobong)
After WS1, aku go with a bit fast pace. Plan asal aku nak buat 12hours max  for 1st 50KM. So kalau start at 8am aku patut sampai at 8pm or less. Masa  ni panas dah menggigit. At this route, kne lalu byk anak sungai. So aku enjoy main air masa ni. Setiap anak sungai yg best2 aku benti and basahkan badan. Panas mmg satu mcm. 
3 Abdul dimana2..
At one hill, tgh berlari turun bukit aku dgr bunyik nangka jatuh. Some one jatuh ke bawah gaung. Luckily dia sempat pegang pokok else dia akan jatuh dalam sungai yg air dia agak deras. Aku ask him to calm down, wake up and make a move slowly, sebab tanah situ curam and lembut. So kalau dia kelam kabut confirm dia akan jauh dalam air. Anyway aku mmg dah agak mamat ni akan jadi hal punya. Gaban satu mcm. Dah tau jalan tu kecik, licin, tepi gaung, org ramai, go slow and ikut pace org depan sudah la. Nak potong pon cari la tempat yg lapang skit. Ni gamaknya nak tunjuk hero kat aweks2 mat salih, dah ke gaung. 
Ibu2 dan gadis2 lasak..
After this area, there is an open area untuk ke WS2. Mcm jalan balak. Masa ni Azrul dah tinggalkan aku. Aku move dengan Zulfazli and Kushairy which another sabun friends. Kat sini ada satu bukit around 1KM strech. Masa ni mcm2 sumpah seranah aku dgr dari participant. It like Bukit Larut and more long stretch. Aku amek pendekatan biasa, small step and keep moving. So reach the 2nd WS. Kat sini aku amek 5 minute. Refuel, makan sikit and keep moving. Actually kat sini dah ramai yg dah start DNF. Muka keinsafan mmg amat ketara.

WS2 - CP1 
Dekat sini aku boleh enjoy lagi. Still in targeted timing. So far aku maintain 5KM/hour. Ni dah start climb. Aku xface any issue dkt sini. Masa ni dah xboleh nak berlari sebab agak technical. Kne climb bukit2 yg tinggi. Elevation pon dah start naik. A lot of happy face sbb dpt reach CP1. 

CP1 - CP2 (Miki's Jungle Camp)
The real game start here. Lepas CP1, elevation start naik above 1000m. Dalam kata lain dah start main gunung okay bukit bukit lagi. Masa ni aku masih bertenaga dan keep moving. Atas jalan dah nampak pecahan group dah jadi kecik2. Masa ni aku enjoy dgn view yg ada. Serius cantik sebab berlari dalam gugusan banjaran yang sama dengan Gunung Kinabalu. At this moment Mt Kinabalu dkt depan aku. 

Kat atas puncak sub2 gunung ni, depa tanam nenas. So view dia bertambah2 cantik. Lepas je kawasan sub2 gunung ni, kne layan plak trail untuk sampai ke CP2. Actually jalan ni mcm loop. So lps sampai ke CP2 kami kene turn balik ke kawasan sub gunung. Masa ni selisih dengan ramai runner lain. Masa ni hujan dah start renyai2. Mun ngai pesan kat aku plan air minum sbb xda air kat CP2. Masa ni aku tgk timing masih cantik lagi. 
Le Sabun.. all sabun very hard.
Masa turun aku masih boleh berlari, at this point hujan dah start lebat. So aku slow down. Suhu terus drop ke 20' dari 30'. Suhu dkt awal event around 36'. So masa ni aku dgr phone aku masuk message. Aku biar je sebab hujan agak lebat. After an hour aku reach a river nak CP2. Tgk smua buat uturn. Rupanya sungai tu dah hapus. Air naik teramat deras. So kmi xdpt ke CP2. Worst kami kne uturn. Actually kalau lalu CP2, it a loop so kmi akan keluar terus ke kawasan sub gunung balik. So now kmi kne uturn. It will take another 6KM and will take max 3 hours dengan keadaan hujan lebat. Nak tau lebat xlebat, laluan trail dah jadi anak sungai. Air jatuh dari atas bukit atas laluan tu dah jadi air terjun. So mmg redah anak sungai all the way out.
Zinov balas dendam kes Rinjani..
Masa ni ada dalam 30-40 runner dalam group ni. Masa nak kuar depa suh smua uturn. So yg belakang2 tu nasib baik la sebab xpyh ke sungai. Masa ni aku stop kejap tgk sms yg masuk. Rupanya Suzi update aku yg dia nak dnf sebab kne sengat tebuan dkt KM 14. Dia kata dia muntah2 all the way. Masa ni aku dah jadi xkeruan. Aku try call dia xdpt sbb signal teruk + hujan lebat. So  aku decide to make a move out faster. Aku berlari keluar and jatuh byk kali sebab langgar akar. Masa ni otak aku laju berfikir, i should DNF at next WS/CP. It unfair to let her alone in this situation. Seriously aku mmg xsedap hati. For me game can wait. Until aku dgr dari dia sendiri what is happening baru la aku boleh sedap hati. Actually dia xtau pon aku nak DNF and look after her. 
Sabun dalam gelap..
So masa keluar hujan makin lebat. Meet up with pacesetter group and they already decide to DNF. Aku jumpa volunteer yg ada walkie talkie and ask him to broadcast pada volunteer lain ask about Suzi. So far smua response dpa xda entertain her. Lagi aku rasa xsedap hati. Pengsan ke? Jatuh ke? So aku berlari lagi laju to get some proper place to make a call. Jatuh berpuluh kali but all that is not a problem dah. So manage to talk to her. Dia dah reach 25KM finishing. Aik, camna plak xda selisih dengan aku, sbb group2 belakang musti lalu route ni and mustahil xberselisih.
Speechless
Rupanya lepas kes sungai kat CP2, organizer decide to detour group2 lain. Kat sini la jadi skit issue. Sebab yg dah lalu route ni, kami dah make xtra 6KM + additional 3 hours. Yg dah detour, they short of mileage and ada extra 3 hours. Implikasi dia pada 100KM sebab group aku confirm lambat untuk cutoff at 50KM but yg short mileage boleh sambung next 50KM sebab depa ada extra 3 hours. 

