Pages

Report - Hiking Bukit Ketumbar



Bukit Ketumbar ni jarang didengar dan mungkin ada yg xtau. Actually bukit ni terletak di Pandan, Kuala Lumpur. Klu dari Cheras or MRR2, dia masuk dari roundabout sebelum Taman Safari atas bangunan yg dah tutup tu. Masuk simpang jam 3. Terus sampai jumpa trafic light dan masuk ke kanan kat trafic light tu. Terus sampai simpang 3 dan amek kanan. Terus ja, akan jumpa taman permainan kanak2 blah kanan, then jumpa pasar cheras blah kiri dan terus ada Kondo Ketumbar Hight blah kanan. Tu dah betul la tu jalan dia. Then terus ja smpai jalan mati. Situ ada parking besar blah kiri. Bayau RM2. Klu nak free bleh la parking bertindan2 sepanjang jalan dari lepas kondo tu. Risiko tanggung sendiri.

Trail ni agak padat dgn pengunjung. Pagi tu parking dia penuh. Orang mmg ramai la dan kebanyakannya apek dan ahso. Anjing comel2 pon byk yg dibawa oleh gadis2 cina yg datang secara leasure. Starting dia betul2 kat sebelah kedai buah, sama mcm bukit apek dia punya scene. Track dia xberapa ganas pada aku. Dari blog dan ahli2 pendaki, it takes about 45minit tuk sampai atas. Ada 4 CP. Dan setiap CP ada view dia sendiri. Jalan naik dia pon mcm Apek Hill, byk jalan tikus. Jadi elok ikut ja apek2 ni naik smpai ke peak else boleh tembus ke Apek Hill.

Trip ni tujuan utama adalah untuk encourage my sister in-law supaya bersenam. Minggu lepas dia ikut naik Mt Angsi but kantoi kat RNR Panjang. Jadi sbb ada cuti hari ni Suzi plan nak bawak dia naik Broga. Aku tukar venue dpa sbb aku xyakin dia boleh naik Broga. Jadi aku advise naik Bukit Ketumbar yg aku baca dari blog yg agak leasure dan boleh kata easy. Jadi she manage to reach the peak in 35 minit. Ok la pada aku as a start. Anak2 aku n Suhaila (adik aku) buat 18 minit dgn fast walk. Consider super fast.


Ingat nak lepak2 lama kat peak but hujan plan turun pagi tu. Jadi basah lencun jugak la smpai ke rumah. Another great trip kali ni. There is 4 more hill yg dalam list aku yg aku akan cuba redah bila ada kelapangan. Bukit Dinding (Setiawangsa), Bukit Nenas (KL), Bukit Gasing (PJ) dan Bukit Ayer Hitam (Puchong). Actually KL ni berlambak2 bukit boleh naik.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

5 comments :

anak beringin said...

salam.. kita hari2 naik bukit angkat kajang...hehehe

Aleyn said...

Wah...bestnyer hiking ngan family

kuchalana said...

abg Zaini - ahahah.. tu balik rumah bang..

Alyn - paksa rela.. hahahah

SHITA said...

very d cute that girl-suhaila (ikut muka sapa tak tau..hehehehe)

kuchalana said...

shita - ehem.. ehem..