Pages

Ayuh Kita Mengundi



*Entry radikal kembali. Amaran awal, klu menyampah, xpayah baca. 

Pada yang xtau, blog aku ni dlu lebih kepada personal diary. Lebih byk berckp kepada keadaan semasa, politik, music and family. But now dah tukar kepada hobi baru aku which is outdoor (running, adventure etc). Klu korang godek2 blog ni korang akan dpt baca byk kisah2 dan pandangan radikal yg pernah aku ketengahkan. It not about politik but pandangan kasar dari pemikiran aku yg agak radikal masa tu. 

Actually aku masih seradikal dlu cuma lebih matang dalam melontarkan pandangan. Ada byk entry2 radikal yg terpaksa aku simpan sebab aku rasa xsesuai untuk dikongsi hari ini. Dlu follower2 aku dalam blog ni smua dahagakan pandangan2 kasar mcm tu. But aku yakin dorang dah xfolo blog aku lagi disebabkan aku byk berckp tentang sukan hari ini. 

So edisi kali ni aku akan mengundi buat kali ke-3nya. Aku dah jalankan tanggungjwb aku ni untuk 2 edisi sebelum ni. Secara jujurnya untuk 2 edisi sebelum ni aku mengharapkan opposition menjadi lebih kuat. Actually itu yg sepatutnya dalam demokrasi. Bila opposition kuat, yg memerintah xkan buat keputusan sesuka hati seperti yg telah dilakukan untuk past 40 years (base on 2 kali mengundi). Dan opposition yg telah diberikan kuasa dan mandat akan sentiasa mencari salah mereka yg memerintah dan meletakkan satu standard baru dalam pembolehbaikan. And yes, that is what happening selepas 2 edisi GE sebelum ini. 

See how opposition diSelangor berjanji dan menjalankan apa yg dirasakan lebih baik dari apa yg boleh dibuat oleh pemerintah sebelum ni. Then aku yakin pemerintah amat terkesan dengan perkara ini dan mereka pon perlu berubah untuk mendapatkan mandat skali lagi. Contoh terbaik masa hari raya tahun lepas bila kerajaan Selangor berikan bonus pada guru KAFA, then pemerintah terasa tercabar dan mereka pon memberikan jumlah yg lebih baik kepada guru Kafa. In the end yg mendapat keuntungan adalah guru Kafa which is rakyat marhaen. So itu tujuan kenapa kita perlukan opposition yg kuat. Aku cuma berikan satu contoh. BRIM juga another example dan lain2 lagi. Itu hak rakyat, duit tu smua datang dari pembayar cukai seperti kita dan it back to rakyat. 

So selepas 2 edisi aku nampak gelombang perubahan yg amat ketara samaada dari pemerintah atau pembangkang. Cuma aku yakin pemerintah masih dibuai mimpi dari realiti. Aku bukan fan mana2 parti tapi aku suka berckp dari sudut aku pembayar cukai. So pemerintah masih dengan modus operandi yg sama. Menakut2kan, memaksa, monopoli media dan segalanya datang dgn cara yg keras dan kasar. Dunia hari ini smua berlandas kepada maklumat/info. Smua dahagakan info dan rakyat boleh mendapatkan maklumat dalam sekelip mata dan smuanya dihujung jari. Jika smua ini dikawal atau dibohong atau dimonopoli maka kepercayaan rakyat akan terhakis. Jika xdapat dari sumber A rakyat akan cari dari sumber B dan in the end maklumat masih sampai kepada mereka dan pemerintah akan terus rugi. 

Satu perkara aku lihat, pemerintah perlu belajar menjadi lebih matang. Tanpa masalah mereka tidak belajar, cara mudah adalah menutup smua ruang untuk rakyat mendapat maklumat dan cara kasar digunakan jika ada golongan yg degil dan tidak mendengar kata. Smua kaedah ini perlu diubah. Kita berada didalam era maklumat dan pemerintah perlu memberikan lebih byk maklumat yg diperlukan oleh rakyat. Kita lihat di Temasek bagaimana pemerintah mereka mula goyang disebabkan isu yang sama tetapi mereka lebih terbuka dalam beberapa perkara dan mereka masih bertahan hari ini. 

Jadi, aku menjangkakan terburuk bagi pemerintah untuk edisi ke-3 ini. Dari 2 edisi sebelum ni tiada perubahan ketara dari pemerintah yg aku rasa dpt membantu untuk membuatkan mereka terus memerintah. Aku pernah kupas tentang hanya generasi ke 3 dan ke 4 ja yg masih kekal dengan pemerintah disebabkan mereka lahir dari zaman yg tidak memerlukan byk maklumat. Tetapi generasi 80an keaatas telah mula mahukan perubahan. Aku masih mengharapkan keperluan kepada opposition yg kuat. Xkira dari kisah pemerintah sedia ada atau pemerintah baru. Yg pasti aku mahukan duit cukai yg aku bayar diuruskan dengan baik dan lebih pasti aku mahukan masa depan yg lebih baik untuk anak2 aku. 

Ayuh kita mengundi. 

Ole. 

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

Khairul said...

Ini kalilah. Bila lagi? :D

kuchalana said...

Khairul.. ayuh mengundi..