Pages

Race Report - SCKLM 2013

Team PACat
This is my 5th game in 35 days. So for now, i am done with 3 full marathon and 2 ultra. So post Craze ultra last week, aku xface byk issue. Come back to work as normal. Mood pon masih diparas par. So all back to normal on Monday. Cuma something happen dekat office which mcm biasa buatkan aku a bit stress this week.

Pre-Game
A lot of activities will happen masa minggu game ni dekat office. It a bit critical sebab close to month end. Insurance and banking system ni tau la, month mmg selalu agak terkuchalana. So aku dah belar belir nak lari ke idak. Aku just inform Suzi, aku xdecide lagi sebab mood xsampai so just take the worse scenario aku xlari. 2 days before the game aku dah bagitau En Zul and Zinov yg aku 90% xdpt nak lari. So depa kne turun bantu Sabun Breakfast Run on saturday and bukak WS untuk game ni on SUnday. 


Disebabkan recovery aku berjalan lancar, so aku just go with my pre loading mcm biasa. Sebab aku xpasti status aku untuk game ni so aku just go with the plan. Sampai le ke hari Jumaat malam aku borak ngan Suzi to decide how to go about this. 

1st Suzie kne decide dia nak lari ke idak.. 
Decision: Xdpt nak lari sebab recovery rate dia amat slow. So she will come to take photo only.

2nd Should i run SCKLM? Kalau yes, adakah aku perlu pikul laptop aku all the way route? Kalau yes so kmi kne adjust anak2 aku dengan mak aku.. Kalau no, adakah aku perlu turun jaga WS?
Decision: Suzi.. lari je.. xpyh bawak laptop tu.. decision aku plak?

Aku call SDM aku and confirmkan sale untuk region yang terlibat. So nampaknya rate xberapa laju mcm biasa. So aku boleh lari but kne berhati2. Jadi aku decide to run. Jadi Sabtu pagi aku kne set turun Sabun Breakfast Run.. lps tu hantar anak2 dara aku je kerumah mak aku sebab anak2 bujang aku nak ikut lepak ngan amie dia.. Lepas je Sabun Series kmi melilau cari hotel2 budget kat KL.. last minute plan mmg mcm tu la, asal ada tmpt tdo selesa skit sudahhh.. 

0-21KM
Pagi tu aku gerak ke venue around 4am. Sampai2 mmg happening mcm biasa. Aku jumpa abg zack and citcat kejap ngan dia. Lps tu aku terus masuk kandang. Aku malas nak melepak2 sebab mood xberapa nak sampai pagi tu. Anyway, aku letakkan target to have at least 5jam 30minit this time. So aku plan nak ikut pacer 4jam 30minit. Actually agak lama aku xletak any target for my game. Selalu just nak kejar cut off je. So this time ada la skit motivasi disebabkan mood pon mcm haram so aku layankan je.
At LYN WS

Penyokong setia.. Aaron and Adam
So aku mula kat tgh2 crowd. Xda nak kebelakang sgt kali ni. Aku xface much issue for 1st 10KM. Aku manage to maintain my pace average 6.30/km. So masa nak ke Cheras lepas DBP aku rasa a bit xselesa dengan ankle kanan aku. Tapak aku pon rasa agak kebas. So aku dah rasa something bad will happen. Xrecover abis ke aku ni? Mcm2 persoalan keluar. Lepas je Stadium Badminton Cheras aku rasa xleh nak berlari dah. Mmg sakit giler mencucuk. Masa ni aku keep berlari lagi sampai la ke satu WS sebelum masuk ke Kg Pandan. Masa ni aku dah cover around 18KM in Sub 2hours. So aku amat yakin dapat timing yg aku nak. 

So aku decide berenti and ice kaki kejap. Masa ni aku dah decide, klau xok lepas ice, aku DNF. Buat apa nak pening2, kalau injured berhenti, listen to your body. So masa aku duduk kat kerusi tu, sorang2 potong aku, pacer 4 jam sengah.. lepas tu pacer 5 jam.. lepas tu pacer 5 jam sengah.. dung.. ini xboleh jadi ni. Then kawan2 pon duk lalu smua tanya. So aku pakai kasut and start to run again. Masa ni sakit hilang kejap. Aku leh layan lari sampai ke Bukit Bintang.

