Pages

Rejab - Syaaban - Ramadhan - Syawal



Tup2 dah nak abis dah Ramadhan. Pejam celik lagi few days Ramadhan akan meninggalkan kita. Hari ni je aku sebak few times mengenangkan Allah kasi aku peluang tuk rasa Ramadhan tahun ni but dono boleh ke idak dpt Ramadhan tahun depan. Serius, walaupon aku ni xla sebaik mana pon, tapi hati aku masih bertaman bila mengenangkan "sedap" nya Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Selalu Syawal xbrapa rasa sgt sbb dah tua kot.

Setakat hari ni puasa xda lagi tinggal. Amalan? Insyallah.. ALLAH maha mengetahui. Tahun ni mmg aku sengaja xda buat entry masa bulan posa. Klu aku citer pasal training aku nanti ada yg kata aku ni xmenghayati Ramadhan. Anyway, riadah itu juga satu ibadah. Aku slalu tekankan pasal yg wajib sblum kita berckp pasal yg sunat. Ada yg xsolat 5 waktu tapi pulun tarawih kaw2 punya sampai lembik masuk opis. Lepas tu puasa pon entah kemana sbb tido n lembik spanjang hari. Pada aku penghayatan Ramadhan kne betul. Klu rasa lepas Ramadhan, akhlak dan amalan sama je mcm sblum Ramadhan maknanya ada la yg xbetul tu.

Tahun ni insyallah aku akan ke Kg Gajah beraya dgn family blah arwah ayah aku. Persiapan raya pon ala kadar ja mcm tahun2 yg lepas. Anak2 pon aku ajar simple2 je. Xpyh nak semakkan lemari baju dgn baju yg dibeli tapi xpakai or pakai setahun skali. Kuih raya pon aku xbeli tahun ni. Mengikut pengalaman sesedap mana pon kueh tu, dia akan ada dalam lemari kueh sampai la berkulat. Selalu yg dtg umah pon nak makan mende berat. So cukup kacang2 n kerepek2 je. Nak berat lagi, aku masakkan mee sedap je nanti.

Open House? Rasa xda kot tahun ni, klu ada pon aku nak buat BBQ je tuk family dan kawan2 terdekat. Mengikutkan pengalaman, open house rumah aku ni klu jemput dah mcm kenduri kawin. Ayam sampai berpuluh ekor. Nasi berkawah2. Rendang berkuali2. Yg datang berdedai2 (alhamdulillah ramai yg ingat kat aku). Disebabkan tahun ni aku agak sibuk so mmg xda slot nak buat. Futher, tahun ni dah plan nak bercuti dalam 2..3 hari dgn anak2 aku tapi kne cancel. Aaron ada UPSR 2 minggu lps raya. So kasi budak ni fokus skit.

So pada yg sambut Syawal, aku ucapkan Selamat Bersyawal..
Pada yg bercuti lama2 aku ucapkan Selamat Bercuti..
Pada yg ke Songkla tuk berlari. Selamat berNyumNyum..
Pada yg memandu jauh2. rancang perjalanan anda.. jgn semakkan highway or RNR..
Pada yg niat nak makan byk2.. Selamat BerGemuk..
Pada yg niat nak puasa 7 on Syawal ke-2.. Selamat Maju Jaya..

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

ruby said...

selamat hari raya arman & suzie.. selamat bergemuk tu yg aku seriau sket tu, he3.. ;p

kuchalana said...

selamat to u to B..

mkn je.. nanti lari balik.. hahahha