So lepas dapat berita Suzi, aku decide to continue the game. Suzi dpt treatment dari medic and make a move to KK. She manage to finish it dengan smua issue yg ada. Aku dgr ada few runners yg DNF dan diadvise untuk DNF sebab kne sengat tebuan. Proud of her. 

CP2 - WS3 (Kg Kiau Nulu)
Disebabkan xdpt reach CP2 and kne uturn, overall timing aku screw up. Jadi aku tgh gaban actually masa ni sebab cutoff to WS3 dah habis masa aku dalam hutan ni lagi. Dengan hujan selebat2 hujan. Lepas dpt borak ngan Suzi, aku berlari all the way ke WS3. Seriously aku agak mmg aku akan kne DQ masa ni. Masa keluar dari kawasan sub gunung, Aman game director tunggu kami betul2 dekat luar trail. He keep encourage us to move. Masa ni aku lupa nak tanya dia pasal cutoff time.
Mat saleh tu dengan aku kat Miki Camp.. kesian dia.. tergolek byk kali..sama2 kami gelak bila masing2 jatuh..
So aku berlari all the way ke WS3. Kat sana aku tgk satu rumah penuh dgn runners. Almost 40 ppl inside and outside the house. Boleh nampak familiar faces. Lepas check in, baru aku tau rupa2nya smua decide to DNF kat sini. Dpa tgh tunggu bus bawak dpa keluar. Supprise gak aku. Nak jadi lagi surprise organizer xamek bip aku. So aku assume aku boleh continue lagi. Jadi aku make a move to next WS.

WS3 - WS4 (25KM Finish)
Dari WS3 ke WS4 ni jarak xjauh tapi kne naik bukit mencanak almost 4KM. Masa ni aku tgk ramai dah buat muka insaf. Kat sini hari dah start gelap walaupon baru jam 5PM. Actually aku xpenah tekan long stretch mencanak mcm tu satu masa. Mmg menanah la paru2. At this point aku berenti dkt satu kedai runcit. Aku tgk garmin aku show aku dah cover almost 32KM which lbh dari yg sepatutnya. This due to the river issue. 
Muka xda mood..
Disebabkan aku lapar sgt aku layan cikedis dkt kedai ni. Mende lain xleh masuk. Aku beli coke setin and simpan incase aku perlukan masa emergency. Masa ni ramai yg berhenti and makan dlu. Aku percaya after almost 10 hours, perut mmg perlukan solid food. Masa ni aku keep encourage some of the people yg aku tgk mmg muka mcm nak mati dah. Aku suh dpa minum air gas byk2 kat sini. Amek gula lebih skit. 
Bud pukul no 11.. laju dia ni..
Lps kenyang aku make a move and some of them ikut aku. So aku keep moving until reach WS4. Aku suspect dorg akan amek bip aku sbb dah lebih dari cut off time aku reach sini. Hingar bingar dgn suara runner 25KM yg dah abis. Happy giler depa. Kat sini aku duduk and decide what is the next step. Nak DNF atau nak teruskan? Kalau aku teruskan aku ada 25KM to go to 50KM marker. That will take about 4-5 hours dalam keadaan aku skg. Hari dah malam satu hal, kedua keperluan malam aku dalam beg dkt 50KM marker. Makanan aku dah habis. Tinggal madu and satu protein bar. So it a bit risk. Budak2 yg aku jumpa kebanyakannya nak DNF. So aku jumpa organizer and tanya what is my status. 
Main jambatan gantung...
Dia kata there is no cutoff time due to the river issue but for 100KM there is cutoff at 12am to reach 50KM marking. So sekelip mata aku nampak bunga and make a firm decision. I need to continue this. Apa barang datang jauh2 buat 25KM je. Sakit? mmg le sakit tapi xcukup lagi sakit. Biar sampai aku xleh berjalan baru berbaloi bayar event ni. So cepat2 aku tukar baju. Luckily mmg ada bwk baju and seluar xtra. Aku nak makan tapi makanan pulak dah habis kat sini. So no choice i need to reach 50KM before 12am dengan minimum makanan yg aku ada.