21KM-42KM
Masa ni marker dah masuk 21KM. So aku duduk and ice lagi. Timing masih cantik lagi masa ni. Lepas ice aku sambung lagi lari. Mcm tu all the way. 2 WS aku berenti and ice. Masa masuk Jalan Ipoh, aku dah mls nak melayan sakit ni, so aku teringat pesan abe yim. Your body sent a signal kata sakit, so learn how to handle that. So aku zikir byk2. Masa ni aku layan je sakit tu.. dah jadi nikmat pulak. Masa ni aku xrasa sakit tu dah. So aku layan with small pace average 7.5/km. Sampai marker 30KM, aku manage to get 4hours. So sedap2 la tu, aku boleh layan last 12KM leasure skit.
Me and Gold Man..
Anyway, things happen. Masa aku tgh layan panas kat Jalan Ipoh ni aku nampak Bro Zack dengan Gloria. Aku tgk dari jauh Bro Zack dah berjalan. Pelik jugak sebab setau aku dia ni mmg laju. Sampai kat depa, Gloria ckp bro zack xberapa ok. Aku tgk muka dia pucat. So aku kasi honey stick suh dia refuel. At least dia boleh sampai next WS. Masa ni pacer 6 hours potong aku. So Gloria decide to chase this group of people. Aku pon make fast decision tuk pace bro zack pulak. Masa ni aku xfikir pasal timing dah. Just in my mind to finish this, best kalau aku dpt habiskan dengan bro zack.

Aku ingatkan dia bonk biasa2 je. Rupanya agak luar biasa. Lepas masuk madu, perut dia cramp. Masa ni dia jalan pon mcm nak tumbang. So aku keep encourage dia to move to next WS which 200meter je dari kami. At this point aku tanya dia ada makan x? Ada refuel x? Dia kata xda.. So aku tau dia mmg akan shutdown anytime. Futher he go to fast, so concept dia mcm bawak kereta laju2, tekan kaw2, then xisi minyak. Boleh blow enjin. So masa dia duduk kat satu devider, dia nak tumbang. Masa ni muka dia dah pucat. Badan dia dah sejuk. Dia ngadu sakit dada. Aku dah gaban masa ni. Luckly ada budak volunteer kat situ, aku suh dia call medic dkt WS depan tu (around 100m). 
Me and Edan..
Masa ni bro zack dah nak tumbang, mata putih je masa ni. Tangan dia dah mengerekot. Aku terkenang2 few peristiwa kematian kawan2 aku sebelum ni. Same symtom. So aku dah suruh dia mengucap masa ni. Muka dia dah pucat lesi. Budak medic sampai, dpa buat procedure biasa. Then few more runners berenti. Masa ni satu volunteer mai and urut belakang dia. Aku sendiri hold dia supaya dia xtumbang. One of the medic xkasi dia pengsan else more worst condition will happen. So aku n brother yg urut belakang dia terus hold dia. Aku picit ubun2 and baca alfatihah and 3 qul. Bro Zack muntah. smua keluar, air.. pisang..

Aku tgk mmg suffer la, lepas 3 kali muntah (aku yakin dia xsedar masa ni).. Tony from pacesetter sampai. Dia bantu call ambulance. Masa ni aku amek air and dengan bismillah aku jirus kepala bro zack. 

Lepas jirus aku panggil2, baru dia sedar and pegang tangan aku. Aku tanya ok x? Dia angguk, mata pon dah nampak mata hitam. Aku release skit. Masa ni Tony kata, ambulan will take him, so aku xpyh risau. Masa ni aku bgtau bro zack, enough for today. Abg kne DNF, game can wait. Lepas ni ambulan akan bawak abg pegi finishing. Saya nak teruskan perjalanan ni. Dia angkat jari tanda bagus. Serius, dia xberckp sepatah pon. Aku yakin dia masih dalam fasa xberapa sedar. Tony keep suh aku teruskan game and dia akan take care bro zack. So lepas puas hati ngan keadaan dia aku gerak. 
Me and Tokey Reban..
Dalam 1km, aku jadi kuchalana kejap sebab serius aku xtau what will happen kalau dia sorang2 tadi. Mungkin ALLAH dah tentukan keadaan dan peristiwa ni akan berlaku. So aku terima. Aku cek jam, aku lost about 30 minit dengan kisah tadi. Aku just senyum. Aku ckp dalam hati, xpa la, game can wait.. timing also can wait but friendship is forever.. So aku berenti dekat satu kedai mamak and layan coke sejuk kejap. Dah alang2 nak sampai lambat, biar berbaloi. 

