Pages

Apa ada pada Ultra

With Xtramilers Group

Semenjak dua menjak ni, mana2 aku pegi ppl will keep talking about Ultra Marathon. At one level, people will say.. dia tu dah buat ultra.. mamat tu lari 100KM ko tau.. dia tu giler lari backtoback 100KM.. dia tu ini dan dia tu itu.. Dan yang lebih menarik, berlumba2 lah semua orang nak berlari in ultra distance.. 

Dari satu sudut it good.. sebab industri ultra ni akan berkembang.. event pon laku.. product pon laku.. dan lebih byk trail menjadi terang sbb lalang xsempat tumbuh.. jalan2 raya pon ramai penunggu sebab ramai kne training untuk long mileage.. dan lebih ramai pelari tegar untuk diketengahkan.. it positive.. 

Dari satu sudut pulak.. lahir pulak golongan "poyo ojo goyo ngono".. sorry to say.. byk berlaku kes penipuan.. kekuchalanaan.. dan mcm2 disebabkan mereka2 ini cuba berdiri sama tinggi dengan yg lain.. jgan lupa juga golongan perengek dan manja.. ultra bukan perkara main2.. Dulu aku mula betul2 dari bawah.. mula dari walk event.. chase timing 12 hours.. berjalan sampai pecah2 kaki.. sampai melecet2 celangkang.. sampai bengkak2 kaki.. Lepas tu upgrade slow2.. buat Full Marathon.. then buat 50KM.. then baru 100KM... itu pon masih ada mcm2 issue disebabkan kurangnya ilmu..

Alhamdulillah.. process aku agak cepat disebabkan aku dikelilingi oleh mereka yg terbaik dalam dunia ultra.. ada ilmu yg aku dpt secara langsung.. ada dari kata2 nista.. ada dari pengalaman mereka2 yg hebat ini.. ada dari blog2 mereka.. ada dari kisah2 mereka.. dan aku bergerak atas landasan yang betul hari ni. Actually ultra is about ilmu.. sports science.. pengalaman.. plan.. latihan kejam.. kalau xda ilmu.. mmg kita akan karam.. so ilmu perlu dicari.. belajar dgn org.. baca buku.. masuk event.. xda jalan singkat.. kadang2 yg dah berpengalaman pon face byk issue.. but learn..

Ni ada aku tgk.. soal mcm2 bila ada event ultra dibuat kat Malaya ni.. fee mahal la.. apa makan ada.. apa jenis kain finisher t.. medal apa design.. waterstation berapa byk.. if you want to be ultra runner.. learn to adapt.. learn to change ikut keadaan.. bukan complain byk.. kalau kita main event luar.. kita akan tau apa yg aku maksudkan.. some event byr mahal2.. makan pon xda tau.. just air kosong je tiap CP.. nak complain or adapt and replan? That is the challenge we want.. ultra is not sukan untuk ikut keselesaan kita.. kalau nak selesa just stick with distance below 50KM.. or masuk event yg datang dengan brand (yang 2 jam je registartion terus full). Is there any challenge for u there? If no then consider ultra.

Satu perkara penting yg aku belajar dalam dunia ultra is kekuatan mental. Yup, some boleh lari selaju ribut but can they stand 30hours dalam hutan sorang2 berlari.. dgn sejuk.. dgn lapar.. dgn hantu pontianak mengilai keliling.. seperkara lagi.. about pengorbanan masa.. yup.. can we stick with training plan where sometimes it come with huge mileage dan memakan byk masa riang kita untuk training. Ultra is about plan, training, mielage and money. It not only having fun.. but a lot of other things yg perlu difikirkan.

Perkara lain yang perlu difikirkan adalah base ability kita. Kalau rasa baru buat 10KM event, better grow the mileage slowly. Kita bukan Ji Fat, satu malam boleh handal berkungfu. Go with the flow, 10KM, 21KM, 42KM, 50KM, 84KM dan seterusnya. Dan kadang2 it will take few years2 to get to targetted distance. So kne sabar byk2 else kita akan cause a lot of fizikal dan mental injury. Ni bukan perkara main2, aku dah lalui smua jalan susah ni. Actually game can wait but once involve with injury kadang2 boleh cause kita lupakan terus dunia larian. So make sure base kuat sebelum nak increase mileage.

So for now, pada yg berminat dgn Ultra, go for walk event 1st. Walk also part of ultra training. Then chase the timing (12 hours, 16 hours, 24 hours), then go for FM (kalau xpernah buat FM), then go for easy 50KM event. Select the right event else anda akan insaf awal. Buat banyak sikit 50KM then baru terjun ke mileage yg lebih besar. At the same time learn about training plan, refuel, recovery, your body reaction, mental strengh etc. All this is sports science. At one point, kne tau apa dia jenis kasut yg sesuai for trail n road, baju yg sesuai, seluar yg sesuai, makan yg sesuai dan mcm2. Ini bukan mende straight forward okay. Semua datang dari ilmu dan pengalaman. Dan jangan lupa tangkal hikmat ni.. "RESPECT THE DISTANCE"

So apa ada pada ultra? 





kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

4 comments :

RaYzeef said...

jangan lupa bawak paku pigi Blackwater besok :)

kuchalana said...

Aku bwk air yasin bro.. Hahhahaha..

eezard_vazz said...

Respect my Ultra Sifus!!!! Thanks for the advice.... Power2 la otai2 Sifu kita nih... Kagum2...

kuchalana said...

ezad.. it not about ultra.. it about we love running...