WS4 - WS5 (Kinasaraban Road)
Masa move keluar, cuaca amat sejuk. It around  to 20' dan aku rasa boleh drop any time below 20'. Masa ni semangat aku satu mcm. Aku bergerak agak laju. Masa ni atas jalan xda org. Gap antara runners amat jauh. Boleh nampak dari red light yg dpa pakai. Dari jalan tar kne masuk balik jalan semak. Fun skit kat sini sebab jalan dia berair sentiasa, so aku xmengantuk. Kat sini mcm2 bunyi aku dgr. Ada bunyi sweet2 aku.. ketuk2 batang pokok.. suara org ketawa.. aku cakap kuat2.. "Tq la temankan aku.. aku pon boring ni.. anyway aku ada bawak paku besar ni".. lepas tu terus senyap... hahahha... main2 la dengan org yg dah masuk fasa semi giler ni.. 
Muka sedap kne sengat tebuan..
Masa ni aku fikir nak kjar cutoff time tu je. So aku xpeduli sangat dgn org dan bukan org sekeliling aku. This route bring aku ke main road ke Kundasang. Byk giler lori dan kereta laju2. So aku xleh nak laju sebab xnak ambil risiko kne langgar pulak. At the peak of this road (lepas dalam 3 KM), aku sampai Bundu Tuhan. Jalan dia mmg psiko. Xda org langsung. Dengan byk anjing. 

Jiwa mmg kacau. Masa ni aku try cari kaki untuk pace. Xda org aku jumpa. So aku keep moving. Route ni naik turun.. naik turun.. never ending. Rumah org ada tapi smua gelap. Ni masalah xda astro ni. Smua tdo awal. Until almost 10KM baru la jumpa satu group. Tu pon dpa dah terkangkang tepi semak. Aku benti kejap and try follow tapi dpa slow sgt. No choice aku bergerak sendiri. Masa ni ada satu lady follow aku. So aku tanya dia buat berapa? 50KM katanya. Muka dia mmg penat giler. Her 1st ultra. 
Dgn Romzi.. muka sedap lepas game..
Aku tgk dia mmg suffer. So aku decide to pace her sampai finishing. Cuma aku mtk dia ikut aku. So dia agree. So mcm biasa aku berckp dgn dia non stop. Aku saja nak hilangkan fokus dia dari keletihan ke something else.. bagi semangat sikit... Aku duk citer la pasal event2 yg aku dah pi, pengalaman2 yg aku ada. Dia ok lepas tu and keep moving. So we pace together. After 16KM, baru aku realize there is no WS5. So marshal yg ada suh kami move terus ke WS6 which is 50KM marker. 

WS5 - WS6(50KM Finish)
So at this point kmi ada dalam 5KM je lagi nak ke 50KM marker. Masa ni aku suh lady friend ni bukak air pepsi yg dia bawak and minum sampai habis. Aku sendiri aku layan coke can yg aku beli dkt 25KM. Aku ckp this will boost u to finishing line. Dia habiskan satu can and what happen is she keep moving non stop. Mmg termakan jugak la physiologynya. So kami sampai town Kundasang masa ni. Ada baki 1KM to finishing. 