So aku continue the journey masuk Jln Kuching. Masa ni aku bump dengan satu budak lelaki cina. Dia duk merungut cakap xda isotonik drink dkt last WS, xda sponge, xda pisang... bla.. bla.. bla.. Aku tanya dia, ni 1st time ke lari Marathon. Dia angguk. So masa ni aku bagi half of my cold coke pada dia. Aku ckp, this drug will drag u to finishing line. Use it wisely. Dia bukak and terus minum. Wahhh... myk sedap la, coke ice panas2 ni.. Siut je.. Aku ckp aku nak teruskan perjalanan, aku just mtk dia jgn give up. Muka dia blur je.. aku rasa dah sampai tahap zombi gamaknya..

At this point, aku dah nak masuk Bukit Tunku. Masa ni la denyut kat kaki kanan aku kuar balik. Siut betul. Aku layankan sakit ni sampai kebas2 la tapak kaki. Yg best, aku lari 2 ultra and 2 FM before xda plak dia nak mengada2 mcm ni. So aku keep moving until aku jumpa FMV and LYN WS. Lama xjumpa Kak June. Lepas jugak la rindu ngan dia kejap kat sini. She is part of my early day. Byk aku dpt nasihat dari dia dulu.. Jasa akak amat dikenang...

Then aku teruskan ke marker 39KM. Masa ni jumpa dengan WS Pacat and Sabun. As agree, kawan2 aku ni sediakan apa yg selalu kami makan masa buat ultra. Ada grape, ada tembikai, ada plum, ada coke ice. So it a reward before last push. Further aku mtk sorang kawan bro zack (yg aku jumpa masa kat starting line) tuk call dia and tanya status dia. Phone xberjawap. Brother ni duk melepak kat WS kami ni.

Masa ni aku tgk aku ada 2KM lagi timing dah ngam2 6jam. So aku just go with slow pace. Masa turn and masuk ke Jalan Tar, aku nampak crowd dah start balik. Dekat2 ngan dataran aku dah nampak Suzi and the kids. Aku just go with small pace sebab kaki aku dah start berdengung. Masa ni mmg happening area finishing ni. Panas2 pon dpa duk tunggu runners. Sampai finishing aku dengar org panggil nama aku. Gloria ngan bro zack dkt khemah medic. Aku signal tuk amek medal and T aku dlu then aku mai.
Me and Bro Zack..
Masa sampai balik khemah medic, aku slow talk ngan bro zack. Suh dia rest, abis ni cari nasi and refuel banyak2. Klu xlalu nak balik relax dlu semalam kat KL. Aku ckp just forget about what happen and move forward. Dia salam ngan aku and xhabis2 ckp terima kasih. Bergenang air mata dia. Masa ni aku pon jadi sebak beb. Aku rasa kalau korang ada kat tempat dia or tempat aku  tau how it feel. So aku ajak dia balik hotel sebab hotel dia dkt ngan tmpt Suzi and anak2 aku melepak. Aku keep kasi dia semangat tuk move on. Aku rasa itu je yg aku mampu buat..  

Post Game
Balik hotel aku terus ice kaki aku. Bangun tido, ankle aku bengkak. Mmg aku dah agak dah. Problem kali ni agak best skit sbb sakit satu mcm, so aku pegi klinik buat xtray, takut plak ada retak ke, rekah ke.. masalah jugak tu. So far just bengkak biasa. Aku rasa sebab kasut. What happen is aku dah pakai minimalist tuk event2 aku sblum ni but aku terpakai adidas yg tidak minimalist kali ni. Sebabnya, aku kurang perihatin. What happen is the way tumit aku melangkah agak berbeza antara dua jnis kasut ni. Dengan tapak tebal aku hayun agak kasar so ankle aku mmg akan mengada2. Actually it happen every time aku pakai kasut ni. So i learn my lesson. 
Remember that banner.. we are everywhere..
What i learn.
1. Kasut tadi, jgn le ubah plan last2 minute.
2. Dalam keadaan critikal otak kne waras dalam membuat keputusan. Contoh kes opis aku and bro zack tadi..
3. No gel at all, hanya honey stick and dried fruit dan separuh botol coke.
4. Boleh tercekik air dengan kemudahan yg SCKLM kasi. 3KM satu WS.. Terbaekkk..
5.Game can wait.. friendship forever.. 


kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

Me Roar said...

Lps baca kisah Bro Zack tu rasa seriau plak. Mmg stiap kali larian berdoa supaya sentiasa selamat. Apa2 boleh jadi. Pasal kasut setuju, xboleh ubah last minute. WS mmg byk, tempted utk berenti pada semua WS yg ada hahaha. Suka tagline friendship forever, terbaik. Btw thanks sbb rasanya 1st time muka sendiri byk terpampang kt sini heheehe.