Masa ni aku xpasti dia nak menagis ke idak cuma aku kata no use to cry here because this is what we want. Dia gelak and keep moving dengan cerianya ke finishing line. Dah dekat sampai finishing reunion balik dgn zul which dia pace kushairi all the way dari mula lagi. Aku tinggalkan depa dkt Miki Camp sbb kes Suzi and they manage to catch me. Kmi dah decide tuk proceed lps 50KM together again. At least ada kawan for next 50KM. So kami sampai finishing around 12++. 
Insaf la wei...
This lady xhabis2 ucap terima kasih kat aku sbb drag dia sampai finishing. Else dia dah dnf dah kot dkt 40KM marker. Kat sini aku agak confirm dpa xkasi kami teruskan. Sbb sampai lebih dari 16 jam. And it happen that way. Kmi xboleh teruskan disebabkan lebih dari cutoff. So aku explain pasal kami lost 3 hours sbb air naik td and why yg kne detour boleh teruskan sbb dpa ada extra 3 hours dari kami. That is unfair sbb dpa xlalu Miki Camp. 

So dpa explain in details about security issue, about accumulated decision which klu dpa kasi aku teruskan probably smua yg sampai blakang aku nak buat mende yg sama. Dia kata probably aku boleh buat but what about the rest yg belakang2 tu. So lps smua explanation, aku except the fact. Kalau aku jadi organizer aku akan buat perkara yg sama. So seriusly mmg xda rezki aku untuk teruskan.
Muka xpuas lagi tu..
At this moment aku masih strong to move on. Xda sakit2, xda mental, xda issue langsung. Mmg aku yakin boleh cover next 50KM faster sebab route ni banyak main kawasan kg orang. Not much trail. But again xda rezki aku. Yg mana lepas by detour, itu mmg rezki depa la walau pon aku depan dpa masa kat Miki Camp. So aku really positive walau pon kecewa. So organizer still kasi aku finisher 50KM and medal. Ok la dari xda apa2. 

So 1st person aku update is Suzi about this. Our sms..

Me: "I am done, sampai in piece at 50KM.. xdpt sambung sbb smpi >15hours.. dpa xkasi rebet time kes sungai td.. xpala xda rejki"

Suzie: "Ok.. i know it really tough... u did it well.. i am proud of u.. we will come again next year.. we will run together"

What more to say..

Post Game
Aku xface byk issue after game. Xda cramp, xda blister, xda sakit2 badan, xda mental. All back to normal, even aku rasa boleh sambung lagi lari. Aku check garmin lps game tgk aku dah cover about 60KM in 16 hours which aku rasa timing yg amat baik untuk org yg sibuk mcm aku ni. Dengan route yg agak menggila, dengan hujan, dengan sejuk, dengan panas. Aku rasa i am more then what i can aspect but rezki xda dgn aku. Mmg saja nak suh aku mai lagi tahun depankan. 
Songsang sungguh..
Conclusion
1. This game is not for everyone. Kalau nak cuba2, aku rasa elok fikir 10 kali. 
2. Aku xamek single gel, just honey stick, dried fruit and solid food. 2 protein bar.
3. My NB10 minimalist really help. Xda blister after 15 hours kaki terendam dalam air.
4. Xda mental block, aku still rsa fresh and boleh lari lagi after 15 hours + dalam kesejukan melampau.
5. I need to find proper hiking stick. Aku bawak 1 je stick but agak besar dan susah nak handle. I need to learn more about this. Stick really help.
6. My 1st game dalam keadaan sejuk terlampau and so far it manageable. Kasut xpernah dpt kering.
7. 1st time aku lepaskan Suzi lari sorang2 in tough game mcm ni. Mmg nak dia belajar handle herself and so far she manage very well. 
8. Aku kne revise some refuiling plan aku. On top of honey and dried fruit aku kne ada some comprehensive solid food. Probably nasi. 
9. Aku puji organizer, they explain and this kind of professionalism mmg di alu2kan. 
10. Insaf? I will come again next year and nail this hard. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

3 comments :

Yimster said...

No cam main game pacman je he he. Pape pon tahniah. Seriously a tough first 50km, Abg pon hampir terbabas. Second half memang lebih senang but cannot be taken for granted too. Rest well. Soak this as an experience and prepare for more battles. Well done both.

Yimster said...

No cam main game pacman je he he. Pape pon tahniah. Seriously a tough first 50km, Abg pon hampir terbabas. Second half memang lebih senang but cannot be taken for granted too. Rest well. Soak this as an experience and prepare for more battles. Well done both.

kuchalana said...

Thanks Abe Yim.. u part of this crazines.. c u this weekend for more adrenaline rush...